Sunday, 4 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 17]

Syafiq merenung jauh ke dalam bola mata ibunya. Ajakan Datin Sri Salina pagi itu untuk menemaninya makan tengahari di luar, dituruti Syafiq. Sejak pulang dari Itali bila mengikuti ayahnya atas urusan kerja di sana minggu lepas, baru hari ini dapat Syafiq berjumpa ibunya.

"Kenapa Syafiq tak makan..??" tanya Datin Salina bila dilihatnya Syafiq asyik sahaja merenungnya.

"Rindukan umi..lama sangat tak jumpa.." jawab Syafiq sambil menopang dagunya.

"Baru sebulan tak jumpa..takkan rindu sangat..??" tersenyum Datin Salina dengan keletah anaknya itu.

"Kalau Syafiq rindukan umi, Syafiq baliklah semula ke banglo kita..hari -hari boleh tengok umi.." cadangnya pada Syafiq.

Syafiq bersandar pula ke kerusi di restoran itu. Diperhatikan sekeliling kawasan restoran itu. Memang tiap kali ibunya mengajak makan di luar, mesti mereka akan menuju ke restoran di dalam pasar raya Mid Valley itu. Kesukaan ibunya.

"Umi tahu kan Syafiq tak suka diganggu di rumah.."

"Siapa ganggu Syafiq..??"

"Umi tahu siapa orangnya.." ringkas sahaja dijawab Syafiq.

"Maksud Syafiq..Dian Adira ke..?? Anak Datuk Razali..??"

Syafiq tersenyum dan mengangguk dengan tekaan ibunya itu.

"Umi pun tak berkenan dengan Dian tu.." jawab Datin Salina.

Syafiq beruntung kerana mempunyai sebuah keluarga yang sentiasa memahami akan situasi dirinya. Tak pernah dia dipaksa untuk melakukan apa yang tak disukainya. Pendek kata, segala yang tak disukainya, mesti tidak akan disukai oleh keluarganya juga. Anak beranak yang satu kepala.
"Tapi kan Syafiq..umi ni teringin sangat nak menimang cucu lah.."

Tersedak Syafiq bila ibunya berkata begitu. Mana mungkin dia mampu merealisasikan impian ibunya itu. Kahwin pun belum. Apatah lagi mempunyai anak untuk dijadikan cucu pada ibunya.

"Umi..kalau umi mintak anak kucing, Syafiq boleh berikan..kalau umi mintak anak harimau, pun Syafiq boleh berikan..tapi bila umi mintak anak orang nak dijadikan cucu..tak mampu lagi Syafiq nak bagi umi.."

Datin Salina tersenyum. Ditatapnya wajah anaknya itu.

"Syafiq kahwinlah..buat anak..boleh bagi umi cucu.." kali ini jari Syafiq pula diulasnya perlahan.

Syafiq terdiam. Tak tahu apa hendak dijawabnya dengan permintaan ibunya itu.

"Dah ada calon..??" tanya ibunya lagi.

Kali ini Syafiq kalah dengan belaian lembut ibunya sendiri. Entah mengapa tiba-tiba dia teringatkan Sarah, jirannya yang poyo itu.

"Kalau jodoh Syafiq nanti, sekadar orang biasa..umi boleh terima..??"

Datin Salina merenung mata Syafiq dengan lebih tajam. Dahinya berkerut. Dia terdiam seketika.

"Umi tak pernah bezakan darjat  manusia ni Syafiq..siapa kita nak membezakan antara manusia..?? Akhirat nanti kita tetap sebaris bila menghadap Yang Maha Esa.." tegas Datin Salina menjawab soalan Syafiq.

"Maknanya umi tak kisah..??"

Datin Salina kembali memegang erat tangan anaknya itu.

"Mestilah umi tak membantah..apa yang terbaik untuk anak umi..terbaik jugaklah untuk umi.."

Lega Syafiq mendengarnya. Bila mana seorang ibu merestui setiap apa yang ingin dilakukannya.

"Dah ada calon lah ni..??"

"Dalam proses umi.."

"Nanti bila dah jadi, bawak dia jumpa umi dengan ayah tau..??"

"Baik umi..tapi ada sesuatu yang umi kena buat kalau Syafiq nak bawak dia jumpa dengan umi.." bersinar bola mata Syafiq menerangkan pada ibunya.

Sarah makin penat melayan kerenah Ayda. Ajakan Ayda untuk membeli barangan dapur untuk dimasaknya esok, membuatkan mereka berpusing di sekeliling pasaraya itu.

"Ayda..cepatlah..aku dah penat betul ni.." rungut Sarah sambil menolak troli.

"Sekajap lagi Sarah..saya tak jumpa lagi daun kesom.."

"Ayda..mana ada jual daun kesom dekat pasaraya ni..kalau nak cari daun kesom, kita kena pergi wet market..bukannya dekat supermarket ni..!" bentak Sarah.

"Tapi kenapa dekat sini tak jual..dulu saya datang sini, saya tengok ada.." balas Ayda semula.

"Dah habislah kot..!"

Kau ni Ayda..kau ingat semua benda ada jual dekat dalam pasaraya ni ke..?? Kalau ada pun..silap-silap dah layu..tak segar..kalau tak segar..tak sedaplah nanti laksa tu..

"Dah Ayda..jom bayar cepat.." segera Sarah menuju ke kaunter pembayaran. Nasib baik tak terlalu ramai yang beratur.

Mata Sarah meliar melihat ke sekeliling. Dia terpandangkan satu kain rentang promosi di sebuah restoran yang berhadapan dengan kaunter tempatnya beratur.

Tak disangka anak matanya terpandang sepasang belangkas sedang asyik memadu kasih di dalam restoran itu. Kenal benar  Sarah dengan lelaki itu.

Ya Allah Syafiq..perempuan tua pun kau layan..??

Langsung tak dialihkan pandangan matanya dari Syafiq. Sarah terus memerhati dengan tekun. Matanya digosok-gosok andai kata dia tersalah pandang.

Confirm..itu memang pomen tu..tapi kali ni lain pulak selera kau kan..?? Hari tu dengan perempuan muda seksi..sekarang ni dengan mak datin tua pulak..

Kau gigolo ke..!!

"Awak tengok apa tu Sarah..??" tegur Ayda bila Sarah diperhatikannya agak leka.

"Ehh..takde apa.." terhenti renungan Sarah pada Syafiq.

"Bayarlah.." arah Ayda bila bil bayaran mula tertera di skrin cashier.

Sarah menghulurkan wang pada Ayda. Mengarahkan dia membayarnya sendiri. Namun matanya masih tak diinjakkan sedikit pun dari memerhati Syafiq dan mak datinnya.

Eiii..kau anak ikan rupanya..!!

Sarah menekup mulutnya. Kepalanya mula terbayangkan bermacam-macam mengenai Syafiq.  

Baru aku ingat nak berbaik-baik dengan kau..tapi macam ni perangai kau Syafiq..naik seram aku..semua pulak kau layan..!

Agak mendung pagi itu bila Sarah bangun dari tidurnya. Matanya ditonyoh sehingga berair. Menguap luas dia sambil menggeliat di atas katil.

"Hoooohhhh...!!"

Puas aku tidur hari ni..

Segera dikemasnya katil dan biliknya itu. Langsir yang diselak di tingkap, telah mengizinkan sedikit sinaran mentari pagi melimpahkan cahayanya memasuki ruang bilik tidur Sarah. Sayup dapat didengari Sarah di dapur, bunyi lagaan sudip dan kuali.

Awal betul Ayda ni bangun hari minggu..pukul 9 pagi dah mengganas dia kat dapur..ke dia ni memang spesis yang tak tidur..??

Tungg...tangg..tungg..tangg..

Gelekan sudip di dalam kuali menyebatikan antara nasi dan tumisan ikan bilis serta bawang. Ayda begitu yakin dengan apa yang dilakukannya saban hari di rumah Sarah itu. Tak pernah langsung dia lupa akan tanggungjawab sampingan yang diamanahkan padanya.

"Morning Ayda.." Sarah muncul di pintu dapur dengan rambutnya yang masih berserabai.

"Selamat pagi.."

"Dah siap ke laksa Ayda..??"

"Belum..saya tunggu awak bangun.."

"Kenapa nak tunggu saya bangun pulak baru nak masak..??" Sarah duduk di meja kecil yang terletak di ruang dapur rumahnya itu.

"Sebab awak kena belajar menu ini..tuan sukakan laksa utara..makanan kegemarannya.." jawab Ayda. Sambil itu dia menyudip masuk nasi goreng yang baru dimasaknya ke dalam sebuah mangkuk.

"Tuan awak future husband sayalah kan..??" Sarah menopang kepalanya dengan tangan di atas meja.

"Ye..betul tu..berapa kali nak tanya..??" Ayda menghulurkan sepinggan nasi sebagai sarapan Sarah. Tanpa berfikir panjang terus sahaja dia menyuap. Bangun pagi memang selalunya kelaparan.

"Ayda..ini nenas yang awak nak tu.." Syafiq pula muncul di pintu dapurnya. Memeranjatkan Sarah yang sedang enak menikmati sarapan paginya.

Erkk..anak ikan ni buat apa dalam rumah aku pagi-pagi buta ni..!!

1 comment: