Sunday, 4 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 26]

Ombak menderu membadai bot penumpang kecil yang membawa pelancong ke Pulau Perhentian. Sekali sekala kelihatan camar beterbangan berpasang-pasangan di langit biru. Berlegar di udara tercari-cari anak ikan yang timbul di permukaan lautan untuk dijadikan makanan.

Tenang biru laut setenang fikiran Sarah. Matanya hanya tertumpu pada gugusan pulau di sekitar kawasan itu. Sayup-sayup dapat dilihat dari kejauhan pulau yang bakal dihuninya untuk tiga hari yang mendatang.

Ayda enggan mengikuti. Katanya punya hal yang tersendiri hendak diuruskan. Entah apa, langsung tak diberitahunya pada Sarah.

Ajak pergi cuti free pun tak nak..bukan aku mintak kau keluar duit pun..ajak temankan aku je..

Sesekali keluhan keluar juga dari mulutnya itu. Mengenangkan dia bakal keseorangan di pulau itu tanpa teman. Walaupun ditugaskan untuk menyelidik dan menyiapkan laporan akhir sebelum dibentangkan pada Lembaga Pengarah syarikatnya bekerja, Sarah tetap perlu menggunakan peluang itu untuk bercuti sebaik mungkin.

Setibanya di jeti, sudah dapat dilihatnya seorang lelaki India menantinya. Kenal amat dia dengan lelaki itu, Encik Rakesh, pengurus projek di pulau ifu.

"Welcome to Pulau Perhentian Sarah.." ucap Rakesh pada Sarah. Dia membantu mengeluarkan barangan milik Sarah dari dalam bot laju itu.

"Lama tak jumpa Encik Rakesh..how are u..??"

"Sarah..janganlah ber-encik dengan saya..just call me Rakesh.." tersenyum dia sambil mengiringi Sarah ke penghujung jeti.

"Anyway..i rasa bilik u semua Encik Raiqal dah uruskan..but first, apa kata i bawa u pergi tengok site projek kita dulu..??" cadang Rakesh enggan membuang masanya siang itu.

"Why not..boleh jugak tu Rakesh.." Sarah hanya menuruti kata-kata Rakesh tanpa halangan. Lebih cepat dapat dia menyudahkan tugasannya, lebih cepat dia dapat menikmati percutiannya itu. Terus dapat melupakan hal kerja yang berderet. 

Kereta pacuan empat roda milik Rakesh terus membwa mereka berdua ke kawasan pembinaan di penghujung pulau itu. Hanya 15 minit perjalanan dari jeti utama pulau itu.

"Sebenarnya Sarah..i sendiri tak pasti kenapa u datang sini.." Rakesh menghulurkan topi keselamatan pada  Sarah sebelum mereka memasuki kawasan pembinaan itu. Sebagai mematuhi prosedur keselamatan sebelum memasuki mana-mana tapak pembinaan.

"Apa maksud u Rakesh..??"

""Sebab last two week Raiqal dah datang sini..even i dah passed semua dokumen pada dia..every detail about this project pun i dah bagi.." Rakesh menerangkan secara terperinci pada Sarah.

Aku mana tau..Datuk Mashitah suruh aku datang sini kata Raiqal..aku pun takdelah tanya lebih..nak tanya Datuk, lagilah aku tak berani..

"I tak pastilah Rakesh..i just following order.." ujar Sarah. Hanya mengikuti langkah Rakesh ke sekeliling kawasan itu. Serba sedikit Rakesh menerangkan tentang status projek itu pada Sarah.

Tapi pelik jugak..memang sepatutnya aku yang bentangkan pasal projek ni nanti..tapi berdasarkan report yang Raiqal dah siapkan..semuanya dah lengkap..memang tak sepatutnya pun aku kena datang sini..

Hilang terus tumpuannya. Entah apa yang diterangkan Rakesh langsung tak dipedulikannya. Fikirannya terbang bersama pelbagai andaian di benak fikiran.

"Sarah..u okay tak..??" tegur Rakesh bila Sarah seolah hilang arah.

"Ehh..im okay..how long project ni akan siap Rakesh..??" terus sahaja diajukan soalan bila Rakesh mula perasankan dia tidak menumpukan perhatiannya.

"It will be finish in another 7 month times.." jawab seseorang dari belakang Sarah. Dia cam pemilik suara itu.

"Encik Ku..i dont expect u were here sir.." terus Rakesh menuju ke arah majikannya, Ku Syafiq yang datang ke situ tanpa pengetahuannya. Tangan yang dihulur Rakesh disambutnya untuk bersalaman.

"Its okay Rakesh..i datang pun untuk bercuti..bukan hal kerja.." jawab Ku sambil melihatkan Sarah yang tercengang dengan kehadirannya.

Aku dah agak dah..memang semua ni plan kau kan Ku..?? Kau gunakan Raiqal..cakap Datuk yang suruh aku datang ke sini..padahal engkau yang keluarkan arahan kononnya aku perlu lakukan site visit..cerdik..!

"Hai Sarah..not happy tengok i ada dekat sini..??"

"Saya terkejut sikit Encik Ku..tak sangka pulak Datuk suruh Encik Ku datang sini jugak.." sindir Sarah.

Nak happy tengok kau memang tak lah..makin menyampah ada..

"Yeah..i pun tak sangka jumpa u dekat sini Sarah..i dont expect it.." Ku hanya melirikkan senyuman pada Sarah yang langsung tak menyangka akan kehadirannya di situ.

"Tak payah berlakon Ku..i tau u yang arrange semua ni.."

"Tapi u takde bukti Sarah.."

Penat bercakap dengan orang macam ni..ada sahaja alasan hendak dijawabnya..

Rakesh keliru. Langsung tak difahaminya segala yang terjadi. Mula-mula dengan kedatangan Sarah, kemudian kunjungan mengejut Ku Syafiq pula. Dan kini, mereka berdua seolah saling bercakaran, menyindir sesama sendiri.

"Rakesh..i nak balik resort..i rasa tak sihatlah.." pinta Sarah segera beredar dari situ. Sempat dia menjeling ke arah Ku.

"Nevermind Rakesh..i hantar Sarah balik ke resort dia.." segera Ku menuruti langkah Sarah yang telah jauh di hadapannya. Meninggalkan Rakesh yang masih lagi kebingungan.

Memang segalanya telah dirancangkan oleh Ku sebaik mungkin. Sengaja dia mengaturkan agar Sarah berada di pulau itu atas alasan kerja. Walhal bukan itu pun niat sebenarnya. Hanya lebih kepada ingin dipujuknya Sarah. Kali ini tanpa gangguan sesiapa. Hanya mereka berdua. Langkah Sarah makin dipercepatkan bila dilihatnya Ku mengekorinya.

***

Ayda menerangkan pemergian Sarah ke Pulau Perhentian pada Syafiq. Tak tenteram Syafiq dengan apa yang didengarinya bila Ayda menghubunginya. Baru sahaja dirancangnya rancangan memujuk bersama Ayda, tetapi pemergian Sarah ke pulau telah membantutkan segalanya.

"Takpe Ayda..aku tahu apa yang perlu aku buat..plan B.." Syafiq mematikan panggilan telefon dari Ayda itu. Ruang pejabat ayahnya di tingkat 5 bangunan Skystar Aviation itu ditujuinya. Pintu bilik diketuk setibanya di depan pintu itu.

"Ayah..Syafiq nak pakai chopper.."

Terkejut Tan Sri Syed Alwi dengan permintaan anaknya itu. Jarang Syafiq meminta sesuatu darinya.

"Syafiq nak buat apa..??" tanya Tan Sri Syed Alwi lagi.

"Syafiq nak pergi bercuti..cuma nak minta Steven tolong terbangkan Syafiq ke sana.."

"Ke mana..??"

"Pulau Perhentian.." jawab Syafiq tanpa berselindung. Walau apa terjadi, dia perlu juga cuba memujuk hati Sarah yang telah dimarahinya semalam.

Ayda hanya mengekori langkah Syafiq menaiki ke dalam perut sebuah helikopter di pejabat tempatnya bekerja. Beria benar Syafiq mengarahkannya agar mengikut. Tergesa-gesa Syafiq menjemputnya di rumah siang itu.

"Kau kena temankan Sarah..pastikan dia tak apa-apa atas pulau tu.."

"Kenapa awak saja yang tak temankan Sarah..??"

"Sebab aku tak boleh buat ni seorangan..apa-apa pun..kau kena tolong aku jugak Ayda.."

Ayda hanya mengangguk faham bila Syafiq menerangkan padanya segala isi rancangannya. Hati Sarah perlu dipujuk andai Syafiq ingin meneruskan niatnya untuk bersama Sarah.

Steven, juruterbang peribadi Tan Sri Syed Alwi mengemudi helikopter itu ke destinasi yang dipinta Syafiq. Terbang pada ketinggian 8000 kaki di awangan, mampu memukau mata sesiapa sahaja yang menjadi penumpang di dalam pesawat itu.

Banjaran bukit dan gunung dilintasi, sawah padi yang terbentang, hinggalah di atas lautan biru yang dikelilingi gugusan pulau-pulau kecil. Segalanya tampak indah dari atas.

"Encik Syafiq..dekat mana kita nak landing..??" Steven hanya memerhati dua biji pulau duduk berdekatan antara satu sama lain. Destinasi yang ditujui mereka telah kelihatan di bawah mereka setelah hampir dua jam mereka di udara.

"Perhentian Kecil..just land dekat mana yang sesuai.." arah Syafiq sambil menunjukkan sebuah pulau kecil yang terdapat di sebelah kirinya.

Kelihatan tangan-tangan melambai dari bawah bila terlihatkan pesawat itu melintasi mereka. Pemandangan  berbeza yang hanya dapat dilihat sekali sekala oleh pelancong di pulau itu mahupun penduduk utama pulau itu.

"Ok Ayda..cepat keluar.." arah Syafiq setelah pendaratan sempurna dilakukan oleh Steven. Dua tiga orang mula mengerumuni kawasan itu. Masing-masing teruja untuk melihat siapakah penumpang yang turun dari helikopter itu.

"Encik Syafiq..macam mana encik nak balik nanti..??" Steven bertanya sebelum dia beredar pulang semula ke Kuala Lumpur.

"Nevermind Steven..nanti saya akan beritahu semula.." Syafiq tertunduk terus berlalu meninggalkan pesawat itu. Putaran kipas helikopter cukup dirasakan kuat menolaknya ke bawah.

"Ayda sekarang kita kena cari Sarah..boleh kau cari dia..??" tanya Syafiq setelah dia mendapatkan Ayda yang menanti di sebuah pondok kecil di hujung padang itu.

"Boleh..saya boleh cari dia.." ucap Ayda yakin.

1 comment: