Ku segera bersiap. Disarungnya sehelai kemeja putih yang telah siap-siap diletakkan di atas katilnya. Berdiri dia di hadapan cermin sambil melihat dirinya buat kali yang terakhir. Sebelum melangkah keluar dari bilik, dicapainya blazzer bewarna kelabu dan disarungnya.
Perlahan-lahan dia melangkah turun. Matanya meliar tercari-cari sesiapa yang berada di tingkat bawah. Bukan Mak Su atau Mak Siti pembantu rumahnya, bukan juga Pak Rahim pemandu kepada ibunya, akan tetapi matanya meliar mencari ibunya sendiri.
"Wahh..anak mama segak ni nak kemana..??"
Ku terkejut bila ibunya muncul di dari belakangnya. Cadangnya memang untuk mengelak dari dilihat oleh Datuk Mashitah, namun tak sempat. Ibunya lebih pantas menghidu pergerakannya. Ku berpaling ke belakang.
"Ku ada dinner with our client ma.."
"Malam- malam macam ni..??" pelik Datuk Mashitah. Jarang sekali anaknya itu keluar malam berpakaian kemas seperti yang dilihatnya sekarang.
"Aaaa...she ask me meet her tonight ma.." Ku cuba mengelak sebaik mungkin dari ibunya. Tak mahu diketahui akan perihalnya ingin berjumpa Sarah malam itu.
"She..??"
Ku menelan air liur. "Kenapalah aku guna English tadi..kalau cakap Melayu, rasanya mesti mama tak tahu aku keluar dengan perempuan.." bisik Ku dalam hatinya.
"Yes ma..Ku ada meeting dengan Datin Maimon.."
"Datin Maimon again..siapa dia ni Ku..??"
"Nanti Ku cerita dengan mama ye..sebab benda ni still in the proposal stage..once it confirm..u are the first one that i will inform first.." Ku terus menghulurkan tangannya untuk bersalam. Dikucupnya pipi ibunya sebelum beredar pergi.
"Jangan balik lewat Ku.."
Datuk Mashitah merasakan ada sesuatu yang berlainan pada anaknya itu. Seperti dia ada menyorokkan sesuatu.
Kereta Mercedes SLS AMG menderu keluar dari perkarangan banglo itu. Datuk Mashitah hanya melihat kereta itu menghilang di kejauhan. Namun
fikirannya masih berteka teki dengan tingkah laku Ku.
"Hello sayang..i dah on the way..maybe i sampai dekat rumah u lagi half and hour..??"
"Ok Ku..i dah siap pun..i tunggu u sampai je ni.."
"Ok great..love u so much.."
"I love u more.." talian terus dimatikan Sarah. Di melangkah turun dari biliknya. Lengkap berpakaian dress serba putih, menampakkan kejelitaan wajahnya. Kulitnya yang putih mulus, tidak memerlukan dandanan yang berlebihan. Natural beauty.
Mana pulak pergi Ayda ni..?? Senyap je..selalu kelentung kelentang dekat dalam dapur time macam ni..entah apalah kerjanya pulak senyap-senyap ni..
"Ayda..??" panggil Sarah menuju ke arah dapur. Namun tiada jawapan.
Hmm..mana dia ni..??
"Saya dekat luar ni Sarah..dekat garaj.." suara Ayda kedengaran menjawab panggilannya dari luar.
Ayda melangkah masuk ke dalam rumah. Mungkin Sarah ingin makan. Segalanya telah disiapkan terhidang di atas meja makan. Hanya menunggu Sarah sahaja turun dari biliknya.
Namun langkahnya terhenti di muka pintu bila dilihatnya Sarah. Tak berkelip matanya memandang. Lain benar penampilan tuannya itu malam ini.
"Ayda..kenapa dengan kau..??"
"Cantik.." hanya sepatah dapat dibalas Ayda.
Uiii..bangganya ada orang cakap aku cantik ni..
"Biasalah..ini Sarah Hj Mat Jusoh..the beauty of me is beyond people imagination.."
Ceeewahh..sesekali aku speaking ni..boleh tahan jugak ayat yang keluar dari mulut ni..
"Awak nak pergi mana Sarah..??"
"Aku nak keluar dating.." Sarah menupang tangannya di sofa. Memperlihatkan lengannya yang putih.
"Maknanya awak tak makanlah dekat rumah..??"
"Nope..kau makan jelah apa kau masak tu nanti.."
Sarah melihat jam di dinding rumahnya. Hampir menunjukkan jam 8.30 malam. Kalau diikutkan kata Ku tadi, dia boleh sampai bila-bila masa sahaja dari sekarang.
"Awak nak keluar dengan siapa Sarah..??"
"Dengan Syafiq..!"
Ayda hairan. Padahal Syafis sedang leka di garaj rumah itu, memasang kembali tayar kereta Sarah yang bocor.
"Syafiq ada di garaj Sarah..dia tengah pasang tayar kereta awak.."
"Bukan Syafiq itu..!! Tak nak aku dengan Syafiq tu..kalau kau nak dia Ayda, kau ambillah.." tawa sinis dari Sarah meninggalkan Ayda di ruang tamu itu. Dia perlu segera keluar, Ku seorang yang punctual. Dia tak mahu Ku menunggunya pula bila dia sampai di perkarangan rumahnya nanti.
"Dah siap ke Syafiq kereta aku..??" Sarah berdiri di sebelah keretanya. Syafiq sedang terkial-kial si sebelah sisi lain keretanya.
Terbantut kerja Syafiq bila didengarinya suara Sarah.
"Wah kau..bertanya macam bos kan.."
"Aku tak suruh pun kau repair kereta aku..tapi Ayda yang suruh.."
"Habis kalau Ayda tak suruh..kau nak biarkan jelah kereta ni tersadai..??"
"Alaaa..kereta aku..suka hati akulah..!"
Sakit betul telinga Syafiq mendengarnya. Sudahlah dia bertungkus lumus membantu tanpa disuruh. Bila ditegur, menyakitkan hati pula jawapan dari mulut Sarah. Syafiq terus bangun dari duduknya. Bunyi spanar jatuh ke lantai membingitkan sedikit susasana.
Forever love......forever love......
Entah kenapa lagu Forever Love nyanyian Lee Wang Hom itu berlegar-legar di benak fikirannya saat diperhatikan Sarah yang berdiri di hadapannya. Syafiq seolah-olah terkaku tak mampu berbuat apa.
Matanya tak terkedip melihat keindahan di hadapannya. Tangannya seolah mahu digerakkan menyentuh kecantikan itu. Degup jantung bercelaru menghantarkan darah ke setiap pelusuk anggotanya. Otak gagal memproses segala maklumat yang berada di sekelilingnya. Seolah-olah segala derianya kini tertumpu pada sesusuk tubuh yang berdiri di hadapannya.
"Oi..!!" Sarah memanggil Syafiq yang memandangnya. Satu pandangan yang lain dari hari yang biasa.
"Oi pomen..!! Apesal kau pandang aku macam tu..!!"
"Cantik.." seperti juga Ayda, Syafiq turut tak mampu mengatakan selain dari perkataan itu. Andai ada perkataan lain yang mampu diguna pakai olehnya, mesti telah dia gunakan untuk menggambarkan keindahan di hadapannya itu.
Tinn..tinn..
Hon dari sebuah kereta yang muncul di hadapan rumah Sarah mematikan lamunan Syafiq.
"Ehh..bukan..tu baju kau tu..nampak ketiak.."
Hampeh Syafiq ni..punya penat aku melawa, boleh kau cakap aku macam tu..!!
"Sudahlah..menyampah aku dengan kau..!!" Sarah lantas menuju ke arah kereta Ku. Pintu kereta dibukanya. Menampakkan seseorang di balik cermin gelap kereta itu. Ayda dan Syafiq hanya memerhatikan sahaja kereta itu berlalu pergi.
"Aku macam kenal lelaki dalam kereta tu..boyfriend Sarah ke tu Ayda..??
"Saya tak pasti Syafiq.." jawab Ayda.
Syafiq pasti. Dia memang teramat kenal wajah yang membawa Sarah keluar itu. Seseorang yang sering berjumpa dengannya di airport.
Syafiq vs ku syafiq
ReplyDelete