Saturday, 3 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 4]

Peti sejuk dua pintu terbuka luas. Ayda terbelek-belek isi kandungan yang tersimpan di dalam perut peti sejuk itu. Kosong. Tiada apa yang boleh dijadikan bahan masakannya.

"Peti sejuk awak memang selalu kosong..??" tanya Ayda sambil menoleh ke belakang. Sarah yang ke hulu ke hilir membawa senjatanya hanya mengangguk mengiakan.

"Tu ada sayur.. bawang.. cili.. mana ada kosong.." Sarah menjuihkan bibirnya ke aras bawah peti sejuk. Ruang simpanan sayur.

"Ini awak cakap bawang..??" Ayda mengangkat sebungkus bawang yang telah masak ranum. Berputik bak bunga yang kembang mekar.

"Boleh pakai lagilah..bulan lepas aku beli tu.."

Ayda hanya menggelengkan kepalanya. Peti sejuk ditutupnya kembali. Dia beredar ke ruang tamu. Mencapai sebatang pen dan kertas. Ditulisnya sesuatu.

"Saya nak awak beli semua ini.." dihulurkannya lembaran kertas yang baru ditulisnya. Sarah menyambutnya malas. Ditelitinya satu persatu apa yang tertulis di atas kertas itu.

Bawang besar.. bawang kecil.. cili padi.. serbuk kari.. asam gelugor.. sotong.. ikan kembung.. telur.. bla..blaa..blaaa..

Ini betul-betul nak mencekik duit aku ni..macam-macam pulak disuruhnya beli..dia ingat aku ni kerja Bank Negara ke..

"Banyaknya..!! Habislah duit aku Ayda..!!" rungut Sarah sambil menghempas batang mop yang sentiasa dijadikan senjatanya.

"Awak nak kena bekukan lagi macam tadi..??" ugut Ayda. Membuatkan Sarah berfikir dua kali untuk melawan kata-kata Ayda.

"Hisshhh...yelah..!! Bagi aku mandi dulu.." Sarah melangkah pergi meninggalkan Ayda keseorangan di dapur.

Dia ingat aku ni kuli dia ke..suruh aku buat itu ini.. dekat dalam rumah aku pulak tu.. hmm.. tak boleh.. aku kena lawan dia ni..

Terjingkit-jingkit Sarah melangkah semula ke dapur. Diperhatikan Ayda sedang leka mengelap pinggan di singki. Batang mop diangkat perlahan. Sedia untuk dihentak ke arah Ayda.
 
"Ehh..ehh..kenapa tak boleh gerak pulak ni.." getus dalam hatinya setelah batang mop diangkat tinggi di belakang Ayda.

"Saya tahu apa yang awak lakukan Sarah.." Ayda tersenyum memerhatikan Sarah yang tercegat kaku. Gayanya tak ubah seperti atlet rejam lembing yang sedang sedia untuk melontarkan lembingnya.

Alahaii.. dia nampak pulak.. dah kene beku macam ni, apa pulak aku nak buat.. dah macam tugu peringatan pulak aku ni..

"Saya tak teragak-agak nak bekukan awak lagi lepas ni Sarah.." batang mop dicapai Ayda. Membiarkan Sarah tegak berdiri.

Lima minit terpacak bak tugu, akhirnya Sarah dilepaskan. Ayda hanya tersenyum. Sarah mendengus dan terus terduduk keletihan. Perit dirasakan pada pehanya dek menahan berat badannya tadi.

Kau main-mainkan aku ye.. kau jangan ingat aku akan give up.. lepas ni aku seksa kau cukup-cukup.. jaga kau Ayda..

"Sekarang awak naik mandi..bersiap..dan pergi beli apa yang saya suruh.." ujar Ayda sambil menunjukkan ke arah bilik Sarah.

Bermacam-macam plan bermain di fikiran Sarah. Memikirkan cara yang terbaik untuk menyingkirkan Ayda keluar dari rumahnya. Makin rimas dirasakan dengan kehadiran terminator yang entah dari mana munculnya.

"Silap haribulan aku balik yang kene buli dalam rumah ni.." getus hati kecilnya.

Think Sarah.. think.. tak boleh biarkan Ayda tu terus kacau hidup kau.. hari pertama kedatangannya dah macam-macam bala yang dibawanya..think..think...

"Haaaa..aku ada idea.." Sarah tersengih sambil terus bersiap untuk ke pasaraya membeli apa yang disuruh oleh Ayda tadi.

Aku ajak dia ikut aku sekali pergi market.. dah sampai dekat sana.. aku larilah dari dia.. lepas tu aku tinggalkan dia dekat market tu sorang-sorang..hehehe..brilliant idea Sarah..brilliant..

Anak tangga dituruninya satu persatu. Dalam fikirannya terbayangkan Ayda yang akan menggelabah bila ditinggalkan keseorangan di pasaraya nanti. Silap-silap, dibawa ke rumah kebajikan masyarakat kerana tiada waris yang menuntut.

"Hahaha..padan muka kau lepas ni Ayda.."

Kunci kereta yang tergantung di dinding ruang tamunya dicapai Sarah. Matanya meliar mencari Ayda. Entah kemana hilangnya terminator itu.

"Ayda..!!" jerit Sarah sambil matanya meliar mencari Ayda.

"Saya dekat luar.." sahut Ayda yang sedang berdiri di garaj kereta.

"Tayar kereta awak bocor Sarah.." terangnya sambil menuding jarinya ke arah tayar belakang Perodua Myvi milik Sarah. Melepet tak berangin.

"Aduhhh...lagi satu masalah..kalau dah macam ni, nak pergi market macam mana..??" bebel Sarah sambil membelek-belek tayar keretanya.

"Tak mengapa..saya sudah mintak pertolongan Syafiq.." hanya itu yang diungkapkan Ayda.

Da heck..!! Suka hati kau nak mintak tolong dengan pomen tak guna tu.. kau tau tak aku dengan dia memang langsung tak boleh berjumpa.. langsung tak boleh bertentang mata.. macam magnet..!! Positif tak boleh bertemu positif..negatif tak boleh bertemu negatif.. sentiasa menolak.. tak geng..!!

"Kalau kau nak pergi dengan Syafiq tu Ayda, kau pergi..aku taknak ikut.. baik aku duduk dalam rumah je.." Sarah terus melangkah menuju semula ke dalam rumahnya. Tak sempat sampai ke muka pintu, langkahnya terhenti. Beku..

Urghhhhhh.. asal silap sikit beku.. asal salah sikit beku.. apalah dosa aku dengab kau ni Ayda..!!

"Ok jom pergi..!!" jerit Syafiq saat keluar dari rumahnya. Diperhatikan Ayda sedang tercegat di garaj. Namun tak nampak akan kelibat Sarah.

"Mana Sarah..??" tanya Syafiq sambil menghidupkan kereta Austin Cooper Mini Cooper keluaran tahun 1976 miliknya. Agak berusia kereta itu, namun masih gagah membawa tuannya ke sana ke mari.

Ayda hanya menudingkan jarinya ke arah Sarah yang sedang terkaku di hadapan muka pintu rumahnya. 

"Woi cik Sarah..tadi mintak tolong sangat..cepatlah..aku pun ada kerja aku nak buat.." rungut Syafiq terus menanti di dalam keretanya.

Aku mintak tolong..?? Bila aku mintak tolong kau..?? Ayda beruk tu yang mintak tolong kau..!! Daripada aku mintak tolong dengan kau.. aku lagi sanggup berhabis duit bayar tambang teksilah.. daripada naik kereta buruk kau tu..!!

"Ok..jom Sarah.." Ayda melepaskan kekangan Sarah yang telah dibekukannya tadi. Lebih dari lima minit dia tercegat. Dibekukan kerana kedegilannya.

"Lain kali kau jangan nak buat lagi macam ni Ayda..!!" ugut Sarah tika melalui di sebelah Ayda. Lenguh kakinya kerana dibekukan.

Sarah melangkah masuk ke dalam kereta Syafiq. Terus ke kerusi belakang. Menghempas badannya sekuat hati.

"Wah..macam bos pulak kau duduk belakang ni.. cantik muka kau..??" perlu Syafiq sambil merenung ke cermin sisinya. Memerhatikan Sarah yang mencuka masam mukanya. Cantik jugak Sarah ni..

"Ayda ikut kita..!!" Itu sahaja yang diucapkan Sarah. Matanya memerhatikan sahaja Ayda melangkah menghampiri kereta kecil Syafiq itu.

2 comments:

  1. Lucu pula saat Sarah kena beku. Dapat bayangkan gaya Sarah cam pelontar lembing...Tq writer.

    ReplyDelete