Sarah memandu pulang keretanya dalam hujan lebat. Hatinya masih lagi pedih bila teringatkan peristiwa di bilik mesyuarat tadi. Terngiang lagi di fikirannya kata-kata Ku terhadap dirinya.
Telefonnya tak henti-henti berdering menerima panggilan. Mungkin dari Ku. Namun dibiarkan sahaja. Dia enggan menerima sebarang alasan dari Ku.
Buat apa aku nak kesiankan dia..dia sendiri tak fikir pulak nak kesiankan aku bila bercakap tadi..
Hujan makin menggila di sepanjang perjalanan pulangnya. Keadaan lalu lintas makin tak terkawal. Makin sesak dengan kereta yang semuanya mahu pulang ke rumah masing-masing selepas waktu pejabat.
Pantulan cahaya lampu kereta yang berkelip-kelip di cermin sisi keretanya memesongkan fikiran Sarah.
"Sabarlah..hujan lesak macam ni kau nak laju-laju pergi mana..??" rungut Sarah. Tak senang dengan tingkah laku pemandu di belakangnya itu.
Tak henti-henti kereta itu memberikan high beam padanya. Terdetik di hati Sarah, jika ada apa-apa yang tak kena pada keretanya yang mungkin disedari oleh kereta di belakangnya.
"Ke kereta Ku..?? Ikut aku dari office pasal nak pujuk aku..??"
Sarah nekad. Walau apa yang terjadi, dia tak akan mengalah dengan Ku. Takkan dia berhenti semata-mata hendak mendengar pujuk rayu atau alasan dari Ku.
Tak semena-mena kereta di belakangnya itu memotong di sebelah kirinya. Di laluan motorsikal.
Memang jenis tak makan saman punya orang..tak tengok berita ke..?? Kereta yang menggunakan laluan motor boleh disaman..kalau terlanggar motor nanti..siapa susah..??
Kereta itu menghimpit di sebelah kiri kereta Sarah. Kecil sahaja keretanya. Bewarna putih. Bila kedua-dua kereta itu terhenti, Sarah segera memerhatikan dengan lebih teliti ke arah pemilik kenderaan itu.
Kau ke pomen..!!
Syafiq melambai-lambai ke arah Sarah. Ditunjukkan isyarat telefon pada Sarah. Menyuruhnya agar menjawab panggilan darinya.
Mana pulak dia ni dapat nombor phone aku..??
Sarah menyelongkar isi perut beg tangannya. Dikeluarkan telefon bimbitnya itu. 33 missed call. Dari dua nombor. Satu daripada Ku dan satu lagi daripada nombor tak dikenalinya.
Sarah melambai telefon bimbitnya pada Syafiq. Menyangka mungkin nombor tak dikenali itu datangnya dari Syafiq.
Sarah segera menyumbat handsfree di telinganya bila telefon itu berdering.
"Hello..??" namun tiada jawapan di hujung talian.
"Helloooo.." Sarah memanggil semula orang yang menelefonnya itu.
Ehh..betul ke Syafiq ni..?? Entah-entah Ku yang pakai nombor lain..
"Sedapnya suara kau Sarah bila cakap lembut-lembut.." Syafiq memulakan bicaranya.
"Siapa ni..??"
"Akulah..Syafiq.."
"Sengal..!Kau yang bagi high beam dekat aku tadi kan..??"
Tergelak Syafiq bila Sarah memanggilnya sengal. Baru sahaja hendak didengarinya suara manja Sarah, kini telah bertukar menjadi suara godzilla.
"Janganlah marah-marah..aku bagi beam pasal penutup tangki minyak kereta kau tu terbukak.." jawab Syafiq yang masih lagi tergelak lucu.
Yeke..?? Aku memang ada isi minyak tadi..tapi rasanya aku dah tutup..tak rapat kot..
"Bawak kereta je pandai.." sindir Syafiq padanya.
"Tu..pergi berenti dekat petrol pump depan tu.." arah Syafiq bila dilihatnya sebuah stesyen minyak yang berdekatan dengan Plaza Tol Sungai Besi.
"Tak payah nak ajarlah..aku tau..!" jawab Sarah sedikit meninggi suaranya. Asyik disindir sahaja oleh Syafiq.
