Sunday, 4 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 24]

Sarah menanti dalam keretanya. Hujan yang turun petang itu lebat tanpa tanda ingin reda. Namun kelibat Syafiq tetap tak dapat dilihatnya.

"Kata dah lama tunggu..tapi batang hidung pun tak nampak.." rungut Sarah sendirian. Dendangan celoteh dari corong radio keretanya menghiburkan sedikit hatinya.

"Hello..mana kau ni Syafiq.." Sarah mendail nombor telefon Syafiq. Makin lama dinanti, makin risau dibuatnya.

"Aku dah nak keluar ni..tunggu kejap.."

Sarah mematikan talian telefonnya. Matanya hanya memerhati kenderaan yang lalu lalang di jalan raya sebelah kanannya. Sesak.

Ketukan di tingkap keretanya menghentikan Sarah dari lamunannya. Berdiri Syafiq di balik pintu itu sedikit kebasahan. Segera Sarah membukakan pintu yang terkunci itu.

"Duduk kat tempat public pun nak kunci pintu.." rungut Syafiq mengelap rambutnya yang sedikit kebasahan.

"Sama-sama Syafiq.." Sarah terus memandu keretanya keluar dari perkarangan hospital itu.

Aku datang jemput ni dah kira baiklah ni..merungut pulak..

"Hehe..terima kasih sayang..sebab sudi jemput abang.."

"Sape sayang..! Sape abang..!"

"Tak elok garang-garang dengan suami..tuhan marah.." tergelak Syafiq melihatkan Sarah yang tak selesa digelarnya sayang.

"Untung abang ada isteri baik macam sayang ni.." usik Syafiq lagi.

Sebelum ini memang tak pernah terlintas untuknya menggelarkan Sarah sebagai sayang. Apatah lagi hendak ditegurnya. Walaupun dia sememangnya telah lama memendam sahaja perasaan pada Sarah. Namun tak mampu hendak diluahkannya. Akibat dua tiga insiden antara dia dan Sarah sebelum ini berjaya merapatkan sedikit hubungan mereka. Syafiq jadi lebih berani untuk mendekati Sarah dengan gurau jenakanya.

"Boleh diam tak Syafiq..bercakap je tak berenti.."

Jalan semakin sesak bila Sarah memasuki Jalan Tun Razak untuk pulang ke rumah. Hujan tak mahu berhenti. Kerdipan lampu brek menerangi sepanjang perjalanan itu.

"Yelah..aku senyap.." ucap Syafiq.

Sarah terus fokus dengan pemanduannya. Direndahkan lagi suhu hawa dingin keretanya.

Hehehe..dulu kau kenakan aku kan..sekarang ni kau rasa la sejuk macam aku rasa dulu..

Tersengih Sarah seorangan. Teringat kembali saat dia mengetuk kepala Syafiq dengan car perfume dahulu. Disangkanya Syafiq ingin mengambil kesempatan ke atasnya.

Namun Syafiq tetap senyap tanpa reaksi. Sesekali Sarah menjeling ke arah Syafiq yang duduk di sebelahnya.

"Kau pandang aku macam tu kenapa Syafiq..??" baru Sarah sedar yang Syafiq asyik melihatnya memandu. Sengaja Syafiq duduk mengereng di kerusi itu agar dapat dilihatnya wajah Sarah itu dengan lebih jelas.
                
"Kau suruh aku diam..aku duduklah diam-diam..tapi kau tak cakap aku tak boleh pandang kau kan..??"

Seramlah aku kau tengok macam tu..dah macam nak telan aku pulak cara kau pandang tu..

"Janganlah pandang macam tu..tak selesa aku.." terasa kekok pemanduan Sarah bila Syafiq asyik sahaja merenungnya.

"Itu tak boleh..ini tak boleh.." rungut Syafiq sambil membetulkan cara duduknya semula.

Bagus..dengar cakap pun..macam tu lah..

"Kita nak pergi mana ni sayang..??"

Sayang lagi..

"Jangan panggil sayang..aku tak suka.." amaran kedua diberikan Sarah pada Syafiq.

"Kita nak balik rumahlah..nak pergi mana lagi.."

"Aku lapar..jom pergi makan.."

Elok jugak tu..aku pun dah kebulur hujan-hujan ni..

"Kau belanja ye..??"

"Aku mana ada duit Sarah..dah habis semua dah.." Syafiq mengeluarkan dompetnya. Menunjukkan isi dompetnya yang kosong pada Sarah.

"Akulah kene belanja ni..??"

"Ye sayang.."

Adoii..berbuih mulut nak bercakap dengan kau ni Syafiq..

Sarah membelokkan keretanya ke arah Sri Petaling. Deretan kedai makan bertaburan di sekitar kawasan itu. Sarah terus memberhentikan keretanya di hadapan Old Town White Coffee yang sedikit lengang diperhatikan.  

Meluru Syafiq keluar dari kereta itu untuk menuju ke dalam restoran itu. Belum sempat hendak dimasukinya, Sarah telah memanggilnya.

"Nak pergi mana tu Syafiq..??" tanya Sarah.

"Makanlah..kat dalam ni.." Syafiq menunjukkan restoran di hadapannya itu.

"Bukan sini..tapi kat sana.." Sarah menunjukkan sebuah kedai mamak yang bersebelahan dengan Old Town White Coffee itu. Terdiam Syafiq tak terkata apa.

Kau ingat aku nak belanja mahal-mahal..??

"Dah..duduk..jangan nak buat muka sedih tu.." ucap Sarah bila mereka memasuki ruang dalam kedai mamak itu. Pelita Nasi Kandar.

"Nah..makan ni je.." Sarah menghulurkan sebungkus nasi lemak yang telah siap sedia terhidang di atas setiap meja restoran itu.

"Laa..takkan ni je..mana kenyang..!" rungut Syafiq sambil membelek-belek bungkusan nasi lemak itu.

Sarah hanya mendiamkan dirinya. Dalam hatinya tak henti-henti mentertawakan Syafiq.

Padan muka kau..suka perli aku sebelum ni kan..suka buli aku kan..

"Bagi saya air milo suam ye.." ucap Sarah bila pelayan restoran mula mengambil pesanan.

"Syafiq..nak air apa..??" tanya Sarah pada Syafiq yang tertunduk sahaja menikmati nasi lemaknya.

"Air suam jelah.."

Elehh..merajuk la tu konon.. 

"Bagi dia air suam.." ucap Sarah pada pelayan itu.

"Kedekutnya kau Sarah..aku belanja kau makan sedap-sedap..kau belanja aku makan macam ni je.." rungut Syafiq semula. Dicapainya bungkusan kedua nasi lemak di atas meja itu.

Alahaiii..kesiannya..betul-betul lapar ke ni..?? Aku main-main jelah pomen..

"Hahaha.." tergelak Sarah melihatkan Syafiq merungut tak henti.

"Makanlah apa nak makan..nak bergurau pun tak boleh.." usik Sarah. Kali ini tak dapat ditahan tawanya lagi. Cukup puas dapat dikenakan Syafiq malam itu.

"Dah la..jom lah order.." Sarah memanggil semula pelayan restoran itu untuk mengambil pesanan.

"Bagi saya nasi beriani..taruk ayam massala..sama itu acar nenas ok..?? Air kasi teh o ye ane.." ucap Syafiq melenggokkan dialek Melayu Bangladesh-nya.

"Saya pun sama macam dia jugak ye..tapi air tak nak.." Sarah hanya menuruti pesanan Syafiq.

"Tiru kenapa..??" soal Syafiq dengan wajah tak puas hatinya. Akibat dikenakan Sarah sebentar tadi.

"Ehh..suka hati akulah.." jawab Sarah mengundang tawa kepada Syafiq.

Tak tahu bagaimana hendak dilakukan Syafiq. Asyik hendak bertengkar sahaja antara dia dan Sarah. Bila diajak berbual secara baik, nanti lain pula bahasanya. Cara ini sahaja yang dirasakan paling sesuai antara dia dan Sarah. Lebih mesra mereka begitu.

"Sarah..aku panggil kau sayang..kau panggil aku abi ye lepas ni.."

Huk alohh..termuntah pulak aku dekat sini nanti..

"Kau jangan nak mengadalah Syafiq..nak bersayang-sayang bagai.."

"Ok ape..sweet je kalau kau panggil aku abi kan..panggil abang macam x comel sangat kan..??" terangkat kening Syafiq bila mengatakannya pada Sarah.

"Tak payahlah..!" bentak Sarah namun terukir senyuman di wajahnya dengan telatah Syafiq itu.

"Syafiq..siapa ni..??" muncul satu suara di belakang Syafiq. Dian Adira tegak di belakangnya sambil memerhatikan tepat ke arah Sarah.

1 comment: