Sunday, 4 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 16]

Ku terus cuba mendail nombor Sarah sepanjang perjalanan pulangnya ke rumah. Sejak dari peristiwa keceluparan mulutnya berkata-kata terhadap Sarah, kini dia merasakan hubungan antara dia dan Sarah mula meruncing.

Walaupun antara dia dan Sarah tak sampai lagi setahun usia percintaan mereka, namun Ku dapat merasakan kehangatan cinta suci yang diberikan Sarah padanya. Sarah bukan seperti gadis lain yang pernah dikenalinya. Sarah terlalu istimewa di matanya.

"Tapi mama.." bisik Ku dalam hatinya.

Entah kenapa dirasakan ibunya itu akan menjadi penghalang kepada hubungan cintanya. Entah kenapa sering sahaja dia cuba mengelak hubungan itu dari pengetahuan ibunya. Padahal, dia bukannya melakukan apa-apa kesalahan yang boleh memudaratkan dirinya. Dia hanya bercinta.

Sekali lagi Ku cuba mendail nombor Sarah. Namun masih tetap tidak berjawab.

"Sarah bencikan aku ke..??"

Ku melangkah turun dari keretanya. Dia terus menuju ke arah meja kecil tempatnya selalu bersendirian di waktu malam bersebelahan banglo milik ibunya itu. Dia bersandar malas di atas kerusi. Fikirannya kusut.

"Ku..kenapa ni..??"

"Ehh..Pak Rahim..takde apa..saja ambil angin..mama dekat mana..??"

"Mama kamu ada dekat bilik kot..balik dari meeting petang tadi dia mengadu penat..mungkin dah tidur.." jawab Pak Rahim, pemandu kepada ibunya itu.

Ku mengangguk lesu. Dihelanya nafas panjang sambil mengurut kepalanya.

"Kamu ada masalah ke Ku..??" tanya Pak Rahim dan terus mengambil tempat di sebelah anak majikannya itu.

"Saya ok Pak Rahim..mungkin stress kerja.." jawab Ku.

"Kamu ni saling tak tumpah macam arwah ayah kamu.."

"Maksud Pak Rahim..??"

Hampir 30 tahun Pak Rahim berkhidmat bersama keluarga itu. Segala yang terjadi di dalam keluarga itu, semua diketahuinya. Bermula sebagai pemandu peribadi kepada Ku Mokhtar, bapa kepada Ku Syafiq, hinggalah kini, pemandu peribadi kepada isterinya pula, Datuk Mashitah.

"Ayah kamu dulu kalau dia tertekan, mesti dia akan duduk seorangan macam kamu ni Ku.."

"Papa dulu, memang selalu berahsia ke Pak Rahim..??"

Pak Rahim berdehem. Tekaknya rasa tak selesa untuk berkata-kata.

"Kita lelaki, selalunya memang banyak berahsia Ku..lebih lagi bila kita dalam masalah..memang jarang kita kongsikan masalah kita dengan orang lain..sama juga dengan papa Ku dulu.." jelas Pak Rahim.

Memang ada benarnya kata-kata Pak Rahim itu. Ku sendiri jarang berkongsi rahsianya dengan sesiapa pun. Enggan menyusahkan orang lain dengan masalahnya sendiri. Malah dengan ibunya sendiri pun, jarang dia berkongsikan mengenai masalah peribadinya sendiri.

"Saya nak tanya Pak Rahim tentang satu perkara.."

"Apa dia Ku..tanyalah..kalau Pak Rahim boleh jawab, Pak Rahim jawablah.." tekun Pak Rahim cuba mendengar pertanyaan Ku itu.

"Kalau papa masih hidup..Pak Rahim rasa, papa akan terima atau tidak bakal menantunya nanti, bukan dari golongan atasan seperti saya sekarang ini..??

"Papa kamu dulu seorang yang tegas Ku..itu pakcik tak dapat nafikan..namun ketegasannya dia tu, tak bermakna dia akan menghalang Ku untuk bercinta dengan sesiapa.."

"Tapi entah kenapa Ku rasakan kalau Ku bercinta, ada yang akan menghalang.." keluh Ku.

"Maksud Ku..?? Datuk..??" Pak Rahim cuba meneka.

Ku mengangguk lemah. Dia terlalu yakin ibunya mungkin tidak akan bersetuju dengan pilihan hatinya. Entah kenapa dia selalu berfikiran begitu.

"Ku pernah bagitau Datuk..??"

Ku menggeleng. Tidak berkata apa. Perbualan itu terhenti seketika. Hanya bunyi unggas malam sahaja kedengaran sayup-sayup dari kejauhan.

"Kalau Ku tak pernah bagitau..masakan Ku boleh tahu Datuk menghalang..??" Pak Rahim terus cuba mengajak Ku berbual.

"Ku percaya pakcik..mama tak akan setuju dengan pilihan hati Ku.."

Terpancar jelas kekecewaan di wajah Ku. Dapat dia membayangkan apa akan terjadi kalau ibunya itu mengetahui tentang dirinya dan Sarah. Tak sanggup rasanya dia mengecewakan ibunya.

"Siapa perempuan tu Ku..boleh pakcik tahu..??"

"Mana ada calon lagi Pak Rahim..saya cuma bertanya je.." senyum Ku cuba berselindung di sebalik tawanya. Enggan membiarkan Pak Rahim mengetahui lebih lanjut tentang Sarah.

"Kalau dah ada calon..cepat-cepatlah melamar..nanti melepas.." usik Pak Rahim pula kali ini. Cuba menceriakan suasana.

"Andai apa yang dikatakan Pak Rahim itu semudah seperti ia dilafazkan.." keluh Ku dalam hatinya.

"Takpelah pakcik..saya naik atas dulu ye..penat.." Ku segera bangkit dari kerusinya. Bergerak masuk ke dalam rumah meninggalkan Pak Rahim keseorangan di luar rumah itu.

Dian Adira tak senang duduk sepanjang makan malam bersama Datuk Razali dan Tan Sri Syed Alwi malam itu. Hatinya sakit pabila Syafiq memungkiri janjinya untuk makan malam bersama mereka malam itu.

"Kalau dah berjanji..kenapa tak datang..??" rungut Dian sendiri.

Perbualan antara yahnya dan Tan Sri Alwi langsung tak diendahkannya. Hanya tertumpu pada hal perniagaan sahaja.

"Dian..kenapa senyap je ni..??" Tan Sri Alwi menyedari sikap pasif Dian malam itu. Makanan yang terhidang langsung tak dijamahnya.

"Uncle..kenapa Syafiq tak datang..??"

Tergelak Datuk Razali dan Tan Sri  Alwi bila mendengar rungutan Dian.

"Daddy..im serious ok..kenapa daddy gelakkan Dian pulak..??" ayahnya pula yang menjadi amukan Dian.

"Uncle tak pastilah Dian..maybe he got another appointment malam ni.."

"With who..??" bulat mata Dian memandang ke arah Tan Sri Alwi.

"Dian..Syafiq is a busy bachelor..same like his father.." jawab Datuk Razali pula. Jawapannya disambut oleh gelak tawa dari Tan Sri Alwi.

"Saya bukan bachelor lagi Datuk.. tapi kalau bab busy tu, saya setuju..!" sekali lagi mereka tergelak.

Semakin sakit hati Dian bila pertanyaannya seakan tak dipedulikan. Lain ditanya, lain yang dijawabnya.

"Uncle..dekat mana rumah Syafiq..??"

Tan Sri Alwi menarik nafas panjangnya. Mengah sedikit dirasakan bila asyik tergelak sahaja.

"Uncle tak boleh beritahu Dian..itu pesanan Syafiq..dia tak suka diganggu di rumah.."

"Pasal tu dia sanggup tinggalkan banglo uncle..dan tinggal di rumah lain..??"

"Mungkin.." hanya itu sahaja yang dijawab oleh Tan Sri Alwi. Pesanan anaknya, Syafiq, agar merahsiakan rumahnya, tetap dipegang teguh oleh Tan Sri Alwi.

Dian hanya meretap bibirnya. Tak tahu lagi apa yang hendak dikatakannya.

"Ayah dengan anak sama je.." rungutnya dalam hati.

Sarah menuruni anak tangga rumahnya selepas agak lama dia berada di dalam bilik. Mengenangkan Ayda yang keseorangan di bawah, mungkin Ayda memerlukan teman untuk berbual.

"Hoi Ayda..apa kau buat..!" tegur Sarah bila dilihatnya Ayda hanya duduk seorangan di meja makan. Namun Ayda senyap tak bergerak.

Ni kenapa pulak ni..takkan pasal aku tak makan malam, dia nak merajuk..terminator pun pandai merajuk ke..??

Sarah bergerak ke belakang Ayda. Bahu Ayda ditepuknya perlahan. Namun tetap tiada reaksi.

Dah mati ke..?! Kalau ye nak mati pun..janganlah dalam rumah aku..! Kau dah la takde IC..nanti orang syak aku simpan PATI pulak dalam rumah aku..mampus aku kena lokap pulak..

"Ayda..janganlah main-main.." kali ini Sarah menggegarkan bahu Ayda. Digoncangnya sekuat hati. Namun tetap tiada reaksi.

Kau ni nak kena ni Ayda..kau mainkan aku kan..??"

Sarah mencapai batang mop yang terlindung di sebalik pintu dapurnya. Akalnya untuk mengetuk kepala Ayda seperti yang pernah dilakukannya dulu. Namun tak sempat. Baru sahaja hendak diujanya, Ayda bingkas bangun dari tempat duduknya.

"Hai Sarah..awak nak makan..??" tegur Ayda.

"Engkau ni Ayda..lain kali janganlah main-main..kenapa kau senyap..??" rungut Sarah.

"Maaf..saya terpaksa cas bateri saya.." jawab Ayda.

Lahh..aku ingatkan kau ni tak payah nak cas-cas..dah macam telefon pulak kau ni kan..??

"Takde kabel pengecas pun..??" mata Sarah tercari-cari kabel yang bersambung kepada Ayda.

"Saya hanya menggunakkan oksigen untuk mengecas..oksigen yang diserap akan akan dipecahkan molekulnya di dalam kebuk pemprosesan saya..hidrogen akan diserap untuk dijadikan sumber tenaga saya.. Manakala oksida akan saya lepaskan semula.." terang Ayda secara terperinci.

Ape kau merepek ni..satu benda pun aku tak paham..

"Aku bukan budak Sains masa belajar dulu Ayda..so aku tak paham.." Sarah terua duduk menghadap televisyen. Malas hendak dilayan fakta Sains gila dari Ayda lagi.

"So..apa plan kita lepas ni Ayda..kata datang nak ajar aku memasak.." perli Sarah. Padahal dia yang terlalu sibuk dengan kerja. Tiada masa untuk belajar.

"Esok kita mulakan semula kelas memasak awak.." jawab Ayda.

"Baikkkk..apa menu kita esok..??"

"LAKSA UTARA.."

1 comment:

  1. Hope watak Ayda tk ilang sbb tajuk pun bibik aku terminator...

    ReplyDelete