Saturday, 3 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 8]

Deringan jam loceng membingitkan bilik Sarah pagi itu. Rutin harian sebagai seorang pekerja, bangun awal untuk ke pejabat. Dan hari Isnin merupakan hari malas sedunia bagi seseorang yang bergelar pekerja.

Diselaknya selimut yang menyelimuti tubuh dan terus bangkit menuju ke jendela. Dilihatnya keluar tingkap. Subuh masih lagi gelap. Namun dari kejauhan dapat diperhatikan bibit-bibit cahaya sang matahari mula menampakkan dirinya. Tuala dicapainya dan terus ke bilik mandi untuk bersiap.

Usai mandi, gerobok dibukanya luas. "Apa baju aku nak pakai hari ni ye.."

Dicapainya sepasang kemeja putih dan kot berwarna kuning keemasan. Diacunya ke badannya. Tersenyum puas bila melihat dirinya sendiri di cermin.

"Barulah ceria hari Isnin nak pergi kerja.." ngomelnya seorangan. Bertugas sebagai Business Development Executive di sebuah syarikat swasta, memerlukan Sarah tampil kemas setiap hari ke pejabat.

"Untung-untung ada anak-anak Datuk..Tan Sri..terpikat dengan aku.." tergelak kecil Sarah sambil bersiap. Angan-angan ingin bersuamikan sang jejaka yang kaya raya. Senang hidupnya nanti.

"Sarah..makanlah sarapan dulu.."

Terkejut beruk aku..selalunya pagi-pagi tak pernah ada orang tegur aku nak ke pejabat..siap ajak sarapan pulak tu..boleh pulak aku lupa yang Ayda ni menumpang dekat rumah aku sekarang..   

"Ayda..saya tak ambil sarapan pagi-pagi buta ni..alahan..kalau makan jugak, sakit perut saya drive pergi pejabat nanti.."

"Kalau taknak makan..bungkus bawa pergi pejabat..boleh..??"

Bagus jugak ada kau ni Ayda..pagi-pagi dah siapkan breakfast untuk aku ..kalau macam ni hari-hari, banyaklah boleh save duit aku..tak payah aku nak pergi beli sarapan lagi lepas ni dekat luar..

Sarah hanya menganggukkan kepalanya pada Ayda. Sementara dia bersiap menyarungkan kasut di muka pintu, Ayda membungkus sarapan untuk dibawanya ke pejabat.

"Hati-hati memandu.." ucap Ayda sambil menghulurkan sebungkus mee goreng pada Sarah.

"Hehehe.." tak pernah pulak orang wish aku macam ni..so sweet Ayda..

"Ok Ayda..petang nanti saya balik.. jaga rumah..jangan pergi mana-mana.."

"Baik Sarah.." Ayda hanya memerhatikan Sarah yang keriangan pagi itu. Ceria dan bersemangat sungguh dia ingin ke pejabat.

Ya Allah..macam mana aku boleh lupa semalam tayar kereta aku ni bocor..!! Tak bertukar lagi pulak tu..dah macam mana pulak aku nak pergi pejabat ni..!!

Sarah tercegat memerhatikan tayar belakang keretanya yang masih melepet. Mencekak pinggang dia sambil menahan marah.

"Ayda..!! Kenapa tak ingatkan saya pasal tayar kereta ni semalam..??"

"Saya tak tahu.." Ayda hanya menggelengkan kepalanya.

"Ni aku nak pergi kerja naik apa..??"

"Mana saya tahu Sarah..naiklah teksi atau bas.."

Wahh..sedap mulut kau bercakap Ayda..kalau aku nak naik teksi, aku kena menapak sampai jalan besar depan sana..tunggu dekat bustand..punya lama dah aku tak buat macam tu..dulu masa mula-mula kerja adalah..sakitnya hati kita..

"Terpaksalah..takkan awak nak ponteng kerja pulak.." jawab Ayda ringkas.

Urghh..baru aku nak happy pergi pejabat pagi ni, sekarang dah jadi malas..sakit hati nak melangkah pergi ke bustand..pakai lawa-lawa macam ni, naik bas..malunya..

Langkah demi langkah diatur perlahan Sarah. Bahunya menggalas seutas beg tangan. Manakala jarinya menjinjing seplastik mee goreng bekalan dari Ayda. Merungut-rungut sahaja dia melangkah pagi itu.

Tinn..tinn..

"Cik adik..jalan kaki nak pergi mana tu.."

Ayda memerhatikan sebuah kereta putih berhenti di sebelahnya. Syafiq..!!

"Saja joging pagi-pagi ni.." jawab Sarah yang masih sakit lagi hatinya.

"Ok.." hanya itu dibalas Syafiq. Lantas terus memacu keretanya meninggalkan Sarah.

Oiii..oi..teruknya perangai jantan ni..tak gentleman langsung..kalau iya pun, ajaklah aku tumpang ke..tolong hantarkan aku pergi pejabat ke..heiiii...kau memang tak gunalah pomen..!!

Keretq Syafiq berhenti semula 50 meter di hadapan Sarah. Lampu brek menyala terang menyinari kelam pagi subuh.

Alamak..dia dengar ke aku sumpah dia tadi ni..aku cakap dalam hati pun kau boleh dengar ke..dahsyat..

"Jom..aku hantarkan kau.." ucap Syafiq bila Sarah berhenti di tepi tingkap keretanya. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, terus sahaja Sarah membuka luas pintu kereta Syafiq itu dan masuk duduk di sebelahnya.

"Tak nak duduk belakang..?? kau kan boss.."

Perlilah pulak..

"Tak payahlah..aku jalan kaki jelah.."

"Ehh..gurau-gurau pun tak boleh..aku ikhlas nak tolong ni.."

Tau kau takut..hehe..aku bukan nak turun sangat pun..gertak je tu..tak larat dah aku nak berjalan pergi bustand..jauh tu..

"Office kau dekat mana..??"

"Jalan Yap Kwang Seng.."

"Kebetulan dekat dengan tempat kerja aku tu..satu jalanlah nak ke tempat kerja aku.." Syafiq terus memacu keretanya. Kesesakan lalu lintas pada waktu pagi, telah lali dan sebati dalam dirinya.

"Kau kerja dekat mana Syafiq..??"

"Adalah..rahsia.."

Eleh..nak berahsia konon..malulah tu nak mengaku kerja dekat bengkel..

"Orang banyak berahsia ni mesti hipokrit kan.."

"Kenapa pulak kau cakap macam tu..??"

"Takde apelah.." Sarah terus membatukan dirinya. Risau kalau lebih-lebih diperlinya Syafiq nanti, ditinggalkan pula dia di tepi jalan. Lagi haru.

"Ok..dekat simpan depan tu kau masuk.." ucap Sarah bila kereta Syafiq makin menghampiri bangunan pejabatnya.

Tersergam sebuah bangunan besar bila Syafiq membelok masuk ke simpang yang dikatakan Sarah.

"Besarnya office kau.."

"Office tempat aku kerja..bukan aku punya pun.."

"Petang nanti balik..nak aku pick uo kau ke..??"

"Tak payah..aku balik baik teksi je.."

"Berlagak..ok bye.." Syafiq terus memasukkan gear reverse bila Sarah turun dari keretanya.

"Terima kasih ye Syafiq.." ucap Sarah sebelum Syafiq meninggalkannya.   

"Hantar ni pun ada interest tau.." selesai mengucapkan itu, kereta Syafiq terus meluncur laju meninggalkan perkarangan pejabat Sarah.           

Tak habis-habis dengan interest kau.. lantak kaulah Syafiq..malas aku nak layan..

"Morning Sarah.."

"Hi Cindy..morning.."

"Wah..sape tu..boyfriend..?siap tolong hantarkan pergi office pagi-pagi.."

Pagi-pagi dah kene gosip..Cindy ni pun satu hal jugak..berada di tempat yang salah pada waktu yang salah..kantoi aku sudahnya..

"Bukan boyfriend i lah Cindy..itu neighbour i je.."

"Baiknya neighbour u..siap tolong hantar pergi kerja kan.."

Dah agak dah..mesti kene perli punya ..tapi hadap jelah..dia sorang jelah office mate yang paling ngam dengan aku..BFFMC lah katakan..Best Friend Forever Muah Ciked gitu..

Apa nak jawab ni..

"U tak takut ke 'dia' marah nanti..??" belum sempat nak dijawab soalan Cindy yang tadi, Sarah telah diajukan soalan kedua yang lebih penuh makna.

"Emm..'dia' tu lagi pentingkan kerja je dari i ni..i jatuh nombor dua.."

Cindy tertawa kecil dengan ngomelan Sarah. Bekerja di department yang sama, Cindy serba sedikit mengetahui tentang Sarah. Dari bab kerja, hinggalah ke bab peribadi.

Lif perlahan-lahan membawa mereka berdua ke tingkat tujuh. Jam menunjukkan tepat pukul 8.30 pagi, jadi berhimpit-himpitlah mereka di dalam lif memandangkan waktu bekerja semakin hampir. Semuanya mengejar punch card.

Sarah melangkah masuk ke biliknya. Pintu di kuak perlahan. Sekuntum bunga ros putih segar tersemat di tepi buku notanya di atas meja.

"Hmm.." hanya keluhan keluar dari mulutnya.

Tau pulak kau nak pujuk..aku ingatkan langsung dah lupakan aku ni..dua hari call tak angkat-angkat..entah manalah perginya..

Bunga ros dicapainya. Rindu yang berkalang terubat sedikit.

"Jelous betul i dengan u ni Sarah..jawatan kita sama..tapi yang lebihnya, u ada bilik sendiri..i pulak, duduk dalam akuarium dekat luar tu.." Cindy muncul di muka pintu bilik Sarah. Bersandar dia di jenang pintu memerhatikan Sarah yang sedang leka dengan ros putihnya.

"Siap dapat bunga pulak tu pagi-pagi.." sambungnya lagi.

"I kan special.." sempat Sarah mengukirkan senyumannya kepada Cindy.

"Yelah Ms. Special..nanti breakfast sama ye.." 

"I bawak bekal hari ni Cindy..so u terpaksalah pergi sorang.."

"Bekal..??" Cindy semakin pelik dengan tebiat Sarah pagi itu.

"Tadi pakwe hensem hantar pergi kerja..sekarang u ada bawak bekal pulak..??" matanya bundar memerhatikan Sarah. Memohon penjelasan yang lebih terperinci.

Ehh amoi ni..banyak pulak soal dia pagi-pagi ni..

"Nanti i cerita dekat u ok..??" malas nak dilayan lagi Cindy yang tercegat di pintu biliknya itu. Kerja yang menimbun perlu diselesaikan terlebih dahulu. Bukannya gosip didahulukan.

"Ok.." Cindy berlalu pergi meninggalkan Sarah.

Satu persatu nota kecil di meja diteliti Sarah. Cuba mengingat kembali kerja-kerja yang tertangguh dari minggu lepas. Telefon bimbit yang terletak di atas meja tiba-tiba bejoget tak henti. Panggilan dari rumahnya sendiri.

"Sapa pulak main phone rumah aku ni..??"

"Hello Sarah.."

"Ayda..dah pandai main telefon pulak ye..nak apa..??

"Awak kat mana..??"

"Saya dekat officelah.."

"Ok..saya cuma risaukan awak kalau-kalau awak tak sampai ke pejabat lagi.."

Terlebih caring pulak Ayda ni..aku dah besarlah..dah tahu jaga diri aku sendiri..ishh

"Syafiq hantar saya tadi Ayda..so saya ok.."

"Baguslah.." talian terus diletakkan Ayda. Tanpa ungkapan satu pun ungkapan bye atau apa sahaja perkataan yang sesuai untuk menamatkan sesuatu panggilan.

"Yelah..robot kan.." Sarah menggelengkan kepala bila teringatkan peel Ayda. Tak semena-mena kini dia berpunyakan seorang bibik dari masa hadapan di rumahnya.

Belum sempat hendak dihelanya nafas lega, pintu biliknya pula diketuk. Muncul Johari, si gemuk berkepala botak bak toyol di pintu.

"Sarah..bos nak jumpa.."

"Bos mana..??" bukan seorang dua bos dalam syarikatnya itu..Kalau tak spesifik nama yang diberikan oleh Jo, boleh buatkan aku ni salah berjumpa dengan bos nanti.. 

"Second bos..anak harimau.." Jo menutup kembali pintu bilik Sarah setelah menyampaikan pesanannya.

Aik...pagi-pagi dah nak jumpa..rindu ke..?? Tapi nasib baiklah anak harimau yang nak jumpa pagi-pagi ni..kalau mak harimau, memang tinggal tulanglah aku.. Mak harimau lagi garang dari anak harimau..

1 comment:

  1. Tinn..tinn..
    "Cik adik..jalan kaki nak pergi mana tu.."
    Ayda memerhatikan sebuah kereta putih berhenti di sebelahnya. Syafiq..!!
    "Saja joging pagi-pagi ni.." jawab Sarah yang masih sakit lagi hatinya.

    Ada silap nama watak kan kat sini. Patutnya Sarah tapi adik letak Ayda.

    Adik...bustand or bus stand.

    ReplyDelete