Sunday, 4 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 11]

Sarah terbelek-belek fail yang diberikan Raiqal semalam. Belum pun sempat hendak dihelanya nafas lega, masuk pula satu persatu kerja yang baru. Lumrah menjadi kuli, beginilah. Asal sahaja boss melihatdirinya mula senang, ditambah lagi kerja-kerja di meja. Tiada langsung masa untuk mengular dalam diari kerja Sarah.

"Kalau aku dah jadi isteri Ku kan best.." Sarah mula berangan-angan.

Tak payah susah-susah nak pergi kerja on time..tak payah nak punch card..tak payah nak kelam kabut siapkan kerja ikut dateline..tak payah takut nak kena marah..yang paling best, silap-silap tak payah pergi kerja.. duduk je kat rumah..tahu-tahu hujung bulan duit masuk je dalam akaun..elaun binilah katakan..

"Uiii seronoknya.." tersengih Sarah keseorangan di dalam biliknya itu. Pen yang dipegangnya digigit tak mahu dilepaskan.

"Nak buat kerja ke nak berangan..!" garau suara yang menegurnya. Tak disedari pintu biliknya terkuak sedikit. Leka dek berangan hinggakan tak sedar seseorang mengintainya dari celahan daun pintu.

"Ku..! Terperanjat Sarah la.." Sarah membetulkan postur duduknya. Ku melangkah masuk ke dalam biliknya sambil menutup pintu yang terbuka.

"U buat apa kat sini Ku..??"

"I nak jumpa pengarang jantung hati i..salah ke..??"

Alaaa sweetnye..

"Bukan tak boleh..nanti orang tengok..!"

"Kalau orang tengok pun, maybe they will assume seorang bos berjumpa dengan pekerjanya.."

Amboi senangnya menjawab..

"Tapi its weird because mana ada bos yang sanggup turun dari biliknya semata-mata hendak berjumpa pekerjanya Ku..selalunya pekerja yang kena jumpa bos.." tegas Sarah sambil memerhatikan keadaan di luar biliknya melalui tingkap.

"Hanya pekerja yang pergi berjumpa bos..!" ulang Sarah semula.

"Biarlah..office i Sarah..suka hatilah i nak buat apa pun.." Ku tergelak kecil memerhatikan Sarah yang sedikit kerisauan. Sekejap-sekejap diperhatikan keluar. Risau andai ada mata liar yang memandang.

Aku ni taknak orang cop aku mata duitan Ku..taknak orang cop aku penggoda..nanti orang cakap yang bukan-bukan pasal aku..kalau orang nak caci, bukan diorang caci kau..tapi aku..darjat kita tak setara Ku..aku sedar semua tu..

"From the first day i see u, i always believe that u are the one who is holding my key to happiness sayang.."

Emmm..dah mula cakap bisik-bisik yang aku lemah ni..aku tak boleh kalau dengar orang cakap sweet-sweet ni..kembang kuncup rasa hati ni..

"Tapi Ku..i takutlah.."

"Apa yang u nak takutkan sayang.. i always here for u.." Ku merapati Sarah yang sedang duduk di kerusinya. Tangan Sarah dicapainya. Diusapnya jari jemari yang halus itu.

"The only person that i care of..sedaya upaya i akan pastikan u sentiasa selamat dengan i.."

Alert..!! Alert..!! Melting point already reach..!! Melting point already reach..!! Stay cool Sarah..jangan menggelabah.. walau macam mana pun Ku katakan pada kau, jangan sesekali kau tewas dek lamunan perasaan..u can do it Sarah..!!

Sarah segera menarik tangannya yang digenggam oleh Ku. Bukan cuba mengelak. Namun risaukan andai dilihat oleh orang lain.

"Tapi mama u Ku..?? I mean Datuk..??

Ku menghela nafasnya panjang. Ditenungnya wajah Sarah. Namun hatinya ligat memikirkan apa yang baru diperkatakan Sarah.

"Pasal mama i, i will handle it Sarah..dont u worry..thats my promise.."

Mulut yang berkata-kata manis memang mudah untuk melontarkan kata-kata janji..namun hati yang menyimpan beribu persoalan, mampukah menerima andai suatu hari nanti janji itu dipersiakan..?? Aku tak sanggup Ku..

"Sarah..!! Jom pergi maaaaa....!" Cindy tercegat di pintu bila dilihatnya Ku dan Sarah berduaan di dalam bilik itu.

"Oppsss...sorry.." Cindy menarik semula pintu yang baru dibukanya tadi.

"No..its ok Cindy..saya dah nak keluar.." ucap Ku. Dia kembali memerhatikan Sarah yang masih merenungnya.

"Malam nanti i ambil u..kita dinner ye sayang.." bisik Ku sebelum berlalu pergi. Cindy hanya memberikan laluan kepada majikannya untuk keluar dari bilik Sarah itu.

"Sorry Encik Ku.." ucap Cindy bila Ku melalui di hadapannya.

"Its ok Cindy.." Ku tersenyum dan terus meninggalkan mereka berdua. Cindy terpinga-pinga memerhatikan Sarah yang sedikit muram. Terpancar cahaya kerisauan di riak wajahnya.

"U gaduh dengan Ku..??"

"Takdelah Cindy..macam biasa je.." Sarah hanya mampu mengukir senyuman tawar. Kepalanya serabut. Entah kenapa saat Ku mengatakan kata-kata cinta padanya, dia menjadi semakin risau.

"Pasal Datuk lagi ke..??"

Sarah hanya mengangguk lemah. Tak mampu hendak mengiakan soalan Cindy itu.

"Its ok Sarah..sekarang ni lunch time..jom i belanja u makan..jangan sedih-sedih.." Cindy cuba menenangkan semula hati Sarah yang sedang gundah.

Kalaulah kau tahu apa yang bermain dalam kepala aku ni Cindy...

"Ok..tapi dekat-dekat sini jelah ye..i tak bawak kereta lagi hari ni.."

"Still tak repair lagi..??"

"Belum..takde masa nak hantar.."

"Ok..kita lunch dekat depan sana..dekat sikit.."

Cindy terus memeluk bahu Sarah. Mengiringinya berjalan hingga ke lif. Mulutnya tak habis-habis berbicara tentang kerja yang menimbun. Namun satu pun tak diendahkan Sarah.

Kalaulah yang memeluk erat aku ini Ku..rasanya aku tak mungkin bermuram sebegini.

Syafiq menyonsong masuk keretanya ke garaj rumahnya. Keluar dari pintu kereta, diperhatikan Ayda tercegat seorangan di sebelah kereta Sarah. Sekejap-sekejap dia membongkok dan dibeleknya tayar kereta. Hairan Syafiq melihatnya.

"Kenapa tu Ayda..??"

Ayda menoleh ke belakang. Syafiq sedang berdiri di sebalik pagar yang memisahkan antara rumah mereka berdua.

"Tayar kereta Sarah tak ada angin.." jawab Ayda.

"Belum repair lagi..??"

"Belum..tak tahu kenapa Sarah biarkan je.."

Syafiq tersengih.

"Itulah perempuan..bawak kereta pandai..tapi bila rosak, terus biarkan je tersadai.." Syafiq bergerak ke arah bonet keretanya.

"Agaknya kalau dah ada suami nanti..suami tu sakit..dibiarkan je mati.." tersenyum Ayda memandangnya.

"Takpe..biar saya tolong Ayda.." sambung Syafiq lagi.

Syafiq mengeluarkan segala kelengkapan untuk membuka tayar kereta. Spanar, jek kereta dan perengkuh.

"Tak susahkan awak ke Syafiq..??"

"Kita hidup berjiran..kenalah tolong menolong.." jawab Syafiq selamba.

Ayda hanya memerhatikan sahaja Syafiq berseorangan menyelesaikan tayar kereta Sarah yang melepet itu.

"Sarah tak balik lagi Ayda..??" sedikit mendengus suaranya. Kelelahan dek memiuh keluar skru yang terikat ketat di rim kereta itu.  

"Belum..mungkin lambat sikit..dia naik bas.."

Syafiq terhenti seketika. Fikirannya melayang teringatkan peristiwa dua tahun lepas. Kali pertama Sarah berpindah ke rumah di kejiranannya.

Saat itu Sarah hanya seperti gadis desa yang lain. Merantau ke ibu kota semata-mata mencari sesuap nasi. Dengan berbekalkan segulung ijazah, dijajanya di setiap pelusuk syarikat terkemuka di ibu kota. Habis semua dirayau Sarah.

Namun paling tak dapat dilupakan Syafiq saat pertama kali ditegurnya Sarah.

"Sarah..datang cari kerja dekat KL ni, awak kena sertakan sekali dengan pakej diri awak..bukan setakat sijil je awak usung ke hulu ke hilir.."

Sarah tidak berapa memahami dengan percakapan jiran barunya itu.

"Apa maksud awak dengan pakej Syafiq..??"

"Maksudnya..penampilan awak tu..eloklah sikit..ini comot je..janganlah nak tunjuk awak tu kampung sangat.." jawab Syafiq diiringi tawa kecil.

"Ini asyik kusam je muka awak tu..saya tengok pun takde selera..inikan pulak bos-bos tempat awak pergi interview tu.." kali ini deraian ketawa yang semakin galak kedengaran dari mulut Syafiq. Membuatkan Sarah sedikit terkilan pabila Syafiq mengatakannya gadis kampung yang comot.

Sejak dari hari itulah, mereka berdua jarang lagi bertegur sapa walaupun hidup berjiran. Kalau ada pun Syafiq menegur Sarah, jawapan dari mulut Sarah selalunya seperti mahu mengajaknya bertumbuk. Mungkin dek kerana kritikan Syafiq terhadap dirinya, disemat rapi ke pelusuk hatinya. Mungkin kerana itu jugalah mereka bermusuhan hingga sekarang. Mungkin Sarah menyimpan dendam.

Namun Sarah yang dulu bukan yang sekarang. Sarah semakin matang. Makin bergaya, makin cantik malah makin hot! Mungkin berebut lelaki di luar sana ingin mendampinginya.

"Kalau dulu kau macam sekarang ni..dah lama aku pikat kau Sarah.." bisik Syafiq sendirian.

"Apa yang awak termenung Syafiq..?"

Ayda yang sedari tadi berdiri di sebelahnya, menyedari akan lamunan Syafiq. Tersengih-sengih dia seorangan.

"Haha..takde apelah Ayda.." Syafiq bingkas bangun.

"Saya hantar tayar ni pergi kedai tayar dulu ye.." sambung Syafiq dan terus membawa tayar kereta Sarah yang bocor itu ke dalam keretanya.

Sarah melangkah semakin laju ke arah rumahnya. Dia perlu cepat malam ni, Ku berjanji akan membawanya makan malam. Lama sungguh dirasakan tak dapat berdua bersama Ku dek kekangan kerja.

Aikk..terjongket je kereta aku sebelah ni..kenapa pulak ni..??

Sarah hanya sempat menjeling ke arah keretanya bila Ayda muncul di pintu.

"Saya minta tolong Syafiq betulkan tayar kereta awak Sarah.."

"Syafiq mana pulak ni Ayda..??"

"Syafiq jiran kita.."

"Syafiq pomen..??"
                    
Ayda hanya mengangguk. Sarah tersenyum riang. Tak perlulah dia bersusah payah menghantarnya ke bengkel. Pomen sebelah rumah sudah membantu.

"Tapi aku hairanlah Ayda..kau ni tak habis-habis dengan Syafiq..ada apa-apa ke..??"

Kali ini Sarah dapat melihatkan perubahan wajah Ayda. Seolah-olah cemas dengan soalannya tadi. Ayda hanya senyap tak menjawab sebarang soalan dari Sarah tadi.

"Aydaaaa..." Sarah menegur semula Ayda yang seperti kehilangan punca untuk menjawab.

"Kita hidup berjiran..kenalah tolong menolong.." Ayda hanya mengulangi semula percakapan Syafiq yang didengarinya sebelum ini.

"Ok baguslah..aku nak naik mandi.." Sarah terus berlari ke tingkat dua rumahnya. Ayda pula masuk ke dapur untuk menyediakan makan malam untuk Sarah.

"Aiyaa boss..ini tayar tarak problem woo..olang kasi buang dia punya angin saja woo.." kata pekerja di kedai tayar, tempat Syafiq menghantar tayar kereta Sarah yang disangkanya bocor.

"Apa u cakap tokey..?? Tayar sudah pancit..lagi tarak bocor kaa..??" Syafiq hairan. Masakan tiada kesan bocor pada tayar itu. Bagaimana pula tayar itu boleh kempis dengan sendirinya tanpa sebab.

"Betul la bos..ini talak tipu punya..sudah dua kali saya cek maa.."

"Kalau bukan bocor..apa pasal..??" Syafiq memerlukan kepastian.

"Wa ingat ini olang sabotaj sama u maa..dia kasi picit ini tayar punya nat..kasi buang semua angin.." jawab pekerja itu pelat dengan dialek melayu cina.

"Siapa pulak nak sabotaj..?? Takkan Sarah nak sabotaj kereta sendiri..??"

Syafiq bingung dengan keadaan itu.

"Ke Ayda..??" Syafiq terus berfikir seorangan.

"Ini boss u punya bill..dua puluh lima ringgit saja.." bil dihulurkan keoada Syafiq.  

"Hoi..!! Pam angin lepas tu cek sikit-sikit pun cas mahal sangat kenapa..??" bentak Syafiq.

"Saya cari makan woo kawan.." hanya itu sahaja jawapan dari mulut pekerja bengkel itu.

Mahu tak mahu Syafiq terus menghulurkan bayarannya. Malas mahu bertekak hanya dek kerana perkara kecil.

"Tapi hairan jugak..kalau betul Ayda yang sabotaj kereta Sarah..ape pulak motif dia..??" Syafiq terus berfikir sambil memandu pulang ke arah rumahnya

1 comment:

  1. Terminator pun ada perasaan ke? Perasaan nak satukan Sarah dgn Syafiq.

    ReplyDelete