Sunday, 4 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 25]

Air muka Syafiq mula berubah. Entah bagaimana tiba-tiba sahaja Dian muncul di belakangnya tanpa disedari. Sarah, hanya melihat Syafiq dan Dian saling bertukar pandangan.

Ni apehal pulak ni..macam nak gaduh je..bukan ini ke perempuan yang langgar aku masa dekat hospital hari tu..??

"Boleh i duduk sini..??" Dian menyapa Sarah yang leka menyuap makanannya.

"Haa..duduklah..takde sapa halang pun.." Sarah mengiakan sahaja permintaan itu.

Ini makwe Syafiq ke..?? Berlagak je.. meluat pulak aku..

"Dian.." Syafiq seperti ingin mengatakan sesuatu. Jelas kelihatan keresahan di riak wajahnya.

"Who is this Syafiq..??" Dian pantas memotong percakapan Syafiq. Matanya tajam memerhatikan Sarah dari atas hingga ke bawah.

"Dian..listen to me.." Syafiq segera menarik perhatian Dian yang hanya tertumpu pada Sarah.

"Yes..apa dia honey..??" Dian melirik senyuman saat memandang ke arah Syafiq.

Honey..?? Maknanya betullah ini makwe dia..tak kena betul masa aku ikut cakap Syafiq..tak pasal-pasal kantoi pulak dengan makwe dia..bala ni..

"Macam mana u boleh datang sini..?? Apa yang u nak..??"

"Syafiq..i ada dekat hospital masa u keluar tadi..so i follow lah u dengan perempuan ni sampai ke sini..and i just concern about my precious gentlemen bila dia keluar dengan perempuan lain..thats why im here.." terang Dian.

Ohh..concern..kalau kau ambil berat sangat pasal Syafiq ni..kenapa pulak si pomen ni telefon aku mintak dijemput..tapi bukan kau..??

"Dian..i rasa ini bukan masa yang sesuai untuk kita bincangkan..why dont u balik dulu.." Syafiq cuba berdiplomasi sebaik mungkin dengan Dian. Andai dibiarkan lebih lama hal itu meleret, mungkin hal itu bakal menjadi lebih kecoh di dalam restoran itu.

"Why..?? U takut perempuan ni tahu yang i ni your girlfriend..??" Dian mengusap lembut pipi Syafiq.

"Stop it Dian.." terus sahaja Syafiq mengelak.

Dian kembali mengalihkan pandangannya pada Sarah yang betul-betul duduk di sebelah kirinya. Membuak-buak perasaan marah di dalam hatinya bila dilihatnya Sarah bersama Syafiq.

"Baru sekarang i tahu kenapa u selalu mengelak dari i Syafiq..rupanya u dah ada kuntum bunga baru.." sindir Dian. Rambut Sarah dilurutnya perlahan.

Aku tak buat apa pun dengan pakwe kau ni..aku jemput dia balik dari hospital..dia ajak aku pergi makan..itu je..

Sarah tidak tahu apa yang perlu dibuatnya. Tingkah laku Dian yang sedari tadi asyik memerhatikan dirinya, mula dirasakan rimas oleh Sarah. Namun Sarah tetap berdiam. Tak mahu masuk campur dalam urusan antara Syafiq dan Dian.

"Look at her..perempuan macam ni yang u boleh gila-gilakan Syafiq..??"

"Dian..i datang sini nak makan and i tak rasa pun yang u patut ada dekat sini.."   

Sarah merasakan seperti dia tidak lagi diperlukan di situ. Hal dilihatnya semakin panas. Semakin rumit. Syafiq cuba mengelak dari Dian manakala Dian pula enggan melepaskan Syafiq.

Kalau lama-lama aku dekat sini nanti..silap-silap aku pulak yang jadi ayam massala ni nanti..

"Syafiq..aku balik dululah ye..nanti kau balik dengan awek kau ni ye..??" Sarah menghulurkan wang kepada Syafiq agar Syafiq dapat melangsaikan bil makanan mereka berdua malam itu.

"No Sarah..stay..!" tegas Syafiq. Namun Sarah telah pun berdiri untuk beredar dari situ.

"Wow..what a suprise..a women handing a money to a men..u ni mak datin simpanan Syafiq ke..Sarah..??" sindir Dian lagi terhadap Sarah.

Fuhhh..mulut kau memang serupa tong sampah..

"Maaf cik..saya ni kawan Syafiq je..dia mintak tolong saya tadi..so saya tolonglah..and by the way, saya bukan mak datin macam yang awak fikirkan..saya tak makan duit lelaki ni.." jawab Sarah berterus terang.

"Lagipun saya tak cukup vouge macam awak nak jadi mak datin.." sindiran halus pula dilemparkan Sarah pada Dian.

