Sunday, 4 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 28]

Sarah..i really sorry dengan apa yang i dah katakan pada u sebelum ni..tak terniat langsung i nak sakitkan hati u..cuma i terkejut dengan apa yang mama i tanya hari tu.." Ku mengelus lembut tangan Sarah. Tak mahu lagi rajuk Sarah itu berlarutan tanpa pujukan.

Syafiq ni macam mana dia tahu aku ada dekat sini..ini mesti si Ayda yang bagitau dia ni..

"I akui memang antara kita ada halangan Sarah..tapi i cuba untuk betulkan semula kesilapan yang i dah buat..even i sendiri this few days tak mampu nak fokus dengan apa yang i buat..my mind just blew over u Sarah.."

Mesti dia yang plan datang sini nak pujuk aku..aku marah sikit-sikit je..bukan betul-betul pun..takkanlah nak pujuk sampai ikut ke sini..

"I janji dengan u Sarah, i will take care of u lepas ni..with all my heart..sekalipun i takkan lukakan hati u lagi lepas ni sayang.."

Aku duduk dengan Ku ni agak-agak apalah dia sangka aku ni kan..mesti dia cakap aku ni yang bukan-bukan..aku bukan macam tu Syafiq..jangan salah sangka..

"Sarah..u dengar kan ape i cakap..??" Ku sedar yang Sarah langsung tak mengendahkan dia. Sarah hanya termenung memandang ke sisi lain.

"Sarah.." panggil Ku sekali lagi.

"Haa..ye..ape..??" Sarah sedikit menggelabah. Lamunannya terhenti. Wajah Ku diperhatikannya. Hanya zahirnya berada di situ, namun hatinya terlepas ke arah Syafiq.

Apa yang kau merepek tadi Ku..??

"Ye..i dengar.." jawab Sarah sambil mengangguk kepalanya.

"I betul-betul harap u maafkan i Sarah..i tak boleh sendiri macam ni..i need u sayang.." luah Ku lagi.

"Takde apa yang i nak marahkan u Syafiq..rajuk i sementara..walaupun jauh i pergi..tapi hati i masih pada u.." jawab Sarah menghadirkan senyuman di wajah Ku.

"Thanks sayang.." kedua-dua tangan ku menggengam erat tangan Sarah.

"Tapi comel jugak sekali sekala u panggil i Syafiq kan..??" tergelak kecil Ku bila Sarah memanggilnya Syafiq. Tak pernah pun selama ini Sarah memanggilnya dengan panggilan itu.

Aku panggil dia Syafiq ke tadi..?? Apa yang aku mengarut cakap dekat Ku ni tadi..?? Adoii..

"Sarah..u percayakan i kan..??"

"Haa.." Sarah hanya mengangguk kepalanya.

Memang ada kejujurannya di raut wajah Ku. Dan wajah itu jugalah yang selama ini menghiasi perjalanan hidup Sarah. Tapi kini seolah semua itu terhakis sedikit demi sedikit. Sayang mula pudar, cinta mula menjauh.

Duhh..kenapa dengan aku ni..dua-dua nak masuk dalam hati aku..mana nak muat..!

"Ku..i tak layak untuk diri u.." Sarah menarik lembut tangannya yang digenggam Ku.

Masakan terlalu mudah Sarah untuk memaafkan Ku dengan apa yang telah dilakukannya. Andai berjaya pun dipujuknya, bukan sekadar hanya dengan kata-kata manis.

Kau kena usaha lebih sikit kalau nak tawan hati aku semula Ku..luka di hati andai dijahit sekalipun, tetap meninggalkan parut..parut itu yang perlu kau tutup Ku..

"Tapi sayang..i buat semua ni untuk u..takkan takde langsung perasaan sayang u dekat i lagi..??" Ku menyangkakan Sarah telah benar-benar memaafkannya. Ternyata dia tersilap. Percaturannya belum cukup ampuh.

"I know Ku..tapi bukan senang i nak lupa apa yang mama u dah cakap pada i.." terang Sarah menekankan semula pendiriannya.

"Tapi i janji akan bahagiakan u sayang.."

"Janji selalunya senang sahaja dimungkiri Ku.." jawab Sarah bertegas. Enggan mengalah.

Lelaki senang sahaja mencapatikan janji..

Masih serik dengan peristiwa lalu. Biarlah masa sahaja yang menentukan hubungan antara dia dan Ku. Tidak perlukan paksaan dalam hubungan cinta ini. Lebih-lebih lagi bila melibatkan keluarga.

"Kita kahwin sayang..??" rayu Ku lagi pada Sarah.

"Kahwin..?? U ni kelakarlah Ku..u sedar tak mama u tak pernah sukakan i..?? U pernah fikir tak..?? Bukan i yang perlu u yakinkan..tapi mama u sendiri..!" Sarah terpaksa lebih tegas. Ku terlalu memaksa hubungan yang belum pasti itu.

"Tapi selama ni, itu yang u selalu sebutkan sayang..u jugak yang selalu katakan pada i tentang kahwin..tapi bila i dah terbuka hati untuk bawa cinta kita ke satu lagi tahap yang lain..u pulak yang menolak..!"

Itu dulu..masa aku tergilakan kau.. masa sebelum ibu kau syak tentang hubungan kita..!

"Hati i dah tawar untuk semua tu Ku..u yang buatkan i jadi macam ni.." Sarah bangkit dari kerusinya.

"I nak balik bilik i..i dah takde mood nak fikirkan hal ni lagi Ku.." Sarah berpaling untuk beredar dari situ. Namun Ku lebih pantas menarik tangannya.

"Lepaslah Ku..!" Sarah meronta minta dilepaskan. Dua tiga pasangan hanya memerhatikan pertingkahan antara Ku dan Sarah itu.

