Macam mana aku nak percayakan Raiqal ni..entah-entah apa yang dia cakap tu cuma sekadar nak buat aku rasa serba salah..bila dah serba salah, aku pulak terlepas cakap..sampai habis bocor rahsia aku..
Sarah jadi serba tak kena. Gusar andai kata Raiqal sebenarnya diarahkan oleh Datuk Mashitah untuk mengorek segala rahsianya. Dia yang sedang memandu untuk pulang ke rumah petang itu, menjadi semakin risau.
Telefon bimbit yang terperosok di dalam beg tangannya berbunyi. Panggilan dari Ayda yang berada di rumah.
"Ye Ayda.."
"Awak kat mana Sarah..?"
"Aku on the way balik rumahlah ni.."
"Cepat balik..!"
Kenapa pulak terminator ni..kalut semacam je..
"Jalan jem la Ayda..macam mana nak cepat..?"
Bukan dia tak tahu aku memang selalu balik lewat lepas kerja..dengan jem lagi..
"Syafiq sakit kepala..!"
"Laa..kalau dia sakit kepala pun..biar jelah..kenapa nak sibuk pulak..??"
Terlebih caring pulak kau dekat Syafiq tu Ayda..jaga-jaga Ayda..Syafiq tu anak ikan..
"Dia pengsan dalam rumah awak Sarah..!" terang Ayda sekali lagi.
Kali ini Sarah benar-benar terkejut. Entah apa pula bala yang menimpanya hari ini. Tiba-tiba pula Syafiq pengsan. Di dalam rumahnya pula.
"Ape kau buat dekat dia Ayda sampai dia pengsan..?!"
Gaduh-gaduh aku dengan Syafiq tu pun..kalau dah bab rebah pitam tak sedar diri ni..seram jugak aku jadinya..kalau setakat pengsan je takpelah..tapi kalau mati..??
"Kejap..! Aku on the way..!" talian terus dimatikan Sarah. Stereng keretanya itu dipatahkan ke sebelah kiri. Lampu kecemasan dihidupkan. Habis semua kereta di depannya dihon bagaikan orang gila memandu.
Dah macam ambulan pulak..
"Ahh..line motor ke line kapal terbang ke..kalau dah emergency macam ni.. peduli ape aku..!" Sarah terus memandu di lorong motor. Dia tahu itu satu kesalahan. Tetapi masalah di rumahnya sekarang lebih penting.
15 minit kemudian dia sampai di depan rumahnya. Lampu garaj telah menerangi suram senja itu. Bergegas Sarah memasuki pintu rumahnya yang telah siap sedia terbuka luas. Ayda menanti di dalam.
"Mana Syafiq..??" tanya Sarah.
Ayda hanya menunjukkan Syafiq yang sedang terbaring di atas lantai. Langsung tak bergerak.
Mati ke..??
Kau kalau nak mati janganlah sekarang Syafiq..dah la aku ada hutang interest lagi dengan kau..berdosa besar aku kalau kau tak halalkan interest tu dekat aku..
"Dah berapa lama dia pengsan Ayda..??"
"Dah setengah jam.."
"Macam mana pulak dia boleh pengsan dalam rumah aku ni..??"
Ayda mendiamkan diri.
Ohhh...kau dalam diam masa aku takde dekat rumah, pergi kerja, kau buat kerja terkutuk dalam rumah aku ye Ayda..dasar terminator tak mengenang budi..!!
"Kau merendek dengan dia dalam rumah aku ye..!!" marah betul Sarah kali ini.
"Bukan..tadi saya minta tolong Syafiq angkat tong gas dari luar rumah..bawak masuk ke dalam rumah kita.." Ayda menunjukkan sebiji tong gas yang terletak berhampiran dengan pintu dapurnya.
Aishh..mulut aku ni celupar sangat..kan dah buat dosa fitnah..
"Ok Ayda..sorry.." jawab Sarah.
Kedua-dua mereka saling memerhati antara satu sama lain. Entah apa yang hendak dilakukan pada Syafiq yang sedang terlentang di atas lantai.
"Apa kita nak buat ni Ayda..??" Sarah kaget. Tak tahu apa yang perlu dilakukannya.
Sarah melutut di sebelah tubuh Syafiq yang sedang kaku terbaring. Dicuitnya perlahan bahu Syafiq.
"Syafiq..bangunlah.."
Sekali lagi Sarah mencuit bahu Syafiq. Kali ini lebih kuat.
"Tak bangun pun dia Sarah.."
Manalah aku tau..aku bukan doktor pun nak rawat-rawat dia ni..cuit-cuit aku taulah..
"Apa nak buat ni Sarah..??" Ayda pula yang lebih cemas dari Sarah.
"Kejap..bagi aku Google dulu..apa nak buat dengan orang pengsan.." jawab Sarah dan terus mencapai telefon bimbitnya.
Satu persatu halaman First Aid Rescue di selaknya. Cuba mencari penyelesaian terhadap masalah pengsan yang dihadapi Syafiq.
Huhh..jadi doktor Google aku hari ni..ingatkan ustaz atau ustazah Google je yang ada..
"Ok..mula-mula..baringkan mangsa di ruangan yang terbuka..pastikan pengudaraan sekeliling mangsa tidak tersekat.." Sarah membacakan artikel yang terkandung di laman web itu pada Ayda.
"Kita angkat dia dekat atas sofa sana Sarah.." cadang Ayda.
"Tak payah..atas lantai ni pun ok..bagi dia bantal je.."
Bergegas Ayda menambil sebiji bantal di atas sofa. Dibaringkan kepala Syafiq di atas bantal itu.
"Lepas tu apa nak buat..??" tanya Ayda semula.
"Lepas beberapa minit..mangsa akan kembali sedar..kalau tidak sedar juga..teruskan dengan langkah yang kedua.." terang Sarah semula.
"Maknanya kita kena tunggu dululah..??"
"Ye Ayda..kita tunggu je..kau kipas je dia pakai majalah tu.." Sarah menunjukkan senaskhah majalah untuk dijadikan kipas.
Hampir sepuluh minit mereka menanti. Namun Syafiq tetap tak sedarkan diri. Naik resah Sarah menunggunya. Ayda tak berhenti mengipas ke arah Syafiq.
Perlahan-lahan Sarah membongkokkan kepalanya ke dada Syafiq. Cuba mendengar degupan jantung Syafiq. Ditekup telinganya rapat ke dada sebelah kiri Syafiq. Semerbak bauan minyak hitam menyusuri masuk ke dalam lubang hidungnya.
Dupp..dupp..dupp..
Hahh..okeh..hidup lagi..belum mati..
"Kalau dah sepuluh minit tak sedar jugak..apa kita nak buat lagi Sarah..??"
"Kejap..aku baca balik.." Sarah kembali menyelak laman web yang dibacanya sebentar tadi.
"Jika mangsa masih tidak sedarkan diri..lakukan Cardio Pulmonary Resuscitation.." menelan air liur Sarah bila membacanya.
"Apa tu..??" soal Ayda.
"CPR.." jawab Sarah.
"Maksudnya..??"
"Pernafasan mulut ke mulut.."
Kalau dah masuk bab cemolot cemolot yang aku naik lemah ni..
alahaii..tak pasal-pasal pulak aku nak kena buat CPR dengan si Syafiq ni..haaaalalalala..
"Apa lagi Sarah..buatlah cepat.."
Ewahhh kau Ayda..kau ingat buat CPR ni macam potong cili kat dapur ke apa..??
"Engkaulah buat Ayda..kenapa aku pulak..??" bentak Sarah.
"Saya bukan manusia mana boleh buat..lagipun saya tengah kipaskan dia..jadi awaklah kena buat CPR.." Ayda memberikan alasannya dengan kukuh.
Adoiiii....azab aku ni...
Sarah menunduk. Memerhatikan bibir Syafiq yang merah bak delima itu. Terkemam-kemam bibirnya merapati muka Syafiq.
****
Choiii..tak boleh macam ni..mana boleh suka-suka aku nak CPR anak orang..elok-elok hidup dia sekarang, bila aku CPR nanti tak pasal-pasal..Innalillah..
Sarah membatalkan niatnya. Dia berdiri semula di sebelah Syafiq. Telefon bimbitnya dicapai.
"Aku rasa lagi elok kalau aku call ambulan.."
"Baik Sarah.." Ayda mengiakan keputusan Sarah. Tak berhenti dia dari mengipaskan Syafiq yang masih terlantar.
"Kau tolong ambil tuala dalam bilik aku Ayda..lepas tu ambilkan air suam dekat dapur.."
"Awak nak buat apa Sarah..??"
"Aku nak lap muka Syafiq ni.. " terang Sarah.
Ayda bergegas menuju ke tingkat atas rumah itu seperti yang diarahkan Sarah. Tiga minit berselang, dia muncul semula di sisi Sarah dengan sebesen air suam dan tuala.
"Banyaknya air..nak mandikan dia ke..??" perli Sarah pada Ayda. Namun Ayda mendiamkan dirinya. Hanya memerhatikan Sarah yang sedang bersimpuh di sebelah Syafiq.
"Awak dah telefon ambulan Sarah..??"
"Dah..maybe dah on the way ke sini.."
Perlahan wajah Syafiq dituam lembut oleh Sarah. Tidak mengharapkan Syafiq akan sedar walaupun dia berbuat begitu. Namun, hanya itu sahaja usaha yang dapat dilakukannya. Mungkin dapat menyelesakan Syafiq.
"Awak tak telefon keluarga dia ke Sarah..??"
Memanglah kalau ikutkan aku, aku nak bagitau..tapi masalahnya mana aku kenal family dia ni..entah kat mana duduknya mak bapak Syafiq ni.. kalau dekat-dekat sini, bolehlah aku pergi cari..
"Takpelah Ayda..biar nanti pihak hospital yang uruskan.." jawab Sarah.
Sarah melonggarkan sedikit baju yang membaluti tubuh Syafiq. Agar dia lebih senang untuk bernafas.
20 minit berselang barulah muncul sebuah ambulan di hadapan rumah Sarah. Bergegas tiga orang pegawai perubatan memasuki tuang rumahnya. Dua daripadanya membawa pengusung. Mungkin untuk membawa naik Syafiq ke dalam ambulan.
Seorang lagi, melakukan pemeriksaan awal terhadap Syafiq.
"Ok..saya rasa saya kena bawak suami puan ke hospital.." kata seorang pegawai perubatan itu. Mungkin seorang doktor.
Suami..??
"Puan tolong bawa semua pengenalan diri suami puan ke hospital nanti ye.."
Ehh doktor ni..buat aku jadi lagi cemas pulak..teruk sangat ke Syafiq ni sampai nak bawak pergi hospital..??
"Ok..nanti saya datang ke hospital.." Sarah hanya menuruti sahaja arahan yang diberikan. Agar membawa semua pengenalan diri "suaminya" ke hospital.
Tapi macam mana pulak aku nak ambil barang-barang dia tu..dah tentulah dia jiran aku je..duduk rumah sebelah..
"Sarah..ini kunci rumah Syafiq.." Ayda mengangkat segugus kunci.
"Mana kau dapat ni Ayda..??"
"Tadi saya keluarkan semua barang-barang dari poket seluar dia.."
"Kalau macam tu..adalah beg duit dia sekali..??"
Ayda menggelengkan kepalanya. Hanya kunci rumah sahaja yang dijumpainya dari poket seluar Syafiq. Tiada dompet, tiada telefon bimbit.
"Ok..aku pergi cari dalam rumah dia..kau pergi siap Ayda..kita pergi hospital kejap lagi.."
Sarah takut nak wat CPR..
ReplyDeleteKenapa Syafiq pengsan? Stress tu..