Sarah menghimpit keretanya ke sebelah kiri jalan dan memasuki stesen minyak yang dikatakan oleh Syafiq tadi. Hujan masih lebat, baru Sarah sedar dia tak mempunyai payung di dalam keretanya itu. Hendak dimasukinya lebih dalam ke arah stesen minyak itu, terlampau ramai pula mat-mat motor bersidai menunggu hujan teduh. Terdiam Sarah sementara di dalam keretanya.
Macam mana pulak aku nak turun hujan-hujan ni..??
Tuukk..tukk..tingkap keretanya diketuk seseorang dari luar.
"Kau jangan..!! Aku ada silat..!! Jangan berani-berani kau nak ceroboh masuk dalam kereta aku.." jerit Sarah bila dilihatnya seseorang berdiri dengan payung di luar keretanya. Puas diamati Sarah gerangan siapa yang berdiri di luar keretanya itu.
Kau lagi pomen..!!
Syafiq tersenyum lebar bila Sarah menurunkan tingkapnya sedikit. Senang sikit hendak berbual dalam hujan itu.
"Ape kau nak..??"
"Garangnya kau ni Sarah..tu haa..aku dah tolong tutup penutup tangki kau tu.." ucap Syafiq sambil menunjukkan ke arah penutup tangki kereta Myvi Sarah itu.
Kan sekali lagi dah terkena..suka sangat kau fikir negatif dekat Syafiq ni..
"Ok..terima kasih Syafiq.."
"Terima kasih je tak cukup.."
"Habis ape kau nak..!"
"Interest.." jawab Syafiq tersengih sengih.
Tak habis-habis kau dengan kau punya interest kan Syafiq..nak kena masak lagilah aku malam ni nampaknya bagi kau makan..
"Aku tak masak malam ni..so takde interest boleh bagi dekat kau..!"
"Tuuu..." Syafiq menunjukkan ke arah Restoran Subway yang kebetulan berada bersebelahan betul dengan stesen minyak itu.
Kau memang dah rancang semua ni kan Syafiq..?? Kau sengaja suruh aku berhenti dekat sini..pandai betul kau..
Terkelip-kelip mata Syafiq menunggu jawapan dari Sarah. Hujan yang masih membasahi bumi itu, sedikit sebanyak membasahi baju Syafiq akibat tempias.
Aishhh...kesian pulak aku tengok kau ni Syafiq..agaknya keluar dengan awek seksi siang tadi, dah habis semua duit agaknya bayar masa lunch tadi..itu yang tak berduit tu nak mintak aku belanja tu..tengah bulanlah katakan..
"Ok..tunggu aku dekat sana.." jawab Sarah mengiakan ajakan Syafiq.
Syafiq melangkah masuk ke dalam Restoran Subway yang terkenal dengan sandwich bersaiz mega itu. Langkahnya diikuti oleh Sarah dari belakang. Lengang suasana di dalam dalam restoran makanan segera itu. Mungkin kerana faktor hujan lebat yang turun tanpa henti di luar.
"Ok..pilihlah apa nak makan..aku belanja.." ujar Syafiq pada Sarah.
Lahh..aku ingatkan tadi kau yang nak suruh aku belanja..heboh sangat dengan interest kau tadi..ni tiba-tiba kau nak belanja pulak..
"Tapi interest..??" Sarah pura-pura bertanya. Walhal hatinya gembira kerana tak perlu dikeluarkan wang sakunya sendiri.
"Interest tu nanti-nantilah.." jawab Syafiq yang telah siap berdiri di hadapan kabinet kaca yang berisi pelbagai jenis pilihan filling untuk sandwich.
Kalau macam tu kau cakap Syafiq....
"Dik..bagi akak 6-inch bun.." Sarah segera meminta roti sandwich bersaiz 6 inci dari pekerja restoran itu. Yang paling panjang.
Mata Sarah meliar di sepanjang bekas buffet yang menempatkan pelbagai jenis filling itu. Satu persatu di tunjuknya untuk diletakkan ke roti sandwich-nya itu.
"Bagi akak chicken slice, tuna role, turkey breast.." Sarah masih memerhatikan dengan penuh nafsu deretan filling di hadapannya.
"Tambah lagi salmon slice tu dik.." sambung Sarah sambil jarinya menuding ke arah hirisan ikan salmon yang masih segar menyala warnanya.
"Akak nak masukkan salad sekali tak..??"
"Masuk sekali dik..letak lah apa pun asalkan penuh dalam sandwich tu.." Sarah seolah-olah melepaskan geramnya seperti tak pernah menjamah makanan sepanjang hidupnya.
"Nanti letakkan sos Long Island sekali dik ye..black pepper akak tak nak..alergic.."
"Ok kak.." tersenyum lebar pekerja restoran itu melihat gelagat Sarah. Cara dia memesan makanan tak serupa langsung dengan tubuh badannya yang genit itu.
"Cukup mahal tak tu dik..?? Kalau murah lagi..tambah la apa-apa lagi bagi cukup mahal.."
Haaaa..kau nak belanja sangat Syafiq kan..?? Terkial-kial lah kau bayar kejap lagi..ngeh..ngeh..ngeh..
"Ini pun dah lebih 50 ringgit kak.."
"Ok..cukuplah tu dik..gadai kereta pulak cik abang ni nak bayar nanti.."
Syafiq tercengang. Tak disangkanya sebegitu sekali nafsu makan Sarah. Disangkanya hanya suara Sarah sahaja yang seperti godzilla, tapi selera makannya juga seperti godzilla.
Sarah hanya berdiri di sebelah Syafiq sambil menunggu Syafiq memesan makanannya pula. Hatinya riang kali ini dapat dikenakan Syafiq.
Kau rasakan..!!
"Abang nak makan apa pulak..??"
Syafiq terdiam. Entah apa yang difikirkannya.
"Syafiq..! Menung kenapa..tu orang nak order tu..jawablah.." tegur Sarah yang masih menunggu di sebelahnya.
"Ohh..bagi abang Meatball Marinara dik.."
Boleh tahan selera pomen ni...
"Abang dengan akak ni sweet-lah..dah lama ke couple..??"
Couple...!!?? Buwerkkkk....
Budak cashier ni buta ke apa..aku yang macam ni punya gojes kau nak suruh bercinta dengan pomen ni..?? Memang tak lah..
"Dah lama dah dik.." jawab Syafiq tersenyum sambil memandang ke arah Sarah.
Selesai membayar bil yang tertera, mereka melangkah mencari meja yang bersesuaian. Sarah mengarahkan Syafiq mengekorinya ke arah meja yang sedikit terlindung di sebelah kanan restoran itu.
"Kau ni kenapa nak duduk sebelah aku pulak ni Syafiq..??" tegas Sarah bila Syafiq mengambil tempat betul- betul di sebelahnya.
"Kata couple.." semberono sahaja jawapan yang keluar dari mulut Syafiq.
Syuhh...syuh...tak ingin aku duduk sebelah dengan kau..
"Malulah orang tengok Syafiq.."
Syafiq segera menukar tempat duduknya. Kali ini dia duduk berhadapan dengan Sarah.
"Lain kali kau jangan suka-suka nak mengaku aku ni awek kau ye.."
"Kenapa pulak tak boleh..kau tak sukakan aku..??"
"Memang aku tak sukakan kau..!"
"Sebab aku tak hensem kau tak sukakan aku..??"
Bukan..kau hensem..
"Sebab aku tak cukup baik dengan kau..??"
Bukan..kau baik dengan aku..
"Sebab aku pakai kereta mini buruk tu kau tak suka dekat aku..??"
Bukan..kereta kau tu comel apa..
"Sebab aku tak kaya kau tak sukakan aku..??"
Pun bukan..aku bukan jenis yang memilih harta..
"Kau ni Syafiq..makan jelah..bercakap je tak habis-habis.." ngomel Sarah sambil menyuap perlahan-lahan sandwich mega-nya ke dalam mulut.
"Kenapa diam tak jawab soalan-soalan aku tadi..?? Takde jawapan..??" sindir Syafiq lagi pada Sarah.
Iyelah..kenapa aku langsung takde jawapan untuk soalan dia tu ye..?? Aku sendiri tak pasti apa sebabnya aku bencikan dia..takkanlah aku suka-suka je bencikan dia tanpa sebab..??
"Makan jelah Syafiq.." Sarah memang tak mampu langsung hendak dibalasnya soalan bertalu-talu dari Syafiq tadi. Fikirannya masih lagi cuba mencari sebab dan alasan, kenapa dia membenci Syafiq. Atau adakah itu hanya alasan sahaja untuk dia cuba menjauhi Syafiq..??
Telefon Syafiq yang diletakkan di atas meja itu berdering. Segera dijawab Syafiq.
"Sorry ayah..Syafiq tak dapat join dinner malam ni..Syafiq ada hal.."
Ada hal..?? Takkanlah makan dengan aku ni hal dia..?? Sampai sanggup abaikan dinner dengan ayah dia sendiri..??
Syafiq terus memandu pulang mengikuti Sarah dari belakang. Selesai sahaja makan malam mereka hari tu, Sarah terus mengajaknya untuk pulang.
"Kalaulah aku boleh bersama dengan kau lama sikit Sarah.." bisik Syafiq.
"Kenapalah aku kelam kabut nak balik awal sangat..??" fikir Sarah pula.
Entah kenapa malam ni rasanya macam lain benar bila berbual bersama Syafiq..aku tak sangka yang dia merupakan seorang yang banyak cakap..happy go lucky..dan suka ketawa.. senyumannya...aduhh..
"Bisa bikin aku gundah sihh.." tergelak Sarah bila tiba-tiba sahaja dia berdialog dalam bahasa Indonesia.
Keretanya segera dimasukkan ke dalam garaj rumahnya. Ayda seperti biasa, tercegat di pintu rumah bila disedarinya Sarah telah pulang.
Keluar dari kereta, terus dia ke pagar yang memisahkan antara rumahnya dan rumah Syafiq.
"Syafiq.." ucap Sarah sambil dilambainya tangan ke arah Syafiq.
"Aii..baru jumpa tadi..dah mula rindu..??" usik Syafiq sambil dihampirinya Sarah di pagar.
"Gatal.." tergelak kecil Sarah.
"Terima kasih lagi sekali ye pasal belanja saya tadi.." ucap Sarah lembut.
"Saya..??" Syafiq menekankan sedikit frasa kata yang baru sahaja digunakan Sarah itu.
Sarah menekup mulutnya.
Uhhhh..malunya..kenapa pulak terkeluar perkataan saya ni..! Apa alasan aku ni...
"Orang berbudi, kita berbahasa.." nasib baik pantas Sarah terfikirkan peribahasa Melayu itu. Dapat juga diberikan alasan atas kesilapan bahasanya tadi.
"Sama-sama sayang.." jawab Syafiq.
Janganlah panggil aku sayang.. aku teringat-ingat malam nanti..
"Anyway Sarah..tayar kereta kau tu, aku rasa ada orang yang sabotaj.." Syafiq menunjukkan ke arah tayar belakang kereta Sarah yang dibaikinya sebelum ini.
"Sabotaj..??" terkejut Sarah mendengarnya.
Ayda yang berada di muka pintu menginjakkan dirinya sedikit ke belakang. Cuba mengelakkan diri dari pandangan Sarah dan Syafiq.
"Macam ada orang yang sengaja keluarkan angin tayar kereta awak tu.." terang Syafiq lagi.
"Awak..??" sindir Sarah membalas semula kepada Syafiq yang menyindirnya sebelum ini.
Kedua-duanya tergelak. Merasakan terlalu lucu bila membahasakan diri mereka awak dan saya. Terlalu janggal selepas dua tahun mereka berjiran.
"Takpelah..saya masuk dulu ye.." Sarah berundur meninggalkan Syafiq dari tepi pagar itu.
Takpelah Syafiq..andai kalau tayar itu disabotaj 1000 kali pun aku sanggup..kalau itu yang merapatkan kita..
Sebelum memasuki rumahnya, sempat dijelingnya Sarah ke arah Syafiq. Seperti biasa, Syafiq tak pernah lekang dengan senyuman manisnya.
"Good night.." ucap Syafiq.
Alahai...mengigaulah aku malam ni...
"Night Syafiq.."
Terus Sarah menuju laju masuk ke dalam rumahnya. Malu.
"Sarah..saya dah siap masak untuk awak..naik mandi dulu..nanti turun makan ye.." ucap Ayda.
"Tapi aku dah makan Ayda..dengan Syafiq tadi.."
"Sejak bila pula awak berbaik dengan Syafiq..??" hairan Ayda dibuatnya.
"Entah..tiba-tiba je.." Sarah mengangkat bahunya.
"Aku nak mandilah Ayda.." terus dia berlari naik ke biliknya.
"Siapa pulak yang nak makan semua makanan ni.." rungut Ayda bila ditinggalkan seorangan di ruang tamu itu.
Watak bibik sedikit tenggelam.
ReplyDelete