Dia dah ada makwe ke belum..??
Berbunga rasa di hati Sarah mengingatkan adegan suapan secara paksa semalam. Tak merelakan sebenarnya. Namun entah kenapa, dari benci boleh pula jadi teringat-ingat. Banyak juga insiden "ngeri" antara dia dan Syafiq kebelakangan ini kalau difikirkan semula.
Kalau dia belum ada makwe..siapa pulak Liyana dalam gambar tu..??
Itu tetap menjadi persoalan di benak Sarah. Sekeping lukisan di bilik Syafiq membuatkan dia tertanya-tanya. Wajah persis dirinya, namun nama sahaja berlainan.
Ke itu makwe dia..?? Bekas makwe dia..?? Atau lagi worst case scenario..janda dia..??
Fikiran yang berserabut jika disemai dengan benih negatif, memang senang sahaja bercambahnya. Tak habis-habis dicoretkan ke mindanya dengan tohmahan negatif pada Syafiq. Tak pernah nak dilakukan usul periksa.
Tak kisahlah apa status kau pun..tapi kalau betul sukakan aku, cakap..kalau senyap mana aku nak tahu..heh..
Tak sedar yang dirinya kini dihimpit dua lelaki sekaligus. Dalam hatinya teringatkan Syafiq. Namun zahirnya dia mencintai Ku. Semua itu membuatkan Sarah seram sejuk seketika.
Ahh..aku perempuan..ada hak untuk memilih..siapa yang lebih layak untuk dijadikan bakal peneman hidup aku nanti..
Sarah tersenyum. Memandangkan status dirinya yang masih samar antara dia dan Ku, membuatkan dia nekad kali ini untuk memberikan kata dua pada Ku. Bukan baru sebulan dua Ku mengenalinya. Hampir setahun. Namun mereka masih menyembunyikan hubungan cinta itu dari pengetahuan umum.
Bacul..!
Syafiq pula berlainan. Walaupun lebih banyak menyakitkan hatinya. Namun lain cara dia menyakiti Sarah. Sakit yang tak memerlukan antibiotik. Sakit yang tak memerlukan koyok ditampal ke dahi. Sakit yang tak memerlukan rawatan untuk disembuhkan. Hanya memerlukan sedikit lagi panahan asmara tepat ke hatinya untuk melahirkan benih cinta. Mungkin rawatan akupuntur cinta boleh berhasil.
Ohhh...im in love...
Pernah Sarah membaca sebuah artikel di internet sebelum ini. Andai seseorang itu bercinta dengan dua insan sekaligus, pilihlah insan yang kedua. Kerana, kalau benar cinta dalam dirinya itu utuh pada insan yang pertama, mana mungkin dia mampu jatuh cinta pada insan yang kedua. Semestinya insan yang kedua itu lebih istimewa dari insan yang pertama.
Pening arrr...!!
Sarah mengetepikan segala fail yang bersepah di atas meja pejabatnya. Entah kenapa makin runsing pula dirasakan dalam dirinya. Telefon bimbitnya diletakkan berhadapan dengannya.
Nak ke tak nak hantar mesej dekat Syafiq ni..??
Berbelah bahagi hati Sarah. Dia hanya merenung halaman kosong mesej yang hendak dihantar pada Syafiq. Tak tahu apa yang ingin ditaipnya.
Ahh..taip jelah apa-apa..
Ligat jarinya menari di atas keypad telefon bimbitnya. Sekejap ditulis, dipadamnya semula. Merasakan segala yang ditaipnya serba tak kena.
"Bila keluar hospital..??"
"Dah makan ke belum..??"
"Hari ni nak datang hospital boleh..??"
"Nak epal lagi tak..??"
Semua itu ditaip dan dipadamnya semula. Setiap ayat perlu difikirkannya sebaik mungkin sebelum dihantar satu mesej pertamanya itu. Andai salah percaturan, si kaki perli itu mesti akan menyakitkan hatinya kembali.
"I love u.."
Tergelak kecil Sarah bila dilihatnya sebaris ayat yang baru ditaipnya. Bukan sebarangan ayat. Ayat berpuaka yang mampu mengubah segala dimensi hidup seseorang.
"Hahaha..ini kalau aku hantar dekat kau ni Syafiq..mesti meremang punyalah bulu tengkuk kau.." tergelak besar Sarah dalam biliknya itu. Jarinya bermain-main di sekitar butang send di telefon bimbitnya.
Ishh..mana boleh..kalau hantar macam ni, aku dah serupa perigi cari timba pulak..kalau betul dia sukakan aku, dia sendirilah yang patut hantar mesej macam ni dekat aku..
Terbayang-bayang di benak fikiran Sarah andai dihantarnya mesej itu pada Syafiq. Yakin benar dirinya Syafiq adalah insan yang akan menggelabah puyuh saat menerima mesej itu.
Hahaha..taknak lah hantar mesej macam ni..macam sengal je..
"Sarah..!!" terbuka luas pintu biliknya bila Johari melulu masuk ke dalam bilik itu. Terjerit terlolong memasuki bilik itu tanpa sebatang ketukan di pintu. Merah padam mukanya seolah dikejar hantu puaka. Sarah yang sedang leka dengan telefon bimbitnya hampir sahaja terlompat dari kerusinya.
"Kau kenapa Jo..! Nak masuk ketuklah pintu..!" bentak Sarah.
"Datuk nak jumpa..pergi cepat..aku tak tahan sakit perut nak pergi toilet ni..!" terus Johari berlari meninggalkan bilik itu. Terkepit-kepit sahaja langkahnya.
Sengal betullah Jo ni..interkom kan ada..tak reti nak pakai ke..??
Sarah merenung kembali ke arah telefon bimbitnya. Terpampang satu notification yang membuatkannya kecut perut.
MESSAGE SENT..!!
Parah..! Mati aku ni..! Apa nak buat ni..!
"Aku main-main je nak hantar ni tadi..bukan betul-betul nak hantar..malulah aku..!" keluh Sarah seorangan. Tadi yakin benar dia mengatakan Syafiq yang akan menggelabah puyuh kalau menerima mesej itu. Tapi entah kenapa kini, dia pula yang menggelabah beruk saat mesej itu telah terhantar.
Ter..ter..terhantar..tak sengaja..kira tak valid-lah mesej tu kan..??
Terus Sarah mematikan telefon bimbitnya. Tindakan spontan yang mungkin akan menyelamatkan dia seketika. Resah tak keruan dibuatnya.
Ini mesti nanti dia cakap aku perasan..cakap aku gila bayang..cakap aku memang perigi cari timba..aduhhh..
"Kalau dia sebenarnya tak sukakan aku..rasanya lagi teruk aku nanti.." mencuka muka Sarah. Buntu fikirannya. Segera dia bangun dari tempat duduknya. Menuju ke bilik Datuk Mashitah seperti yang diarahkan Johari tadi. Namun fikirannya masih menerawang jauh memikirkan mesej kepada Syafiq tadi.
"Datuk cari saya..??" Sarah memasuki bilik Datuk Mashitah selepas ketukan di pintu bilik itu dijawab dari dalam.
"Ye Sarah..ini berkenaan dengan BOD meeting minggu depan.." Datuk Mashitah terus menerangkan pada Sarah tentang apa yang perlu dilakukannya.
Kalau aku tutup phone..mesej tu masuk tak dalam phone dia..?? kalau dia terima mesej tu apa pulak jawapan dia nanti..misalan kalau dia memang tak pernah sukakan aku, lagi malu aku dibuatnya..
Lain pula yang difikirkan Sarah. Kata-kata Datuk Mashitah di hadapannya langsung tak diendahkan. Dalam fikirannya ketika itu hanya Syafiq..Syafiq dan Syafiq..
"Are u listening to me Sarah..?!" tengking Datuk Mashitah bila dilihatnya Sarah leka tanpa mempedulikannya.
"Ehh..ye Datuk..dengar.." terhenti lamunan Sarah bila Datuk Mashitah memarahinya.
Free je kena marah hari ni..
Selesai sahaja penerangan Dari Datuk Mashitah, Sarah terus sahaja meninggalkan bilik itu. Dua fail dibawanya bersama. Telefon bimbit tetap digenggamnya.
Usai sampai di biliknya, telefon itu dihidupkan semula. Berdebar dalam hatinya memikirkan balasan mesej dari Syafiq.
Titt..titt..
Getaran telefon di telapak tangannya terus menerobos masuk ke setiap sendi tubuhnya. Semuanya ikut bergetar seirama dengan mesej yang diterimanya.
1 NEW MESSAGE
POMEN GIGOLO
Perlahan-lahan Sarah menekan mesej yang baru diterimanya.
Apalah jawapan Syafiq ni..
Pejam celik mata Sarah melihatkan mesej yang terpampang di telefon itu. Mesej yang baru sahaja dibalas oleh Syafiq.
"Kau ada ambil pisau kupas buah aku tak semalam..dah hilang..kau hantar balik dekat aku tengah hari nanti.."
Erkk..ini balasan jenis apa ni..?? Dia dapat ke tidak mesej yang aku bagi tadi..?? Kalau dia tak dapat mesej tu..baguslah.. selamat aku..
Lain yang dihantar, lain pula yang dibalas Syafiq. Entah kenapa pisau pula yang dijadikan isu dan meminta Sarah menghantarnya semula ke hospital.
Sarah menggeledah isi beg tangannya. Ternyata, memang dia terbawa pulang pisau milik Syafiq itu ke rumahnya malam tadi. Dek kerana bergurau tak kena tempat, itulah jadinya. Sampaikan pisau pun terbawa balik.
Ketukan di pintu biliknya mengejutkan Sarah. Cindy muncul di muka pintu. Sarah memerhatikan jam di dinding.
Patutlah muncul amoi ni..dah lunch hour..
"Sarah..jom kita lunch.."
Sarah bingkas bangun dari kerusinya. Dicapainya telefon bimbit yang terletak di meja dan dimasukkan ke dalam beg.
"Tak bolehlah Cindy..i nak pergi Ampang Puteri kejap.." jawab Sarah menidakkan ajakan Cindy.
"Aik..u sakit meh..??"
"Bukan i sakit..tapi i nak pergi visit orang sakit.."
Sarah bergerak menghampiri pintu biliknya. Cindy terus memandang tepat ke arahnya.
"Siapa sakit Sarah..?? Parent u ke..??" soal Cindy lagi.
"Bukan..kawan i.."
"Ok lah..kalau macam tu..i pergi makan sorang lah nampaknya.."
Kesian pulak aku dekat amoi ni..selalunya akulah peneman dia..tapi kalau dia ikut aku nanti..silap-silap tak makan pulak dia..
"U ajaklah Jo teman u makan..tak pun Encik Raiqal.." tersengih Sarah memberikan cadangan pada Cindy.
"Ahh..dua-dua i taknak..takutt.."
Sarah melihat semula ke arah jam tangannya. 15 minit lagi menjelang jam 1 tengah hari.
"Ok Cindy..i keluar awal sikit..nanti kalau i lambat balik..u tolong cover i ok..??"
"Ok..hati-hati u drive nanti.."
Sarah segera menuju ke arah lif. Dia perlu cepat. Jarak antara pejabat dan Ampang Puteri lebih kurang 10 kilometer. Kalau jalan sesak, mungkin masa yang akan diambilnya untuk sampai ke sana menjadi lebih lama.
Pasal pisau pun nak berkira..nak suruh berhantar..tengah hari ni makanlah nasi..makan buah kenapa..alasan je semua tu nak jumpa aku..rindulah tu..
Tepat jam 1.15 tengah hari barulah Sarah kunjung tiba ke ruangan parkir hospital. Jalan sesak sewaktu pick hour memang tak dapat dielakkan jika memandu di tengah ibu kota.
Bilik 312. Terpampang papan tanda kecil di pintu bilik Syafiq itu. Diketuknya perlahan.
Bismillahirrahmanirrahim..
Lawak juga si Sarah ni.
ReplyDelete