Saturday, 3 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 2]

Jarum jam tepat menunjukkan jam 11.30 malam. Gosok punya gosok biji mata, sampai berair, mata masih tak mahu dilelapkan.

"Apelah masalah orang Malaysia ni..malam minggu cuba duduk rumah diam-diam.." bunyi kereta yang lalu lalang di depan rumah membantutkan nafsu tidur Sarah.

Mata memang dah terkebil-kebil. Golek kiri salah. Golek kanan salah. Menonggeng salah. Terkelentang pun salah. Orang tua-tua cakap, kalau susah nak tidur, terbalikkan bantal.. dah terbalikkan sampai sepuluh kali pun sama jugak.. baling ke dinding je eloknya bantal ni kot..

Mata Sarah tiba-tiba tertumpu pada jaluran cahaya yang menembusi langsir tingkapnya. Dipantulkan pada cermin, terbias ke dinding bilik.

"Ape pulak ni..main suluh-suluh pulak.." tak pernah lagi aku tengok benda macam ni.

Jaluran cahaya bertukar menjadi suatu bentuk bulatan seakan-akan portal "time machine" yang selalu ditontonya dalam filem mat saleh. Paling terbaru filem ditontonnya, Thor..

"Ehh..ehh..takkan Thor nak masuk bilik aku lak.." bukan aku takut. Tapi kalau betul Thor nak datang, aku nak siap-siap cari pen dengan kertas. Boleh mintak sain..abang sado tuu...

Makin lama makin terang cahaya menerangi biliknya..blupp..blupp..blupp.. sound effect yang memang tak boleh blah..

Tungg...tungg.. bergolek satu objek ke lantai biliknya. Kecik besar kecik besar mata Sarah memandangnya.

"Kuali..??" belum sempat lagi hendak dicapainya, satu lagi objek terbang keluar melayang dari portal itu. Tepat terkena kepala lutut Sarah.

"Aduhhhh...ini Thor jenis apa pulak bawak kuali dengan senduk ni..!!"

Sarah mengusap-usap tempurung lututnya yang terkena balingan senduk tadi.

Cahaya dari portal itu terus kelam perlahan-lahan. Bilik yang tadinya terang benderang, beransur menjadi gelap semula. Sarah bangun menuju ke suis lampu biliknya untuk menghidupkan lampu bilik.

"Woi..sape kau ni..!!" Sarah tersandar ke dinding bila dilihatnya sesusuk tubuh berdiri tegak di tepi katilnya. Lengkap berbaju kurung. Ada ke hantu pakai baju kurung?? Kalau ada pun hantu mak limah je..tapi ni..depan aku ni..apa..?? Thor baju kurung..??

"Kuali awak di dapur masih belum berbasuh.."

Ehh..kuali aku kat dapur yang kau pedulikan..kuali kau yang terbang masuk dalam bilik aku ni kau tak peduli pulak..

"Aku call polis kalau kau tak keluar dari rumah aku.." Sarah mengugut sambil terketar-ketar. Di capainya spray nyamuk yang kebetulan berada di atas meja soleknya.

"Keluar..!!" jerit Sarah.

"Sabar Sarah..saya datang dengan misi..untuk menyelamatkan awak di masa hadapan.." jawab Thor berbaju kurung agak pelat.

Segala yang sempat dicapai Sarah dicampaknya ke arah insan tak dikenalinya itu. Yang tiba-tiba muncul di dalam biliknya tanpa diundang.

"Jangan takut Sarah..niat saya baik.." satu persatu barangan yang dilontarkan Sarah ditepisnya. Perlahan-lahan dia mendekati Sarah yang sedang ketakutan. Tangan Sarah digenggamnya sekuat mungkin. Mengelakkan dia daripada meronta tak keruan.

"Saya T900..dihantar oleh suami awak dari tahun 2045.."

"What the fish..ini hantu apa ni.." Sarah terkaku bila tangannya digenggam erat. Pandangannya perlahan-lahan menjadi gelap. Seolah-olah dipukau selepas ditatapnya mata Thor baju kurung itu.

Bunyi jam loceng membingitkan biliknya pagi itu. Tergesa-gesa Sarah bangkit dari katilnya. Kiri kanan diperhatikannya. Sah..dia masih di dalam biliknya lagi.

"Teruk betul mimpi aku malam tadi.." keluh Sarah bila teringatkan mimpi buruknya malam tadi. Diperhatikan lagi sekeliling biliknya..masih tersusun..tak berterabur..Alhamdulillah.. confirm mimpi..

25 tahun hidup aman damai di bumi Malaysia ni, belum pernah lagi aku mimpi pelik-pelik yang macam tu..ishhh...tanda jodoh nak datang ke..?? Tapi takkanlah dengan perempuan..mati hidup balik pun tak sanggup mak nokk...

Katilnya dikemas rapi, cadarnya ditarik seterik mungkin. Bantal disusunnya sebaris di kepala katil. Puas hatinya, inilah antara kebolehannya yang tak dapat dipertikaikan lagi..kemas katil lepas bangun tidur.

Sniff...sniff...perhh..mana datang pulak bau mee goreng ni..pagi-pagi dah semerbak bau..pakej kalau ada telur dadar pun mesti terbaik ni..

Disusurinya tangga yang menghubungkan bilik dan ruang tamu rumahnya. Bau mee goreng makin lama makin kuat menusuk ke lubang hidungnya. Dalam fikirannya terbayangkan samaada mee goreng mamak ataupun mee goreng basah.

Ohh..mee goreng mamak. Sempat dicubitnya mee goreng yang    terhidang di atas meja makan. Disuapkan ke mulut dan perlahan-lahan menuju sofa. Dipetiknya suis telivisyen dan terpampang berita jam 9 pagi di kaca tv.

Erkk...sape pulak yang masak dekat dalam rumah aku ni..aku tak pernah pulak ada order delivery pagi-pagi buta ni..lagipun mana ada delivery mee goreng..

Terkulat-kulat matanya menelan air liurnya. Saki baki mee goreng yang masih terselit di celah giginya dicungkil dengan lidah. Matanya meliar, mungkin ibunya datang ke rumahnya senyap-senyap.

Tungg...bunyi apa pulak kat dapur ni..haaa...haaaa kang...aku ada silat..jangan macam-macam..

Terjingkit-jingkit kakinya melangkah ke dapur. Bunyi yang datangnya dari dapur tadi telah menarik perhatiannya. Meliar matanya melihat ke arah pintu dapur.

"Selamat pagi Sarah.."

Ahh sudahhh....
*****
"Tolong........!!"

Aku tak takut..aku tak gentar..aku tak goyang..kalau Thor baju kurung ni datang dekat aku..memang aku hempuk dengan..dengan..dengan mop..!!

Sebatang mop yang tersandar di balik pintu dapurnya dicapai Sarah. Tak disangkanya yang insan tak dikenalinya itu benar-benar wujud dalam rumahnya. Maknanya malam tadi, dia langsung tak bermimpi.

"Sarah..saya datang secara aman..untuk membantu awak.."

"Ahhh..aku tak percaya..!!"

"Keluar kau sekarang Thor..!!" walaupun zahirnya perwatakan dan fizikal insan di hadapannya itu adalah perempuan, namun tiada nama yang lebih sesuai untuk diberikan oleh Sarah. Lebih-lebih lagi bila munculnya dari portal "time machine".

"Saya bukan Thor..saya T900..dihantar oleh suami awak dari tahun 2045.."

"Tahyul..karut..!! Mana ada orang boleh merentas masa..!!" bentak Sarah sambil melibas-libas batang mop minta dijauhi.

"Woi diamlah..!! Pagi-pagi dah memekak..!!

Syafiq..!! Ada bantuan aku..biarlah kalau kau musuh aku sekalipun..kalau dah terdesak macam ni.. takkan musuh tak boleh bantu jiran sendiri..

"Syafiq..!! Tolong aku..!!" jerit Sarah sekuat hatinya. Mengharapkan Syafiq datang membantunya di rumah.

"Sarah..manusia lain tak boleh tahu kehadiran saya..terlalu bahaya.." ujar T900 terus merapati Sarah. Seolah terpukau, Sarah hanya terdiam. Memerhati sahaja T900 merapatinya.
                   
