"Oi Syafiq..! Tak malu ke kau..?? Main terjah masuk rumah orang pagi-pagi ni..??" bulat mata Sarah memerhatikan Syafiq.
"Syafiq dari subuh tadi dia dah temankan saya Sarah..saya yang minta tolong dia belikan nenas pagi ini.." jawab Ayda menerangkan kedatangan Syafiq.
Kau ni Ayda..!! Malulah aku.. dengan tak mandi lagi ni..muka tak siap..!!
"Awak makan ni dah gosok gigi ke belum..??" tegur Syafiq dan terus duduk berhadapan dengan Sarah.
Ini yang aku tak suka ni..asal berjumpa dengan aku je mesti nak perli..
"Aku dah gosoklah..!!" tegas Sarah.
"Tipu..dia bangun dari tidur tadi dia terus ke dapur.." Ayda pula menjawab.
Lebih ni Ayda..kau dah macam Syafiq pulak ni nak tolong dia perli aku..
"Kih kih kih.." hanya gelak kecil terdengar dari mulut Syafiq.
Boleh tekanan aku dengan korang berdua ni...!!
"Kau memang..urghhh..!!" Sarah mengenggam penumbuk ke arah Syafiq. Geram benar dia dengan ejekan Syafiq terhadap dirinya.
"Janganlah kau aku..semalam dah sedap telinga ni dengar perkataan saya awak.." terangkat kening Syafiq memandang Sarah.
Takde maknenya..!! Semalam tu bukan aku..
"Kalau tambahkan huruf N dengan G dekat hujung perkataan SAYA tu...lagi ok..lagi sedap telinga ni dengar.."
Atooyaiii..mamat ni dah angau pulak dah..baru aku baik sikit..kau dah nak jiwang-jiwang pulak dengan aku..
Walaupun diusik sebegitu oleh Syafiq, Sarah tak dapat menyembunyikan pipinya yang telah mula kemerahan menahan malu. Ditambah lagi dengan geram, makin memerahlah mukanya.
"Sengal..!" hanya itu jawapan Sarah diikuti senyumannya.
Kau ni dalam menyakitkan hati..ada jugak benda yang kau buat tu, menyenangkan hati aku jugak Syafiq..sejuk hati ni..
"Ok..tak payah nak bergaduh lagi..lepas sarapan kita akan mula memasak laksa.." tegas Ayda yang mula merasakan dirinya tersisih antara mereka bertiga.
"Ehh..bila masa pulak kitorang bergaduh..takde Syafiq kan..??"
"Haah..mana ada gaduh..bukan main mesra lagi kitorang ni..siap main suap-suap lagi makan ni.." jawab Syafiq sambil mencapai sudu di pinggan Sarah.
"Meh sini meh..abang suapkan untuk sayang.." ujar Syafiq terus menyuapkan sesudu penuh nasi ke mulut Sarah. Tindakan spontan Syafiq membuatkan Sarah terkulat-kulat mengunyah nasi penuh sesudu itu.
Hamboiii..tak boleh pulak dapat peluang Syafiq ni..
"Dah..makan dulu..nanti kita sambung masak.." naik malas Ayda melayan kerenah antara Syafiq dan Sarah. Dia pula yang menjadi mangsa bahan antara mereka bertiga.
"Suap abang pulak sayang.." ujar Syafiq pada Sarah.
"Ok..cukup nak bermesra-mesra tu..masa untuk masak..Sarah sini..!" tegas Ayda.
Bila pulak masanya aku mesra-mesra ni..memandai jelah kau Ayda..
Syafiq tersengih sahaja sambil memerhatikan Sarah yang baru sahaja selesai mandi pagi itu.
"Barang yang kita perlukan untuk buat laksa saya dah sediakan..Sarah awak hanya perlu lihat saya memasak.."
"Baik bos.." jawab Sarah berdiri di sebelah Ayda.
"Ini semua barang kisar untuk dimasukkan ke dalam rebusan kuah awak nanti.." Ayda menunjukkan satu persatu bahan yang telah dikisarnya.
"3 senduk cili kering kisar, 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang besar, setengah biji nenas dan sedikit belacan.."
"Banyaknya pakai nenas..!" tempik Sarah.
"Barulah utara.." selamba sahaja jawapan dari Ayda.
"Ini apa pulak Ayda..??" Sarah menunjukkan sebuah mangkuk yabg diasingkan.
"Ok..ini lengkuas dan serai yang saya tumbuk..sanggup makan lengkuas seketul-seketul..??" tanya Ayda.
"Tak sanggup.." tersengih Sarah menjawabnya.
"Sumbat je dalam mulut dia Ayda.." tegur Syafiq pula yang masih memerhati dari jauh.
Diamlah...!!
"Ok..seterusnya, awak perlu rebus 10 ekor ikan kembung sehingga masak di dalam 1 liter air..bila awak dah tengok macam ia dah cukup masak..asingkan ikan tadi dengan air rebusan itu.." Ayda menapis ikan yang telah siap direbusnya ketika Sarah dan Ayda leka bermesraan sebelum itu tadi.