Merah padam muka Dian menahan api kemarahan yang membuak di hatinya. Berani Sarah memperkotak-katikkan dirinya. Segelas air yang terletak di atas meja itu dicapainya. Terus disimbahnya ke arah Sarah.

"Dian..!!" bentak Syafiq memarahi Dian yang telah mula menggila. Segera Syafiq mendapatkan Sarah yang telah kuyup dek simbahan air oleh Dian.

Keseluruhan kedai hanya menyaksikan sahaja adegan antara mereka bertiga. Senyap sunyi dibuatnya seketika. Hanya sesekali terdengar bisikan orang yang mengata. Ada juga yang tertawa kecil sambil memerhati.

"Sarah..aku minta maaf pasal ni..kau tunggu aku dekat kereta ye..??" arah Syafiq agar Sarah segera berundur ke keretanya. Sarah hanya mengangguk lesu. Masih lagi terkejut dengan tindakan Dian tadi.

Dian memerhati dengan puas. Tidak sewenang-wenangnya dia akan membiarkan jejaka idamannya itu dirampas si gadis lain. Lebih-lebih lagi gadis murahan seperti Sarah dalam fikirannya. Cukup tidak layak untuk mendampingi Syafiq.

"Dian..anggap ini my last warning..! jangan pernah u masuk campur urusan i lagi lepas ni.." Syafiq cuba mengawal emosinya sebaik mungkin. Andai diikutkan perasaan marahnya tika itu. Mungkin nahas Dian dikerjakannya.

"But honey..im the one that u should love..not her.." rengek Dian lalu bangun mendekati Syafiq.

"Stop it Dian..stop it..!!"

"Tapi kenapa Syafiq..i tak pernah sakitkan hati u..i cintakan u Syafiq.." rayu Dian sambil cuba menggapai tangan Syafiq pula.

Syafiq hanya membiarkan sahaja Dian dengan perangainya. Dilambainya ke arah pelayan restoran itu. Menunjukkan wang bayaran yang diletakknya di atas meja itu. Terus sahaja dia meninggalkan Dian yang masih termanggu di meja itu.

"Syafiq..!! I takkan biarkan perempuan tu rampas u dari i..i takkan mengalah..i akan pastikan perempuan tu susah..!" jerit Dian bila melihatkan Syafiq meninggalkannya ke arah kereta milik Sarah. Sarah hanya tercegat di pintu keretanya. Menanti Syafiq tiba.

"And u need to face me Dian kalau u nak sentuh dia..!" ujar Syafiq. Kunci kereta yang dihulurkan Sarah segera dicapainya.

"Thats not Liyana, Syafiq..!! U yang gila anggap perempuan tu adalah Liyana..!!" terus menerus Dian menjerit bagaikan kerasukan di luar restoran itu pula.

Tanpa mempedulikan semua kata-kata Dian itu lagi, Syafiq terus sahaja memandu pulang kereta Sarah menuju ke rumah. Cukup sakit hatinya. Namun dia lebih kasihankan Sarah yang menjadi mangsa antara perbalahan antara dia dan Dian sebentar tadi.

"Liyana lagi..siapa sebenarnya Liyana ni..??" bisik hati Sarah. Seolah nama itu terlalu penting pada Syafiq.

Sarah mencapai sekotak tisu di bahagian belakang keretanya. Dibersihkan sedikit curahan air yang masih berbaki di tubuhnya. Syafiq hanya memandu tanpa sebarang kata.

"Syafiq..siapa Liyana..??" tanya Sarah.

***

"Kau tak apa-apa kan Sarah..??" tanya Syafiq. Kereta terus dipandunya tanpa menoleh ke arah Sarah.

"Ok la kot.."

Aku bukan apa Syafiq..kalau itu makwe kau, aku tak nak masuk campur lagi urusan kau..macam orang gila je..baru aku jemput dekat hospital..dah jadi macam tu tadi..seriau aku..

"Aku mintak maaf pasal tadi..Dian tu memang perangai macam tu.."

"Dian..??"

"Ye..perempuan tadi tu..agaknya kecik-kecik dulu tak cukup kena bedung..itu yang dah besar mereng sikit tu.."

Haha..sedap mulut kau nak cakap orang tak cukup bedung..kau tu..?? Terlebih bedung ke..??

"Makwe kau kan..??" tanya Sarah lagi.

"Bukan..itu kawan aku..dah lama kitorang berkawan.."

"Orang macam tu punya cantik..buat kawan je..rugilah.."

Tergelak Syafiq bila Sarah mengusiknya begitu. Hilang sedikit kemarahan yang meluap di dalam hatinya.

"Dari aku pilih dia..baik aku pilih kau..walaupun tak cantik..tapi comel.."

Ayatttt..tak lali aku de setakat ayat macam tu Syafiq oi..

"Kau tak marah ke Sarah..??" pelik Syafiq bila Sarah seolah tak merasakan apa-apa bila dilakukan seperti sampah ketika di restoran tadi.