Debukkk...mati ke aku ni..?? Tapi kenapa aku boleh tengok lagi keliling aku ni..?? Kepala sakit..tapi nak digosok tak boleh..satu badan terasa tak berfungsi..kaku..tergolek ke lanta

Perlahan badannya diangkat oleh T900. Sarah cuba meronta, namun tak terdaya. Hanya bola matanya sahaja yang mampu dipusingnya ke kiri ke kanan. Anggota lainnya seperti dibekukan. Dia disandarkan ke sofa.

"Sarah..apehal ni..!!" Syafiq muncul di depan pintu rumahnya. Terdengar pekikan Sarah, membuatkan dia bergegas ke situ. Jarang Sarah jirannya itu meminta pertolongan. Seperti ada yang tak kena. Pintu dibuka perlahan.

"Saya dengar Sarah menjerit tadi..apa dah jadi..??" ucap Syafiq bila dilihat insan tak dikenalinya berdiri di depan pintu rumah Sarah. Setahu dia, Sarah tinggal seorangan dan yang lebih pasti, yang berdiri di hadapannya itu bukan ibu Sarah. Dia pasti.

"Dia tak apa-apa.." sambil T900 menudingkan jarinya ke arah Sarah yang sedang mengadap ke arah telivisyen.

"Ohh..kalau macam tu takpelah.." berkerut dahinya bila dilihat Sarah tak mempedulikannya. Tergopoh gapah dia datang, bila dah sampai, tiada apa yang terjadi.

"Terkena aku pagi-pagi ni.." rungut Syafiq perlahan.

"Apa awak cakap..??"

"Ehh..takde apa-apa..tapi awak ni siapa..?? Tak pernah nampak pulak..housemate baru Sarah ke..??"

"Bukan..saya bibik baru Sarah.."

Sekali lagi dahinya berkerut. Tak sangka Sarah hingga menggaji seorang bibik. Dasar pemalas.

"Kalau takde apa-apa saya balik dululah.." ujar Syafiq dan terus beredar. Tak guna lagi menunggu di situ. Sarah hanya mengenakannya pagi itu.

Alahai Syafiq..kenapa kau berambus..aku tak boleh nak jigel-jigel badan aku ni..nak bercakap pun tak boleh..tak guna betullah pomen mesin basuh ni..!!

T900 terus mengadapnya. Matanya merenung tepat ke arah Sarah.

"Kalau awak janji tak menjerit..saya akan kembalikan awak normal.."

Sarah hanya memandang sahaja. Tak mampu berbuat apa walaupun dia bersetuju. Dia hanya mendengar sahaja penerangan dari T900. Panjang lebar diterangnya pada Sarah tujuan kedatangannya.

Sedikit sebanyak kegusaran di hatinya kian terungkai. Selepas satu persatu rahsianya diketahui T900, satu persatu perangai buruknya diketahui, ternyata dia bukan main-main datang kesini.

"Sekarang saya akan normalkan awak semula..kalau awak janji awak tak menjerit..kalau tak, saya akan bekukan awak semula.."

Perlahan-lahan dirasakan jari jemarinya telah boleh digerakkan. Kepalanya telah boleh digelengnya semula. Mulutnya dapat dibuka dan ditutup seperti sedia kala. T900 hanya tersenyum memandang Sarah.

Pasu bunga hiasan yang terletak di sisi sofa itu dicapai Sarah sepantas kilat.

Pranggggg....!! Berderai pasu itu dihempasnya ke kepala T900.

"Lain kali kalau nak bekukan aku..tanya aku dulu nak kencing ke tidak..dah sejam aku tahan kau tau..!! jerit Sarah dan terus berlari ke bilik air.

T900 hanya menggelengkan kepalanya. Mengutip serpihan pasu yang berderai di atas lantai.

"Mission paling susah.." rungut T900.

3 comments:

  1. Nak tanya..
    terkelentang tu apa? Kak Ita tak tau.
    Ada beberapa kesalahan ejaan dalam bab 2 ni..
    1. di capainya x. Sepatutnya dicapainya
    2. mee x. Sepatutnya mi
    3. Samaada x. Sepatutnya sama ada
    4. Telivisyen x. Sepatutnya televisyen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak ita..maaf kelemahan saya yang masih caca marba menulis..tq kerana teguran akak..^^

      Delete