"Asingkan isi ikan dari tulangnya..kisar semua isi ikan yang awak dah asingkan tadi..bila semua dah siap dikisarkan, awak masukkan semula isi ikan tadi ke dalam air rebusan awak tadi.." sambung Ayda lagi.
"Tulang belulang ni Ayda..?? Dah boleh buang..??"
"Jangan..kisar tulang ikan itu dengan sedikir air, dan tapis airnya masuk ke dalam rebusan awak itu juga..lepas itu barulah awak buang tulang yang telah ditapis itu.."
Ohhhh...air tulang pun pakai ye...
"Kemudian..awak masukkan semua bahan kisar yang saya dah sediakan tadi ke dalam rebusan ini.."
"Ini..?? Yang atas meja ni..??" tanya Sarah memerlukan kepastian.
"Ye..semua tu bahan kisar.."
Perlahan-lahan Sarah memasukkan satu persatu bahan kisar yang tersedia lengkap di atas meja dapur itu. Ayda mengacau rebusan itu untuk menyebatikan segala isi yang telah dimasukkan.
"Bila awak dah tengok rebusan mula mendidih, tambahkan lagi 1 liter air ke dalam rebusan ini lagi.."
"Kalau tak tambah..??"
"Nanti kuah laksa awak terlalu pekat Sarah..saya risau awak pula yang tak lalu menjamahnya nanti.."
Baik..paham..satu liter air lagi kasi masuk..!!
"Jangan lupa masukkan sedikit asam gelugor, bunga kantan, daun kesum, garam dan gula sebagai penambah rasa dan wangian kepada kuah laksa ini nanti.."
"Berapa lama kita kena tunggu sampai masak ni Ayda..??"
"Kalau awak gunakan api sederhana..lebih kurang 15 ke 20 minit masa masakan.."
Lama jugaklah nak siapkan laksa ni..aku ingatkan senang je macam masak sambal sotong hari tu..
"So sekarang kena tunggulah..??" tanya Sarah lagi.
"Ye..kena tunggu.."
Sarah kembali ke meja kecilnya. Duduk menanti bersama Syafiq yang dari tadi senyap seribu bahasa.
Patutlah senyap..sibuk kau kerjakan balance nenas lagi setengah ni rupanya..
"Ape kau buat..??" tegur Sarah sambil dihentakkan sedikit meja itu.
"Ni..aku tengah hiris nenas ni..kalau makan laksa utara..takde nenas kat atas hidangan tu nanti..tak mengancam.." terang Syafiq.
"Nak dijadikan hiasan..kita boleh letakkan hirisan timun dan lada jugak..telur rebus pun jangan dilupakan.." sambung Syafiq lagi.
"Kau suka makan laksa ke Syafiq..??"
"Ishh..favorite aku tu..!!"
Hmm..kau suka..aku suka..future husband aku suka..semua orang pun suka laksa..
Huhhhh...Sarah menekup mulutnya. Pandangan segera dialihkan pada Ayda.
Syafiq suka laksa..future husband aku suka laksa..
"Takkan pomen anak ikan ni future husband aku...!!" teriak Sarah dalam hatinya.
Aku tak sanggup..aku tak sanggup..kalau macam ni bakal laki aku..baik aku tikam diri aku sekarang..TIDAKKKKKK..!!!
"Kau apehal ni Sarah..?? Macam ayam berak kapur je.." tegur Syafiq bila muka Sarah pucat melesi. Andai ditoreh takkan keluar darah.
"Ok..dah siap kuah laksa kita.." ucap Ayda memotong percakapan Syafiq, sambil menutup api dapurnya.
Sarah segera bangun mengadap kuah laksa yang baru sahaja siap dimasak.
"Hehehe..ada satu yang kau lupa Ayda.."
"Apa dia..??"
"Kau lupa nak masukkan ini dalam kuah kau.." yakin Sarah mengangkat sebungkus mee laksa beras yang masih di dalam plastik.
"Ini kau cakap laksa kau dah siap..?!" marah Sarah pada Ayda.
"Astaghfirullah Sarah...." Syafiq menepuk dahinya.
"Sarah..belum ada lagi dalam peradaban manusia memasak, laksa mentah ini dimasak bersama dengan kuah Sarah.." terang Ayda perlahan.
Ape pulak..selalu orang makan laksa ada je mee laksa ni..takkan laksa utara yang aku nak makan ni kuah je..takde mee..bengong..
"Mee ini nanti kita celur sahaja dalam air panas sehingga kembang..bila dah kembang, kita toskan..paham..??"
Ohh..yeke..bukan masak sekali dengan kuah ekk..
"Itulah..lain kali tak pandai tu janganlah nak memandai-mandai.." tegur Syafiq sambil kepalanya digeleng.
Oppsss...sorry...
Sarah menarik tangan Ayda agar merapatinya.
"Kau cakap betul-betul dengan aku Ayda..future husband aku yang kau sebut tu..Syafiq ke..??" sambil matanya menjeling ke arah Syafiq.
Dah dpt 2 resepi dlm BAT..
ReplyDelete