Sarah menuju ke rumah Syafiq. Pintu rumah itu dibuka luas. Terang benderang ruang tamu rumah itu.
Ohh..agaknya masa Ayda mintak tolong Syafiq tadi, dia memang ada dalam rumah..
Sarah memerhatikan susun atur ruang tamu itu. Cantik, kemas dan tersusun. Tak disangkanya Syafiq seorang yang amat pandai menjaga kebersihan rumahnya.
Pandai jugak mamat pomen ni hias rumah dia..simple but nice..
Aturan lukisan pelbagai rupa menghiasi dinding rumah itu. Semuanya cantik belaka. Membuatkan Sarah terleka sebentar di ruang tamu itu.
Ehh..mana pulak dia simpan dompet dia ni..??
Sarah memerhatikan sekeliling ruang tamu. Namun tak dapat dilihatnya satu pun kelibat dompet Syafiq.
Hmm..takpe..cuba try call handphone dia..maybe dompet dia ade dekat-dekat dengan phone tu..
Sarah mendail pula nombor telefon Syafiq. Bunyi deringan telefon telah membawa Sarah ke ruangan bilik Syafiq. Di tingkat dua rumah itu.
Sangkaan Sarah tepat. Memang dompet Syafiq terletak betul-betul di bawah telefon bimbit itu. Segera dicapainya.
Bilik dia ni pun kemas je..tak menunjukkan langsung dia ni macam pomen..ingatkan selekehlah bilik serupa dengan baju yang dia pakai tu..
Pandangan Sarah teralih pada suatu sudut di dalam bilik Syafiq itu. Lambakan berus lukisan dan pewarna di bawah satu binaan kayu yang diselubungi satu kain putih.
Ape tu...??
Sarah mendekati binaan kayu itu. Diselaknya kain putih yang menyelimuti. Tersergam di hadapannya satu kanvas lukisan yang tertera wajah seseorang yang amat dikenalinya.
Ini bukan ke gambar aku sendiri..??
Sarah terkesima. Entah mengapa wajahnya pula yang dijadikan lukisan di dalam bilik Syafiq itu. Cukup cantik. Lebih cantik dari kebanyakan lukisan yang diperhatikan di bawah tadi.
Aku tak tau pulak dia ni pelukis..tapi masalahnya gambar aku pulak yang dia lukis ni kenapa..??
"Stalker..! Tak pun psycho..!" hanya itu yang keluar dari mulut Sarah.
Dibeleknya lagi lukisan itu. Satu tulisan kecil di bawah lukisan itu menggamit anak mata Sarah untuk melihatnya walaupun dalam gelap bilik itu.
Liyana..?? Siapa pulak Liyana..nama aku Sarah la..
"Sarah..dah jumpa ke belum..!" jeritan Ayda dari bawah memeranjatkan Sarah. Segera dia menutup kembali lukisan itu seperti asalnya. Berlari dia menuruni anak tangga ke arah Ayda.
"Ok dah jumpa..jom kita pergi hospital.." ucap Sarah meninggalkan ruangan rumah Syafiq itu.
*****
"Uncle..auntie..macam mana Syafiq boleh masuk hospital pulak ni..??" terkocoh-kocoh Dian memasuki bilik wad yang menempatkan Syafiq. Hamper buah-buahan yang dibawanya bersama diletakkan ke atas meja bersebelahan katil Syafiq.
"Dah sakit..masuklah hospital Dian.." jawab Datin Sri Salina. Meluat bila dilihatnya Dian yang menggelabah tak tentu pasal itu.
"I know auntie..tapi sakit apa..??"
"Doktor cakap Syafiq kurang rehat..lepas tu pulak makannya pun tak menentu..maybe kurang tenaga..itu yang pengsan tu.." jawab Tan Sri Syed Alwi pula.
Dian mengeluh. Rambut yang menutupi anak matanya diselak.
"Syafiq..u janganlah kerja kuat sangat..berapa kali i dah cakap dekat u, jaga diri u..tapi u degil.." rungut Dian terhadap Syafiq.
Entah kenapa Syafiq merasakan Dian seakan berpura-pura sahaja di hadapan orang tuanya. Plastik..
"I ok lah Dian..takde kena mengena dengan kerja pun.."
"See auntie, uncle..apa Dian cakap, Syafiq memang taknak dengar pun.." rungut Dian pula pada kedua orang tua Syafiq. Sebuah kerusi ditariknya menghampiri katil itu. Duduk sambil menggenggam tangan Syafiq.
"Janganlah Dian..i rimas.." serentak itu tangannya dilepaskan dari genggaman Dian.
Tan Sri Syed Alwi dan Datin Sri Salina hanya memerhati sahaja gelagat Dian. Sesekali mereka saling berpandangan. Mencemik muka antara satu sama lain. Loya melihatkan gelagat Dian Adira di hadapan mereka itu.
"Syafiq..u nak buah..?? I kupaskan ok..?? I beli masa on the way ke sini tadi..bagus buah ni untuk kesihatan u.." Dian mengoyakkan plastik hamper yang dibawanya.
"I dah makan..u nak makan, u makanlah.." Syafiq memalingkan mukanya ke arah lain. Kedua wajah ibu bapanya diperhatikan. Memberi isyarat agar mereka dapat membawa Dian keluar dari bilik itu.
"U ni kenapa..i datang nak tengok u sakit..tapi u nak marah-marah pulak..!"
Syafiq diam tanpa kata. Malas hendak dilayannya. Tak tahu bagaimana hendak diterangnya pada Dian lagi.
"Dian..uncle rasa we should go now.." Tan Sri Syed Alwi cuba meredakan kemarahan Dian. Dia tak mahu mereka berdua bercakaran pula di situ.
"Kita balik Dian..esok boleh datang lagi.." sambungnya lagi.
"Uncle..this is private hospital..we pay for this..kenapa pulak ada limitation untuk visiting hour..??" bantah Dian. Enggan meninggalkan bilik Syafiq itu.
"I nak rehat Dian..u balik jelah.." tegas Syafiq. Berang Dian memerhatikan Syafiq. Merasakan kedatangannya langsung tak dihargai.
"Urgghhhh..!" rungut Dian terus keluar meninggalkan bilik itu.
Datin Sri Salina hanya menggelengkan kepalanya. Sempat juga dia melihat ke arah Syafiq yang turut mengeluh melihatkan perangai Dian.
"Takpelah Syafiq..ummi dengan ayah balik dulu...esok kami datang lagi ye..rest well.." ucap Datin Sri Salina sambil mengucup lembut dahi anaknya itu. Mereka berdua turut meninggalkan Syafiq keseorangan di bilik itu.
Sarah tegak berdiri di hadapan pintu lif Hospital Ampang Puteri itu. Selesai sahaja waktu kerjanya, terus dia bergegas ke hospital yang menempatkan Syafiq. Sempat juga dia membelikan buah tangan untuk Syafiq sementara dalam perjalanan ke hospital itu.
"Aduhh...!" terjatuh Sarah ke lantai apabila bahunya dilanggar seseorang saat pintu lif terbuka luas. Bertaburan buah-buahan yang dibelinya ke atas lantai.
"Sorry.." ucap Sarah pada insan yang melanggarnya. Mungkin dia sedikit ralit tadi hinggakan tak terperasankan pintu lif sudah terbuka.
"Lain kali nak berjalan, buka mata tu luas-luas..!" herdik Dian pada Sarah. Tiada langsung terdetik di hatinya untuk membantu Sarah yang sedang terkapai-kapai mengutip buah yang bertaburan di lantai.
"Sombongnya.." keluh Sarah sambil memasukkan satu persatu buah yang dikutipnya ke dalam plastik semula.
Alaaa..bocor pulak plastiknya..
Terpaksa Sarah memasukkan buah yang terjatuh itu ke dalam beg tangannya sendiri. Orang ramai yang lalu lalang di sekitarnya hanya memerhatikan Sarah. Bukan nak membantu. Yang lebih teruk, siap ada yang mentertawakannya.
Butang lif ditekannya ke tingkat tiga. Mengikut kata doktor semasa dia mendaftarkan Syafiq malam tadi, Syafiq berada di bilik 312 di tingkat tiga bangunan itu.
Langkahnya diatur melalui deretan bilik yang menghuni tingkat itu. Dua tiga orang jururawat diperhatikannya mundar mandir di laluan itu.
"Nurse..bilik 312 dekat mana..??"
"Cik terus je dekat lorong ni..nanti cik boleh jumpa nombor bilik tu.."
Sarah terus berjalan. Meliar matanya memerhatikan nombor bilik Syafiq. Saat terjumpa, diketuknya perlahan pintu bilik itu.
"Sarah..!" tersenyum lebar Syafiq bila diperhatikannya Sarah muncul di pintu biliknya itu.
"Hai.." ucap Sarah menghampiri katil Syafiq. Satu persatu buah yang disimpannya di dalam beg tangannya itu dikeluarkan. Disusunnya rapi di atas meja.
"Hari ni hari tanpa plastik beg ke Sarah..??" tergelak kecil Syafiq.
Eii..orang dah bawak buah tangan ni kira baik dah ni..bukan nak ucap terima kasih..!
"Kene langgar tadi dekat lif..sampai koyak plastik buah ni.." Sarah memerhatikan sekeliling bilik itu. Hanya Syafiq seorang sahaja menghuni bilik itu.
Mahal ni kalau bilik single kau duduk Syafiq..insuran apa kau pakai..??
"Ada luka tak..?? Sakit..??" Syafiq memerhatikan setiap pelusuk tubuh Sarah.
"Takdelah..mana ada apa-apa..jatuh sikit je pun..takdelah sampai nak luka-luka.."
"Ohh..kalau teruk tadi aku nak panggil nurse..hantar katil satu lagi.."
"Nak buat apa..??"
"Bagi kau duduk sebelah aku lah..biar doktor rawat kau..boleh jugak kau temankan aku.."
Mengada..dah sakit pun nak menggatal lagi kau ye pomen..
"Kau sakit apa ni Syafiq..??"
"Sakit rindukan kau.."
Haishh..aku tepuk dahi kau ni nanti..
"Janganlah main-main.."
"Sungguh Sarah.."
Itulah..aku dah cakap..jangan selalu cari gaduh dengan aku..kan dah rindu..heh..
"Doktor cakap aku kurang rehat, kurang makan je..tambah lagi dengan stress kerja..itu yang jadi punca aku rebah kot.." jawab Syafiq bila Sarah hanya mendiamkan dirinya.
"Ohh..maknanya bukanlah pasal betul-betul rindukan aku..??" usik Sarah semula.
"Ni kau dah datang..dah terubat la rindu tu..cuma tinggal nak rebut cinta dari kau je sekarang.." terus terang dilafazkan Syafiq. Terangkat-angkat keningnya merenung ke arah Sarah.
Inilah jadinya kalau dilayan.. haiii..nasib baiklah kau tengah sakit..kalau tak memang aku dah tonyoh dahi kau tu Syafiq..
"Kalau sakit pasal kurang makan..kenalah makan..ambil buah ni..makan.." Sarah menghulurkan sebiji epal hijau ke arah Syafiq yang tersandar sahaja di katilnya itu. Malas nak dilayannya keletah Syafiq yang tak habis mengenakannya.
"Macam mana nak makan..??" Soal Syafiq.
"Makan guna mulutlah..takkan nak pakai straw pulak.."
"Alaaa..tolonglah potongkan.." rengek Syafiq.
Syafiq..Syafiq..nasib baiklah kau sakit..
Sarah menuruti permintaan Syafiq. Dicapainya pisau yang terletak di dalam laci meja lalu dihirisnya epal itu seperti dipinta. Dihulurkannya semula kepada Syafiq hirisan kecil buah epal hijau itu.
"Alaaa..suaplah.." pinta Syafiq lagi. Lain pula kehendaknya kali ini. Terkebil-kebil anak matanya memerhatikan Sarah.
Lebih ni Syafiq..
"Makanlah sendiri..bangun dari katil tu..asyik terbaring je..suap sendiri epal ni.." rungut Sarah enggan melayan rengekan Syafiq itu.
"Tak boleh..doktor cakap aku tak boleh bangun..makan pun kena orang suapkan.." Syafiq membuat helah.
Sarah tetap berdegil. Dia hanya menghulurkan hirisan buah epal itu ke arah Syafiq.
"Suaplah..!" sepantas kilat Syafiq merentap tangan Sarah mendekatinya. Tak semena-mena Sarah tertunduk rapat di hadapan Syafiq. Mujur penghadang katil berjaya mengekang tubuhnya dari merapati Syafiq. Kalau tak, percuma sahaja Syafiq dipeluknya.
Perlahan-lahan Syafiq mengunyah buah epal yang dipegang Sarah. Tangannya langsung tak dilepaskan Syafiq. Kali terakhir Sarah sebegini rapat dengan Syafiq ialah malam semalam. Ketika dia nyaris-nyaris melakukan CPR pada Syafiq. Namun ketika itu mata Syafiq terpejam rapat.
Pandainya kau buat helah kan Syafiq..
Sarah seolah terpaku saat merenung ke dalam mata Syafiq. Mulut juga seakan terkunci dari berkata-kata. Bola matanya yang bewarna coklat cukup mempesonakan di hati Sarah. Merasakan seolah saat terhenti di waktu itu. Syafiq tersenyum sambil perlahan-lahan menghabiskan epal yang diberikan Sarah.
"Tak nak bangun ke Sarah..?? Ke nak peluk aku..??" tersengih Syafiq bila disudahinya kunyahan yang terakhir. Tersedar Sarah dari lamunannya. Menggelupur dia menjauhkan semula dirinya yang sebegitu rapat bila ditarik oleh Syafiq.
"Aduhh..." terbangun Syafiq bila Sarah memukul manja ke arah perutnya. Merah padam muka Sarah menahan malu. Akibat leka memerhatikan anak mata Syafiq, hingga tak tersedar saat masa berlalu.
"Itu balasan dia pasal ambil kesempatan.." tegas Sarah geram.
Syafiq tergelak melihatkan Sarah yang tertunduk malu dengan kelakuannya.
"Sarah..nak lagi.."
"Nak penumbuk lagi..??"
"Haha..bukan..nak epal lagi.."
"Ambillah sendiri.." ngomel Sarah seakan merajuk.
"Suaplah lagi macam tadi.."
Ohh..suap ye...
"Nah..makan ni..makan ni banyak-banyak..!" terus menerus Sarah menyuapkan baki buah epal yang berda di dalam pinggan kecil. Penuh mulut Syafiq dipaksanya makan.
Walaupun dengan kau ni aku selalu lakukan perkara bodoh je Syafiq..tapi kerana itu jugalah kita semakin rapat..cukup kuat ku rasakan daya tarikan kau ni..walaupun susah aku nak mengaku..tapi kau memang sweet..macam lolipop..!!
Done..
ReplyDelete