"Sarah..!" riang hati Syafiq bila melihatkan Sarah muncul di depan pintu biliknya. Seorang doktor dan dua orang jururawat sedang melakukan pemeriksaan rutin pada Syafiq. Ketiga-tiga mereka hanya tersenyum memerhatikan Sarah berjalan masuk ke dalam bilik itu.
"Cantik wife Encik Syafiq.." ucap doktor yang sedang merawat Syafiq.
Haishhh doktor ni..suke taww..malu kita..part cantik tu dah betul tu..tapi part bini tu..aku pangkah..salah..!
"Sepadan betul dengan Encik Syafiq.." tergelak dua orang jururawat itu mendengar usikan doktor mereka terhadap Syafiq dan Sarah.
Merah padam muka Sarah menahan malu. Pantang dipuji sedikit, mulalah kembang kempis hatinya berbunga.
"Saya memang memilih yang terbaik untuk dijadikan isteri saya doktor.." seloroh Syafiq melayan gurauan doktor itu. Tergelak mereka berdua. Sarah hanya memerhatikan sahaja Syafiq dengan geram.
"Ok Encik Syafiq..saya keluar dulu..nanti pukul 3 saya akan lakukan last check up..kalau ok, maybe Encik Syafiq boleh discharge hari ini.."
"Ok..terima kasih doktor.."
Ketiga orang petugas hospital itu beredar meninggalkan Sarah dan Syafiq berdua di dalam bilik itu. Syafiq tersenyum ke arah Sarah yang menarik muka.
"Monyok kenapa..??" tegur Syafiq.
"Suka-suka kau je mengaku aku wife kau kan..??"
"Takpelah..future wife..apa salahnya mengaku awal sikit.." tergelak kecil Syafiq bila dapat dikenakan lagi Sarah.
Sape future wife kau..! Tak ingin..!
"Pisau ada bawak tak..??"
"Ada.." Sarah meraba ke dalam beg tangannya. Dikeluarkan pisau yang dibawanya pulang malam tadi.
"Ape lagi..tolonglah kupas.." arah Syafiq sambil menunjukkan ke arah sebiji buah epal yang telah siap-siap diletakkan di atas meja.
Ohhh..jadi balaci tukang kupas buah pulak aku ni..
"Aku tak nak kupas kalu kau nak suruh aku suap lagi.." Sarah memberikan amaran. Tak mahu peristiwa semalam berulang semula.
"Tak..nanti aku suap sendirilah..buang kulit sekali ye.."
Mendengarkan jawapan Syafiq itu, Sarah terus menghiris buah epal yang ditunjukkan Syafiq. Leka dia tertunduk menghirisnya. Dibuangnya kulit seperti yang dipinta Syafiq.
"I love u too Sarah.."
Gulppp..betul ke apa aku dengar ni..??
"Apa dia..??" terhenti Sarah dari kerjanya. Syafiq yang sedang duduk bersila di atas katil direnungnya.
"Aku cakap..i love u too Sarah.." lembut diucapkan Syafiq. Ditatapnya mata Sarah sedalam mungkin. Menghantar segala perasaan di hati melalui pandangan matanya.
OMG..mata kau tu Syafiq.....
"Suka-suka kau je nak cakap macam tu kan..??" bentak Sarah sedikit gagap.
Syafiq tersengih. Segera dicapainya telefon bimbitnya yang diletakkan di hujung katil. Ditunjukkan kepada Sarah satu mesej yang tersimpan di dalam telefonnya.
"Tengok ni..ada orang gila hantar tadi.." ucap Syafiq sambil menghulurkan skrin telefon itu merapati Sarah.
"I love u.."
Sender :
SARAH POYO
Terkebil-kebil Sarah memerhatikan mesej di telefon bimbit Syafiq itu. Memang sah mesej yang dihantarnya
Arhhhh...!! Dia dapat mesej aku tu..!!
Cool Sarah..take a deep breath..
Sarah tertunduk. Kali ini dia tertewas dengan permainan Syafiq. Patutlah Syafiq beria menyuruhnya ke hospital. Rupanya ada udang di sebalik batu. Mukanya dirasakan begitu panas sekali. Kalau ditoreh rasanya mencurah-curah darah memancut keluar dari pipinya yang sedang merah menyala.