"Marah jugak..tapi apa boleh aku buat..dia tu makwe orang..kalau aku marah nanti, silap-silap pakwe dia belasah aku pulak.." sindir Sarah. Walaupun sebenarnya dalam hatinya turut bergelora rasa ingin ditomoinya Dian tadi. Geram diperlakukan sebegitu.

"Aku bukan pakwe dia..sumpah.."

Alahh..lelaki..semua pun cakap macam tu..asal jumpa bunga baru yang lebih menawan..mulalah mengaku single mingle-lah..yang dah kawin mengaku bujanglah..alasan lapuk..

"Jangan suka sangat bersumpah..termakan sumpah..merana tak sudah.." tegur Sarah seikhlas hatinya.
                       
"Baik sayang..tapi betul ni..aku takde apa-apa dengan dia.."

Tak habis-habis panggil aku sayang..! Aku bukan sayang kaulah..!

"Aku kalau ikutkan memang nak lempang je Dian tu tadi..tapi pasal kita dekat public..aku pun taknak malukan dia..so aku batalkan niat aku tu.." terang Syafiq lagi. Meluahkan kemarahan yang dipendamnya dalam hati.

Hek eleh..aku yang kene siram, kau pulak yang panas..

"Biarlah jelah.." terdiam Sarah seketika. Teringatkan kembali soalan awalnya tadi masih belum dijawab lagi oleh Syafiq.

"Syafiq..siapa Liyana..??" Sarah mengulang semula soalannya tadi. Diperhatikan wajah Syafiq berubah serta merta. Seolah-olah langsung tidak suka dilontarkan soalan mengenai Liyana.

"Bekas makwe kau ke..??" sambung Sarah lagi. Namun Syafiq hanya berdiam diri.

"Dia dekat mana sekarang..??"

Emm..kalau diam ni adalah tak kena ni..tak payah nak sorok apa-apa Syafiq..aku memang jenis tak suka kalau orang berdolak dalih ni..

"Jawablah Syafiq.." asak Sarah lagi.

"Tak payahlah nak cakap pasal tu..!" sedikit tinggi nada yang digunakan oleh Syafiq. Terkedu Sarah bila dia tiba-tiba sahaja dimarahi bila bertanyakan soalan.

Lantak kau lah..!

Terus suram suasana di dalam kereta itu. Tiada lagi kedengaran suara Sarah mahupun Syafiq berbual. Hanya berdiam diri hinggalah sampai ke perkarangan rumah Sarah.

Kereta dihentikan Syafiq tepat di dalam garaj rumah itu. Sarah terus melangkah masuk ke dalam rumahnya. Marahnya lebih lagi kali ini berbanding kemarahan bila disirami air oleh Dian tadi.

"Aduh Syafiq..apa kau buat ni.." keluh Syafiq tersandar di kerusi kereta. Ayda hanya memerhatikan sahaja Syafiq dari pintu rumah.

Keluar dari pintu kereta, Syafiq segera mendapatkan Ayda. Sambil menyerahkan kunci kereta Sarah, dia turut membisikkan sesuatu pada Ayda. Ayda hanya mengangguk menandakan faham dengan kata-kata Syafiq.

Baru sahaja Syafiq hendak berundur keluar dari perkarangan rumah itu, Sarah muncul semula di muka pintu.

"Kunci kereta aku mana..?!" ucap Sarah sedikit meninggi.

"Dekat Ayda.." jawab Syafiq.

"Dah..lepas ni tak payah nak menempel depan aku lagi..tak payah nak mintak tolong aku lagi..tak payah nak cari aku lagi..!" terus sahaja pintu rumah itu dihempaskan dengan geram oleh Sarah.

Syafiq berserabut pulang ke rumahnya. Baru sahaja hendak berbaik-baik, lain pula jadinya. Bukan sengaja dimarahinya Sarah, namun memang dia tidak bersedia langsung untuk menerangkan mengenai Liyana pada Sarah. Terutamanya bila sering sahaja dia diasak sebegitu.

"Ayda..kemas barang kau..esok ikut aku pergi Pulau Perhentian..!"

"Kenapa..??"

"Aku ada kerja dekat sana..takkan aku nak biarkan kau sorang-sorang dekat rumah ni.."

Ayda mengangguk. Walaupun sebenarnya dia tidak pasti mana satu arahan yang hendak diikutinya. Syafiq turut mengarahnya berbuat sesuatu esok. Sarah pula, mengajak agar mengikutnya ke Pulau Perhentian pula.

"Mana satu Ayda nak ikut ni..??" kekeliruan mula berlegar di sistem operasinya. Gagal untuk memproses dua arahan sekaligus. Dia hanya terduduk, tunduk dan terus senyap di atas kerusi itu. Mengecas dirinya sendiri.

1 comment: