Sunday, 4 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 29]

"Pergilah dekat pakwe kau tu..datang sini cari aku buat apa.." tergelak kecil Syafiq namun masih cuba ditahannya. Sarah masih berdiri di belakangnya.

Aku dah agak dah..takdelah merajuk mana pun..baru panggil abi dah lembut hati kau..gatal..!

"Dah kau datang sini tak bagitau aku..aku keluarlah dengan lelaki lain.."

"Kau pulak datang sini tak ajak aku..memanglah aku datang mengejut macam ni.."

"Kau yang buat aku marah semalam..aku larilah jauh-jauh.."

"Kau ingat kau lari jauh..aku tak mampu nak kejar kau..??"

"Kau nak kejar aku buat apa..??"

"Sebab aku nak pujuk kaulah.."

"Nak pujuk buat apa..biar jelah aku merajuk.."

"Sebab aku sayangkan kau..pasal tu aku nak pujuk.."

Padan muka kau Sarah..suka melawan lagi cakap pomen ni..sudahnya kau sendiri yang malu..apa nak buat ni..??

Syafiq masih lagi enggan menolehkan mukanya ke arah Sarah. Biar dirasakan bagaimana pula rasanya memujuk lelaki.

Sarah hanya menyepak pasir pantai dengan hujung kakinya ke arah Syafiq. Tersentak Syafiq terus memandang ke arah belakang bajunya. Perlahan pandangan dialihkan ke arah Sarah.

"Selipar jepun dengan dress mahal..?? Macam tak kena je..??" sindir Syafiq melihatkan Sarah yang caca marba di depannya.

"Dah la..nak perli macam ni aku baliklah..!" ugutnya sambil berundur sedikit ke belakang.

"Janganlah lari lagi..penat aku nak kejar nanti..dah la hati aku separuh dah bagi dekat kau..ni tinggal separuh je dekat aku.."

"Eleh..apa kena mengena hati dengan nak mengejar..??"

"Sebab dengan hati yang separuh ini lah aku terus berusaha mengejar kau..andai hati ni tak lagi tertulis nama kau..aku takkan kejar kau lagi.."

Fuyyoo..bila pomen berkata-kata..

"Dah..meh sini duduk sebelah abi.." Syafiq menepuk-nepuk tikar yang terbentang. Mengajak Sarah duduk bersamanya di tepi pantai itu. Angin laut yang bertiup cukup dingin dirasakan. Nasib baik kehangatan dari unggun api memanaskan sedikit kawasan itu.

"Tak payah nak panggil abi-abi lagi..loya tekak aku.." ucap Sarah tidak mengiakan kata-kata Syafiq tadi.

"Kau yang panggil tadi..aku tak suruh.."

"Terpaksa..!" Sarah duduk di atas tikar yang terbentang. Kakinya dilunjurkan ke hadapan. Tangannya ditopangnya ke belakang agar dapat menahan berat badannya.

"Siapa lelaki tadi tu..??" tanya Syafiq bila diperhatikan Sarah hanya termenung mengadap laut gelap.

"Boss aku.."

"Boss ke pakwe..??"

"Kalau pakwe kenapa.."

"Nanti aku cemburulah..takkan itu pun nak tanya..??"

"Kenapa pulak nak cemburu..??"

"Kau ni Sarah..aku rasa kau ni nak mintak kene cium baru kau tau kot.."

Sarah memalingkan mukanya pada Syafiq. Sedikit berkerut wajahnya bila Syafiq mengatakan sebegitu.

Jangan kau cuba nak ambil kesempatan ye pomen..aku tonyoh kayu api dekat muka kau nanti..

"Jangan menghalalkan perkara yang haram.." nasihat Sarah bersahaja.

"Kalau macam tu bagilah peluang dekat aku halalkan yang haram tu.."

Ada je jawapan kau lah..kahwin je yang boleh halalkan niat kau nak cium aku tu..paham..??

"Tak nak.." jual mahal tak mengapa. Tapi jangan terlebih mahal. Silap-silap tak laku hingga ke sudah. Sarah tetap berkeras melayan gelagat Syafiq itu.

"Jangan sampai aku paksa.." Syafiq menginjakkan dirinya menghampiri Sarah. Membuatkan Sarah sedikit kegusaran.

"Ambik ni..!" Sarah melontarkan pasir pantai yang telah siap sedia digenggamnya. Menggelupur Syafiq bila pasir halus itu memasuki mulut dan matanya.

"Aku main-main jelah..!" Syafiq mengibas pasir yang memenuhi mukanya.

Padan muka..main-main lagi dengan aku..!

Syafiq terus sahaja menonyoh matanya. Sesekali mulutnya tak henti-henti meludah keluar pasir dari dalam mulutnya. Sarah hanya tergelak kecil melihatkan gelagat Syafiq itu.

"Pedih tau tak.." rungut Syafiq.

Alaaa..sikit je..manja je yang lebih..kena pasir pun nak merengek..

Bila Syafiq tak berhenti menonyoh matanya, rasa bersalah mula menyelongkar ke lubuk hatinya. Kasihan pula dilihatnya Syafiq cuba mengeluarkan pasir dari dalam matanya.

"Sini aku tengokkan.." Sarah mendekati Syafiq yang telah berhenti menonyoh biji matanya.

Perlahan jarinya menyentuh kelopak mata Syafiq. Pasir halus yang masih berbaki di alis mata Syafiq itu dihembus perlahan Sarah. Berkerut dahi Syafiq bila Sarah berbuat demikian.

"Kenapa Syafiq..??"

"Bau petai..!!" jawab Syafiq sambil tergelak besar.

Kuram asam..! Dah aku tolong, kau perli pulak aku ye..!

"Ahh..buat sendirilah.." Sarah menolak bahu Syafiq agar menjauhinya.

"Haha..aku main-main jelah.." Syafiq masih lagi tergelak kecil memerhatikan Sarah yang merajuk seperti anak kecil. Memuncungkan bibirnya enggan berkata apa.

"Tolonglah sayang..ada lagi pasir ni.." lembut diucapkan Syafiq sambil menggapai tangan Sarah membawa ke arah kelopak matanya semula.

Ngada-ngada..!!

Sarah kembali membelek anak mata Syafiq itu. Anak mata yang bewarna coklat dimiliki oleh Syafiq benar-benar memukau ketika Sarah merenungnya.

Perlahan jari Syafiq bergerak ke bibir Sarah. Senyuman di wajahnya menimbulkan pelbagai persepsi di hati Sarah. Namun Sarah bagaikan terpaku dengan tindakan Syafiq itu. Hanya membiarkan sahaja jari itu bergerak liar di bibir munggilnya.

"Comot dah gincu dekat bibir kau ni.." ucap Syafiq terus mengesat gincu yang tergelincir sedikit dari landasan bibir Sarah.

Tadi cantik..tapi dah menangis.. kene tonyoh..comotlah..

"Tapi comot-comot pun tetap kesayangan hati abi.." senyuman yang terukir di bibir Syafiq menerangkan segalanya. Seolah terhenti masa tika Sarah memandang senyuman itu. Cukup manis, penuh dengan kejujuran.

Aduhh..dekat mana aku nak rebah ni..

***

"Jangan tiup kuat sangat Sarah..lagi masuk ke dalam pasir ni.." rungut Syafiq bila Sarah seakan beria benar menghembus ke matanya.

Luar kawalan tu Syafiq..kau la ni goda-goda..kan dah terleka aku..

"Dah..habis dah semua keluar.." Sarah menurunkan tangannya yang sedari tadi membelek kelopak mata Syafiq.

"Terima kasih sayang.." ucap Syafiq.

"Sama-sama.." malu tetap dirasakan malu. Tetapi Sarah menolaknya jauh-jauh. Biarlah malam ini dia dan Syafiq dapat menikmati malam yang indah itu bersama. Cukup tenang dirasakan bila bersama Syafiq. Tak seperti ketika bersama Ku.

Walaupun kau tak sehebat Ku yang lebih berkedudukan.. namun cara kau melayan aku melebihi segalanya..i sayang u lebih pomen..!!

"Syafiq.."

"Ye.."

"Terima kasih hadir dalam hidup aku.."

Syafiq seperti tak percaya dengan apa yang diucapkan Sarah. Seolah bukan Sarah yang pernah dikenalinya sebelum ini. Lafaz kata itu terlalu jujur didengarinya.

"Sama-sama..tapi kenapa..??"

"Sebab kau selalu ada bila aku dalam kesusahan.."

Aku tak pernah pun bercakap lembut macam ni dengan kau..ini pertama kali tau..

"Dari pertama kali aku lihat kau Sarah..aku dah nekad akan cuba dapatkan kau jugak walau apa pun halangan..aku tak akan biarkan kau susah..aku takkan biarkan kau keseorangan.."

"Dari pertama kali..??"

"Yup..dari hari pertama kau pindah sebelah rumah aku dulu.."

"Tapi kenapa kau tak pernah cakap dengan aku..??"

"Aku dah cuba..tapi kau yang selalu jauhkan diri dari aku.." keluh Syafiq mengingatkan kembali kisah lamanya bersama Sarah. Asal bertembung hendak berlaga kepala.

"Kau tak pernah putus asa..??" tanya Sarah yang tak percaya dengan kata-kata Syafiq itu.

"Tak..sebab aku yakin kalau aku terus berusaha, pasti suatu hari nanti aku akan berjaya juga miliki hati kau.."

Aku tak tahu Syafiq..sebab kau dulu cengeng sangat dengan aku..tu aku benci..tapi sekarang..benci dah jadi sayang..acaner..??

"Misalan kalau kau tak berjaya dapatkan cinta aku..??"

"Aku tetap akan berpuas hati kerana dah mencuba untuk mendapatkan cinta kau..walaupun aku tewas juga akhirnya.."