"Tulisan tak dapat menyamai dengan luahan kata-kata..lagi besar ertinya kalau perkataan itu diluahkan antara dua insan secara bersemuka.. barulah dapat dirasai kejujuran cinta tu.." Syafiq terus berkata-kata sambil memandang Sarah yang tertunduk layu.
Betul la tu..tapi masalahnya aku tak terjawab ni Syafiq..habis menggigil badan aku ni..nak angkat muka pun malu ni..alahaiiii kau ni lollipop..!
"Aduhh.." leka membuai angannya, tak disedari pisau yang menghiris epal di tangannya terhiris jarinya sendiri. Mengalir darah di jari telunjuk Sarah.
Kau la ni Syafiq..kan aku dah melayang..sampai luka jari ni dah..
"Ehh..kau ok tak Sarah..?!" cemas Syafiq melihatkan darah yang mengalir di jari Sarah. Segera dia memicit butang kecemasan yang terletak di hujung katilnya. Bergegas seorang jururawat menyerbu masuk ke biliknya.
"Ye Encik Syafiq..ada apa-apa boleh saya bantu..??"
"Ni..tolong bawak wife saya pergi Operation Theater.."
What..?? Gila apa nak hantar aku masuk bilik bedah ni..??
"Kenapa pulak Encik Syafiq..??"
"Ni tangan wife saya ni luka..terhiris pisau..tolong jahitkan.."
Tergelak jururawat muda itu mendengarkan alasan Syafiq.
Haduhh..buat malu la kau ni Syafiq..luka sikit sampai nak masuk bilik bedah kenapa..??
"Encik Syafiq..kalau luka sikit kita tampal plaster je Encik Syafiq.." jelas jururawat itu masih tergelak.
"Ohh..yeke..kalau macam tu bawak saya jelah masuk bilik bedah.." jawab Syafiq semula.
"Ehh..kenapa pulak..??"
Syafiq memerhatikan Sarah yang sedanh keliru merenungnya.
"Saya nak minta doktor tolong bedah hati saya separuh..saya nak berikan pada wife saya ni..sebagai tanda cinta saya pada dia.."
Ahh...pengsan aku...
Jururawat yang berada di pintu bilik itu hanya tersenyum. Dia terus beredar bila mendapat tahu yang Syafiq hanya bergurau.
"Sakit..!" jerit Syafiq bila Sarah melepaskan cubitan halus ke pehanya.
Inilah balasannya kalau jadi sweet sangat macam lollipop..so aku jadilah semut yang makan lollipop tu..
"Nah makan ni.." Sarah menyuapkan hirisan epal ke arah Syafiq.
"Auumm.." pantas mulut itu menganga dan terus mengunyah epal yang disuapkan Sarah. Epal cinta.
Sarah terpaksa bergegas pulang ke pejabatnya dari hospital. Leka benar dia melayan Syafiq, hinggakan tak terperasankan angka jam sudah menunjukkan tepat pukul 2.00 petang. Andai dibiarkan Syafiq melengahkannya, mungkin tergendala segala kerjanya di pejabat.
Langkahnya di koridor hospital menuju ke parkir kereta diayun penuh gembira. Walaupun dimalukan pada awalnya, saat mesej berpuakanya terhantar, namun pengakhirannya lebih mengembirakan.
Laa..laaa..laaa..
Entah bait lagu apa yang dinyanyikan Sarah hingga dia tak menyedari gadis yang melanggarnya di lif malam semalam, berlalu di sebelahnya.
Dian Adira terus menuju ke bilik wad Syed Syafiq. Mujur kedatangannya sedikit lewat. Andai terawal 10 minit, mungkin nahas Sarah dikerjakan di dalam bilik itu.
"Hello honey.." Dian menguntumkan senyuman manisnya pada Syafiq yang sedang berbaring di atas katil.
"Hmm..Dian..masuklah.." jawab Syafiq hambar.
"U dah makan Syafiq..??"
Syafiq hanya mengangguk lesu. Tak tahu apa yang hendak dibualnya bersama Dian.
"Kenapa ni..tak sihat lagi ke..??" Dian mengusap tangannya ke dahi Syafiq. Namun segera Syafiq menepisnya.
"I ok lah Dian.."
