Saturday, 3 January 2015

Bibik Aku..Terminator [bab 5]

Nyitt nyit..nyitt nyit.. hanya bunyi roda troli tidak ber-gris sahaja yang kedengaran. Mungkin telah berkarat bebola bearing di dalam roda troli itu dek kerana terlampau lama tak diservis. Sayup-sayup kedengaran lagu di corong speaker pasaraya Carefour itu. Tak ramai lagi pengunjung yang tiba untuk membeli belah pagi itu.

"Kau boleh jalan laju sikit tak Syafiq..?? Jalan lembab macam siput.."

Syafiq berhenti seketika. Dia yang tiada kena mengena dengan masalah si Sarah pagi itu, terpaksa pula mengekorinya ke dalam pasaraya. Tayar kereta bocor punya pasal.

"Kalau kau tak payah merungut boleh tak..?? Sakit telinga aku ni..membebel macam radio rosak kau ni.." rungut Syafiq. Tak tahan lagi asyik mendengar bebelan Sarah. Sejak dari rumah tadi, hinggalah sampai ke pasaraya ini. Pot pet pot pet. Lepas dibebelnya Ayda, dibebelnya pula Syafiq.

Kurang asam boi..kau panggil aku radio rosak..cukup baik aku tak cekik leher kau dari belakang tadi tau tak..

"En. Syafiq.. kalau bukan pasal Ayda yang ajak awak ikut pergi pasar ni, aku pun tak sudi nak naik kereta buruk kau tu.."

"Buruk-buruk dia pun, ada orang sayang..kau yang cantik ni..ade orang sayang..??"

Melawan.. boleh tahan jugak mulut mamat pomen ni.. muka nampak macam baik je.. tapi mulut yaraabi..

"Dah..tak payah bergaduh..tolong Ayda pilih bawang boleh tak..??"

Huh..nasib baik kau ada Ayda.. kalau tak memang lumat aku kerjakan si mamat poyo sorang ni..

Terkumat kamit mulut Syafiq menyumpah seranah Sarah perlahan. Sekejap-sekejap dijuih bibirnya. Sekejap-sekejap diketap gusinya. Menggigil-gigil badannya menahan geram.

"Oi pomen..termenung apa lagi..jalan cepat.." bebel Sarah lagi tika melihat Syafiq hanya duduk mencangkung di tepi troli sambil termenung.

Nak tak nak, terpaksa juga dituruti Syafiq. Walaupun dalam hatinya bengkak dengan perangai Sarah. Sombong, ego, degil dan yang lebih penting...poyo..!!

Tapi hanya satu perkara mengenai Sarah yang disukai Syafiq..cantik Sarah ni. Rambut panjang mengurai, mata bulat, ada lesung pipit, kulit halussss je...

"Ishh..ape aku pikir merapu ni.." getus dalam hatinya. Ke situ pula fikirannya melayang. "Trust me..no Sarah..more better.." Syafiq hanya tersenyum seorangan sambil memerhatikan Sarah yang berjalan terjongket-jongket di sebelah Ayda. Bajet comel lah tu..

"Kenapa dengan awak Sarah..??" Ayda hairan dengan kelakuan Sarah. Entah apa pula masalahnya kali ini.

"Aku sakit perutlah Ayda..ni tengah cover cover la ni..aduhhh..." Sarah menekan perutnya. Entah apa yang menggelodak di dalam perutnya. Rasa tak tertahan lagi keperitannya. Dah hujung hujung.

"Kenapa tahan..pergilah toilet cepat Sarah.."

"Malulah aku..Syafiq asyik follow kita je..segan aku kalau dia tau aku nak "dum dum" kat toilet.." bisik Sarah perlahan pada Ayda. Risau kalau-kalau didengari Syafiq yang mengekori sahaja di belakang sambil menolak trolinya.

"Syafiq..teman Ayda pergi pilih ikan boleh..??" Ayda cuba mengalihkan perhatian Syafiq. Memandangkan si minah poyo, Sarah, benar-benar dalam keadaan darurat. Kalau lewat bertindak, risau kalau bom atom Hiroshima meletus pula di dalam pasaraya Carefour itu.

"Kenapa..?? Sarah nak pergi mana..??"

"Aku nak pergi beli susu kat sana..nanti aku datanglah dekat korang.." bentak Sarah. Peluh halus mula kelihatan di dahinya. Garisan kedut halus turut menampakkan dirinya di dahi Sarah.

"Ok.." jawab Syafiq ringkas.

Kalau dia tau aku nak "dum dum" kat toilet..malulah aku..hilang ke"hot"an aku ni..mana nak letak muka..silap-silap kalau dia tau, masa aku keluar dari toilet nanti, di ejeknya aku..tutup-tutup hidung ke..sindir-sindir busuk ke..uiiii..tak sanggup aku..

"Ayda..banyak sangat beli barang dapur ni..ada apa-apa ke..??" tanya Syafiq bila melihat makin lama makin penuh troli diisi dengan barangan. Membukit memenuhi setiap ruang.

"Sarah belajar memasak..jadi banyaklah barang terpaksa beli.."

"Selama ni..takkan takde langsung barang kat dapur dia..?? Ini dah macam untuk stok sebulan punya barang dapur ni.."

Ayda hanya menggelengkan kepalanya. Tak berani untuk mengatakan lebih pada Syafiq. Risau kalau-kalau rahsia Sarah terbongkar. Rahsia tentang kebodohan Sarah memasak.

Ahh..ok..ngam..takde bau pelik-pelik.. muka still cantik lagi..masalah perut dah selesai..lega..padan muka kau Ayda, Syafiq..berkurun korang tunggu aku kan..??

"Sarah ni pergi perah susu ke ambil susu..?? Dah lebih setengah jam kita tunggu dia ni.." mimik mukanya telah menunjukkan yang Syafiq makin jelak menunggu Sarah. Dari tadi "membeli susu", tak juga sampai- sampai pada mereka berdua.

Ayda seperti biasa hanya mendiamkan dirinya dari memberitahu perkara sebenar. Sekali-sekala dijelingnya ke arah tandas. Melihat kalau-kalau Sarah muncul dari situ.

"Ok dah..jom.." Sarah muncul dari belakang. Memeranjatkan Syafiq yang sedang leka dengan telefon bimbitnya.

"Kau pergi mana..lama gila..mana susu yang kau nak beli tu..??" Syafiq memerhatikan Sarah hanya pulang dengan tangan kosong. Tiada langsung kelibat susu di tangannya.

"Susu ape pulak..?!" geram Sarah bila Syafiq merungut-rungut tentangnya. Bukan lama pun dia ke tandas, setengah jam..atau lebih..

Ayda membulatkan matanya memandang Sarah. Cepat benar lupanya dia tentang alasan dia ke tandas tadi. Silap hari bulan, dirinya sendiri yang membocorkan rahsia.

"Ohhhhh...susu...haha..susu tu takde jual kat sinilah..dah..jom bayar.." Sarah terus menarik pergelangan tangan Ayda.

Fuhh..nasib baik tak kantoi..nasib baik kau ada Ayda..hihi..

Sarah menggeledah isi perut beg tangannya. Tercari-cari beg duitnya untuk membayar di kaunter. Syafiq terlebih dahulu telah meyorongkan troli yang penuh dek muatan ke arah cashier. Satu persatu dikeluarkan dari troli dan diletakkan di atas kaunter untuk di-scan.

Mana pulak aku letak beg duit aku ni..tadi masa aku turun dari bilik rasanya aku dah bawak masuk semua dalam beg ni.. ni takde duit nak bayar, macam mana ni..

"Ayda..bayar pakai duit kau dulu..beg duit aku tertinggal.." bisik Sarah sambil memerhatikan Syafiq yang telah selesai mengeluarkan segala barangan dari troli. Hanya menunggu Sarah untuk membayar bil yang terpampang.

"Sarah..saya T900, terminator..mana ada duit.."

Ini masalah besar ni..very very big problem..mana pulak aku nak cekau duit ni nak bayar..duit terselit celah beg pun takde ni..alahaiiii..

Sarah memandang Syafiq yang berpeluk tubuh memerhatikannya. Sesekali dianggukkan kepalanya pada Sarah.

Dengan nada lemah lembut. Penuh sopan santun bak perempuan melayu terakhir, Sarah meliuk-liukkan tubuhnya memanggil Syafiq.

"Syafiqqqqqqqqqq......"

1 comment:

  1. Terminator pun pandai cover line tuan dia ya.
    Adik...ada beberapa kesilapan tapi boleh dimaafkan n diterima pakai. Typo tetap ada.
    satu yang tak leh diterima ialah di-gris. Sepatutnya digris dik.

    ReplyDelete