Syafiq..kenapa u selalu larikan diri dari i..?!" Dian Adira mengekori Syafiq di sekeliling hangar, tempat Syafiq bekerja. Pelbagai jenis pesawat ringan tersusun dia dalam hangar itu. Semuanya memerlukan pemeriksaan ataupun pembaikan.
"Bila pulak i lari dari u Dian..??" Syafiq terus berjalan tanpa mempedulikan bebelan Dian.
"Kenapa u tak datang dinner malam tu..??"
"I sibuklah Dian.."
Memang telah dapat dijangka Syafiq. Dian pasti meroyan bila dia memungkiri janjinya malam itu untuk makan malam bersama.
"Yang berjanji dengan u, ayah i Dian..bukan i.." sambung Syafiq.
"Urghhh...u ni kan.." Dian menghentak kakinya ke lantai. Geram sungguh dia dengan jawapan Syafiq.
"Ajim..tolong check this plane..maybe this week, owner kepada plane ni akan fly.." arah Syafiq kepada salah seorang juruteranya. Pesawat ringan Cessna Skyhawk milik salah seorang pelanggannya itu ditunjuknya pada Ajim.
"Syafiq..u dengar tak apa i cakap ni..??" Dian makin resah bila Syafiq langsung tak mengendahkannya.
"Dian Adira..untuk pengetahuan u..ini tempat kerja i..jadi tolong jangan campur adukkan hal peribadi dalam waktu kerja i..boleh tak..??" tegas Syafiq yang mula jelak dengan bebelan Dian.
"Kalau u jawab apa yang i tanya, i takkan kacau u macam ni Syafiq..i call u tak angkat..i mesej pun u tak balas..macam mana i tak runsing..!"
Syafiq hanya mendiamkan dirinya. Dia menuju ke sebuah locker yang menempatkan pakaian kerjanya di hangar itu. Sepasang overall yang compang camping dengan tompokan minyak hitam disarungnya.
"U faham tak Dian..?? I tak pernah anggap u lebih dari seorang kawan pun..??"
Dian Adira tersentak dengan jawapan Syafiq. Selama lebih dari 6 tahun mereka berkawan, ini kali pertama Syafiq berterus terang dengannya. Dian Adira seakan tak percaya.
"Apa u cakap ni Syafiq..?? Selama ni..apa yang i buat, sia-sia..??"
"U yang paksa diri u Dian..i tak pernah sekali pun cakap yang i sayangkan u lebih dari seorang kawan.." Syafiq menuju ke arah Dian yang berdiri kaku.
Pertama kali dalam hidupnya, apa yang dikehendakinya tak dapat dikecapinya. Cinta dari Syafiq yang diimpikannya, namun tak dibalas.
"U mainkan perasaan i selama ni Syafiq kan..??"
"I tak mainkan perasaan u..tapi u yang memaksa..i cuma ikutkan kehendak u..sampai masa, i rasa u kena tahu..i tak pernah cintakan u.." terang Syafiq serius. Dia tak boleh membiarkan Dian bermain dengan perasaannya sendiri lagi.
Dapat diperhatikan Syafiq, air mata Dian mula bergenang di kelopak matanya. Syafiq menghela nafasnya.
"Dian..percayalah, mungkin ada yang lebih baik untuk u dekat luar sana..maybe bukan i yang terbaik untuk u.."
"How dare u Syafiq..!!" bentak Dian. Tersengguk-sengguk dia memarahi Syafiq.
"Selama ni i tunggu u Syafiq..sejak dari dulu lagi..ini yang u balas dekat i..??" Dian mengesat air matanya yang berjuraian turun ke pipi.
"Sejak dari u bertunang dengan Liyana dulu..i tak pernah putus asa nak dapatkan u..u tak nampak ke semua tu..?!" sambung Dian lagi.
"I tak rasa u perlu ungkit semua hal tu lagi Dian..Liyana dah takde..kenapa u masih nak sakit hati lagi dengan dia..??" Syafiq masih tenang, cuba mengawal emosinya.
"Sebenarnya u masih tak dapat lupakan Liyana..isn't it..?!" Dian makin menggila. Langsung tak dapat dia menerima kenyataan itu.
Syafiq enggan berkata apa. Bagi dirinya, berdiam adalah yang terbaik antara dia dan Dian ketika itu. Memandangkan Dian semakin menggila.
"Liyana is gone Syafiq..kenapa u perlu seksa diri u lagi..??" sebak Dian mengatakannya. Terduduk Dian di atas lantai hangar. Tertunduk lesu mengenangkan nasib dirinya.
"Liyana tak pernah hilang dari ingatan i Dian.." jawab Syafiq. Dia menghampiri Dian Adira yang terduduk. Dicapainya bahu Dian. Mengajaknya berdiri.
"Dont u dare to touch me Syafiq..!!" Dian menepis tangan Syafiq yang memegang bahunya.
"I bencikan u Syafiq..!! After few years, ini balasan u untuk i kan..?!" Dian Adira berdiri semula. Dia menginjak sedikit ke belakang menjauhi Syafiq.
"Satu yang u perlu ingat Syafiq..i tak akan biarkan u dirampas dengan mudah oleh perempuan lain..walaupun Liyana u tu, hidup balik..!!"
"Dian..!! Jaga mulut u..!!" Syafiq tak dapat lagi mengawal amarahnya.
"U pergi balik..!!" jerit Syafiq menggamatkan suasana di dalam hangar itu. Semua pekerja hanya memerhatikan sahaja pertelingkahan antara Syafiq dan Dian itu. Tak mampu mereka untuk berbuat apa.
Dalam sendu, Dian melangkah pergi. Namun dalam hatinya berkecamuk. Penuh perasaan benci dan dendam pada insan yang bernama Liyana.
Syafiq duduk bersandar di kerusi berhadapan dengan pejabat kecilnya di hangar itu. Remuk dirasakan dalam hatinya bila insan yang pernah dipujanya dahulu dicaci maki. Matanya dilelapkan, sambil cuba menenangkan dirinya semula.
"Ajim..Liyana tu sape..??" tanya Faizal, jurutera muda yang baru berkhidmat di hangar itu.
Ajim menggelengkan kepalanya. Dia hanya memerhatikan sahaja dari tadi pertingkahan antara Syafiq dan Dian.
Tak pernah pun sekali sepanjang 10 tahun dia berkhidmat di hangar itu, dapat dilihatnya majikannya itu meninggikan suaranya. Syafiq yang selama ini tenang dalam apa jua yang dihadapinya. Namun bukan pada hari ini.
"Ajim..tak dengar ke apa aku tanya..??" Faizal menegur semula Ajim yang leka memerhatikan Syafiq.
"Apa dia kau nak tau tadi..??" soal Ajim. Tersentak dari lamunannya.
"Aku tanya..Liyana tu sape..??"
Ajim cuba mengingati satu persatu peristiwa 5 tahun lepas. Saat sebuah helikopter yang dinaiki Liyana terhempas ke laut akibat dibadai ribut. Ketika itu, lima orang pekerja syarikat itu sedang dalam perjalanan menuju ke pelantar minyak yang terletak di Laut China Selatan berdekatan Kemaman atas urusan kerja. Semuanya terkorban, termasuklah Liyana.
"Liyana tu bekas tunang bos kita tu.." terang Ajim.
"Bekas..?? Kenapa dengan dia..??" soal Faizal semula.
"Dia dah meninggal.."
Faizal terkejut dengan penerangan Ajim itu. Tak disangkanya majikannya itu pernah menghadapi satu peristiwa sedih sebelum ini.
"Liyana tu dulu COW kita dekat hangar ni..masa kejadian tu, bos kita tu lagi dua bulan nak kahwin dah dengan dia.." Ajim terus menyambung bicaranya.
"Syafiq yang suruh Liyana fly sekali dengan chopper tu masa hari kejadian..sepatutnya Liyana fly dengan Syafiq..tapi disebabkan Syafiq ada hal tak dapat dielakkan, Liyana terpaksa mendahuluinya ke pelantar tu.."
"Dan Syafiq selamat dari nahas tu..??" soal Faizal lagi.
"Yup.." ringkas dijawab oleh Ajim.
"Bangkai chopper tu, Syafiq jadikan tugu dekat hangar kita ni.."
"Maksud kau yang dekat belakang hangar kita ni..??"
"Ye..mungkin itu je caranya untuk Syafiq terus mengingati Liyana.."
Suram dirasakan suasana di hangar itu selepas pertikaman lidah antara Syafiq dan Dian tadi. Tak seperti biasa yang hiruk dek gelak tawa dan perbualan antara pekerja. Seolah semuanya mengingati semula pemergian Liyana.
"Dah la..sambung jelah kerja kita.." ucap Ajim terus menyambung kerjanya. Seimbas, dapat diperhatikan Syafiq mengorak langkah menuju ke arah dia dan Faizal yang leka berbual dari tadi.
****
Jari jemari Sarah menari ligat di atas keyboard. Selaju mungkin cuba ditaipnya kertas kerja pembentangan projek yang telah diamanahkan padanya.
Segala perasaan ditolaknya jauh-jauh. Tak mungkin akan dibiarkan peristiwa dia dimarahi oleh Datuk Mashitah dahulu, sebagai alasan untuk dia tidak memberikan komitmen 100% terhadap kerjanya.
Dah pukul 3 petang..?? Patutlah mengantuk je mata ni..
Sarah menuju ke pantri bersebelahan biliknya. Sunyi sahaja pejabat itu. Semuanya tekun dengan tugas masing. Yang terdengar hanya bunyi ketukan ligat ke atas keyboard.
Sepeket Nescafe 3 in 1 dicapai lalu dituang ke dalam cawan kecil miliknya. Leka dia menggodek minuman petangnya itu tanpa menyedari seseorang menyelinap di belakangnya.
"Buatkan i secawan.."
Kusss semangat..kalau ada sakit jantung, dah kiok aku rasanya pasal terkejut..mana perginya adab..?? bagilah salam ke..cakap hello ke..ini tak menyelinap belakang aku..mintak air secawan..penampar adelah..nakk..??
"Ohh..Ku..i ingatkan sape tadi.." Sarah melihat Ku yang bersandar di dinding pantri itu sambil memerhatikannya.
"U marahkan i lagi ke sayang..??"
Kau rase..??
"I balik bilik i dulu Encik Ku.." Sarah cuba mengelak untuk berbual dengan Ku. Hatinya masih lagi sakit dengan peristiwa lalu.
"Sarah..hold up.." Ku mencapai tangan Sarah yang cuba mengelak darinya.
Meronta Sarah minta dilepaskan. Namun genggaman Ku terlalu kuat. Kudrat Sarah tak mampu menewaskannya.
"Encik Ku..ini pejabat..tak manis orang tengok.."
"Come on Sarah..janganlah serius sangat dengan i..i tau i salah.."
Buat muka kesian..buat muka kesian..ingat aku senang-senang boleh cair kot..
"U tak ingat apa Datuk cakap ke Ku..??"
"Boleh tak kita jangan libatkan mama i dalam hal kita ni sayang..??"
"Is it..?? Atau u yang takut mama u tahu pasal kita..??" balas Sarah.
Ku terdiam. Matanya terus merenung Sarah. Sukar baginya untuk menerangkan kepada Sarah akan situasi dirinya. Tersepit di antara dua cinta. Terhimpit dengan beribu persoalan. Kini terjerat dalam kisah dongeng cinta ciptaannya.
"Sarah..u tahu kan macam mana i sayangkan u..??"
"Ye..i tau..tapi sebelum u tanya soalan tu pada i..better u tanya pada diri u sendiri..how much do u love me.."
Aku tak pernah mintak untuk kau sayangi aku..aku pun tak pernah mintak kau datang untuk cuba mewarnai hidup aku..tapi kau yang datang menjaja cinta kau pada aku..
"I swear Sarah..i tak pernah mainkan perasaan u..cuma i...." Ku terhenti. Berat rasa untuk diluahkan pada Sarah.
"Cuma apa..??" Sarah menghentak tangannya semula. Kali ini berjaya dilepaskan dari cengkaman Ku.
"Jangan pernah cuba menjadi pelangi yang hanya menceriakan hidup ini seketika..hanya muncul selepasnya hujan..namun hilang bila mentari makin menyinar.." terhenti Sarah sambil menarik nafasnya.
"Tapi jadilah matahari yang tak pernah jemu menyinari segenap dunia..sentiasa menghangatkan kala kesejukan..bila malam, membiaskan cahayanya pada rembulan untuk cuba menerangi gelap malam.." sambung Sarah semula.
"Sejujurnya, memang i terkilan dengan apa yang u dah buat pada i Ku..tapi i lagi tak sanggup kalau disebabkan i, u terpaksa derhaka pada mama u sendiri.."
Ku tercegat tak mampu berkata apa. Kata-kata Sarah terlalu pedih untuk diterimanya. Bagai tiada lagi jalan keluar bagi masalah antara mereka berdua.
"Sarah..please bagi i peluang untuk buktikan.."
"Apa yang u nak buktikan lagi..??"
"Bukti yang i terlalu sayangkan u..itu je yang i mintak.."
Sorrylah brader..hati gua hari ni memang ada keras serupa batu sikit..kau simbah asid pun tetap takkan cair..!!
"U fikirlah elok-elok Ku apa yang i cakap..i takde mood nak fikirkan hal ni buat masa sekarang.."
Sarah membiarkan sahaja Ku keseorangan di pantri. Puas hatinya dapat diluahkan apa yang tersirat di hatinya. Walaupun bukan semuanya dapat diluahkan.