"Kenapa ni Syafiq..bila i datang u moody je.."
Syafiq tetap berdiam. Dihidupkan suis tv. Leka dia melayan drama yang disiarkan di kaca tv itu. Tanpa mempedulikan Dian yang duduk di sebelahnya.
Dian mencapai remote tv yang berdekatan dengannya. Ditutupnya siaran yang sedang ditonton oleh Syafiq. Berang dek kerana Syafiq acuh tak acuh sahaja melayannya.
"Ehh..i nak tengoklah cerita tu..kenapa u padam pulak..??" berkerut dahinya memandang ke arah Dian.
"I datang ni nak berbual dengan u Syafiq..bukan nak temankan u tengok tv.."
"U cakap jelah..ape yang i boleh jawab, i jawablah.." jawab Syafiq sambil cuba merampas kembali remote di tangan Dian.
"No..!" marah Dian dan terus menjauhkan remote itu dari capaian Syafiq.
Syafiq mengeluh. Sentiasa sahaja merasakan rimas bila kelibat Dian menghantuinya.
"U kenapa Syafiq..bila i datang u marah..i datang pasal i concern pada u.."
"I macam biasa je Dian..cuma u yang tak faham apa i cakap selama ni..memanglah i rimas.."
"Syafiq..we are getting married honey..sampai bila u nak macam ni..??" tangan Syafiq dicapainya. Cuba untuk memujuk.
"Stop it Dian..!" rontaan Syafiq berjaya melepaskan tangannya dari Dian.
"U kenapa Syafiq..! Penat i cuba berbaik dengan u..! Tapi u sikit pun tak pernah bagi peluang pada i..!"
Syafiq membatukan dirinya. Memang sudah diagaknya. Dian tentu akan mengamuk jika tak dapat apa yang dikehendakinya.
"Cakaplah Syafiq..kenapa..!" bentak Dian lagi.
"Number one..! We are not getting married..i tak pernah cakap pun yang i sukakan u..tapi u yang buat andaian u sendiri..!" tegas Syafiq.
"Number two..! I sendiri tak pernah cakap i sayangkan u more then a friends..cuma u yang pandai-pandai cakap macam tu..!" sambungnya semula.
"Tapi apa guna i tunggu u selama ni Syafiq..!! U langsung tak pernah fikir perasaan i..!!" Dian makin menggila. Hinggakan jeritannya mampu didengari hingga ke luar bilik itu.
"U cakap je Syafiq..anything for u..i sanggup buat..please honey.." dirangkulnya tubuh Syafiq dengan esak tangisnya. Terpaksa Syafiq bertindak lebih dari kehendaknya. Tubuh Dian terpaksa ditolaknya kasar.
"Apa kena dengan u Syafiq..!!"
"Dian..tolonglah..sebelum i hilang sabar..baik u balik.." Syafiq cuba mengawal emosinya. Andai dua mulut menghamburkan kata-kata kasar, tiada seorang pun yang cuba mengalah, nescaya pertelingkahan itu bakal menjadi lebih rumit.
"But i love u Syafiq.." tersengguk Dian melafazkannya.
"I love u Syafiq..!!" seperti orang kehilangan waras fikiran, Dian menghentak tubuh Syafiq sekuat hatinya. Dilepaskan segala kemarahannya pada Syafiq.
Mujur petugas hospital yang mendengar hiruk pikuk di dalam bilik itu segera bertindak memasuki bilik Syafiq. Segera mereka meleraikan Dian yang seperti kerasukan.
"I tak akan lepaskan u Syafiq..!!" jerit Dian sebelum diasak keluar dari bilik itu. Syafiq melihatnya hanya dengan keluhan.
"Hantar jelah pergi wad gila perempuan tu nurse..kalau nak hantar terus bilik mayat pun lagi baik.." ucap Syafiq sambil membetulkan pakaiannya yang herot berot dikerjakan Dian.
Sarah tiba di pejabatnya tepat jam 2.30 petang. Mujur tiada siapa yang mencarinya. Cindy hanya menunjukkan isyarat OK dengan jarinya saat Sarah melangkah ke dalam biliknya.
"Saya nak doktor bedah hati saya separuh..saya nak berikan pada wife saya ni..sebagai tanda cinta saya pada dia.."
Ungkapan selamba Syafiq pada jururawat tadi terngiang di fikiran Sarah. Walaupun hanya gurauan di mata jururawat itu, namun tidak di mata Sarah. Cukup bermakna dirasakan ungkapan itu.
Menyakitkan hati..tapi boleh jadi sayang..haru ni..
Kala Sarah sedang tersenyum seorangan, dia terlihatkan Ku yang melintasi biliknya. Menuju ke arah lif. Langsung tak diendahkan Sarah yang asyik memerhatikan dia berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan.
"Hek eleh..aku tak heranlah..ramai lagi yang nak dekat aku.." Sarah mencibir lidahnya ke arah Ku. Entah kenapa meluat pula dirasakan bila dilihatnya Ku sekarang. Tak seperti dulu. Atau mungkin hatinya telah terpisah dua. Antara Ku Syafiq dan Syed Syafiq.
Hmm..kebetulan pulak nama diorang ni hampir sama..beza nama depan je..tapi Syed macam lagi sedap..
Sarah kembali mengerjakan kerjanya yang tertangguh sebelum ke hospital tadi. Helaian demi helaian fail yang diberikan Datuk Mashitah padanya diperiksa. Matanya tertumpu pada senarai nama Ahli Lembaga Pengarah Megah Tara Holding. Merangkap pemegang saham di syarikat itu. Lima orang semuanya. Termasuk pemegang saham terbesar, Datuk Mashitah diikuti dengan Tan Sri Syed Alwi, Datuk Subhan, Datuk Razak dan Datuk Ong.
Macam manalah aku nak mengadap semua orang-orang besar ni nanti..bukan calang-calang orang..benda yang aku nak bentangkan pun bukan benda suka-suka..Pengurusan Risiko..hmmm..
Sarah bersandar termenung di kerusinya. Entah kenapa risau pula muncul di hatinya. Tidak yakin dengan kemampuannya untuk membentangkan kertas kerjanya pada BOD Meeting akan datang.
Ketukan pada pintunya mengejutkan Sarah yang sedang leka termenung. Raiqal muncul di pintu.
"Encik Raiqal..masuklah.." jemput Sarah pada Raiqal.
"Kalau tak ajak pun saya masuk jugak.." sengih Raiqal.
"Ok Sarah..semua pasal site visit awak nanti saya dah uruskan..just awak kena be there on this Friday..nanti Rakesh, our Project Manager dekat sana akan brief awak tentang projek tu.." terang Raiqal secara terperinci pada Sarah.
Iyelah..aku lupa pulak aku kena pergi Pulau Perhentian weekend ni..
"Thanks Encik Raiqal.." tersenyum lebar Sarah.
"Ok..if takde apa-apa..saya mintak diri dulu ye.." Raiqal terus beredar keluar dari bilik itu.
Aikk..ape pelik sangat perangai Raiqal ni..?? Selalu menggatal je..tapi hari ni bukan main sopan santun lagi dia..??
Seperti ada yang tak kena pada Raiqal. Jarang dia bertutur lemah lembut seperti itu. Lagi-lagi dengan Sarah. Asal ada peluang selalunya pasti dia akan menggoda ataupun mengusik Sarah dengan gurauan nakalnya.
Titt..titt..
Bunyi dering telefon milik Sarah menandakan mesej diterimanya. Segera dicapainya.
"Sayang..ambil abang petang nanti..doktor dah bagi keluar wad..muahh.."
Sender:
POMEN GIGOLO
Amboii..sedap panggil aku sayang ye..
Sarah menaip untuk menjawab semula mesej dari Syafiq itu.
"Tak payah nak sayang sangatlah..balik jalan kaki..wekk.."
Terus dihantarnya pada Syafiq. Dua minit berselang, Syafiq membalasnya semula.
"Duit takde sayang..dah habis bayar bil hospital..please sayang..^^"
Sender :
POMEN GIGOLO
Akal kau kan..ada je alasan kau Syafiq..
"Yelah cik abang sayang.." ringkas dijawab semula oleh Sarah.
Ke mana Ayda ye adik. Jgn tenggelamkan sgt kisah bibik dgn episod cinta Sarah n Syed Syafiq
ReplyDeleteOk kak ita..sy take note on that..tq kak..^^
Delete