Sarah hanya mendiamkan dirinya di sebelah Ku. Matanya hanya ditumpukan ke luar tingkap. Memerhati pantai yang memutih sambil Ku terus memandu ke arah resort yang bakal dihuni Sarah.
"Sayang..kenapa u diam..u tak suka tengok i dekat sini..??" ucap Ku memecah kebuntuan.
"Tak.." ringkas dibalas Sarah. Sedikit pun tidak dipalingnya muka pada Ku.
"Honestly..i memang plan semua ni sayang..sebab i perlukan masa untuk bersama u.." luah Ku lembut.
"Tak mampu i nak tolak u jauh dari diri i..walau i cuba macam mana pun, i tetap tak akan mampu lupakan u.." sambungnya lagi.
"Ku..i ingat lagi apa yang u cakap dekat i dulu..dari mulut u sendiri..u cakap i ni tak setaraf dengan u..apa lagi alasan u..??"
Aku tak pernah lupa apa yang kau cakap Ku..sekali kau lukakan hati ini.. sampai bila-bila pun aku akan ingat..
"Tapi itu bukan dari hati i Sarah..i terpaksa.."
"Terpaksa sakitkan hati i semata-mata untuk memuaskan hati u..?? Atau untuk menyelamatkan diri u sendiri..??"
Ku terdiam. Kereta yang dipandunya tiba di perkarangan resort penginapan Sarah. Kunci bilik Sarah dihulurkan bersama sejambak bunga ros merah.
"I betul-betul minta maaf pada u Sarah..i mean it.." rayu Ku lagi
sebelum Sarah turun dari keretanya.
"By the time u kena buat pilihan suatu hari nanti Ku..masa itu jugak i rasa i akan terluka lebih teruk lagi kalau i terus menerima u dalam hidup i.."
Memang sukar untuk memilih antara kasih sayang seorang ibu dengan kekasih..cinta yang berlainan..namun punya kisah dan pengorbanan yang tersendiri..kau terpaksa juga menilai semua tu satu hari nanti Ku..
"I tetap pilih u sebagai teman hidup i Sarah..titik..!"
Kau seksa aku Ku..!
"Nantilah i fikirkan.." Sarah turun dari kereta itu. Membawa turun segala bagasinya menuju ke arah lobi resort itu.
Mata-mata liar hanya memerhatikan Sarah berlalu seorangan menuju ke biiknya. Dua tiga orang anak kecil berenang keriangan di kolam renang. Bilik bernombor 101 ditujunya.
Masuk ke bilik, semerbak haruman wangi menusuk ke hidungnya. Lampu bilik dihidupkan. Puluhan bunga ros merah bertaburan di atas katil. Sehelai dress berwarna merah jambu terletak rapi di atas lambakan bunga itu. Kad yang terselit di celahan baju itu dibaca Sarah.
"Pool side..dinner..8.00 malam ni..i need your forgivenes sayang.." hanya itu yang tertulis di sekeping kad ucapan itu bila dibaca Sarah.
Aduhhh..ini mesti kerja Ku..
Badannya dihempaskan ke atas katil empuk. Tangan disilang ke dahi. Berfikir helah apa yang sewajarnya dilakukan untuk cuba mengelak dari Ku Syafiq malam ini.
"Kau betul ke ni Ayda..??" Syafiq hanya mengekori Ayda dari belakang. Salah satu resort mewah di Pulau Perhentian Kecil mereka tujui.
"Betul Syafiq..saya dapat kesan signal Sarah di sini.."
"Signal..??" tanya Syafiq kekeliruan.
"Ye..signal telefon bimbit Sarah.."
"Apa-apa jelah..apa plan kau ni Ayda..??"
"Adalah..tapi apa-apa pun..kita kena dapatkan nombor bilik Sarah dulu.." terus sahaja Ayda menuju ke lobi utama resort itu. Meninggalkan Syafiq duduk keseorangan.
"Awak ada bawak barang yang saya pesan Syafiq..??" tanya Ayda sekembalinya dia kepada Syafiq.
"Ada.." Syafiq mengetuk sebuah beg kecil yang diseretnya sejak dari tadi.
"Ok..ini plan kita.." ucap Ayda pada Syafiq.
Sarah memerhatikan jam di tangannya. Hampir menunjukkan jam 6.00 petang. Terlelap dia seketika akibat kepenatan. Deringan telefon bimbit mengejutkan dia dari tidurnya. Panggilan dari Ku.
"Ye..nak apa lagi Ku.." keluh Sarah.
"Jangan lupa malam ni ye sayang..i tunggu u.."
"Tengoklah nanti.." terus sahaja dimatikan panggilan itu.
Datang sini nak bercuti..tapi kena kacau macam ni pulak..kerja tah kemana, cuti pun tah kemana sudahnya..
Tersentak Sarah bila pintu biliknya pula diketuk. Segera dia bangkit ke pintu dan melihat siapa di balik pintu itu.
Room service..?? Buat apa pulak petang-petang ni datang bilik aku..takkan kemas bilik pukul 6..??
"Ye..??" pintu bilik dibuka separuh oleh Sarah. Dilihatnya seorang pekerja resort berdiri di muka pintu biliknya.
"Baju persalinan dan kasut untuk puan malam ini.." sehelai dress bewarna peach dihulurkan kepada Sarah.
Baju lagi..berapa pasang baju nak kena pakai malam ni sebenarnya..??
"Siapa bagi ni..??" tanya Sarah masih enggan menerima pemberian itu. Risau andai pekerja itu tersalah bilik.
"Encik Syafiq.." jawab pekerja itu sambil menghulurkan sekeping kad ucapan kecil pada Sarah.
"8.30 malam..Pool Side Restaurant..pakai cantik-cantik.."
Kejap baju pink..kejap baju peach..mana satu Ku ni..??
Dress bewarna peach itu disambut Sarah. Kini dua helai baju terhampar di atas katil biliknya. Pink atau peach. Kedua-duanya menawan. Cuma kasut sahaja yang tidak boleh dipilihnya. Stilleto berwarna krim. Yang datang bersama dress bewarna peach itu tadi.
Takpelah..pergi jelah..dengar jelah apa alasan dia malam ni..kalau tak pergi nanti, aku pulak yang lapar tak makan..
Kata hati adakalanya tak mampu melawan kata akal yang berpengkalan di fikiran. Akal adakalanya dipengaruhi nafsu. Sarah segera bersiap secantik mungkin untuk malam itu. Demi memenuhi jemputan makan malam dari Ku.
Semburan wangian D&G Rose mengakhiri sesi dandanannya. Menuju Sarah ke cermin mengujakan tubuh badannya di hadapan cermin.
Cantiknya mak malam ni nyah..hihi..
Tersenyum puas Sarah melihat dirinya. Dikerlingnya ke arah jam. Hampir menunjukkan jam 8.00 malam. Waktunya hampir tiba. Sarah melangkah keluar dari biliknya bak seorang puteri raja. Stilleto bewarna krim disarungnya ke kaki. Sempurna melekat ke kakinya. Sarah terus melangkah ke arah sebuah restoran di hujung kolam renang resort itu.
Cantiknya..!
Sarah terkesima dengan keindahan panorama di hadapannya. Kolam renang yang berhadapan dengan lautan luas membangkitkan suasana indah malam itu. Kelam dingin malam yang diterangi limpahan lampu neon malap, diselangi bersama kerdipan cahaya lilin benar-benar menaikkan suasana romantik restoran itu.
"Sarah.." Ku berdiri di balik mejanya bila terlihatkan Sarah. Digamitnya Sarah dari kejauhan agar Sarah perasankannya.
Awalnya dia ni sampai..
Langkah kakinya diatur sebaik mungkin menuju ke arah Ku. Desir angin pantai membayu lembut rambutnya. Diselaknya agar tidak menutupi matanya. Perlahan mukanya diangkat untuk melihat semula ke arah Ku. Namun palingan wajahnya ke suatu sudut di belakang Ku telah menghentikan langkah Sarah.
Syafiq..??
Kini dua lelaki yang berlegar dalam ruang hidupnya muncul di hadapan matanya sendiri. Ku lengkap dengan blazzer bewarna merah jambu. Manakala Syafiq segak dengan blazzer bewarna peach. Sepadan dengan warna dress yang dipakainya.
Baju ni Syafiq yang bagi ke..??
Sarah melihat kembali ke arah busana yang membaluti tubuhnya. Peach, sepadan dengan Syafiq. Teringat kembali kata-kata pekerja hotel yang menghantar persalinan ini padanya petang tadi.
"Encik Syafiq.."
Apa aku nak buat ni..??
Langkahnya terus diatur tanpa kerelaan. Kedua-duanya telah berdiri tersenyum memandang ke arahnya. Hatinya berbolak-balik tidak tahu ke arah siapa yang perlu ditujunya. Syafiq atau Ku.
Sarah terhenti saat Ku menggapai tangannya. Walaupun matanya terlihat terus ke arah Syafiq yang sedikit jauh di belakang.
Kerusi ditarik perlahan oleh Ku lalu dipelawanya Sarah untuk duduk berhadapan dengannya. Punggung dilabuhkan tanpa rela. Sarah masih lagi tak mampu melarikan anak matanya dari Syafiq.
"Thanks for coming sayang.." ucap Ku setelah Sarah duduk berhadapan dengannya. Sarah hanya mengangguk lesu. Kini dia terjerat.
Syafiq hanya memerhatikan sahaja tangan Sarah digapai ke meja itu. Lain yang dirancangnya bersama Ayda. Lain pula yang terjadi.
"Dia datang sini dengan pakwe dia rupanya.." keluh Syafiq berputus asa. Langsung tak disangkanya itu yang terjadi.
"Kalau kau tak perlukan aku..kenapa kau pakai baju yang aku berikan..??" makin kecewa Syafiq bila melihatkan insan kesayangannya bersama jejaka lain. Terduduk dia termenung memikirkan apa yang perlu dilakukannya.
Ayda yang memerhati dari jauh turut terkejut. Tidak menyangka Ku Syafiq turut berada di situ. Bersama Sarah.
"Ayda kena tukar plan.." bisik Ayda lalu pergi meninggalkan tempat persembunyiannya.
Celaru
ReplyDelete