Kalau kau rasa cinta aku kau nak beli dengan wang ringgit, kau silap..
Kalau kau rasa kau mampu ubah pendirian hidup aku dengan kemewahan,kau silap..
Kalau kau rasa kau mampu pujuk aku dengan hanya kata-kata manis dan janji kau, pun kau silap..
Ini Sarah Hj Mat Jusoh..sekali hati disakiti..seribu kali aku balas semula pada kau..itupun kalau aku sanggup balaslah..selalunya jarang aku balas pun..
"Sarah..!"
"Happe dia..!!"
Belum sempat aku nak masuk bilik dah melolong orang nak memanggil..
"Garangnya..kau jangan macam ni Sarah..kocut jantung den kau marah-marah macam ni.." lalu berlembut sahaja suara Raiqal menegur Sarah.
"Ehh..Encik Raiqal..ada apa.." tersengih Sarah memandang ke arah Raiqal.
*****
Raiqal ni pulak, munculnya tak kena waktu..free je kena marah dengan aku..tak pasal-pasal..
"Pandai Encik Raiqal cakap minang..??" sindir Sarah.
"Wife orang Rembau..mestilah saya pandai.." tergelak Raiqal bila Sarah mengusiknya.
"Masuk bilik awaklah..saya ada benda nak brief awak ni.." ujar Raiqal.
Sarah hanya menuruti sahaja perintah dari Raiqal itu. Mereka berdua menuju ke bilik Sarah.
"Ada apa ni Encik Raiqal.." soal Sarah.
"Macam ni..weekend ni..datuk suruh awak pergi site visit.."
Aku pergi site visit..?? Aku level eksekutif je kot kat syarikat ni..takkan kena pergi outstation..selalu level manager yang pergi..
"Tapi kenapa saya pulak..??"
"Awak tak ingat ke..kan Datuk dah pesan last week, dia nak awak present masa BOD meeting nanti.."
"Pasal projek dekat Pulau Perhentian tu..??"
"Ye Sarah..pasal projek itulah.."
Haihh..dalam pada maki-maki aku minggu lepas, suruh jugak aku buat semua ni ye..ini aku puji sikap Datuk Mashitah..memang dia profesional kalau dalam bab kerja..
"Tapi..saya pergi dengan siapa..??" soal Sarah.
"Awak seoranglah..kalau awak nak teman, saya boleh mintak pada Datuk untuk pergi sekali..temankan awak.." menyeringai Raiqal tersengih menampakkan barisan giginya.
Perhh..kalau pergi dengan kau..silap hari bulan jadi lauk aku nanti..
"Kalau dengan Encik Raiqal..tak naklah saya.." mentah-mentah terus sahaja ditolak oleh Sarah.
Gila apa nak serah diri dekat buaya..??
"Berlagak..nanti kena kacau dengan hantu dekat sana, barulah awak tu teringatkan saya ni.." usik Raiqal pula kali ini.
"Saya lagi takutkan Encik Raiqal dari hantu..kalau hantu saya baca surah Yassin, dia lari..tapi kalau Encik Raiqal..silap-silap tak lari kalau saya baca surah Yassin.." seloroh Sarah mengenakan kembali bos-nya itu.
Bukan semua tak tahu, playboy kerepot ni punya penangan. Entah apa ilmunya. Kadang-kadang senang sahaja digodanya gadis cantik dijadikan teman skandalnya.
"Maknanya awak bolehlah pergi nanti..??" Raiqal kembali serius.
"Mestilah saya nak pergi Encik Raiqal..alang-alang boleh bercuti sekali.." lebar senyuman Sarah. Bukan senang dia dapat peluang sebegini.
"Ok..kalau macam tu..nanti saya arrange-kan penginapan awak.."
"Baik boss..!"
Rasanya memang lama dah aku tak bercuti ni..kena pulak masanya tu..kepala tengah serabut dengan masalah Ku..boleh jugak relese tension dekat sana nanti..
"Ada apa-apa lagi ke Encik Raiqal..??" Sarah pelik bila Raiqal seolah tak mahu berganjak dari biliknya itu. Seperti ada seperkara lagi yang hendak dinyatakannya.
"Saya nak tanya awak sesuatu ni Sarah..saya harap awak tak kisah.." jawab Raiqal semula.
Mula dah..ini kes nak mengayat aku lagilah ni..tak serik betul orang tua ganyut ni..!!
"Kalau bab cintan cintun..saya tak nak jawab Encik Raiqal.."
"Takde kene mengena dengan saya pun.." jawab Raiqal cuba memujuk Sarah.
Raiqal serba salah hendak melontarkan soalannya itu pada Sarah. Walaupun dia tahu, Sarah pasti akan menyimpan akan kebenaran ceritanya jika ditanya.
"Betul ke awak bercinta dengan Encik Ku.."
Duhhh..aku tak sangka pulak soalan jenis ni yang keluar dari mulut Raiqal ni..berbelit jugak lidah nak menjawab ni..
"Kenapa pulak Encik Raiqal tanya saya macam tu..?? "
Ke sebenarnya dia nak perli aku pasal kes aku kena maki hari tu..??
"Bukan apa..saya dapat kesan sesuatu bila awak kena marah dengan Datuk hari tu.."
"Ape maksud Encik Raiqal ni..?? tak faham saya.."
Lelaki boleh menipu naluri perempuan. Tetapi naluri lelaki tak boleh menipu naluri lelaki. Sekali imbas dapat diperhatikan Raiqal ada sesuatu yang cuba disorokkan oleh majikannya itu, Ku Syafiq.
"Saya rasa awak memang sayangkan Ku.."
Raiqal ni mana pulak dia tahu ni..takkan lah pasal aku kena marah dengan Datuk, dia gunakan alasan tu untuk perangkap aku..??
"Hahaha..Encik Raiqal ni kelakarlah..mana ada apa-apa lah.."
Raiqal bersandar ke kerusinya.
"Kalau tiada apa-apa antara awak dan Encik Ku..kenapa awak langsung tak pertahankan diri awak masa awak dimaki oleh Datuk..?? Kenapa awak tak tepis apa yang dikatakan oleh Encik Ku..??"
Seriously..aku dah terperangkap ni..pandai betul Raiqal ni susun jerat dia..
"Sebab mereka tu majikan kita..takkan nak lawan..??"
"Saya tak percaya..selama ni awak selalunya bertegas dengan benda yang awak rasa betul.."
"Mungkin jugak masa tu saya berdiam pasal saya memang betul Encik Raiqal..cuma saya yang taknak kecoh-kecoh.."
Betul ke tidak jawapan aku ni..??
Bingung Raiqal dibuatnya. Masakan ada orang yang sanggup membiarkan dirinya dicaci atas perkara yang tak pernah dilakukannya. Raiqal amat yakin, Sarah menipunya.
"Apa awak rasa Sarah, kalau minggu depan awak balik dari site visit, Encik Ku dah tak bekerja dalam syarikat ini lagi..??" soal Raiqal semula.
"Dia nak pergi mana pulak..??"
"Changing work enviroment..maybe dia uruskan anak syarikat Megah Tara Holding yang dekat Perth tu..??"
Kenapa aku tak tahu semua ni..?? Memang semua ni plan Datuk ke nak jauhkan aku dan Ku..??
"Eh..takkanlah..mana ada Encik Raiqal..dia tak pernah cakap apa-apa pun pasal nak pindah ke Perth.." Sarah masih cuba berteka-teki dengan Raiqal.
"Betul..only manager level sahaja yang tahu.."
Air muka Sarah mula berubah.
Jadi memang betullah..Datuk Mashitah nak jarakkan antara aku dengan Ku..
"Kenapa nak sedih Sarah..?? Senyap pulak tiba-tiba..??"
"Sedihlah..Encik Ku kena pindah.."
Jawapan itu sudah cukup untuk disimpulkan oleh Raiqal.
"Kalau tak ambil berat..takkanlah sedih kan..??" tergelak kecil Raiqal.
"Kalau saya tanya pada staff yang lain..semua akan gembira kalau mereka dengar Encik Ku terpaksa pindah ke syarikat lain..siapa yang sukakan bos yang garang macam Encik Ku..??" sambung Raiqal semula.
"Melainkan kalau Encik Ku, dianggap sebagai special person for someone, maybe ada yang akan bersedih bila dia terpaksa pindah.."
OMG..Raiqal ni buat trick nak kenakan aku je ke..??
"Takpelah Sarah..saya dah tahu jawapannya..anyway..good luck ye.." Raiqal bangun dan terus meninggalkan Sarah.
"Encik Raiqal.." panggil Sarah semula membuatkan langkah Raiqal terhenti di pintu bilik Sarah.
"Jangan risau Sarah..saya simpan rahsia awak tu.." tersenyum dia memandang ke arah Sarah.
Itulah kau Sarah..nak menipu orang tua..sudahnya makan diri kau sendiri..dah sah-sah dia tu certified playboy..pusing macam mana pun, mesti dia dapat tangkap punya..haduhhh..
No comments:
Post a Comment