Syafiq merenung ke luar tingkap bilik pejabatnya. Kereta kecil putih Austin Martin Mini Cooper miliknya itu diperhatikan dari atas.
"Ayah tak rasa Syafiq perlu lebihkan banyak masa di hangar selalu sangat.."
"Tapi ayah..itu minat Syafiq..sejak dari kecil ayah dah biasakan Syafiq dengan hangar di airport tu..Syafiq dah anggap hangar tu macam rumah nombor dua Syafiq.."
"Tapi itu masa kita masih terkial-kial mencari rentak dalam bisnes ni Syafiq.."
"Tak salah jugak kalau Syafiq pun mulakan dari zero kan ayah..?? Macam ayah jugak..from zero to hero now..??"
"Tapi ayah perlukan seseorang untuk bantu ayah uruskan perniagaan ini Syafiq.."
"Ayah kan ada uncle Dani..Syafiq percaya dia lebih dari mampu untuk membantu ayah.."
Syafiq menarik nafasnya dalam-dalam. Dia kembali ke tempat duduknya. Kerusi empuk itu dihenyaknya perlahan.
"And we also have our own engineer in the hangar Syafiq..semuanya talented untuk kerja-kerja di hangar tu.." balas ayahnya semula.
"Kalau dengan ayah..memang langsung takde harapan aku nak menang.." bisik Syafiq dalam hatinya. Dia mengeluh lagi.
"Syafiq tetap dengan pendirian Syafiq ayah..pagi Syafiq akan berada di office..after lunch, i will be at the airport..in the hangar.."
Keluhan kecil terdengar dari mulut ayahnya. Anaknya itu terlalu degil. Sentiasa mewarisi perangainya juga. Tak akan mengalah andai kata satu pendirian itu telah ditetapkan.
"Cik Dian..Encik Syafiq in the meeting sekarang..Cik Dian tak boleh simply masuk bilik Encik Syafiq.."
Dian Adira memandang ke arah Rihana, PA kepada Syed Syafiq.
"Excuse me Rihana..i dah call Syafiq tadi and he told me that he is in the office..!" bentak Dian.
"Tapi Encik Syafiq cakap dengan saya tadi, kalau ada sesiapa nak berjumpa dengan dia, saya perlu aturkan appointment dulu.."
"Helloo..takkan future wife dia pun perlukan appointment..??"
Rihana terputus bicara. Tak tahu lagi apa lagi yang hendak dikatakan pada Dian yang sombong dan degil itu. Dia hanya mampu memerhatikan sahaja Dian melangkah masuk ke arah bilik Syed Syafiq.
"Good morning honey.." Dian berdiri di muka pintu.
"Dian..i tengah meeting..kenapa u main terjah masuk je ni..??"
"Are u..?? Meeting takkan berdua je..??" sindir Dian.
"Its ok Syafiq..hi Dian.."
"Eh uncle Alwi..lamanya tak jumpa..bila uncle balik..??"
Dian melangkah masuk. Dihulurnya tangan untuk berjabat dengan ayah Syafiq.
"Uncle baru balik last week..how are u Dian..??"
"Good..! Mestilah Dian ok uncle..lagipun Syafiq ada je dengan i uncle.."
Syafiq mengerut dahinya. Merasakan tak senang dengan kehadiran Dian.
"Rindunya dengan uncle..lama betul tak jumpa kan..??" Dian menyambung perbualannya. Tas tangannya diletakkan di atas meja Syafiq.
"Kenapa nak rindu..uncle is nobody to u Dian.."
"How come uncle boleh cakap macam tu..im your future daughter in law..tak baik tau cakap macam tu.." kali ini wajahnya mencuka. Merajuk dengan apa yang diperkatakan oleh ayah Syafiq sebentar tadi.
"Dian..boleh u tunggu i dekat luar..?? I still meeting dengan ayah i.."
Dian Adira menoleh kepalanya ke arah Syafiq. Tak berpuas hati bila dia dihalau sebegitu sahaja dari ruang pejabat Syafiq.
"Please..??" tegas Syafiq semula bila dilihatnya Dian enggan bergerak dari tempat duduknya.
"Like this Dian..uncle akan arrange-kan dinner between daddy Dian and us later..so, maybe kita boleh borak panjang lagi nanti..??"
"Ok uncle..sounds fair to me.." Dian bingkas bangun mencapai tas tangannya. Syafiq mengurut dahinya tanpa mempedulikan Dian.
"Syafiq..inform pada Rihana..aturkan dinner antara kita dengan Datuk Razali tonight.." ucap ayahnya apada Syafiq.
"Ok ayah.." jawab Syafiq lesu. Butang interkom pada telefon ditekannya.
"Rihanna..tolong book table di Mandarin Oriental untuk 4 person tonight.."
"Ok Encik Syafiq..tapi untuk siapa..??"
"Between me, Dian Adira, Datuk Razali and Tan Sri Syed Alwi.."
"Baik Encik Syafiq..any else..??"
"Itu sahaja..inform pada saya semula kalau awak dah booking ye..thanks.." Syafiq memandang semula ke arah Dian yang sedang tersenyum puas.
"Awak boleh pergi sekarang Dian.." Syafiq menunjukkan ke arah pintu biliknya. Tak mahu diganggu lagi perbincangan antara dia dan ayahnya. Tan Sri Syed Alwi Syed Bostaman, Pengarah urusan Starsky Aviation Services Sdn. Bhd.
"Syafiq..suatu hari nanti, ayah tak mampu lagi nak teruskan kerja ayah ni..hanya Syafiq seorang sahaja harapan ayah.." sambung Tan Sri Alwi bila Dian berlalu pergi.
"Syafiq tahu ayah..but for now, beri ruang pada Syafiq untuk fokus pada our engineering team dulu..biar Syafiq rasakan bermandi dengan minyak hitam seperti ayah dahulu..bolehkan ayah..??"
Tan Sri Alwi mengeluh. Walaupun dia yakin anak lelakinya itu mampu menguruskan segala urusan di pejabatnya. Namun, serba sedikit ada juga kerisauan yang terdetik di hatinya. Syarikat yang telah dibinanya sejak berpuluh tahun dahulu memerlukan pengarah urusan yang baharu. Dia sudah terlalu berusia untuk menguruskannya. Siapa lagi hendak diharapkkan melainkan anak lelaki tunggalnya itu.
"Baiklah Syafiq..ayah tak boleh nak paksa kamu lebih sangat..its your passion.."
Lega Syafiq bila mendengar jawapan akhir dari ayahnya. Bukan tak mahu bekerja di pejabat, namun dia lebih selesa berada di hangar airport milik syarikat ayahnya itu. Menyelia dan membantu jurutera serta pekerja bawahannya membaiki atau melakukan seliaan khas terhadap semua pesawat milik syarikatnya itu.
"One more thing Syafiq..next month..chopper yang baru kita beli dari Itali dulu, will arrive here..so, make sure Syafiq ada masa penerimaan chopper itu nanti ye.." kata Tan Sri Alwi sebelum meninggalkan bilik Syafiq.
"Maksud ayah..Augusta..??"
"Yes..5 biji akan sampai.."
"Ok..Syafiq akan monitor on that ayah.."
"Sekarang i dah boleh jumpa u kan..Encik Syed Syafiq..??"
"Apa u nak lagi ni Dian..?? I dah arrange dinner untuk malam ni..tak puas hati lagi ke..??"
Naik semak Syafiq bila sering sahaja diganggu oleh Dian. Kalau tak kerana ayahnya yang berhubung baik dengan daddy Dian, memang tak ingin langsung dia berkawan dengan gadis itu. Syafiq terpaksa.
"Itu untuk malam nanti..tapi i nak yang sekarang punya.." jawab Dian cuba menghampiri Syafiq. Rihana hanya memerhatikan sahaja perangai gedik Dian Adira itu cuba menggoda majikannya. Kalau ditanyakan pada semua staf di pejabat itu, 110% akan mengatakan mereka semua amat membencikan perangai Dian Adira itu.
"Apa maksud u ni Dian..??"
"I nak ajak u lunch dengan i..sekarang.." jarinya cuba dilurutkan ke dada Syafiq. Namun segera ditepis.
"I think u kena behave sikit perangai u Dian..this is my office.." Syafiq memberikan amaran pada Dian.
"Kalau u taknak ikut apa cakap i, i tetap akan teruskan jugak Syafiq.."
"Ok fine..lets go..!" Syafiq malas hendak bertikam lidah dengan Dian lagi di pejabatnya itu. Dia tak mahu semua staff di pejabatnya menganggap dia senang lenang melakukan onar di pejabatnya sendiri. Dia bukan lelaki jenis itu.
Mereka berdua melangkah keluar dari bangunan pejabat urusan Skystar Aviation Services itu. Setiap insan yang lalu lalang melintasi Syafiq, kebanyakannya akan tunduk menghormati anak majikan mereka itu. Syafiq terlalu dihormati di kalangan pekerja syarikat itu. Dek kerana budi pekertinya dan sifat ketokohannya sebagai salah seorang pengarah di syarikat itu.
Kereta putih kecil Syafiq mereka tujui. Dian seakan masih tak berpuas hati dengan sikap dingin Syafiq.
"U memang tak reti nak beli kereta lain ke Syafiq..??"
"Kenapa u cakap macam tu dekat i Dian..??"
"Yelah..kereta buruk ni u pakai..?? Seganlah i nak naik..!"
"Ini je yang i ada..so whats the problem..??" Syafiq masih lagi cuba menenangkan dirinya. Memang dia sudah masak benar dengan perangai Dian itu. Dilahirkan dalam keluarga berada sejak dari kecil lagi, dia sudah terbiasa dengan kemewahan duniawi. Mungkin dia tak pernah merasai erti kesusahan dalam hidupnya.
"Jomlah kita naik chopper tu Syafiq.." Dian menunjukkan ke arah sebuah helikopter yang berada di atas helipad sebelah bangunan pejabat Syafiq.
"U nak pergi lunch dekat Uganda ke..??" sindir Syafiq.
"Dah la..!! Susah nak cakap dengan orang macam u ni Syafiq..!! Naik kereta i jelah..!!" Dian menarik tangan Syafiq untuk mengikutinya. Mahu tak mahu, terpaksa juga Syafiq menuruti.
"Chopper tu ayah i yang punya..not mine.." terang Syafiq sambil cuba melepaskan genggaman tangan Dian.
"Tapi u anak dia kan..??"
Mereka berdua menaiki BMW 5S milik Dian. Namun Dian masih tak habis-habis merungut hingga ke dalam keretanya.
"Lain kali belilah kereta macam ni..lagipun u lebih dari mampu nak memiliki kereta yang lagi baik dari ni..bukannya kereta buruk tu..!!"
Syafiq hanya memekakkan telinganya. Terlalu malas hendak dilayannya lagi bebelan Dian itu.
Ok..done.
ReplyDelete