Kalaulah dari dulu aku tahu isi hati kau Syafiq..

Sarah tertunduk. Tak menyangka sebegitu lama Syafiq menantikan dirinya. Walau antara mereka ada sahaja pertelingkahan dari dahulu. Namun Syafiq tetap bersabar dengan kerenahnya.

"Bila masa kau tinggalkan aku suatu hari nanti..mungkin masa tu kau dah memilih insan yang terbaik untuk diri kau..cuma aku jelah yang kena reda masa tu nanti.." ucap Syafiq lagi yang meruntun jiwa Sarah. 
  
Aku kunci kau rapat-rapat dalam hatiku selepas ini pomen.. 
"Aku takkan tinggalkan kau.." ucap Sarah perlahan.

"Tapi aku malu nak cakap.." sambung Sarah lagi. Tertunduk tak mampu melihatkan wajah Syafiq yang menoleh semula ke arahnya.

"Malu nak cakap kau cintakan aku..??" tergagap Syafiq mengatakannya. Sarah hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Kalau malu tulislah.." Syafiq menghulurkan sebatang kayu halus kepada Sarah.

"Tulis atas pasir tu.." sambung Syafiq lagi.

Sarah menuruti kata Syafiq. Perlahan diukirnya di atas pasir pantai itu. Terketar tangannya melafazkan apa yang tersirat dalam hatinya.

"Sarah..Syafiq..??" Syafiq membaca apa yang ditulis Sarah di atas pasir itu.

"Kenapa tergantung ayat tu..??"

"Aku simpan dalam hati.."

"Jangan disimpan..nanti merana tak dilepaskan.."

Syafiq memegang tangan Sarah yang terhenti menulis di atas pasir itu. Dibawanya tangan itu melakarkan bentuk hati di sekeliling nama mereka berdua itu.

"Kenapa separuh pulak hati tu..?? Cintakan aku separuh je ke..??" tegur Sarah pada Syafiq yang duduk di sebelahnya.

"Separuh lagi hati aku kan ada pada kau..kalau kau tak sambungkan apa yang aku lukis ni, maka tak jadilah jugak.."

Pandai betul kau bermain dengan hati aku kan Syafiq..

Lakaran di pasir diteruskan Sarah hingga membentuk lakaran bentuk love. Bercantum di hujung untuk menyatukan kembali hati yang sebelum ini tidak bersatu.

Syafiq tersenyum puas. Terlalu lama dinantikan saat ini. Tepat sekali masa yang digunakan olehnya untuk melafazkan segala yang tak mampu diungkai sebelum ini.

"Terima kasih Sarah..menerima aku seadanya.." 

Sarah mengangguk malu. Mulut sudah terkunci rapat dek hati yang mengembang mekar.

"Namun aku tak menjanjikan cinta yang agung untuk kau Sarah.."

Kata-kata Syafiq membuatkan Sarah sedikit terkejut. Dia mendongak semula melihat ke arah Syafiq di sisinya.

Kau ni nak mainkan perasaan aku ke Syafiq..??

"Sebenarnya kau memang sengaja buat aku terbuai kan dengan kata-kata kau kan Syafiq..??" hampir sahaja Sarah menitikkan air matanya.

Syafiq menggeleng. Senyuman tetap terukir di bibirnya.

"Aku hanya mampu memberikan kesetiaan..kerana kesetian lebih bernilai dari cinta..cinta andai berubah boleh di semai semula..namun kesetiaan andai hilang dalam percintaan..dah tak berguna lagi cinta itu.."

I love u so much pomen..!! Rasa nak peluk je..!!

Sarah yakin dengan pilihannya kali ini. Bukan Ku Syafiq yang patut bertakhta dalam hatinya. Tetapi Syed Syafiq, si pomen cengeng comelnya.

"Abi..nak makan..lapar.." Sarah hanya menunjukkan bungkusan makanan yang dilihatnya dari tadi di atas bentangan tikar itu.
Asyik bercinta je..makan jangan dilupakan..kalau mati tak makan..cinta pun tah kemana..

"Nak abi suap boleh..??"

"Aishh..dah jadi manja pulak ni..??" sindir Syafiq.

"Biarlah..kesayangan hati abi kan..??"

Syafiq hanya mengangguk. Sarah membuka luas mulutnya menanti suapan pertama dari Syafiq.

"Esok kita keluar dari pulau ni ye Syafiq..??" ucap Sarah sambil mengunyah perlahan makanan di dalam mulutnya.

"Kenapa pulak awal sangat nak balik..??"

"Dekat sini ada langau pengacau..tak suka.."

Biar padan muka Ku mencari aku esok..

"Aku ingat balik esok nak singgah kampung dulu sebelum balik KL.."

"Ok..anything for u sayang.." pipi Sarah dicoleknya manja mengundang senyum di bibir Sarah.

"Dari dulu kalau macam ni kan bagus.." ucap Ayda menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihatkan gelagat Syafiq dan Sarah dari kejauhan.

1 comment: