Friday 23 January 2015

Kek Untuk Si Keding

Pandang kiri, pandang kanan.

Lampu tiga warna di persimpangan empat itu ku perhatikan tidak menyala. Tiada merah, tiada kuning, tiada hijau. Tiada pedoman untuk ku rentas persimpangan itu. Tersalah rentas, untung lori datang menyapu kereta kecilku ini.
             
"Bismillahirahmanirrahim.." ku ucap setelah yakin tiada Ferrari atau Kawasaki Z1000 yang menderu sepantas kilat di kiri dan kanan jalan. Pedal ku tekan perlahan, stereng ku putar ke arah kanan.

"Mummy..kite nak pergi mana..??" si kecil yang masih lengkap dengan uniform sekolahnya, mula bersuara. Dia lihat ke luar tingkap. Bukan ini jalan pulang ke rumahnya dari sekolah.

"Ini kan jalan nak pergi pekan mummy..??" Si kecil menoleh padaku. Tangan masih lagi memegang erat Samsung S10 milikku. Leka benar dia dengan kartun yang ditontonnya di Youtube.

"Mummy nak belikan adik mainan ye..??" mukanya bersinar menonjolkan keriangan di hati.

Haila anak..itu sajalah yang kau ingat..permainan, permainan, permainan..

"Kalau mummy beli mainan..adik nanti mesti rajin belajar kat sekolah.." muka yakin ditonjolkan padaku. Cuba memperdayakan aku dengan kelipan mata dan memek muka comelnya. Kononnya permainan yang berlambak di rumah itu selama ini menjadi pendorong padanya untuk mengadap buku pelajaran.

"Kalau nak beli..adik nak yang patung Barbie tu..yang ada rumah tu.."

Dua ratus lebih harga tu nak oii..

"Boleh kan mummy kan..??" Kini lengan baju kurungku pula ditariknya.

"Sarah Qistina Quratun Nashiqin Bt. Ali..!" nada yang tinggi dan cegilan mata memandang ke arahnya, selalunya berhasil. Untuk menutup mulut dan meredakan adrenelin yang memuncak di dalam dirinya. Bibirku kutepuk perlahan. Baru merasakan nama anakku itu terlalu panjang bila disebut. Entah bagaimanalah cikgu di sekolah menyebut namamu tiap kali di sekolah hai anak.

Si kecil itu menundukkan kepala. Kerana dia sedar, dia sedang dimarahi. Skrin Samsung S10 kembali ditatapnya tanpa suara. Terus terdiam dimarahi oleh si ibu.

"Allahuakbar.." aku mengeluh tanda menyesal. Si anak kecil yang tidak tahu apa-apa ku tengking tanpa pangkal. Dia tak tahu kemana arah tujuku, kerana itulah dia bertanya. Lumrah si anak kecil, nalurinya sentiasa sahaja ingin mengetahui. Lantas sahaja dia kumarahi kerana persoalannya.

"Sayang..mummy nak pergi ambil kek adik..hari ni kan hari jadi adik.." kereta ku hentikan tepat di hadapan kedai kek. Si kecil angkat muka dan tersenyum. Dirinya yang tadi muram akibat dimarahi, kini ceria kembali.

"Nakkkkkk..!!" pintu kereta segera dibuka luas. Telefon bimbit dicampaknya terus ke lantai kereta. Terkedek-kedek si kecil itu berlari ke dalam restoran sambil mengendong beg sekolahnya yang penuh berisikan buku sekolah. Sengsara ku melihat dia menggalas beg itu.

"Astaghfirullahalazim.." aku hanya menggelengkan kepala. Telefon ku capai, dan lantas ku ekor langkahnya ke dalam.

"Mummy..!! Cepat..!!" deretan kek yang tersusun rapi di balik cermin kaca ditunjukkan oleh si kecil. Aku hanya melihat jenis dan senarai harganya.

"Mummy..adik nak yang tu..!" Jarinya menuding ke arah sebuah kek yang berwarna ungu.

BLUEBERRY CHEESE
RM82/cake
RM8/slice

"Adik..mummy tak suka la yang tu adik.." memang aku cepat muak dengan perisa itu. Yang menggamit hatiku, Chocolate Indulgence. Harga yang sama dan menepati citarasa ku.

"Bagi saya Chocolate Indulgence tu dik..take away ye..untuk birthday.."

"Alaaa mummy..adik nak yang tu..!" Bibirnya dijuihkan ke arah kek yang diminatinya.

"Tak sedap la tu dik..mummy tak suka.." aku hanya melihat si kecil itu telah memeluk tubuhnya tidak berpuas hati. Tanda protes.

"Ini hari jadi mummy ke, hari jadi adik..??"

Hmm..makin lama makin pandai pula dia menjawab..

"Ok macam ni..kita beli yang kecik je..kita makan kat sini nak..??" seorang ibu tak pernah mengecewakan si anak. Apa sahaja kehendak si anak, akan cuba diturutinya. Asal tidak melampaui batas. Wang ringgit dan titik peluh tak pernah dikeluhkan. Asal si anak, merasakan bahagia. Kerana itulah, gelaran ibu diberi. Bukan sebarangan gelaran yang boleh dijaja ke sana sini.

Sepotong kek kubawa ke meja kecil di sudut kanan restoran. Lelehan perisa Blueberry yang menyelaputi ruang atas gebu kek itu, mungkin menggamit selera anakku itu.

Aku hanya memerhatikan sahaja dia menyudu penuh nafsu. Disuanya ke mulut dan dikunyah perlahan. Namun, dijuihnya semula isi yang dimamahnya. Terkulat-kulat mukanya menahan gelora dalam mulut.

"Haa..kenapa..?? Tadi nak sangat kek tu..??"

"Masamlah mummy..tak sedap..!" dia tersandar ke kerusi. Putus sudah seleranya untuk menjamah kek yang masih berbaki.

"Mummy dah cakap tadi kan..adik tak nak dengar.." aku memang takkan mengusik baki kek itu. Kerana memang bukan seleraku.

"Biarlah jelah mummy..tak payah makan..tak sedap.." omel si kecik lagi.

Alahai anak..adakah kau tahu itu rezeki kurniaan Ilahi..??

"Adik..apa mummy selalu cakap..?? Makanan jangan dibazirkan..sebab setiap rezeki yang diberikan pada kita, itu tandanya Allah sayangkan kita..apa yang mummy selalu cakap lepas makan..??"

"Jangan bazir..makan bagi habis.." si kecil jawab perlahan. Muncung panjang ke hadapan.

"Adik tau tak..dekat luar sana ada orang yang tak makan berhari-hari.. nak dapatkan makanan pun susah..kalau dapat pun terpaksa berebut..sampaikan ada yang kena merangkak semata-mata nak dapatkan makanan.." aku terhenti menghela nafasku. Mata si kecil kulihat terkebil-kebil memandang ke arahku. Memang dia peminat setiaku kala aku bercerita. Kerana pada dia sahajalah aku bercerita selama ini.

"Ada yang terpaksa menahan lapar berhari-hati..minum air hujan yang bertakung atas tanah..sampai ada jugak yang sanggup makan bangkai binatang kerana lapar dik..adik tak kesian ke..??"

Si kecil hanya mengangguk kepala.

"Macam orang keding hitam tu kan..??"

Siapa pulak si keding hitam ni..??

"Siapa keding hitam tu dik..??" Aku kerut dahi. Entah apa pulalah yang dimaksudkan si kecil ini.

"Tuu..yang macam abi tengok dalam tv tu..orang keding hitam makan takde pinggan..makan atas tanah.." tergelak kecil anakku tika menyebutnya. Ini tentu dia menonton bersama ayahnya tentang kisah rakyat kulit hitam di kebanyakan negara kulit hitam. Hidup tidak terurus, tidak cukup makan dan minum.

"Tapi dia banyak makan la mummy.. sebab perut dia buncit..macam abi.." dia masih tertawa bila mengingati apa yang pernah ditontonnya.

Abi ni pun satu..lain kali terangkanlah pada anak apa yang ditontonnya..terangkan baik buruknya..sekarang si kecil dah salah tafsir..

Telefon yang berdering di dalam tas tangan menghentikan lamunanku. Tertera nama si suami memanggil.

"Hello abi..Nora ambil kek adik ni..kejap lagi Nora balik.."

Mataku hanya memerhatikan si kecilku itu menarik pinggan berisi sepotong kek yang masih berbaki di hadapannya. Syukur, mungkin dia memahami apa yang cuba ku sampaikan tadi. Kata-kata suami di corong telefon dengar tak dengar sahaja masuk ke cuping telingaku.  

Si kecil bingkas bangun dari tempat duduknya. Pinggan yang berisi kek ditatangnya bergerak ke satu arah. Aku hanya melihat kerana telefon masih melekap di telinga. Dapat kuperhatikan si kecilku menuju ke arah tong sampah kecil di dalam restoran itu. Baki kek yang tidak dijamahnya dibuang terus ke dalam tong sampah itu tanpa rasa bersalah.

"Abi..kejap lagi Nora telefon balik.."

Aku bangun dan melangkah ke arah anakku di tepi tong sampah itu. Perasaan ini cukup mendidih bila si anak berkelakuan seperti itu. Andai tak mahu, boleh sahaja baki kek itu dibawa pulang ke rumah. Bukan dibuang sahaja ke dalam tong sampah.

"Adik..!! Apa adik buat ni..kenapa buang kek tu..?!" Pinggan di tangan kucapai. Jangan pula nanti pinggan itu pula menerima nasib yang sama. Terjunam ke dalam tong sampah.

Si kecil dongak kepala memandang ke arahku.

"Adik nak bagi keding hitam makanlah ni mummy..sebab adik tengok dalam tv tu, diorang makan dengan lalat..lalat penuh je dekat mulut keding tu..tapi dia makan jugak.."

Jawapan itu menyentak perasaanku..apa yang ditafsir si anak nyata terlalu lurus..dia hanya melihat dari satu arah sahaja..bukan seperti dewasa menonton, yang mampu menafsir perihal sesuatu dari pelbagai sudut..

"Iye mummy..keding hitam suka makan dengan lalat..betul..lalat kan suka tong sampah..nanti keding hitam boleh makan kek ni.." si kecil hanya angguk perlahan. Muka penuh yakin terpampang di raut wajahnya.

Wahai anak..kau masih terlalu kecil untuk memahami noda dunia tak bersempadan ini..maafkan mummy kerana tak mampu menerangkan kesemuanya padamu..nyata itu kesalahan yang melingkari mummy..

Aku pimpin tangan kecil anakku menuju semula ke kereta. Dalam hati, penuh rasa bersalah tidak terkekang. Sempat jua aku menoleh ke arah tong sampah kecil itu sebelum berlalu pergi.

"Percayalah..mungkin sepotong kek yang kau buang itu anakku, andai dihantar kepada si keding hitam, mampu dikongsi bersama oleh puluhan si keding hitam yang lain.."

"Dan lalat-lalat mereka.."

Raja Bengis

Bermulanya kisah berkurun lamanya sebelum kewujudan telefon bimbit Samsung S10. Hal diceritakan turun temurun dari zaman Nokia 3310 bermaharajalela dahulu, hinggalah sekarang.

Adalah menjadi dongeng di suatu ketika, saat kemasyuran suatu empayar yang dinaungi seorang raja yang amat berkuasa.

Satu empayar yang tiada tolok banding kekuatannya.

Jangan pernah ada musuh masuk menyelinap ke sempadan, maka dikerahnya semua bala tentera untuk memerangi.

Jangan pernah ada musuh yang mencabar daulat si raja yang memerintah, nescaya dikirimnya utusan perang untuk memenggal kepala musuhnya.

Jangan pernah ada musuh yang cuba memporak perandakan empayar yang dibinanya, maka bertiuplah semboyan perang tanpa henti memerangi si musuh.

Asal bertembung, akan dipancung. Asal berjumpa, akan ditikam. Asal berselisih, akan disula.

Kerana dia, si raja yang maha bengis!

Dikelilingi jutaan pahlawan perang yang sentiasa berjuang bersamanya. Tidak pernah berkira untuk menumpahkan darah andai diarah ke medan perang. Tidak pernah gentar menutur langkah ke medan perang andai dikerah. Tidak pernah muncul bacul di sanubari andai musuh berarak mengelilingi mereka.

Kerana mereka, hulubalang si raja yang pembengis.

Biar mati bermandikan darah, asalkan tanah yang dipijak, tidak tergadai ke tangan musuh. Nyawa dipertaruhkan tanpa paksa. Asalkan bumi yang dipijak, kekal menjadi milik untuk selamanya.

Namun, setiap kekuatan punya kelemahan. Setiap kekayaan, pernah mengalami kemiskinan. Setiap kemasyuran, pernah menempuh saat suramnya. Begitu juga dengan si raja pembengis.

Kerana tiap bengis juga, punya gentarnya.

"Kandaaaaa...!!"

"Iye dinda.." si raja melangkah laju saat permaisuri istana menjerit.

Huh..satu istana dah tau dah..si raja minum darah ni takutkan bini..sorok guane pun, orang dah tau..

"Dinda nak makan hati ayam bersalut tepung..bukannya tepung cap ayam bersalut hati..!!"

"Alahai dinda..maafkan kanda..nanti kanda arahkan tukang masak istana masakkan yang baru ye dinda.." semangkuk pinggan penuh berlaukkan tepung bersalut hati segera dicapai si raja. Langkah kaki diuja selaju mungkin menuju ke dapur masakan. Menyeringai lirik matanya memerhatikan si tukang masak yang terketar lutut tanpa bicara.

"Pengawal..!! Pancung tukang masak istana..!! Campak dalam kandang harimau..biar harimau makan..!!"

Haaa..macam tu lah garangnya si raja pembengis..garang kan..??

Tapi itulah..part bila bini marah, terkucil-kucil dia mengadap tu apesal..??

"Kandaaaaaa...!!" Sekali lagi lolongan si permaisuri menggegarkan istana.

Si raja apa lagi..gundah gulana lah..cha alip but..segera dia cabut ke ruang santapan semula..

"Iyeee dinda.." berdiri tegak di sisi isteri tersayang. Senyuman kambing tak pernah dilupa.

"Air sirap ni rasa sirap..!!"

Si raja bengis tarik nafas so deep..

"Dinda..dah namanya sirap, mestilah sirap..takkanlah rasa coconut shake pulak dinda.."

Si permaisuri ketap bibir. Mata membulat menonjolkan contact lens berwarna biru muda cair yang dipalitnya ke bola mata.

"Kanda menjawab kata dinda..??" tadi duduk. Sekarang dah bangun.

Si raja undur selangkah. Silap hari bulan flying kick si mama hinggap pula ke perut. Cegah sebelum kena.

"Tidak dinda..kanda cuma suarakan pendapat kanda sahaja.." si raja tunduk kepala. Lutut goyang tapi cuba bertahan.

"Dinda nak air sirap rasa tembikai susu...!!!!!!!!!"

Jumlah tanda seru dah tau kan berapa punya kuat dia punya jerit..atap rumah boleh gugur dek jeritan permaisuri si raja pembengis..kerana itulah, istana itu tak pernah punya atap..budget burst dek kerana asyik menukar atap sahaja..

"Baik dinda.." berlari semula si raja ke dapur. Mencari-cari si tukang bancuh air pula.

"Memanda bendahara..!! Mana si tukang bancuh air..??" wajah bengis penuh emosi terpancar.

"Ampun tuanku..si tukang bancuh air cuti tuanku.." ketar suara si bendahara mengiringi ketar lututnya.

"Kemana pulak dia bercuti..!!"

"Pulau Bali tuanku..main golf.."

"Cissss...!!" Si raja menghunuskan keris yang tersisip di pinggang. Kuda-kuda dipasak teguh. Rasa hendak ditikam-tikam sahaja si bendahara yang telah meluluskan cuti tahun si tukang bancuh air tanpa keizinannya.

Tapi, dah tentulah si bendahara tu wing man dia..mana sanggup si raja nak tikam..acah-acah mak limah je tu..

Si raja duduk tersandar di tepi peti ais. Meratap akan nasibnya yang tidak ketentuan arah. Kerana si permaisuri, lebih bengis dari dirinya.

"Wahai bendahara..bagaimanakah caranya beta hendak menundukkan si permaisuri..adakah punya penawarnya..??" Si raja meratap hiba.

Si bendahara duduk bersimpuh di sebelah si raja. Kerana dia, turut bersimpati dengan keadaan rajanya yang sedang berduka.

"Ampun tuanku..sembah patik harap diampun..tiada penawarnya tuanku..kerana penyakit itu, umpama virus yang menular tuanku..merebak tanpa ada penawar.." si bendahara tunduk selepas berbicara.

"Mustahil bendahara..beta yakin, setiap penyakit punya ubatnya.."

"Tidak tuanku..penyakit suami takutkan bini, tidak pernah punya penawar tuanku..melainkan..."

"Melainkan apa bendahara..!" Si raja kembali bersemangat. Seolah ada harapan di balik kerunsingannya itu.

"Melainkan tuanku kahwin lagi satu tuanku..ampun tuanku.."

Si raja bengis terdiam.

"Bodoh..baghal..! Itu bukan penawar..itu cari punca nak kena pancung..!"

Payah jugak jadi raja macam ni..bengis tapi takut bini..

"Apakah bendahara juga takutkan bini..??" Soal si raja.

"Semua hulubalang dan rakyat di negeri kita, semuanya takutkan bini tuanku..termasuklah patik tuanku..ampun tuanku.."

Ahhh payohhh..dah semua hok katang-katang, bunuh orang mandi daroh hari-hari, pun takut bini..??

"Mustahil bendahara..! Pasti ada seorang di antara rakyat dan hulubalang beta yang beribu di luar sana yang tidak gentarkan bini, bendahara..beta yakin pasti ada..!!"

"Ampun tuanku..patik tak tahu tuanku..setahu patik, semuanya takutkan bini tuanku..ampun tuanku.."

Si raja bengis mundar mandir di hadapan si bendahara. Janggut sejemput diusapnya perlahan. Memikirkan cara untuk mencari si suami yang tidak takutkan isteri. Kerana jika ada, ingin sahaja dituntutnya ilmu daripada sipolan itu. Agar dapat ditundukkan si permaisuri yang maha garang di istana itu.

"Beta punya idea bendahara..kumpulkan semua hulubalang istana mengadap beta..sekarang..!!"

Mencelinaplah si bendahara mengumumkan apa yang diarahkan oleh si raja bengis. Mengumpulkan kesemua hulubalang istana yang segak dan berbadan tegap mengadap baginda di ruang istana.

Si raja bengis melihat ribuan hulubalang berbaris di hadapannya. Dapat dilihat, semuanya lengkap berperisai, berpedang dan bertombak.

Bisep dan trisep hulubalang jangan cakaplah..sebesar mangkuk..!

"Wahai hulubalang beta yang gagah perkasa..!"

Intonasi penuh semangat dilaungkan si raja bengis. Mengundang gerun di hati semua hulubalang yang masih tidak mengetahui punca mengapa mereka dikumpulkan.

"Kepada mereka yang takutkan bini..sila berkumpul di sebelah kiri beta..kepada yang tidak takutkan bini..sila berkumpul di sebelah kanan beta..!"

Gah ucapannya didengari oleh semua hulubalang. Namun, tak menyangka si raja bengis itu mengarahkan sebegitu. Mereka hanya menuruti arahan yang diberikan. Maka melangkahlah semua hulubalang ke sisi yang seperti diarahkan si raja bengis.

Semuanya berkumpul di kiri..geng takut bini..

Namun hanya seorang sahaja yang tegak berdiri di sebelah kanan. Dan itu amat menggembirakan si raja bengis. Kerana dia begitu hampir dengan jalan penyelesaiannya.

"Lihat bendahara..! Beta sudah bilang, pasti ada seorang yang tidak takutkan bini.." jarinya menuding ke arah hulubalang tegap itu. Bendahara hanya mengangguk mengiakan kata-kata rajanya.

"Wahai hulubalang..! Apa rahsianya kamu tidak takutkan bini..??" bercahaya muka si raja mengorakkan senyuman.

"Ampun tuanku..patik takutkan bini juga sebenarnya tuanku.." terketar si hulubalang menyatakannya.

Merah padam wajah si raja menahan marah saat hulubalang itu memperkotak katikkan dirinya. Arahan yang diberi tidak diendahnya.

"Habis kenapa kamu duduk di sisi kanan..!! Kamu tahu kan apa yang beta katakan..kalau takutkan bini, berkumpul di sebelah kiri..!!" Si raja bangun dari singgahsana.

"Ampun tuanku..patik faham arahan tuanku itu.."

"Habis kenapa kamu berkumpul seorang diri di sisi kanan..??"

Si hulubalang terketar lutut mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Menunjukkan mesej dari si isteri.

"Bini patik yang suruh tuanku.."

Lagi takutkan bini rupanya dari si raja bengis..!!

Si raja bengis tepuk dahi.

Begitulah alkisah yang didongengkan zaman berzaman. Dengar kata empayar kuat yang terbina sekian lama, terkubur begitu sahaja. Gara-gara si permaisuri menghentakkan kakinya lalu menenggelamkan pulau yang didiami oleh puluhan ribu rakyat empayar itu. Termasuklah raja bengis dan para suami yang takut bini. Terus hilang negeri itu dari peta dunia.

Kau Isteriku

Langkah kaki ku tuju longlai ke ruang pintu. Punggung dihenyak sebentar ke pangkin di ruang garaj melepaskan lelah di dada. Sepoi angin dingin yang bertiup lembut petang itu, menyamankan.

Tersandar sebentar melayangkan angan di benak. Kekusutan duniawi cuba dilempar jauh. Kerana kusut, belum tentu membahagiakan.

Kicau burung tak seindah biasa. Hanya singgah sementara sebelum berlalu pergi. Meninggalkan aku termenung seorangan.

"Bilalah hidup nak senang ni..pagi pergi kerja, petang balik kerja.."

Nafas dihembus deras. Cuba pula membuang senak di dada tika memikirkan hal kerja. Namun, lega itu hanya sementara.

"Hutang sana nak bayar, hutang sini nak bayar..duit pun tak pernah cukup.." sekali lagi nafas itu cuba dihembus jauh. Andai mampu, biar roboh pintu pagar rumah itu dek hembusan nafasnya. Biar jelas terlihat kebuntuan yang menepu dalam benaknya.

"Haishhh.." mengeluh adalah fitrah manusia. Lebih kepada meratapi sesuatu kesedihan dan juga masalah yang dihadapi. Namun, ada juga yang mengeluh dek kerana kegembiraan dan kesenangan yang dikecapi.

Yang gembira, mengeluh gusar andai kata kegembiraan yang dikecapi bakal pergi.

Yang kesenangan pula, mengeluh kesah dek khuatir kemewahan bakal lenyap.

"Haila..dunia oh dunia.." mata menyorot melihatkan sang kucing melintas. Terlenggok melangkah seolah tiada punya masalah. Tika makan, engkau makan. Tika bermanja, engkau bermanja.
 
Kan elok kalau aku jadi kucing.Sentiasa tenang tanpa masalah.

"Abi..??" suara lembut bidadari hati itu menoktahkan lamunanku. Si isteri muncul di sebalik kuakan pintu rumah. Terserlah keayuan menyambut pulang sang suami yang pulang saban petang.

Redup mata yang memandang diri ini, meruntuhkan segala gelora yang membadai dalam hati. Kau punya persona tanpa kata. Hanya dengan melihatmu, telah mampu menjernihkan kolam hati yang kian pudar tak berwarna.

"Sayang.." aku cuba tersenyum. Namun hambar. Mungkin jelas dapat dilihatnya diri ini tak segagah biasa. Mungkin yang hanya dilihatnya cuma jasad tanpa nadi. Yang rohnya entah terbang ke mana.

"Kenapa ni..?? Balik kerja termenung dekat luar rumah pulak..abi tak sihat..??"

Lunak suaramu mendebarkan jantung ini. Berdegup pantas tanpa ritma. Seolah ingin keluar dari jasad. Dan terus mendakapmu erat dalam pelukan.   

"Takde apa sayang..abi ambil angin kejap dekat luar ni.."   

Aku yakin, kau benar faham apa yang bersarang dalam kotak hati ini. Walau cuba ku dalih beribu alasan, kau tetap dapat menjejakinya. Sukar untuk aku mengaburi matamu. Kerana jernih matamu itu, melihat terus ke pelosok hatiku.

"Banyak masalah ke abi..??" elusan lembut tangan isteri mendakap kemas jemariku. Dibelai manja lengan yang membanting tulang sekian hari demi sesuap nasi. Wajah yang kusam direnungnya tanpa kelip. Jelas nyata diri itu tidak seutuh biasa.

"Sikit-sikit je sayang..kerja, biasalah..mungkin abi penat kot.."

Jari yang berlalu lembut di lengan diperhatikan sahaja. Kedutan halus menampakkan anjakan usia yang tidak semuda dahulu. Usapan jemari itu tidak selembut saat dahulu.

"Sayang.." jari si isteri kucapai perlahan. Ku renung jauh dalam ke tapak tangan yang semakin kasar. Tangan yang saban hari menunaikan amanah sebagai si isteri. Mengerah keringat, bertungkus lumus di istana kecil milik mereka tanpa rungut.

"Emm..??" dia hanya memerhati saat aku bermain dengan jarinya. Cuba menilik apakah yang cuba diselindungkan oleh diri ini.

"Maafkan abi ye sayang.." jemari digenggam rapi. Seolah cuba menyerap segala kekuatan dari si isteri. Agar dapat diperkuatkan diri sehebat si pemuja dirinya.

"Kenapa pulak..abi tak buat salah apa pun kan..??"

Pada mata kau mungkin tiada salah. Tetapi nun jauh di lubuk hati ini, terpendam rasa bersalah tidak bertitik.

"Maaf kerana abi tak mampu sediakan kemewahan untuk sayang.."

Pandangan dialihkan pada isteri tersayang. Seri wajah yang tak pernah lekang dengan senyuman manis itu, menghilangkan segala gundah dalam diri. Sesak dada dirasakan tanpa nafas tadi, kembali berlalu lancar tanpa sekat.

Aku tak sehebat Shah Jahan yang mampu memberikan segala kemewahan pada si isteri.

Aku tak sehebat Shakespeare yang bijak mengatur kata membahagiakan si wanita.

Aku tak sehebat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang sentiasa menggembirakan Aisyah RA.  

Aku hanya suami yang masih tercari-cari perjalanan hidup untuk membahagiakanmu.Yang masih lemah perlu dipapah, yang masih kabur perlu dipimpin.

"Abi..bukan kemewahan yang sayang cari dalam hidup..cukuplah dengan apa yang kita ada sekarang..ini pun dah cukup bahagia sayang rasakan.."

Tidak. Mungkin katamu hanya sekadar untuk menenangkan diri sendiri.

"Selama kita hidup bersama, tiada apa cela langsung yang abi tinggalkan pada sayang..segalanya indah..susah sayang, abi tetap tempuh bersama..senang abi, abi kongsikan bersama sayang.." 

Kerana kau selalu ada. Kerana kau tak pernah hilang dalam diriku ini walau sesaat. Bagaimana aku hendak menidakkan kehadiranmu sayang??

"Dan anugerah terindah dalam penghidupan sayang ini, adalah abi..yang sentiasa bersama walaupun saat getir yang kita lalui..abi tak pernah mengalah demi sayang.."

Hujung kepala si isteri dilandaskan ke pehaku. Jari yang menggenggam makin erat dipautnya. Kau terlalu tabah sayangku. Walau dugaan datang tidak bertepi, kau tetap teguh berdiri mengharunginya. Kerana ketabahan itu, aku terpesona. Kerana kecekalan itu, aku terus kuat.

"Sayang.."

"Emm..??"

"Apa yang buatkan sayang selalu kuat untuk abi..??"

Setiap peluh yang mengalir di dahimu, tak pernah kau kesalkan. Setiap perit jerihmu, tak pernah diselangi kata rungutan. Setiap hela nafas lelahmu, tak pernah hadir bersama keluhan.

Nyata aku kagum dengan sifat dirimu isteriku.

"Andai sayang lemah pada mata abi, mampukah abi untuk terus kuat untuk sayang..??"

Aku sendiri tak punya jawapan untuk itu. Namun yang pasti, tiada lelaki yang mampu meneruskan hidup tanpa kehadiran wanita yang bernama isteri di sisi.

Kerana wanita yang digelarkan isteri itu, umpama cahaya yang menerangi di siang hari. Umpama rembulan yang mengindahkan malam kelam.

Tanpa sinar cahaya, gelaplah dunia. Tanpa keindahan rembulan, hilanglah seri kelam malam.

Hanya itu jawapan yang dapat kucerna untukmu. Andai kau tiada di sisi, isteriku.

Tiada kata dapat dibandingkan dengan pengorbananmu wahai isteri. Tiada coretan warna yang mampu ditafsirkan seindah wajahmu. Tiada nada yang dapat menandingi lunak suaramu berkata.

Saat aku lemah, kau selalu ada. Saat aku jatuh, kau dirikan aku semula. Saat aku rebah, kau bangkitkan diri ini untuk bangun. Saat diri ini bergelumang dengan mimpi ngeri, kau juga yang menyedarkan aku agar sedar dari tidurku.

Anugerah terindah kurniaan Ilahi pada diriku. Si isteri yang tak pernah lalai menghiburkan hati ini. Si isteri yang sentiasa merawat rawan di hati.

Si isteri yang sering sahaja mengundang kegembiraan dalam hidup ini. Si isteri yang sentiasa cekal untuk diriku.

Kau yang selalu indah. Kau yang selalu ada dalam tiap nafasku yang berlalu.

Kerana itulah, kau isteriku.

Thursday 22 January 2015

Penunggu Pohon Rambai

Rahman bersiul menolak basikal tua jenama Riley miliknya. Siulan sekadar menghiburkan hati yang sedang panas menggelegak. Menggelegak dek kerana rantai basikalnya putus tanpa memberi salam.

Terlalu lama sudah basikal itu menjadi kuda tunggangannya saban hari. Banyak tahun juga basikal itu telah mencurahkan bakti pada si empunya milik.

Namun entah mengapa malam itu, meragam pula basikal Riley kesayangannya itu. Maka terpaksalah malam itu, Rahman menapak pulang rumah. Sambil menolak basikal tuanya.

"Hutih hutih helatiiii...herah herah helimaaaa.." bait lagu Putih-Putih Melati dendangan ST12 dinyanyikan Rahman. Sengau.

Ye. Rahman dilahirkan sedikit sengau. Kerana itulah dia digelar Rahman Sengau di seantero kampung.

Akan tetapi sesengau Rahman, dia merupakan salah seorang penternak ikan keli yang berjaya di kampungnya. Di disegani dek kerana kepandaiannya berniaga. Malah dia juga seorang yang pemurah.

Kerana itulah dia Rahman Sengau.

Lampu suluh yang dibawanya tiap malam, tiba-tiba sahaja berkelip-kelip seolah mahu padam. Diketuknya perlahan ke handle basikal, terus sahaja lampu itu terpadam tidak bernyawa.

"Haaalaa hau hii..hase hi hau hak hadammm..!" rungut Rahman sengau sambil menyelitkan lampu suluhnya ke poket baju melayu.

"Hapehah hasib haku hi..hantai hutus..hampu hadam.."keluhnya lagi mengenangkan nasib.

Rahman melihat kelilingnya. Semak belukar dan pohonan hutan memenuhi di sebelah kanannya. Dan di sebelah kiri..

TANAH PERKUBURAN KG. SIALANG

Rahman tepuk dahi. Bertambah satu lagi dugaannya. Dari keputusan rantai basikal, lampu terpadam dan kini terpaksa pula melalui kawasan perkuburan untuk pulang ke rumahnya.

Cerita-cerita tidak enak mengenai kawasan itu mula berlegar di kepala Rahman. Paling diingatinya kisah yang diceritakan si Mail semasa minum bersamanya tempoh hari di kedai kopi Wak Lan.

"Betul Man..! Orang kampung dah haru la ni..memang pokok rambai yang dekat kubur tu, ada penunggu dok tunggu dia..!" bersungguh Mail bercerita. Matanya mundar mandir melihatkan sekeliling. Semua yang ada di kedai kopi itu, taat mendengar ceritanya.

"Hahhh..hau hipu..hane hade hantu haman hoden hacam hi.." Rahman meneguk kopi yang terhidang. Kuih jemput-jemput dikunyahnya penuh rakus. Cebisan surat khabar pembalut nasi lemak yang melihatkan foto Nora Danish dikerenyuknya.

"Harkhu harse hgau hang hirleee.." mulut masih penuh mengunyah, namun tetap juga dia ingin berbicara.

"Hang pasai pa Man..hang nak cakap, bagilah kosong mulut hang dulu..dah la hang cakap normal pun aku tak paham..bila hang cakap masa mulut penuh, lagilah aku tak paham.." berkerut dahi Mail memandang Rahman.

Jemput-jemput ditelannya. Rahman meneguk semula kopi untuk melicinkan tekaknya semula.

"Haku hakap..hau hu hile..!"

"Ehhh..aku cerita benda betul..hang sembuq aku cakap aku menipu..!" Mail bangun dari kerusinya. Masakan dia menipu, kerana dia sendiri pernah melihatkan penunggu pohon rambai itu.

"Sabaq Mail..hang orang macam Man ni, hang kene banyak istighfar.." Majid pula cuba menenangkan Mail.

"Hau hite ha hagi..haku hak hengar.." Rahman kembali pasang telinga. Hendak mendengar seseram mana cerita si Mail itu.

"Hade horang hakap.." Mail mengajuk sengau si Rahman. Penumbuk diangkat Rahman diarahkan kepada Mail.

"Sorry..tersasul.." Mail tertawa.

"Ada orang habaq mai..ataih pokok tu ada penunggu..barang siapa dok lalu situ malam-malam.." Mail terhenti sambil membuntangkan matanya melihatkan Majid dan Rahman.

"Poommm...!!"

Tersentak Rahman tika Mail mengetuk meja sekuat hatinya.

"Hodoh hau hi..! Thejut haku.." rungut Rahman pucat lesi mukanya.

"Akan di ganggu oleh si penunggu pohon rambai tu.." Mail merendahkan nada suaranya. Tergeleng-geleng kepalanya seolah bermunajat.

"Hupe hantu hu hane..??" Rahman makin teruja.

"Rambutnya panjang mengurai separas lutut..mukanya tertutup dek rambut yang mengurai..kain putih berjela panjangnya membaluti diri.." Mail terangguk-angguk pula. Rahman mengepit kaki.

"Bila rambutnya terselak..terserlah mukanya yang hodoh..mata terjojol keluar sebelah..ulat-ulat kecil keluar dari liang mukanya..gigi taringnya panjang melepasi dagu..darah sentiasa tak henti mengalir keluar dari celahan giginya.." mata Mail makin mengecil memerhatikan Rahman. Dia yakin, Rahman telah mula gentar.

"Itu jalan kau balik tiap-tiap malam kan Man..??" Mail jungkitkan kening. Senyuman penuh makna diberikan pada Rahman. Meja diketuknya dengan jari sedetik demi sedetik. Menanti jawapan dari Rahman.

"Hahhh..hau hipu..!! Hantu hakde..!!" bentak Rahman dan terus beredar meninggalkan Mail dan Majid.

Kini, dia sendiri berhadapan demgan situasi seperti yang diceritakan Mail. Hari gelap, tiada bulan menerangi dan...

Pokok rambai hanya 50 meter sahaja dari tempatnya berdiri.

Pohon itu cukup rendang. Berpuluh tahun sudah lamanya pohon itu berdiri tegak di tanah kubur itu. Namun baru ini pertama kali didengarnya tentang penunggu di pokok itu.

"Hahh..hail hipu he hu..haje hak henehan haku.." bisik Rahman perlahan. Cuba menenangkan dirinya sendiri.

Langkah diatur perlahan. Matanya hanya terarah ke jalan yang samar-samar sahaja dilihatnya. Tanpa lampu suluh dan cahaya bulan, cukup sukar baginya melihat apa yang ada di hadapannya.

Rahman tersentak saat bunyi si burung pungguk memecah suasana. Cukup sayu bunyi yang didendangkan si burung pungguk. Seolah meniupkan irama seram terus ke cuping telinganya.

"Hantu hunya hurung..haku hapat hau..haku hijak-hijak hau.." matanya meliar mencari sinar mata si burung. Puas dikerlingnya ke setiap pelosok arah. Namun tetap tak kelihatan.

Kata orang andai si ada binatang berbunyi di waktu malam, itu tandanya mereka melihatkan sesuatu. Sesuatu yang tidak dapat dilihat manusi. Mungkin sesuatu yang pelik. Kata orang tua-tua lagi, detak bunyi cicak di dalam rumah juga menandakan sesuatu.

Pokok rambai kini betul-betul di sebelah kanannya. Rahman cuba menjeling-jeling melihatkan ke batang pokok rambai itu. Hendak dipalingnya pandangan ke atas rimbunan pohon, takut pula menyelubungi diri. Andai terlihat penunggu pohon itu bergayut sambil mengilai-ngilai.

Rahman teruskan langkah. Lega hatinya tika mana pohon itu berjaya dilepasinya tanpa sebarang dugaan. Tiada hilaian. Tiada gangguan dari si penunggu pohon rambai itu.

"Hek helleh..hantu hu hane hehani hengan haku.." bongkak pula Rahman setelah dilepasinya pohon rambai yang dikatakan berpenunggu itu. Bersiul dia terus menolak basikal tuanya.

"Hape hulak hahikal hi herat hehacam hee.." Rahman terhenti. Entah kenapa basikal yang dari tadi ditolaknya dirasakan berat. Padahal sebelum dia melalui pohon rambai tadi, senang sahaja ditolaknya.

Rahman membongkok melihatkan tayar depan basikalnya. Kalau-kalau bocor pula tayar itu. Mungkin kerana itu dirasakan berat benar basikal itu ditolaknya.

"Hakde hulak hocor.." Rahman garu kepala. Dia beralih ke tayar belakangnya pula. Pun dilihatnya tiada bocor atau apa-apa sahaja yang menghalang pergerakan tayar basikalnya. Sekali lagi digarunya kepalanya yang tidak gatal.

"Hain hape hulak hi..??" juntaian kain berwarna putih terselit di celahan tempat duduk belakangnya. Seingat Rahman, tiada pula dibelinya kain pasang semasa ke kedai tadi.

"Hakpe hah..helok hugak..holeh haku hap heluh.." kain putih dicapainya. Lantas, peluh yang membasahi leher dan mukanya, dilap kering menggunakan kain putih yang terjuntai itu.

"Haikkk..hape hau hemeyan hulak hain hi..hangan hacam-hacam..." Rahman terketar. Teringatkan semula cerita si Mail tentang si penunggu pohon rambai.

Rahman mengangkat mukanya perlahan demi perlahan. Dia tika itu sedang mencangkung mengadap tayar basikalnya.

Perlahan..

Kepalanya diangkat meluruti juntaian kain itu..

Dari tayar beralih ke kerusi belakang basikalnya..

Kain itu masih terjuntai...

Diangkatnya lagi muka terus meluruti kain itu...

Hinggalah...

Terpaparnya satu lembaga yang diselubungi kain putih panjang berjuntai..

Rambut panjang mengurai menutupi muka..pangjang hingga melepasi paras lututnya..

Dan tika angin bertiup lembut..rambut itu perlahan terbuai dek angin..

Lalu menampakkan sebelah wajah lembaga itu..

Berulat, mata tersembul hampir terkeluar dari kelopak mata, dan lembaga itu..

Mengukirkan senyuman pada si Rahman..

Rahman mengengsot ke belakang. Mulut telah terkunci rapi. Hanya terdengar lututnya sahaja yang berlaga sesama sendiri. Hendak dijerit, lidah sudah terkelu. Hendak berlari, lutut semakin longgar dirasakan.

Rahman yakin, apa yang dilihatnya adalah penunggu pohon rambai. Langsuir!

Rahman yakin itu adalah langsuir.

"Hiiiiiiiii..hii hii hii....!!"

Langsuir pohon rambai itu mendakapkan tangannya. Perlahan semakin mendekati Rahman. Makin didekatinya Rahman, makin kuat hilaiannya.

"Hiiiii..hii hii hii.....!!"

Jari yang menampakkan kedut dan kuku yang panjang perlahan mendakap leher Rahman. Muka yang hodoh dan berulat makin menghampiri muka Rahman.

Saat hidung Rahman menyentuh helaian rambut si penunggu pohon rambai, terus sahaja dirasakan gelap pandangannya. Rahman pengsan tidak sedarkan dirinya. Kerana kata-kata egonya, kini dia pula menjadi mangsa si penunggu pohon rambai.

"Man..! Bangun Man..tidur atas jalan kenapa..!" Mail menggegarkan bahu Rahman yang terbaring kaku di sebelah basikal tuanya.

"Huihhhhh...!!" Bingkas sahaja Rahman bangun dari pengsannya. Dia memerhatikan sekeliling. Pohon rambai diperhatikan jua. Andai si langsuir berada lagi di sekelilingnya.

"Hang huwey..!! Hang huwey..!!" Rahman mencengkam lengan Mail.

"Kurang ajar..! Aku dah tolong..kau panggil aku suwey..!" terus sahaja kepala si Rahman ditunjal Mail. Berang digelarkan suwey oleh si Rahman sengau.

"Sabaq Mail..hang orang macam Man ni, hang kene banyak istighfar.." Majid cuba menenangkan Mail.

"Hang huwey..hang huwey.." Rahman merintih menyebutkan tentang langsuir yang dilihatnya. Namun tak dipedulikan si Mail dan Majid. Malah tunjalan di kepala pula yang diberikan Mail.

Sejak dari peristiwa itu, Rahman tidak lagi menggunakan basikal tuanya untuk kemana-mana. Dengan berbekalkan hasil jualan ikan kelinya, dia telah membeli sebuah kereta untuk membawanya ke sana ke mari. Dan kereta itu adalah..

He hem hau yu....

Sunday 18 January 2015

Si manis

Dia manis.     

Wajah bujur sireh,  alis mata tersusun rapi, bibir memerah bak delima dan yang lebih terserlah, kulit yang putih mulus membaluti dirinya itu.

Memang dia manis.   

Leka benar dia membelek tudungnya yang ditiup angin. Fareeda?? Adijuma?? Persetan semua itu. Gadis secantik itu andai dibalut guni beras sekalipun, dia tetap menawan.

Betul-betul dia manis.

Saat dia menjeling, jelas terlihat bundar mata yang memukau itu. Dan kala dia tersenyum bila melihat diriku hingga menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.

Perrrhhhhh...!!

Sumpah dia manis..!!
                 
"Abang.."  

Tersentak aku dengan teguran itu. Aku alih pandangan. Hitam, rambut bergulung, misai kontot.

"Hijau ka kuning abangg..??"   
Mat bangla yang lengkap dengan uniform hijaunya itu menegur. Terpapar perkataan PETRONAS di dada kanannya.

Aduhhh..potonglah..!

"Hijau..!" bentak aku sambil memerhatikan harga Ron97 yang masih di takuk lama.

Aku alih pandangan semula. Mencari si manis yang memukau pandangan mataku tadi. Kerana wajah itu telah berjaya menembusi kornea mataku. Dari mata, wajah itu telah menjelajah ke seluruh pelusuk tubuh. Menerjah ke otak, namun gagal diproses di sana lalu telah ditendang ke hati. Tiba di hati, wajah si manis itu terus menetap tak mahu berganjak lagi. Walau cuba diusir sekalipun.
360 darjah aku putar badan. Bukan sekali, tapi tiga kali. Kerana bola mata ini kehilangan pandang terhadap si manis.

"Kau la ni Mujibur..! Dah hilang awek yang aku pandang tadi..!" mat bangla yang leka memerhati meter minyak berputar ligat hanya terkelu.

"Abangg..apa saya punya salah..??"

"Pasal aku bercakap dengan engkaulah, hilang awek tu tadi..!" bukan melepaskan marah. Namun sekadar menerjemahkan kekecewaan dalam nada tinggi.

Puas ku melihat, namun tetap tak kelihatan, hanya kelibat lori cina sayur, mat pakistan jual aiskrim dan salesgirl berseluar legging muka ketat yang mengedarkan risalah sahaja dapat ku lihat.

Kecewa diri ini umpama terlepaskan Nora Danish dari dakapan. Betul-betul punya kecewa!

"Yittu adik manis ka abang..??" mat bangla kembali menegur. Aku lihat dirinya semula dengan dada yang mengembang, berpura sado walau hakikatnya keding. Si mat bangla menuding jari ke dalam kedai serbaneka milik Petronas itu.  

Awesome..!! Si manis ada di dalam rupanya.

Aku hanya angguk perlahan. Sekadar ucapan terima kasih tidak ikhlasku pada si mat bangla. Dan langkah romeoku, bergerak gagah menuju ke dalam SMART.

"Macam mana nak start ni ye..??" aku cuba berfikir menggunakan otak dan fikiran. Mempergunakan akal yang dikurniakan untuk menegur si manis.

Andai ku guna perasaan dan nafsu, silap hari bulan, si manis rebah pula bermuntahkan darah dek kata-kata aku yang tidak menggunakan akal. 

"Hai..boleh kita berkenalan..??

Romeo sangat pulak..

"Kecantikan awak memukau diri ini.."

Hmm..aku bukan Shakespeare..

"Hello..wanna be my girl..??"

Cannot..playboy sangat..

Habis macam mana aku nak start berbual dengan dia?? Setiap permulaan hubungan memerlukan kata-kata. Tanpa kata-kata umpama makan nasi tanpa kicap. Tak lengkap..!  

Di kala serebrum dan medula oblongata aku kerah memikirkan cara untuk mengajaknya berbual, tak sedar kini aku berdiri betul-betul di sebelahnya. Peti ais 10 pintu di dalam SMART itu jadi saksi. Saksi yang aku sedang berpura TALL DARK HENSOME walaupun yang benarnya jantung ini sedang berdegup 5000km/j.

Anak mata nakalku mula memainkan peranan. Susuk tubuh itu kuperhatikan sedang leka memilih minuman di dalam peti ais yang dibuka luas pintunya.

34..28..36..

"Ya Allah Ya Tuhanku..lindungilah diri hambamu ini dari melihat kecantikan melalui nafsu..serlahkan kecantikan itu melalui pandangan imanku Ya Allah.."

Anak mata yang nakal melirik tadi segera ku pejam. Meratap memohon keampunan atas khilaf diriku. Yang menggunakan nafsu untuk melihat. Tika yakin diri ini telah cukup kuat semula, mata ku buka luas semula.

Si manis sedang memerhati aku yang menggeletar tanpa henti di sebelahnya. Senyuman yang dia berikan, buat diriku hampir rebah dek lutut yang tak mampu menahan getaran tubuh berskala 10.5 skala ritcher.

"Beli air ke..??"

Dia bercakap pulak dah..!!

Diri ini yang kononnya tadi bersemangat untuk menuturkan kata perkenalan, kini terkunci rapat. Terpukau dek lunak suaranya pula. Hanya kepala mengangguk mengiakan kata-kata si manis.

Dia berlalu ke kaunter. Aku melangkah sama ke kaunter di sebelahnya. Tin minuman yang kucapai tanpa lihat tadi, ku letak perlahan. Kami bersebelahan semula. Aku di kanan, dia di kiri.

Adakah dia tulang rusuk kiriku..?? Kerana dia betul-betul berada rapat dengan rusuk kiriku kini..!

"Bang..betul ke ni..??" gadis cashier pula menegurku.

"Ye dik..ini je abang nak minum.." anak mata masih meliar melihatkan si manis di sebelah. Kerana dia terlalu menawan, rugi rasanya andai pandangan ini dialihkan.

"Kacip Fatimah..??"

Tin minuman yang ku letak di kaunter ku perhatikan semula. Merah jambu warna yang meliputi tin. Memang sah aku tersalah ambil..!

"Abang memang minum ni dik.." kebuntuan jawapan kerana fungsi otak telah dialihkan ke arah lain. Jawapan yang kuberi pada si gadis cashier mengundang letus tawa kecil pada si manis.

Tiada perkataan yang sesuai untuk senyuman manis itu melainkan..

MANIS

"Ishh..tak boleh jadi ni..aku kena jugak tegur ni..kalau tak melepas ni nanti.." aku hanya mengekori lenggok si manis hingga ke kereta. Mat bangla hanya melambai padaku. Mungkin minyak di keretaku telah penuh diisinya.

Tunggulah..! Aku nak beli jiwa ni kejap..

Si manis terhenti bersebelahan Perodua Myvi merah miliknya. Sedikit terkedu melihatkan aku hanya mengekori seumpama stalker yang mampu membinasakannya.

Ada garisan gusar kelihatan di riak mukanya. Pintu kereta dibuka sambil meletakkan air minuman yang baru dibelinya tadi.

"Ye..kenapa..??"

Hadui mak..bawah sinaran mentari petang itu menyerlahkan keayuan  dirinya yang tidak tertanding itu. Sekilas jarinya melintas tika membetulkan tudung yang diterbangkan angin, terpancar satu sinaran yang menggamit mataku.

Cincin di jari manisnya.

Arghhh..!! Bini orang ke..!!

"Encik..kenapa ikut saya..??" soal si manis semula.

Andai mampu aku terbalikkan stesyen minyak itu, tentu telah aku lakukan. Kerana kekecewaan itu terlalu sukar untuk ditelan. Terlalu sukar untuk dihadam.

Perit, pedih..memusnahkan harapanku. Berkecai berterabur hati ini bergelimpangan ke lantai. Hanya aku sahaja yang mampu melihat cebisan hati itu berselerakan.

"Takde apa..saya cuma nak tahu apa rahsianya awak kekal putih..??" Hanya itu sahaja alasan yang dapat kuberi. Dalam kecewa, aku tewas untuk berfikir. Kerana kecewa itu perlahan membunuhku.

"Hi hi hi.." tawa itu meredakan sedikit gelora dalam hati. Kerana tawa itu, menjadi penawar tanpa perlu disuntik ke dalam tubuh. Muka ku angkat semula memandang dirinya buat kali terakhir mungkin.

Dan dia..

Hanya meletakkan jari telunjuknya ke pipi kirinya. Kepala dilentoknya seolah memanjakan diri melihat diriku.

Perlahan jari itu bergerak pula ke pipi kanannya. Diikuti sama oleh lenggok kepalanya.

"Qu puteh..Qu puteh..barulah putih..!" sebaris ayat terpacul dari mulut si manis itu diikuti tawa manjanya.

Erkkkk..

Dan dia terus sahaja meninggalkan aku tanpa kata selamat tinggal. Meninggalkan aku sendirian mengutip cebisan hati yang berkecai tadi.

Semoga kita jumpa lagi si manis Qu Puteh..

Monday 12 January 2015

Nacos

Zingggggggggg...!!

Dengungan bunyi itu membuatkan ketar makin menggila. Peluh semakin lebat membasahi. Dingin suhu ruang kecil itu dirasa seolah menghimpit dan terus mencengkam. Hanya samar-samar pandangan di ruangan itu.

Sesekali di hujung itu terdengar helaan nafas cemas.  Seolah cuba melarikan diri dari sesuatu. Namun tidak pasti apakah ia.

Aku??

Hanya menunggu ketibaan bunyi yang nyaring itu.

Saat cahaya melintas masuk melalui ruangan yang dibuka luas itu. Aku mula dapat melihatnya. Ya. Runcing dan tajam hujungnya. Mungkinkah tamat riwayatku di sini??

"Tunggu..!!"

Ahh selamat..Suara itu tiba di saat genting itu..Sebelum aku dirobek tanpa belas..Sebelum aku di ganyang tika nafas masih kencang berlagu.

Tidak..

Aku tak sanggup meninggalkan ruang ini..kerana di sini aku mula kenal ertinya kehidupan..

"Engkau kenapa..??" Si jiran  yang masih terduduk rapi mula bersuara. Kitai. Ya, itu namanya, Kitai. Kami baru sahaja berkenalan. Mungkin tak sampai sepurnama usia perkenalan itu. Sedangkan Kitai sendiri, telah lebih 26 tahun berada di situ. Kitai lebih dianggap sebagai hulubalang paling hadapan di kalangan kami. Ini riwayat keduanya. Dia juga pernah gugur sebelum ini.

"Aku takut..mungkin ini hari akhirku di sini.." tak salah andai aku melahirkan kegusaranku. Mungkin ini tika dan waktu yang sesuai. Saat mungkin nyawaku ditarik. Saat aku akan terpisah dari semua rakan-rakanku di sini. Mungkin tidak terlalu ketara andai aku menganggap mereka abang dan kakak yang sentiasa menemani aku semenjak aku lahir. Kerna aku, paling bongsu di kalangan mereka.

"Setiap yang datang..tak semestinya akan berkekalan Nacos.." Kitai seolah sengaja menghadirkan debar yang bisa menggoncang perasaan ini.

"Tapi kenapa mesti sekarang Kitai..?? Dan kenapa mesti aku yang terpilih untuk ini..??"

"Kerana kau adalah..The Choosen One..!" lantang Kitai bersuara. Nyaring membingitkan ruang kelam itu.

Aku masih ingat saat aku mula dilahirkan. Saat yang amat menggembirakan aku kerna itu adalah pertama kali aku mengetahui ruang hidupku. Walau selalunya kelam dan adakalanya terbit cahaya menerangi, namun itu lebih baik dari saat sebelumnya. Saat di mana aku tercari-cari di mana aku perlu bangkit. Tercari pautan untuk aku menjengahkan diriku.

Namun aku tak menyangka kehadiran aku amat tak disenangi. Mungkin juga aku tak pernah diundang.

"Kitai..adakah nyawaku untuk kedua kalinya..?? Seperti kau mungkin..??"

Kitai hanya duduk diam. Sesekali gegaran akibat hentakan dirasai. Aku seperti biasa hanya mengintai si Kitai yang duduk diam. Dia terlalu jauh di hadapan. Mungkin juga dia menanti saat untuk dirinya ditamatkan riwayatnya. Mungkin juga dia gentar seperti aku.

Tidak. Tak mungkin Kitai akan dimatikan seperti aku. Kerana dia adalah pahlawan. Dia adalah kesayangan Wan Abid. Penguasa ke atas diri kami. Kerana saat Wan Abid mengarahkan kami untuk berperang, Kitai adalah yang pertama akan menawarkan dirinya ke medan itu. Kitai terlalu disayangi. Mustahil dirinya akan ditamatkan riwayat.

"Kau tak punya harapan Nacos..kerana kau, kita kapan tewas di medan perang..!" Kitai tegas. Aku tak mungkin mampu melawannya. Tapi aku tetap akan memepertahankan nasib diriku hingga ke titisan darah yang terakhir.

Aku tak akan mengalah..!!

"Tapi aku pernah berjasa pada Wan Abid..!!"

"Apa jasa kau Nacos..?? Aku hanya melihat kau tak ubah seperti musuh dalam lipatan..!! Sering mengundang masalah di saat kami semua berasakan tenang..!"

"Betul..betul..kau perlu pergi Nacos..!" Suara-suara mereka yang ada bersamaku di ruangan itu turut bersuara. Aku tak menyangka rupanya mereka juga turut tidak senang dengan kehadiranku.

Ahh..semuanya sama sahaja..! sering sahaja aku dipersalahkan saat kami tewas di medan perang..!

"Aku turut bersama kalian di medan perang..sama-sama berjuang menewaskan musuh..! Adakah itu bukan jasa pada hemat kau Kitai..??"

"Ya..memang kau pernah berjasa.." Kitai tetap tegak tercacap rapi. Hulubalang barisan pertama yang tegap dan sentiasa membawa dan meniupkan semangat pada semua pahlawan. Rakan seperjuangannya.

"Tapi kau lebih membawa duka dan sengsara..!"

Cukup Kitai..tak perlu kau robek lagi perasaanku..

"Nacos..kau perlu tabah..engkau dipilih mungkin kerana engkau The Choosen One..jangan pernah kau menganggap kami sebagai musuh..anggap ini sebagai perjalanan hidup kau yang seketika bersama kami..mungkin ada riwayat kau di masa hadapan..kita mungkin akan bertemu lagi Nacos..percayalah.." Borap yang selama ini duduk diam di sebelahku pula bersuara.

Ya. Selama ini Borap sering menjadi pesaing rapatku. Kami bersama-sama berjuang. Selama itu jugalah aku cuba untuk berdiri sama tinggi dengannya. Bersiri sama gah dengan dirinya. Aku berusaha atas keringatku sendiri. Tanpa perlu bantuan sesiapa.

Tapi adakah itu salah di mata Wan Abid..??

"Borap..selama ini kau adalah rakan dan pembakar semangatku..aku cuba berjuang sehebatmu Borap..apakah kau turut gembira bila kau tahu aku akan pergi..??"

Biarlah yang lain mengatakan aku hanya menagih simpati. Kerna dia, sahabat yang paling rapat bersamaku. Borap adakalanya turut terpinggir di kalangan kami. Jelas dapat ku lihat semua itu.

Borap ibarat wira yang tidak didendang. Dia hanya pahlawan di hujung perbatasan. Memang jelas dapat kulihat adakalanya si penguasa, Wan Abid,  memperlekehkan dan menidakkan usaha Borap. Jarang dia mendapat habuan yang setimpal dengan pengorbanannya. Namun Borap tetap bertahan.

"Aku tidak gembira Nacos..namun, telah menjadi lumrah di kalangan kita..yang lemah akan dihapuskan..!"

Itu bermakna kau turut bersetuju Borap..!

"Aku tidak lemah..aku kuat..malah aku turut sama berjuang bersama kau Borap..!"

Borap berdiam seribu bicara. Aku tahu, mungkin kau juga turut menidakkan kemahuanku untuk turut serta bersama kalian lagi. Jelas sudah takdir diriku ini.

Ahh..aku tak akan mudah mengalah..andai perlu aku berdepan dengan Wan Abid..aku akan lakukan..!

"Biar aku sahaja berdepan dengan Wan Abid..! Biar aku bersemuka dengannya..!"

"Cukup Nacos..!! Hentikan semua itu..!!" Kitai kembali bersuara.

Ahh..alang-alang nyawaku sudah tidak bernilai di mata Wan Abid..biar sahaja aku berjuang hingga ke titisan darahku yang terakhir..!!

"Kau akan mengundang bencana Nacos..! Bukan sahaja pada kau..tapi pada kami semua..! Hentikan..!" Kitai umpama sang pejuang yang cuba mempertahankan kubunya dari dirobek musuh. Dia tak mahu musuh menyerbu lagi tanpa belas kasihan. Kerana jika berlaku, pertumpahan darah bakal terjadi.

Aku meronta kali ini lebih kuat. Biar terlucut segala ikatan padaku. Biar lepas aku dari belengu ini.

Agar dapat aku bersemuka dengan Wan Abid..!

"Hentikan Nacos..!" Borap pula bersuara. Cahaya itu kembali di hujung perbatasan. Menerangi ruang gelap, kubu tempat kami bertahan.

"Teruskan.." bergema lontaran suara itu.

Wan Abid..Aku kenal itu memang Wan Abid.. Biar sahaja aku bertemu ruas dengannya..!

Zingggggg...!!

Perlahan musuh mula menyerbu masuk. Suasana yang tadinya gelap kini terang dek cahaya yang menerjah masuk. Kitai, Borap dan rakan-rakan lainku kini bertahan. Andai ada yang gugur di riwayat ini. Aku berjanji akan terus membelengu Wan Abid di riwayat yang akan datang.

Aku berjanji..!

Serbuan musuh bersama jentera-jentera berat menyukarkan kami untuk bertahan. Namun sasaran mereka adalah aku. Kerana aku yang memberontak. Sesekali aku melihat Borap turut terkena tempias serangan. Namun Borap cuba bertahan.

"Kitai..! Kenapa kau biarkan aku keseorangan melawan musuh..mana semangat pahlawan dalam diri kau..??"

"Maafkan aku Nacos..aku tak mampu.."

Bertubi-tubi serangan ku hadapi. Satu pun tidak bersisa mengerjakan aku. Aku cuba bertahan selama mungkin. Andai aku peroleh kemenangan, akan ku canang ke suluruh kaum kerabatku nanti. Akan ku tiupkan semboyan kemenangan saat aku menewaskan Wan Abid.

Kukkkk..!

Saat aku cuba bertahan dari serangan, aku terleka seketika dek membuai angan. Angan kala aku menumpaskan Wan Abid. Saat itu juga tusukan padu dilepaskan padaku. Membingkas naik darah mengalir membasahiku.

Adakah aku tewas..??

Perlahan merasakan diri ini semakin lemah. Borap hanya memerhatikan. Begitu juga Kitai. Mereka yang lain juga turut memerhatikan tanpa belas.

Apakah tiada belas kasihan kalian terhadap aku..??

Titisan darah yang membasahi membawaku pergi. Meninggalkan kubu, ruangan aku bertahan selama ini. Ruangan aku berjuang selama ini. Sampai masa, segala jasa dilupakan.

Kitai, kau tetap perwira di barisan hadapan. Namun jangan sekali engkau angkuh kala merobek musuhmu. Kerna keangkuhanmu itu bakal memusnahkan dirimu sendiri.

Borap. Kau tetap sahabatku. Walau kau berjuang sendiri. Namun kau cuba bertahan selama mungkin. Mendambakan dirimu untuk Wan Abid. Aku kagum dengan semangay kentalmu Borap.

Aku??

Biarlah aku pergi. Kerana aku bukanlah perwira seperti kalian. Aku hanya si lemah yang cuba berusaha melonjakkan diri ke atas. Namun ternyata aku tak mampu. Kehadiranku selama ini tak pernah dirai. Kehadiran aku hanya membawa nestapa.

Selamat tinggal semua..!

"Hah..inilah dia Encik Wan Abid..gigi geraham bongsu yang menyakitkan tu.." Doktor Wong mengangkat tinggi gigi geraham yang baru dicabutnya. Ditunjuknya pada Wan Abid.

"Eloklah tu doktor..hilang sengsara saya menahan sakit selama ni.." Wan Abid menarik nafas lega.

Gigi bongsu itu direndam ke dalam bekas sementara Doktor Wong merawat luka di geraham Wan Abid.

Aku masih bernyawa Wan Abid..!!

Walaupun aku kini tak punya harapan untuk terus bernyawa, tapi kau perlu ingat..suatu hari nanti aku mungkin akan kembali..aku akan terus menghuni ruang itu dan menghantui kau..!

Mungkin suatu hari nanti juga, Borap dan Kitai akan berjuang juga untuk diriku yang telah kau khianati Wan Abid..aku yakin saat dan waktu itu akan tiba..saat semua rakanku akan berganding bahu menumpaskan kau..

Hingga kau terpaksa bergantung pada POLIDENT suatu hari nanti..

Selamat tinggal Wan Abid..!

Sunday 11 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab33]

"Maknanya selama ni kau terima aku sekadar untuk lepaskan kerinduan kau pada Ku..?? Macam tu Sarah..??" Syafiq menghampiri meja. Ayda dan Sarah kebuntuan bicara. Sarah bagaikan hendak tercampak jantungnya keluar tika melihatkan Syafiq.

Aduhai..dia dengar ke semua yang aku cakapkan tadi..?? Aku takde niat pun nak sakitkan hati kau..aku cuma luahkan perasaan aku pada Ayda je..ahh, bersimpul otak aku ni..

"Syafiq..aku takde niat pun nak cakap macam tu..kau janganlah salah sangka.." Sarah mencuit kaki Ayda dengan hujung jari kakinya. Minta dibantu.

"Betul Syafiq..kami berbual kosong je..takde kena mengena dengan awak..lagipun awak terlalu istimewa untuk dijadikan hal perbincangan.." entah apa pula yang cuba dipusingkan Ayda. Jarang si terminator ini menggelabah.

"Haa..betul tu..awak terlalu special untuk dijadikan topik perbincangan.." Sarah mengangguk mengiakan kata-kata Ayda.

Bagus Ayda..cakap lagi..cakap lagi..

"Cuma Sarah ada masalah untuk mengelakkan diri dari Ku, sebab itu dia ceritakan pada saya..tapi niat dia hanya nak berkongsi masalah..tak lebih dari itu..semuanya kerana dia sayangkan awak Syafiq..sebab itu dia katakan dia tak sanggup terima awak kerana terpaksa..sebab cinta yang terpaksa jarang ada titik noktahnya.."

Fuhh ayat kau Ayda..terus lagi..terus lagi..

"Walaupun kadang-kadang Sarah tergelincir dari landasan cintanya, tapi itu tak bermakna dia tak cintakan awak..awak kena bagi masa pada dia Syafiq..bukan mudah untuk melupakan seseorang dan seterusnya cuba untuk mencintai yang lain..hanya dengan sekelip mata sahaja..mana mungkin.."

Aku percayakan kau Ayda..goreng lagi Ayda..jangan bagi can dekat mamat pomen ni nak bercakap..bagi dia lupa terus apa yang dia curi dengar tadi..

"Dalam masa yang sama awak perlu juga hati nurani seorang wanita..jangan pernah sakiti hatinya..cuba ceriakan hari-harinya..kalau boleh biar hari-hari awak ada dengannya..biar dia susah nak lupakan awak..dengan itu lagi cepat dia akan menerima awak seadaanya..tiada alasan lagi untuk dia menolak awak Syafiq.."

Terbaik Ayda..goreng terus sampai garing..!!

"Maklumlah..Sarah ni nampak sahaja tabah luarannya, tetapi dalamannya..siapa tahu..?? Mungkin hanya berkata yang dia riang, tapi di hati merana kesedihan..mungkin riak wajah mengukirkan senyuman, tapi jauh di hati sedang menangis..itu semua pun awak kena ambil tahu andai kata awak ikhlas untuk bersama Sarah.."

Hmm..betul tu Ayda..aku sokong..

"Walaupun Sarah ni ada masanya sengal dan lembab sedikit..tapi itu semua kekhilafan dia yang perlu awak terima seadanya..jangan pernah ada ragu dalam hati..cinta adakalanya memerlukan pengorbanan yang mana adakalanya hati kita sendiri tak sanggup untuk melepaskan.."

Ehh..ini macam serangan dekat aku pulak ni..

"Bukannya awak tak kenal dengan Sarah ni..pendiriannya selalu sahaja tak pernah tetap..sekejap mahukan yang A, sekejap mahukan yang B..kerana nafsu, adakalanya Sarah rebah dek godaan..jadi awak perlulah sedia untuk membimbing dia ke arah yang lebih lurus..jangan jadikan kelemahan dia sebagai titik tolak untuk awak membenci dia.."

Woi..woi..goreng sampai garing je..bukan bagi hangus..!

"Dan satu lagi..Sarah ni malamnya tidur berdengkur..hanya reminder kepada awak Syafiq..takut nanti terkejut pulak..sebab tak menyangka di sebalik muka yang comel tersorok pelbagai keburukan..semua keburukan dan kelemahan dia awak kena terima seadaanya andai hendak hidup bersama.."

Wahhh..ini memang target aku ni..lebih..!

Hentakan padu ke kaki Ayda dilepaskan. Namun Ayda hanya menoleh ke arah Sarah tanpa reaksi. Hanya Sarah yang mengeluh menahan sakit kakinya sendiri.

"Mula-mula tadi kau backup aku..tapi lepas tu kau tembak aku pulak ye Ayda..sedap kau mengata kan..?? Bab yang terakhir tu jangan percaya Syafiq..fitnah semua tu..!"

Geramnya aku dengan kau ni Ayda..kalau boleh aku nak cekik-cekik je kau ni sekarang..

"Saya berkata bukan hanya kepada Syafiq sahaja Sarah..tapi kepada kedua-duanya sekali..kalau awak tafsirkan secara berhemah apa yang saya katakan tadi, pasti awak akan temui motif tentang apa yang saya perkatakan.." Ayda bukan sebarangan terminator. Walau jarang berkata-kata, namun tiap tindak tanduknya hanyalah untuk memastikan misinya tercapai. Tanpa ada halangan.

"Tapi bab yang last-last tu kau kutuk aku..mana aci..kutuk la Syafiq tu jugak..baru fair..!" rungut Sarah tidak berpuas hati. Seolah hanya dia seorang sahaja yang dipersendakan Ayda.

Kau cakap aku takde pendirianlah..cakap aku sengallah..cakap aku tidur berdengkurlah..si pomen tu pagi-pagi asyik menari poco-poco, kau tak nak pulak sebut..??

"Sengaja saya bangkitkan kelemahan diri awak Sarah selepas saya puji awak..sebab saya tak mahu awak terbuai dengan pujian dan keindahan duniawi semata.."

"Maksud kau..??"

"Sebab dengan pujian akan menimbulkan riak..bila riak mula menguasai, saya risau awak akan mula lupa diri..saya takut bila saat awak di atas, awak lupa untuk melihat semule ke bawah..faham..??"

Ini yang malas bertekak dengan dia ni..asyik aku jelah yang salah..

"Yelah..!" Sarah hanya merelakan kata-kata Ayda. Memang ada benarnya. Kadangkala dia sering sahaja lupa diri. Sering sahaja cuba mengejar kemewahan, tetapi lupa akan keadaan sekeliling yang membelengunya. Hinggakan tergamak dia menghina Syafiq tadi. Hanya kerana taraf hidup Syafiq itu tidak sehebat Ku.

Syafiq menghela nafasnya sedalam mungkin. Perlahan dilepaskan semula.

"Aku tak pernah menyesal dengan setiap pilihan aku..bagi aku Sarah dah cukup sempurna di mata aku..walaupun mungkin diri ini tak sesempurna mana bagi dia.." Syafiq yang dari tadi berdiam diri mula bersuara.

Alaaa..janganlah macam tu pomen..

"Selama ini aku berusaha untuk memikat hatinya, cuba memperbaiki diri agar kehadiran aku mampu untuk membawa kebahagiaan pada dia..sebab niat aku hanya satu, untuk terus sentiasa ada bersama dia walau apa pun yang terjadi..tak sanggup aku nak biarkan dia menanggung susah seorangan..kalau nak tempuh, biarlah aku tempuh berdua dengannya.."

Alaaa..mula dah buat perangai lolipop dia dah..

"Mungkin sekarang dia melihat aku umpama seekor kumbang yang hanya datang seketika kerana mendambakan madu, tapi sebenarnya aku ingin menjadi udara yang sentiasa ada bersama dia sepanjang riwayatnya..sentiasa ada untuk terus melangsungkan kehidupannya.."

Huuu..nak nangis boleh tak..??

"Segala kekurangan dirinya, aku akan jadikan pemangkin untuk aku terus berusaha memperbaikinya..segala kekurangan aku jelmakan menjadi kekuatan pada diri aku sendiri..biar nanti aku seiring hidup bersama dia..tanpa paksa, hanya rela serela relanya.."

Uwaaaaa...!

"Syafiq..maafkanlah aku.." serba salah pula jadinya Sarah. Walau dilemparkan hinaan, namun Syafiq membalasnya semula dengan kata-kata semangat untuk dirinya sendiri. Entah kenapa kasta kehidupan menjadi batu penghalang yang terbenam dalam fikirannya. Sering sahaja menjadikan aras pengukur duniawi sebagai penanda.

"Kau tak salah Sarah..kelemahan aku pada mata kau perlu aku baiki dahulu..sebelum aku sendiri cuba untuk baiki kelemahan diri kau.." senyuman kembali terukir. Kata-kata Sarah tak pernah dianggapnya hinaan. Namun lebih kepada pujian. Pujian terhadap hasil lakonannya selama ini menyembunyikan perihal sebenar dirinya. Cuma masa belum mengizinkan untuk si dia tahu siapa sebenarnya diri itu. Mengetahui siapa sebenarnya Syed Syafiq Syed Alwi.

"Kau tak marah..??" lega Sarah bila mendengar kata itu dari mulut Syafiq.

"Marah jugak..! Tapi kalau taknak aku terus marah, ada dendanya..pakej dengan interest..!" Syafiq berpura serius semula.

Tak kisahlah..janji kau tak marah dah la..

"Apa dia..?? Aku sanggup buat.."

"Kopi O..kurang manis..secawan..hantar dekat ruang tamu..NOW..!" usai arahan diberikan, terus sahaja dia berlalu. Meninggalkan Sarah dan Ayda di dapur.

Fuhh..setakat kopi apa ada hal..

"Interestnya pulak..??" soal Sarah lagi sebelum Syafiq menjauh.

"Kiss dekat pipi.." seloroh Syafiq terhenti langkahnya.

Lesung batu kau nak..??

"Jangan mengadalah..pergilah tunggu dekat depan tu.." mata hanya memerhatikan Syafiq pergi.

Kau terlalu istimewa..tapi..

"Buat sedap-sedap ye.."teguran Ayda mematikan lamunan Sarah. Ayda juga meninggalkan Sarah keseorangan di dapur. Maka berseoranganlah dia menjerang air dan membancuh kopi untuk si abang pomen yang masih berlegar-legar dalam ruang hatinya. Yang belum melekap penuh di dasar hati.

Kenapalah aku macam ni..punyalah baik Syafiq tu terima aku, aku pulak yang berdolak dalih..sekali kata cinta, sekali tu jugak aku kata tidak..ada jugak betulnya kata Ayda tu..memang aku tak berpendirian..alahai..nasiblah badan..

Sarah mengeluh sahaja saat kopi dibancuhnya. Siap secawan, dibawanya ke hadapan. Ke ruang tamu dimana mereka semua sedang menonton televisyen bersama.

"Abi.." Sarah menghulurkan secawan kopi seperti yang diarahkan Syafiq. Membuatkan ayah dan ibunya terpinga. Saling berpandangan sesama sendiri. Haji Mat Jusoh menjongketkan kening ke arah Hajah Rohaya dan Hajah Rohaya membalasnya dengan sengihan hingga mempamerkan kerut di dahi.

Sarah menekup mulutnya. Terlepas cakap pada masa yang tidak bersesuaian.

Ahh..parah ni..mak dengan ayah dengar ke tak agaknya..??

"Hmm..yelah..untuk 'abi' dia jelah kopi tu mak aji..kita ni takdelah kot.." sindir Haji Mat Jusoh.

"Itulah bang aji kan..agaknya dalam kopi tu dia letak lebih gula kot..khas untuk 'abi' dia tu.." pantas dibantu pula oleh Hajah Rohaya kata-kata suaminya itu.

Ibu bapa mana yang tidak gembira andai anak daranya berpunyakan kekasih hati. Walau ada juga risaunya dek kerana tiada ikatan yang terlerai antara mereka berdua, namun bait-bait cinta telah mula dapat dihidu mereka. Masakan orang tua yang membesarkan dia hendak diperdaya Sarah. Berak kencingnya dahulu, dua insan itulah yang membersihkan. Segala helah dan tindak tanduk Sarah itu telah mereka khatam.

"Abi nak kopi ke..?? Ayang buatkan ye..??" Ujar Hajah Rohaya pada suaminya sambil tergelak kecil.

"Boleh jugak tu ayang..kopi susu ye..kurang manis tau..sayangggg ayang abi ni.." cubitan halus dilepaskan ke pipi isteri. Lantas dijelingnya ke arah Sarah.

Aduiii...malunya aku..kau la ni pomen..!

Syafiq hanya mampu tertawa. Ayda turut tersenyum memerhatikan. Hanya Sarah sahaja yang menahan malu tidak terhingga.

"Aku tak suruh ye..kau yang panggil aku abi tadi.." bisikan perlahan pada Sarah yang mengundang cubitan tepat ke lengan kanan Syafiq.

Suka kau kan..yang kena perli aku kau tau tak..bukan kau..kau gunakan aku sebab nak tunjukkan dekat keluarga aku yang kita macam bercinta kan..?? Pandai kau..!

Macam ke memang..?? Ahh..confuse..!

"Jaga batas pergaulan..jangan pernah terdetik untuk buat perkara tak senonoh..elak dari jadi bahan fitnah orang ramai..apa yang patut dipercepatkan, cepatkan..kamu tu dah berumur.." Haji Mat Jusoh yang dari tadi hanya memerhatikan gelagat Sarah dan Syafiq mula menegur. Namun teguran itu demi kebaikan mereka berdua. Andai jodoh sudah termaktub milik mereka berdua, dia hanya mampu mendoakan agar segala urusan itu dipermudahkan.

"Satu lagi..cubit-cubit tu untuk yang dah kahwin je..yang belum kahwin tak payah nak main cubit-cubit.." sambung Haji Mat Jusoh semula.

Padan muka aku..itu memang tepat untuk aku tu..

Sarah menunduk malu. Faham benar dengan sindiran ayahnya itu. Tapi dek geram melampau, terpaksa juga dilepaskan cubitan semut apinya pada Syafiq. Biar dia beringat.

"Baik ayah..!" Syafiq mengangguk tanda faham.

Wahh..panggil ayah pulak..!

Monday 5 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 32]

"Syafiq..bangun.." Ayda menggerakkan Syafiq yang terlantar lena di atas sofa. Hampir dua jam dia terlelap di situ.

"Syafiq..bangun..dah malam.." sekali lagi Ayda menggoncangkan tubuh Syafiq. Perlahan matanya dibuka. Ayda tercegat di hujung kakinya.

"Ape..??" tegur Syafiq masih mamai.

"Dah malam.." sekali lagi Ayda mengulang kata-katanya. Mungkin Syafiq terlupa dia berada di rumah keluarga Sarah.

"Aku dekat rumah Sarah kan..??" baru Syafiq teringat. Terus sahaja otaknya bekerja mengarahkan segala sendi tubuhnya mengajaknya bangun dari pembaringan.

Terpisat-pisat. Sepet matanya dek sinaran cahaya kalimantang yang terang benderang. Ditolehnya ke kiri, ayah dan ibu Sarah sedang menonton televisyen di ruang tamu itu. Hanya membiarkan sahaja dia terlelap di sofa.

"Penat..??" Soal Hajah Rohaya.
                      
"Ye makcik.." Mukanya ditonyoh laju. Haji Mat Jusoh masih memerhati dengan pandangan semacam.

"Ayah dia ni marah ke..??"bisik hatinya. Syafiq hanya memerhatikan sahaja bola mata Haji Mat Jusoh yang tidak berganjak memerhatikannya.

"Mandilah..maghrib dah nak habis tu..nanti terlepas pulak.." hanya itu yang keluar dari mulutnya.

Benar kata Sarah. Ayahnya cukup mementingkan solat dalam kehidupan keluarganya. Namun Syafiq masih lagi lintang pukang dalam hal ehwal agama.

"Nah Syafiq..tuala dan kain pelikat.." Ayda menghulurkan kepada Syafiq.

"Mana Sarah..??" Syafiq tak ternampakkan kelibat Sarah di dalam rumah. Hanya mereka berempat.

"Sarah pergi rumah kawan dia..kejap lagi, baliklah tu.." nasib baik Ayda ada menemaninya di rumah. Kalau tidak, bertambahlah kekusutan di kepala Syafiq.

Selesai mandi, segera Syafiq masuk semula ke bilik yang telah disiapkan untuknya. Dahulu bilik itu bilik Sarah, namun lama sudah tak digunakan. Terpampang dua tiga gambar Sarah di dinding bilik. Sempat juga Syafiq menatap foto-foto lama milik Sarah. Si budak comot semasa kecilnya namun kini bagaikan bidadari di mata Syafiq.

"Syafiq..jom keluar makan cepat.." Ayda menunggu di luar bilik.   

"Nak pakai apa..?? Beg semua dalam kereta..seluar semua dalam beg.."

"Kan saya ada bagi kain pelikat tadi..pakailah kain tu.."

Kain pelikat di atas katil di capai oleh Syafiq. Dibukanya bukaan kain itu. Seumur hidupnya belum pernah sekalipun dia mengenakan kain pelikat. Membeli pun tak pernah.

"Macam mana nak pakai ni Ayda..??" Syafiq membuka pintu bilik. Baju telah disarungnya. Hanya bertuala, meminta bantuan Ayda untuk memakai kain pelikat.

"Saya pun tak tahu Syafiq.."

"Habis tu kenapa bagi aku kain ni..??"

"Sebab itu yang ayah Sarah bagi..suruh saya bagi dekat awak.."

"Ahh sudah..macam mana ni..?? Aku mana tau pakai.." bisik hati Syafiq.

Diujanya kain pada badannya. Mencuba mengikat seperti memakai tuala mandi, terlalu labuh pula.

"Kalau terpijak kain labuh ni, mesti terbarai kain ni nanti.." rungut Syafiq seorangan. Pintu bilik dibukanya kembali. Ayda masih di pintu.

"Aku tak tahulah Ayda..macam mana ni..??" Cemas Syafiq kerana ibu dan ayah Sarah semakin lama menunggu di bawah.

"Ok..saya ada cara.." Ayda memberikan lima getah gelang berwarna oren pada Syafiq.

"Ikat.." sambung Ayda lagi.

Syafiq hanya menuruti. Tanpa prejudis.

Syafiq melangkah menuju ke ruang dapur rumah keluarga Sarah. Kain pelikat yang disarungnya tergantung separas buku lali.

Haji Mat Jusoh menyeringai memandang Syafiq. Isterinya Rohaya terhenti dari menyenduk nasi dari dalam periuk nasi. Ayda terpaku di tepi mesin basuh. Sarah yang baru pulang menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memandang ke arah Syafiq. Seolah masa terhenti bila Syafiq melangkah masuk ke dapur untuk makan malam.

Pakai kain pelikat macam dah betul..tapi apehal aku tengok Syafiq ni macam pelik je..??

"Kenapa semua tengok saya macam tu..??" Syafiq kaget. Merasakan ada yang tidak kena padanya.

Haji Mat Jusoh menghampiri. Leka dia memerhatikan cara pemakaian Syafiq.

"Kenapa terbonjol je dalam baju kamu tu..??" Haji Mat Jusoh membelek bonjolan di pinggang Syafiq. Diangkatnya perlahan baju yang menutupi.

"Ikat pakai getah..??" Haji Mat Jusoh menyoal. Syafiq hanya mengangguk. Bakal bapa mertua menggeleng.   

"Tak pernah pakai kain pelikat..??" disoalnya lagi Syafiq. Hanya gelengan mampu dibalas lagi oleh Syafiq.

Nafas Haji Mat Jusoh turun naik selaju kipas yang berputar di syiling rumah itu. Cengkerik seakan berbunyi turut mentertawakan Syafiq.

"Lain kali nak pakai kain pelikat..lipat..macam pak cik ni.." Haji Mat Jusoh menunjukkan lipatan kain pelikatnya pula.

"Bukan pakai getah gelang nak ikat kain tu..kenapa tak pakai je tali pinggang terus..??" sindir Haji Mat Jusoh lagi.

Aduhh..fail la pomen..!

"Mari sini pak cik ajarkan..!" simpulan getah pada kain pelikat Syafiq dilucutkan. Perlahan Haji Mat Jusoh memberikan tutorial mudah cara untuk memakai kain pelikat pada Syafiq.

Sarah menekup mukanya. Ibunya datang menghampiri bersama sepinggan nasi di tangan. Ditepuknya bahu Sarah.

"Banyak boypren kau ni nak kono belajar ni..pakai kain pelikat pun tak pandai..camano..boto ko nak buek suami tu..??" ujar ibunya pada Sarah.

Itulah pasal..malu den Syafiq oi..!

Mengekek gelak antara Sarah dan ibunya. Syafiq hanya membatu bila dilakukan sebegitu.  Terbongkok-bongkok Haji Mat Jusoh membetulkan pelipat kain pelikat Syafiq.

"Ok..dah siap..jom la kita makan.." bahu Syafiq ditepuk.

Aku dah cakap pomen..kau mesti kena buli punya kalau datang rumah aku..dah cakap jangan ikut, tapi kau mengada jugak nak ikut..sekarang ambil lah ubat..

"Ayda yang suruh saya pakai getah nak ikat kain pelikat.." salahkan orang ketiga, untung-untung kesalahan diri sendiri boleh ditutup.

"Saya bagi cadangan sahaja..awak ikut kenapa..??" balas Ayda mempertahan dirinya pula.

"Jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri pun tak betul.." Ayda dipertahankan juga oleh Haji Mat Jusoh. Terus sahaja terdiam Syafiq. Thumb's up dari Sarah kepada Syafiq.

Kihkihkih..confirm dalam hati kau menyumpah je kan pomen..??

Masing-masing hanya berdiam diri sepanjang makan malam. Tiada "ekk", tiada "ah", tiada "oh" pun yang keluar dari mulut masing-masing. Tertib dan tekun menghadap rezeki dari Ilahi.

Usai makan, Sarah dan Ayda ke dapur mengemas. Syafiq dan ibu bapa Sarah ke ruang tamu di hadapan televisyen. Berbual.

"Awak rehatlah Sarah..saya boleh buat sorang.." Ayda menyental buntut kuali sekuat hatinya. Hinggakan bergegar mangkuk singki itu dengan kerja keras Ayda.

"Takpelah..aku temankan kau jelah.." Sarah duduk di kerusi dengan hanya memerhatikan Ayda. Hatinya sejak selesai makan malam tadi agak gusar. Gusar akan penerimaan keluarganya terhadap Syafiq. Namun lebih gusar dengan penerimaan hatinya sendiri.

Betul ke apa yang aku buat..??

Khayalan Sarah menggamit Ayda. Ada sesuatu yang tidak kena pada wajah itu. Kekusutan jelas kelihatan

"Kenapa Sarah..??"

Terus sahaja membantutkan lamunan Sarah.

"Aku keliru sebenarnya Ayda..aku tak pasti kenapa senang sangat aku terima Syafiq dalam hidup aku..dia memang baik, tapi dalam masa sama, fikiran aku tetap tak boleh lupakan Ku.."

Sekejap suka, sekejap tak suka. Sarah memang sengaja menempah kekusutan.

"Syafiq terlalu baik dengan aku..bila aku susah dia selalu ada..bila aku sedih, dia cuba nak gembirakan aku..tapi entah kenapa hati aku berdolak-dalih je bila fikirkan pasal Syafiq ni.."

Ayda pula yang kekusutan. Disangkanya misinya hampir selesai, menyatukan dua jiwa antara Syafiq dan Sarah. Ternyata meleset. Sarah masih berteka teki.

"Tapi kenapa awak cakap awak cintakan Syafiq kalau hati awak sendiri tak pasti..??"

"Aku tak tahu..sebab Syafiq baik sangat..lepas tu dia jenis yang pandai ambil hati aku, caring, romantik dan cakap baik-baik je walaupun kadang-kadang ada jugak yang menyakitkan hati aku..tapi.." Sarah terhenti. Tak tahu sama ada perlu diluah atau tidak.

"Tapi apa Sarah..awak kena cakap supaya nanti tak ada masalah lagi antara awak dan dia.."    

Kalau aku cakap, nanti kau cakap aku ni materealistik pulak Ayda..kau cakap aku gila duitan..tapi aku cuma nakkan hidup yang sedikit senang je antara aku dan bakal peneman hidup aku nanti..bukan nak kaya sangat pun, senang sikit jadilah..tapi Syafiq..

"Tapi apa Sarah..cubalah terus terang dengan saya.." hal yang perlu diambil tahu oleh Ayda. Tak boleh kata tidak. Syafiq dan Sarah perlu disatukan.

"Antara Syafiq dan Ku, kedua-duanya ada keistimewaan masing-masing..aku boleh cakap yang mereka berdua hampir sama sahaja perwatakannya..cuma lebih sedikit pada Ku..yang lebih terampil,  berkedudukan, bekerjaya hebat.." Sarah membelitkan lagi kata-katanya. Cuba mengelak dari soalan Ayda.   

"Maksud awak, awak nak jadikan alasan yang Syafiq tu miskin sebagai alasan untuk awak tak akan bahagia kalau bersama dengan dia..??"

Aku belit pun kau faham jugak Ayda..alahai kau ni..macam mana aku nak pusing lagi ni..

"Aku tak nak kerana terpaksa, aku terima Syafiq.."

"Kenapa masa dekat pulau awak terima dia..??"

"Sebab masa dekat pulau, aku terlalu kecewa dengan Ku..dan aku tak sangka pulak yang Syafiq ada dekat sana..malam tu, dia betul-betul dapat sentuh hati aku sekelip mata..dengan kata-kata dia, dengan perbuatan dia..tapi itulah, aku yang seolah terpaksa terima dia kerana cuba nak lupakan Ku..tapi sebenarnya aku dah buat silap.."

"Awak ni main-mainlah Sarah..!" sedikit tinggi nada dari Ayda. Meja dihentaknya perlahan.

Ehh..kau pulak yang nak hangin..yang dalam masalah aku, bukan kau..nak marah-marah aku pulak..

"Kenapa pulak kau nak marah dengan aku ni..??"

"Saya marah kerana awak tak pernah kekal dengan pendirian awak..awak dah cakap ya, lepas tu awak nak tarik balik..bila dah berbelit, barulah awak nak cakap pada saya.."

"Masalahnya aku keliru je..dah tak payah nak berangin sangatlah..aku tau kalau aku lawan kau mesti kalah.." Sarah cuba menenangkan Ayda. Tak sangka pula si terminator ini ada sifat marahnya.

"Alasan awak tak boleh terima Syafiq kerana dia miskin kan Sarah..?? Itu sebenarnya yang buatkan hati awak berbelah bahagi..betul tak..??"

"Ha ah.."

Terus terang lagi baiklah..aku sorok macam mana pun dia tahu jugak..

"Siapa yang nak susah bila dah kahwin nanti Ayda..semua orang nak hidup senang..tak ada yang nak susah..tapi kalau dengan Syafiq, kerja dia pun pomen je..cukup ke duit nak sara aku..??" Lesu dilepaskan Sarah.

"Aku takut aku pulak yang tanggung hidup dia nanti.." sambungnya semula.

Ayda hanya menggelengkan kepalanya. Sarah masih belum tahu nampaknya.

"Maksudnya kau terima aku kerana terpaksalah ni Sarah..??" Syafiq muncul di muka pintu dapur. Dari tadi dia membantutkan sahaja niatnya hendak ke tandas bila terdengarkan perbualan antara Sarah dan Ayda.

Sarah dan Ayda keduanya terpaku. Tak menyangka Syafiq berada di situ mengintai dengar perbualan mereka.

"Syafiq..bukan tu maksud aku.." Sarah cemas.

Sunday 4 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 31]

"Ayah...!!" berlari Sarah mendapatkan ayahnya yang telah berdiri melihatnya.

Haji Mat Jusoh, terlalu sayangkan anaknya yang seorang ini. Sarah merupakan satu-satunya anak perempuannya dalam keluarga itu. Yang lainnya, hanya lelaki.

"Kenapa balik last minute baru nak bagitau Sarah..balik berdua je dengan kawan..??" Sarah yang menerkam ke arahnya dipeluk. Padahal baru sebulan sahaja tidak berjumpa. Dirasakan seperti sudah bertahun Sarah tidak pulang ke rumah itu.

"Sarah balik bertiga ayah..yang ini Ayda.." Sarah memeperkenalkan Ayda yang berdiri di belakangnya. Terus sahaja Ayda memeluk Haji Mat Jusoh. Seperti yang dilakukan Sarah tadi.

"Ehh..ehh..lain macam kawan kamu ni Sarah.." terkebil-kebil Haji Mat Jusoh bila Ayda memeluknya erat.

Kau ni Ayda..ayah aku takkan la kau nak try..??

"Dia memang macam ni ayah..over excited dapat balik kampung.." Sarah menarik Ayda sekuat hatinya.

"Ayah..ada sorang lagi dalam kereta tu..tapi yang itu ayah kena garang sikit.." terang Sarah sambil melambai ke arah Syafiq. Mengajaknya turun.

"Kenapa nak garang pulak..??" tak pernah lagi Haji Mat Jusoh berkasar dengan tetamunya sebelum ini. Permintaan Sarah itu dianggapnya pelik.

"Ayah buat je macam yang Sarah suruh.." Sarah melambai semula ke arah Syafiq.

Siaplah kau Syafiq..nak ikut sangat kan..sesekali kau kena rasa jugak debarnya jumpa orang tua aku kat kampung ni..kihkih..

Sarah berlalu pergi ke dalam rumah mencari ibunya. Syafiq melangkah turun. Tersengih- sengih dia menuju ke arah ayah Sarah. Tangannya dihulur untuk bersalaman.

"Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh pakcik.."

"Hmm..waalaikumsalam.."

Wajah membengis ayah Sarah mengecutkan Syafiq. Pertama kali ke kampung sudah dilayan sebegitu. Namun kecekalan dan kesungguhannya untuk mendapatkan Sarah menguatkan semangatnya. Pantang berundur tanpa berusaha. Halangan datang tetap diharungi. Andai parang hinggap di leher, tika itu, barulah dia berlari meninggalkan Sarah. Ceh!

"Pakcik sihat..??" senyum dalam ketakutan. Namun Syafiq tetap berusaha mengawal gemuruhnya.

"Hmm..sihat.." angguk Haji Mat Jusoh sambil memintal misai yang berkaluk.

"Kamu ni siapa..?? Kekasih anak pakcik..??"

"Aaaaa.." Syafiq tergadah. Samaada berterus terang atau perlu dia menipu.

"Kawan pakcik.."

"Kawan yang macam mana..??"

"Ishh..serius sangat ayah dia ni.." detik hati Syafiq. Matanya turun ke arah parang yang digenggam Haji Mat Jusoh.

"Kawan biasa-biasa pakcik.." ada ketar di hujung suara Syafiq.

"Kawan biasa tapi boleh jadi kawan luar biasa nanti kan..??"

Syafiq mengangguk. Kepala ligat mencari idea untuk menambat hati orang tua itu.

"Harap-harap macam tulah pakcik..itupun kalau takde halangan.."

"Hmmmmmm.." makin memanjang dehemannya. Atas bawah diperhatikan oleh Haji Mat Jusoh. Muka tampan, badan segak, pakaian kemas.

"Mesti playboy ni.." getus hati Haji Mat Jusoh pula.

"Kamu nampak parang ni..??" Parang diangkat dan diusapnya perlahan. Kilatan mata parang sedepa itu membuatkan Syafiq menapak ke belakang selangkah.

"Ampun pakcik..sumpah saya tak kan kacau anak pakcik lagi..!" Kedua belah tangan di angkat. Sambil itu bersedia untuk mengelak andai diparang oleh ayah Sarah.

"Kamu kenapa..??" Soal Haji Mat Jusoh.

"Saya takutlah pakcik..tu parang dah angkat..nak tetak saya kan..??" pucat muka Syafiq menahan resah.

"Merepek..pakcik nak suruh kamu pergi kupas kelapa tu.." tunjuk Haji Mat Jusoh ke arah lima biji kelapa tua yang baru dijoloknya dari pohon kelapa di depan rumahnya itu.

"Laaa..yeke..baik pakcik..sekarang jugak saya buat..!" parang terus dicapainya. Segera sahaja arahan itu dilaksanakan Syafiq. Bodek mesti kuat. Asalkan hati si ayah tertambat.

"Ekau ni Sarah..balik dah last minute baru nak bagitau mak..!" lantang jeritan Hajah Rohaya bila anak perempuan tunggalnya itu mengejutkannya di dapur.

"Barulah suprise mak..!" Tergelak Sarah merangkuk tubuh ibunya.

"Mak..ini Ayda..kawan Sarah.." Sarah menolak Ayda ke hadapan. Dari tadi hanya mengekorinya sahaja. Terus sahaja Ayda memeluk Hajah Rohaya seperti yang dilakukan Sarah. 

"Amboi..semangat kawan kamu ni.." tersekat nafasnya bila Ayda memeluknya sekuat hati.

"Dah la Ayda.." segera ditariknya dari terus memeluk ibunya. Mati biru pula orang tua itu andai dibiarkan.

"Awak peluk..saya peluklah.." ucap Ayda.

Haishh..takkanlah semua yang aku buat kau nak buat..!! Habis semua kau nak peluk..sampai ke ayah aku pun kau peluk..yarabbi..

"Lain kali balik nak ajak lelaki..bagitau ayah dulu Sarah..senang sikit ayah nak atur plan ayah.." Haji Mat Jusoh muncul di muka pintu dapur.

"Takde plan pun tu ayah..dia yang mengada nak ikut..tak pernah balik kampung katanya..orang bandar la katakan.." jawab Sarah.

"Laki mano pulak ni..??" keliru Hajah Rohaya. Ayda yang dilihatnya adalah perempuan, bukan lelaki.

"Bang aji oi..Ayda ni perempuan..bukan lelaki..awak tu teruk sangat dah rabun tu..!" bentak Hajah Rohaya bercekak pinggang.

"Bukan ini..tu haa..yang dekat luar tu..boypren anak perempuan awak tu.." terang Haji Mat Jusoh tersenyum. Dikerlingnya semula ke belakang melihatkan Syafiq yang sedang berusaha mengupas lima biji kelapa.

"Ohh..ado laie yang lain..bawak balik bakal menantu lah ni..??" Girang hati Hajah Rohaya bila mendengarkan perkataan boyfriend keluar dari mulut suaminya.

"Kawan jelah mak, ayah..tapi mana dia ayah..??" Lama dinanti Sarah, Syafiq tetap tak muncul di muka pintu.

"Tu dekat luar..ayah suruh dia kupas kelapa.."

"Ya Allah..!!" Serentak Sarah dan Hajah Rohaya menempik. Berlari mereka berdua ke pintu. Terjojol dua kepala itu melihat ke arah Syafiq.

"Ayah..kenapa buat dia macam tu..??"

"Dah kau suruh ayah garang dengan dia..ayah pun apa lagi..bergulung la misai ayah.."

"Sarah suruh garang..bukan suruh buli..!"

"Lah..samalah tu.."

"Abang aji oi..itu tetamu kito tau tak..apolah dibuek anak orang macam tu..??"

"Anak awak yang suruh..!" Jarinya dituding ke arah Sarah. Kecut bila si isteri membulatkan mata memandang ke arahnya. Haji Mat Jusoh takut bini.

Alahai pomen..kesiannya kau..tau ke tidak kupas kelapa tu..bukan niat nak membuli..tapi ayah aku yang terover..ampun pomen..!

"Poie panggil dia masuk cepat Sarah..!" Arah Hajah Rohaya.

Sarah berjalan ke arah Syafiq yang sedang leka dengan kelapanya. Peluh membasahi baju yang dipakainya.

Alahh..kesiannya orang bandar sorang ni..

"Syafiq..dah la..ayah aku bergurau je tadi.."

"Hahh..?? Dah nak siap pun kupas kelapa ni.." Peluh merecik turun membasahi mukanya. Merah padam menahan kepanasan. Turun naik nafas kepenatan dek menghayun parang membelah kelapa.

Sarah mengambil tisu yang berada di dalam kereta. Dia menuju semula ke arah Syafiq. Peluh yang membasahi muka Syafiq dilapnya sehingga kering. Syafiq hanya merelakan sahaja tika Sarah berbuat demikian.

"Alahai bang aji oi..macam kito maso mudo-mudo dululah..!" Hajah Rohaya mengusik suaminya. Mereka berdua hanya mengintai dari pintu dapur gelagat antara Sarah dan Syafiq.

"Heyy orang tua ni..dah tua buatlah cara dah tua.." rungut Haji Mat Jusoh.

"Alahai..kita nak romantik-romantik, dia pulak yang tak sudi..!" bebel Hajah Rohaya.

"Bukan tak sudi..geli..!!"

"Bencilah dengan abang aji ni..!" Terus sahaja Hajah Rohaya meninggalkan suaminya seorangan di pintu itu. Merajuk!

"Sarah..dah tu..masuklah..!" Jerit Haji Mat Jusoh memeranjatkan Syafiq.

"Kann..ayah kau dah bising tu..duduk jauh sikit..!" Syafiq menjarakkan dirinya dari Sarah.

"Kau takut kan..??" sindir Sarah. Tertawa kecil dia melihatkan Syafiq.

"Ayah kau garang..memanglah aku takut.."

"Aku yang suruh ayah aku tu pura-pura garang..tapi sebenarnya dia baik.."

"Kenapa buat macam tu..??"

"Sebab nak test kau.."

"Nak tengok lepas atau tak aku jadi bakal menantu..??"

"Mungkin.." tersenyum nakal Sarah.

"Untuk kau Sarah..1000 biji kelapa pun aku sanggup kupas.."

"Yelah..masa baru bercinta..semua pun boleh..cuba dah lama nanti, muka aku pun kau tak nak pandang dah..lelaki macam tu kan..??"

"Bengong..dah la..jom masuk..!"

Bibik Aku.. Terminator [bab 30]

Ayda memerhatikan Sarah yang terbaring di katil. Sekali sekala dilihatnya Sarah seakan tersenyum tika tidurnya. Bantal yang dipeluk begitu erat didakapnya.

"Teruk betul angau Sarah ni.." Ayda bangun dari kerusinya. Diperhatikan jam di dinding hampir menunjukkan jam 6.00 pagi. Dia perlu melaksanakan satu misi terakhirnya di pulau itu. Sarah ditinggalkan sementara di dalam bilik itu, membiarkan dia terus tidur dibuai mimpi indahnya. Ayda terus melangkah menuju ke arah bilik Ku Syafiq.

Deringan lagu Kiroro Mirae dari telefon bimbit Sarah mengejutkannya dari tidur. Hampir jam 6.45 pagi. Terus sahaja dicapainya telefon itu. Penggera di telefonnya dimatikan segera. Andai dibiarkan terus berbunyi, dia pula yang terbuai dan terus lelap semula bila mendengarkan lagu yang mendayu itu.

Dah bangun ke belum agaknya abi ni..dah subuh ni..jangan pulak tak solat..

"Hmmm.." garau sahaja suara yang menjawab di hujung talian itu. Baru terjaga dari tidurnya.

"Kau baru bangun tidur ye..?? Bangun sekarang pergi gosok gigi..ambil wuduk lepas tu pergi sembahyang subuh..!" leter Sarah pada Syafiq.

Jangan ingat mudah sangat nak bercinta dengan aku..

"Haha..first time kena fire bertubi-tubi ni..kau meleter dekat aku ke..??" tergelak Syafiq mendengar leteran Sarah itu. Terus segar bugar matanya pagi itu.

"Bukan meleter..nasihat.."

"Yelah sayang..nak bangun dah ni.." Syafiq berpura mengeliat. Padahal dia masih lagi terbaring di atas katilnya.

"Tapi dah bangun awal-awal ni takde upah ke..??" usik Syafiq.

"Upah apa pulak ni..suruh bangun pagi pun kena bagi upah ke..??"

"Yelah..kiss kat pipi.." seloroh Syafiq tergelak manja.

Hamboi..tak dapat lah kalau itu kau mintak der..

"Pergi sembahyang subuh sekarang..!" lantang disebutnya Sarah. Syafiq tak boleh dimanjanya. Jangan diberi peluang walau cinta telah diberikan malam tadi.

"Baik bos..!" terus sahaja panggilan itu dimatikan.

"Senangnya dalam hati..pagi-pagi ada yang kejut.." berlagu Syafiq menuju ke tandas.

Termenung dia di tandas. Selama ini jarang sekali dia mengerjakan solat subuh. Solat fardhu yang lain pula kadang-kadang tonggang terbalik. Terdetik di hati kecilnya. Sarah seolah bakal mengubah corak hidupnya selepas ini.

Usai solat pagi itu, Syafiq termenung di luar koridor biliknya. Indah sungguh pagi yang mendamaikan di pulau itu. Udara segar berlegar di udara. Tiada hiruk pikuk seperti di kota.

Pintu biliknya diketuk bertalu. Segera dia melangkah ke arah pintu. Bila dibukanya, Ayda tercegat di hadapan pintu itu.

"Ehh..awal sangat kau datang bilik aku ni Ayda..??"

"Saya ingatkan awak tak bangun lagi..jadi saya nak kejutkan awak.."

"Dah..tadi lagi Sarah dah kejutkan saya.."

"Baguslah.." Ayda berpaling untuk beredar dari pintu bilik itu.

"Ayda.." Syafiq memanggil semula Ayda sebelum dia berlalu pergi.

"Ye Syafiq..??"

"Terima kasih bantu saya malam tadi.." ucap Syafiq memandangkan segala perancangannya malam tadi telah diatur Ayda. Si bibik milik Sarah itu.

"Saya hanya menjalankan tugas.." jawab Ayda dan terus berlalu pergi.

Sarah terus bersiap mengemas segala perkakasannya. Dia perlu meninggalkan pulau itu hari ini juga. Walaupun baru semalam sahaja di tiba di situ. Namun kehadiran Ku Syafiq telah merencatkan segala perancangannya untuk bercuti.

Tapi nasib baiklah si pomen ada je dengan aku..kalau tak..tak tahulah apa yang jadi..

"Sarah..awak nak sarapan dahulu..??" tanya Ayda sewaktu mereka berdua keluar bersama dari bilik itu.

"Tak nak..risau aku kalau terserempak dengan Ku nanti.."

"Itu semua saya dah uruskan..awak janganlah risau.."

Semua kau dah urus..?? apa sajalah yang kau dah buat ni Ayda..jangan sampai mati anak orang tu dah la..

Syafiq menanti di ruang lobi resort seperti diarahkan Sarah. Sempat dia membelek majalah yang bergantungan di ruang rehat itu. Pandangannya terganggu bila tiga orang pekerja resort tergopoh gapah seperti ada yang tak kena.

"Kenapa ni..??" Sarah menanyakan kepada FOO resort yang mengambil kunci biliknya di kaunter lobi. Syafiq pula diperhatikan sedang melangkah ke arahnya.

"Ada penghuni resort ni terkurung dalam bilik..terkunci dari luar..itu yang kelam kabut staff ke bilik dia tu.." terang salah seorang FOO kepada Sarah.

Spontan pandangan Sarah dialihkan pada Ayda di belakangnya. Keningnya diangkat memberi isyarat pada Ayda.

"Langau.." jawab Ayda selamba dan terus menarik pergi beg Sarah menuju ke arah teksi yang akan membawa mereka ke jeti.  

Perjalanan dari pulau ke jeti Kuala Besut mengambil masa 45 minit dengan menaiki bot laju. Sepanjang perjalanan, Ayda hanya duduk seorangan. Manakala Sarah tak sudah berkepit bersama Syafiq.

"Cinta dah berputik..kalau bot karam mesti tak sedar.." bisik Ayda seorangan.

Tiba di jeti segala barangan dipunggah keluar. Sarah menuju ke arah keretanya sambil diekori Ayda dan Syafiq.

"Ok Syafiq..aku hantar kau pergi stesyen bas ye..??"

"Kenapa..kau nak pergi mana..??"

"Aku nak balik kampung dulu..kau baliklah KL naik bas.."

"Aku balik sorang..?? Ayda..??"

"Ayda ikut akulah..balik kampung.."

"Aku nak ikut sekali..!" tersengih Syafiq terus sahaja menyorongkan beg bagasinya ke dalam bonet kereta Sarah.

Heii..tak malu ke nak pergi kampung orang..aku tak ajak..kau pulak tersorong-sorong nak pergi..

"Tapi mak bapak aku garang.." Sarah cuba membuat helah.

"Tak kira aku nak ikut.." jawab Syafiq membidas semula kata Sarah.

"Rumah aku kecil..tak muat nak tidur ramai-ramai.."

"Tak kira..aku nak ikut.."

"Rumah aku panas..takde aircond.."

"Tak kira..aku nak ikut.."

"Bapak aku tak suka orang bangun sembahyang subuh lambat-lambat.."

Menelan air liur Syafiq. Tapi dia nekad. Dia tetap akan mengikuti Sarah pulang ke kampung halamannya.

"Tak kira..aku nak ikut.."

Hisshh..degil betul..malulah aku nak tunjuk kau dekat family aku..ayoyo..

"Nah..kau drive lah..!" malas lagi hendak Sarah bertekak dengan Syafiq.

Terimalah nasib kau dekat kampung nanti..!

Syafiq memandu sepanjang  6 jam perjalanan itu. Sarah hanya duduk di sebelahnya melelapkan mata. Ayda pula duduk di belakang tanpa bicara.

"Ohh..kau buat aku jadi kuli ye.." Syafiq mengusik hidung Sarah yang sedang lena di sebelahnya. Namun tiada respon.

"Hmm..tidur mati.." bisik hati kecilnya.

"Wargghhhh...!!" Syafiq menjerit sekuat hatinya. Hon ditekan bertalu-talu. Seolah ada sebuah lori ingin melanggarnya dari hadapan.

"Woii...!!" kelam kabut Sarah memandang ke hadapan. Syafiq hanya tergelak di sebelahnya.

Ciss..terkena..

"Jangan main-main Syafiq..accident betul-betul nanti..!" rungut Sarah sambil membetulkan kaca mata hitamnya.

"Kita kat mana ni..kenapa berhenti..??" tanya Sarah bila melihatkan deretan bangunan kedai di sebelah kirinya.

"Dah sampai pekan Kuala Pilah..aku nak pergi beli baju..baju aku tak cukup.." lantas pintu terus dibuka Syafiq. Menuju dia ke kedai pakaian yang berada di seberang jalan besar itu.  

Dah sampai Kuala Pilah..?? Patutlah berderet kedai emas..

Memang pekan ini cukup popular di kalangan pemburu emas seluruh Malaysia. Ramai yang mengatakan emas yang dijual di pekan ini kebanyakannya lebih murah dari harga pasaran semasa. Bertahun lamanya cerita itu berlegar hinggakan menjadi buah mulut di kalangan penduduk setempat.

"Kalau nak boli omeh..poi pokan Pilah..murah.." teringat Sarah kata ibunya dahulu.

Setelah 20 minit berlalu, Syafiq muncul semula sambil membawa lima beg plastik yang dijinjingnya.

"Banyaknya..apa kau beli..??" tanya Sarah selepas Syafiq memasukkan semua barangan ke dalam bonet kereta itu.

"Buah tangan untuk bakal mertua..dengan baju aku sekali.."

Pandai betul kau nak ambil hati orang tua ye..hati aku dah kau curi..sekarang hati mak bapak aku pulak nak kau curi..?? Patutlah beria nak ikut aku balik kampung..

"Dah..kita gerak ye.." ucap Syafiq terus memandu kereta itu semula di atas jalan raya.

"Im coming Sri Menanti..!" jerit Sarah keriangan. Lama juga dia tak pulang ke kampung menjenguk ibu dan bapanya. Telefon dicapainya, mendail nombor rumah ibunya.

"Haaa..itulah kau..dah sampai Pilah baru kau nak bagitau mak kau nak balik kampung kan..!"

Aduh mak ni..cakap tak reti betul nak kecikkan volume suara tu lah..bingit..!

"Iyo mak..akak nak baliklah ni..laie 15 minit akak sampai yo.." ucap Sarah pekat dalam dialek Negeri Sembilan.

Tergelak Syafiq bila pertama kali mendengar Sarah berbahasa minang. Namun hatinya lebih gusar mendengarkan jeritan ibu Sarah di hujung panggilan tadi.

"Garangnya mak kau Sarah.."

"Haaa..nanti kau taulah langit tu tinggi ko rondah.." terangguk-angguk Sarah cuba menakutkan Syafiq.

"Tapi comellah kau cakap minang..cuba cakap, aku suka kau, dalam bahasa minang.."

"Den suko kau.." jawab Sarah.

"Amboi..kasarnya bunyi..lagi sekali Sarah.." dirasakan comel bila Sarah berdialog begitu.

"Den suko kau.." ucap Sarah semula.

"Lagi sekali.."

"Kau nak kono pijak..??" bulat mata Sarah memandang ke arah Syafiq.

Kau kenakan aku ye..takpe..kau tunggu dekat kampung nanti..aku kerjakan kau..

"Tu..masuk simpang tu..rumah aku dalam tu.." Sarah menujukkan sebuah simpang kecil. Selepas membelok, tersergam sebuah rumah minang yang masih berdiri teguh. Atap yang melengkok di kedua-dua hujung membentuk seakan tanduk kerbau menyerlahkan kesenian binaan lama masyarakat terdahulu. Masyarakat minang.

"Siapa yang dekat tangga tu Sarah..??" Syafiq menunjukkan seorang tua yang sedang leka mengasah parangnya di hujung tangga.

"Itu abah aku kalau kau nak tau.." jawab Sarah dan terus keluar dari pintu keretanya.

"Mati aku ni.." bisik Syafiq menelan air liur. Ayda juga telah keluar meninggalkan dia keseorangan di dalam kereta itu.