"Jangan sekali pun u tinggalkan i sayang..!"

"I sanggup tinggalkan orang yang pengecut macam u..yang tak mampu pertahankan i bila i dalam kesusahan..memang i sanggup lupakan semua angan-angan i selama ini dengan u.." Sarah merentap tangannya dengan lebih kuat hingga terlucut dari genggaman Ku.

Merah padam wajah Ku menahan marah. Saat Sarah menidakkan cintanya mampu lagi dia bertahan. Tetapi bila perkataan pengecut digunakan Sarah untuk menggelarkan dirinya, telah membingkas naik segala kemarahan yang ditahannya.

"Sarah..!" ujar Ku geram. Tangan telah diangkat. Menunggu masa untuk dilepaskan tamparan ke mulut Sarah yang dilihatnya terlalu celupar itu.

"Wooo..sabar bro..macam tak best je kalau lempang perempuan bro..sabar.." Syafiq memegang erat tangan Ku yang telah diangkat tinggi. Dari tadi dia hanya menyaksikan dan mendengar sahaja pertengkaran mulut antara sepasang kekasih itu. Bila Sarah mula disakiti, Syafiq terpaksa bertindak.

"Pergi balik.." ucap Syafiq pada Sarah yang mula mengalirkan air mata.

Kenapa kau nak menyibuk Syafiq..!

Terus sahaja kakinya dihayun ligat menuju ke arah biliknya semula. Sarah malu dengan Syafiq. Walaupun dia menyakiti hati Syafiq, lelaki itu tak pernah berundur untuk melindunginya. Namun tetap berlagak seperti malaikat pelindung pada Sarah.

Kenapa kau cuba nak pertahankan aku lagi Syafiq..kau sendiri dah nampak macam mana aku layan kau..kau dah nampak betapa hipokritnya aku..

Badan dihempaskan ke katil. Teresak Sarah menangis seorangan. Dia terlalu sedih. Bukan kerana tindakan Ku, tetapi keikhlasan Syafiq yang tetap melindunginya. Bukan ini kali pertama Syafiq bertindak melindunginya. Sudah banyak kali.

Sarah membiarkan sahaja air matanya membasahi tilam empuk itu. Hanya itu sahaja caranya memujuk hatinya sendiri. Cuba dilelapkan mata namun tak terdaya. Hanya termenung di atas katil sehinggalah pintu biliknya diketuk.

Mesti Syafiq..!!

Sarah berlari ke pintu bilik. Dibukanya luas pintu itu dengan senyuman. Berharapkan Syafiq yang muncul untuk menemaninya.

Tapi..

***

Kau pulak yang muncul Ayda..tapi bolehlah daripada tak ade..

Sarah memeluk erat Ayda yang berdiri di hadapannya. Ayda melangkah ke hadapan untuk memeluk Sarah sambil cuba menenangkannya.

"Awak ni Sarah..takkan pasal tadi itupun awak nak menangis.."

"Aku menangis bukan pasal tadi..aku menangis pasal kau pijak kaki aku.." Sarah menunjukkan ke arah bawah. Kakinya dipijak oleh Ayda tanpa disedarinya.

"Maaf..saya tak perasan.."Ayda
mengangkat kakinya. Membuatkan Sarah menarik nafas lega. Namun air matanya tetap jua mengalir memabasahi pipi.

"Tapi awak menangis lagi Sarah..??" tanya Ayda.

Aku sedih lagi bila kenangkan si pomen tu..aku selalu je sakitkan hati dia..tapi dia sikit pun tak ambil hati..

"Aku kesiankan Syafiq..asyik kena buli je dengan aku..tapi dia tak pernah ambil hati dengan aku.."

Ayda menarik Sarah masuk ke dalam bilik. Membawa Sarah duduk di atas katil.

"Saya dah cakap dia baik..awak yang tak percayakan saya.."

"Manalah aku tau..dah selama ni dia menyakitkan hati aku je.."

"Dia jauh lebih baik dari yang awak sangka.." terang Ayda sambil mengesat air mata Sarah. Sarah mengangguk mengiakan kata-kata Ayda itu.

"Dah jom ikut saya.." Ayda menarik tangan Sarah mengajaknya bangun.

"Pergi mana..??"

"Jumpa Syafiq.."

Dia nak ke jumpa aku..??

"Tapi comot-comot macam ni..??" Sarah menunjukkan pada Ayda wajahnya yang telah compang camping. Habis makeup di wajahnya akibat ditonyoh.

"Takpe..masih comel lagi.." kata Ayda tak mahu membiarkan Syafiq menunggu lebih lama.

Klepet..klepet..bunyi selipar tandas yang disarung Sarah.

Ayda meneruskan langkahnya sambil memimpin tangan Sarah. Disusurinya kaki lima resort itu menuju ke arah pantai. Dari kejauhan kelihatan Syafiq sedang menunggu di hadapan unggun api yang sedang marak menyala.

Alaaa..comot-comot macam ni buat kena gelak je nanti dengan pomen tu..

"Pergilah Sarah.." Ayda menolak Sarah untuk meneruskan langkahnya ke arah Syafiq. Dia hanya memerhatikan sahaja dari jauh. Sarah menuruti kata-kata Ayda sambil meninggikan sedikit dress yang dipakainya hingga menampakkan selipar tandas di kakinya.

"Syafiq.." tegur Sarah bila Syafiq tak mengendahkan kehadirannya.

"Woi Syafiq.." pun langsung Syafiq tak berpaling ke belakang. Dia tetap merenung jauh ke arah laut.

Alaaa..kau pulak ke nak merajuk..!

"Abi.." walaupun liat rasa lidah hendak diucapkan. Tapi Sarah terpaksa.

1 comment: