Saturday, 3 January 2015

Bibik Aku.. Terminator Bab 1

Dua biji bawang besar bergolek di atas singki. Rendaman ikan bilis terapung-apung di dalam mangkuk yang penuh berisi air.

Zing..zing..zing..bunyi asahan sebilah pisau di atas batu pengasah. Sekejap-sekejap diacunya pada jari. Menentukan ketajaman bilah pisau yang dikehendakinya. Apron berwarna pink diikat kemas ke pinggang. Dilurutnya tali apron yang tersangkut di bahunya....

"Kau kunci..!! Cintaku..!! Di dalam hatimu..!!"

Bergegar dapur itu dek suara yang sumbang. Lenggok persis penyanyi sebenar lagu itu, namun suaranya...sumbang mahram. Senduk di tangan digayakan seumpama sebuah mikrofon.

"Woi Sarah..!! Senyaplah..!! Memekak je..!!" jerit Syafiq. Jiran di sebelah rumahnya.

Terkedu Sarah. Muka umpama tercekik biji rambutan. Terkulat-kulat dia memandang di sebalik tingkap dapurnya. Kelihatan Syafiq sedang menyidai pakaiannya di ampaian.

"Ehh..aku pulak kau nak sound..kau duduk sebelah     tu..keletung..keletang..sibuk repair mesin basuh kau..aku tak bising pun." bisiknya dalam hati sambil mencemik mukanya. Cermin tingkap itu di ketuknya untuk menarik perhatian Syafiq. Musuh sebelah rumahnya itu.

"Hoi pomen mesin basuh..!! Dapur aku..suka hati akulah..!!" jawab Sarah semula kasar. Ingatkan dengan muka yang hensem, badan sado, kulit putih, aku boleh melting tengok kau..pleaseeeee...

Syafiq hanya berjalan masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Sarah. Memang dia takkan menang kalau bertelagah dengan Sarah. Yakin dia 100%. Sudah lebih dua tahun mereka berjiran. Masak sudah dengan perangai Sarah jirannya itu.

"Hehehe...tau kau takut..."

Dia ingatkan senang-senang nak buli aku. Ini Sarah Haji Mat Jusoh lah..darah pahlawan moyangku, Haji Pak Mat Tempe masih segar mengalir melalui pembuluh darah aku. Pantang sekali berundur kalau dicabar...ngeh..

Kuali yang dari tadi dijerangnya di atas dapur, beria benar mengeluarkan asap-asap halus memenuhi ruang dapur.

"Mengacau orang nak masak je.." rungut Sarah lagi. Di genggamnya rendaman ikan bilis di meja. Dicampaknya ke dalam kuali yang terjerang.

Prang..kung..kang..kung..kang..!!

Merecik minyak yang sedang menggelegak panasnya di dalam kuali. Terlompat-lompat Sarah Haji Mat Jusoh bila minyak dalam kualinya bertindak balas dengan air.

"Bengong minyak ni..panas sangat kenapa..!!"

Memanglah aku tak pandai masak. Tapi aku takdelah bodoh sangat sampai tak pandai nak ejas api dapur.  Dah cukup kecik api tu, bukan besar pun sampai nak bakar satu rumah ni..kene air sikit nak merecik-recik..bodoh punya minyak..

"Ini Sarah Haji Mat Jusoh la..tak takut minyak.." ditutup mukanya dengan pinggan, memandang ke dalam kuali. Ikan bilis yang dicampaknya tadi kehitaman. Hangus sudah.

"Hisshh...menyesal aku pakai minyak ni..!!"  diperhatikan minyak cap kaki yang dibelinya kelmarin. Disalahkan lagi minyak itu yang menjadi punca kesalahan memasaknya hari itu.

Sudip yang masih basah di atas singki dicapainya. Dicedoknya ikan bilis yang sedang masak hangus di dalam kuali.

Prangg..kung..kang..kung..kang!!

Sekali lagi meletup-letup minyak di dalam kuali itu. Sudip yang basah diujanya ke dalam kuali. Memang sengaja mencari nahas.

"Eiiii...!!! Bodohnya minyak ni..!!" dihentaknya sudip di sisi kuali yang berkilat itu. Dimatikannya api yang menyala. Segera dia beredar ke ruang tamu. Sakit hati..!!

"Hilang mood aku nak masak..!!" buku menu masakan tulisan seorang chef terkenal ditutupnya.

Ya..betul..memang Sarah langsung tak pandai memasak. Sejak dari azali lagi memang tak pernah langsung terlintas di benak fikirannya untuk memasak. Apatah lagi terniat di hatinya untuk memasak. Namun dek teguran ibunya yang datang melawat minggu lepas, berleter padanya bila dipesannya makanan dari luar untuk makan malam. Hatinya jadi gundah.

"Ekau bilo laie nak belajar masak ni..kau tu dah bosar panjang..camano nak kawin sok..??" leter ibunya pekat dalam loghat Negeri Sembilan.
 
"Mak..bukan Sarah taknak masak..tapi tak cool masuk dapur ni..rosak kulit Sarah kena minyak nanti.." jawabnya selamba.

"Habah kau..!! Kot laki kau kebulur nak makan nanti..apo nak kau suapkan..??" Ibu kalau meleter, memang kena terima je sumpah seranahnya. Pedas..perit..pedih..

"Sarah ajaklah dia makan luar..takpun order je fastfood..bukan susah.." aku tetap taknak kalah. Taknak. Setakat nak makan, bukan susah sekarang ni. Angkat telefon, call nombor-nombor fastfood yang ada. Tahu-tahu dah sampai je mat rempit bawak makanan dekat rumah nanti.

"Copek mati laki kau mati kono darah tinggi nanti Sarah oiii.." kali ini telinga Sarah pula dijadikan mangsa. Dipulas dan diheretnya Sarah ke dapur.

Sejak dari kes itulah aku mula berjinak-jinak ke dapur. Belajar memasak. Kalau tak memang lepas ni, aku pulak yang kena masak lagi dengan ibu.

Dingg..doong....berdengung bunyi loceng di dalam rumah itu. Sarah yang sedang kusyuk menonton drama di telivisyen, terus bangkit menuju ke pintu.

"Kak..pizza.." mat rempit berbaju hitam, terpacak di depan pintu. Menjinjing makanan yang dipesannya.
                                 
"Bagus..kau memang bagus budak..cepat kau sampai.." tersenyum lebar Sarah menghulurkan wang untuk makanan yang dipesannya itu.

Syafiq yang sedang leka berpoco-poco di hadapan rumahnya itu diperhatikan Sarah.

"Kejadah apa jantan ni..?? Badan sado tapi dok poco-poco pulak.." berkerut dahinya memerhatikan Syafiq. Tak sangka badan yang keras dimiliki pomen mesin basuh itu ada kelembutannya. Tiba-tiba Syafiq mengerling ke arahnya.

"Apa tengok-tengok..!!" jerkah Sarah sebelum menutup pintu rumahnya sekuat hati.

3 comments:

  1. Yey..dah ada blog utk novel ni..tahniah dik..mg success..😊

    ReplyDelete
  2. Tahniah sebab dah ada blog sendiri. Senanglah Kak Ita nak baca bila2 n di mana2. Tak perlu meminta dah pas ni.
    Doa akak adik terus berjaya dan dapat menerbitkan BAT dlm edisi cetak...

    ReplyDelete
  3. Tahniah sebab dah ada blog sendiri..best..bab 1 lagi dah best..semoga terus berjaya Cik Pemilik Blog..huhu..Aina tak tahu nak panggil apa..hehe

    ReplyDelete