Sarah melangkah menuju ke bilik anak harimau. Setibanya di hadapan pintu bilik itu, dikemaskan sedikit pakaiannya. Rambutnya diselak agar tersusun sedikit rapi.
Ku Syafiq Ku Mokhtar, Deputy CEO. Terpampang besar nama empunya bilik itu. Diketuknya perlahan pintu itu. Kedengaran suara seseorang mengarahkannya masuk dari dalam bilik.
"Morning.." Sarah melangkah masuk ke bilik yang kelihatan agak mewah itu. Susunan sofa mewah di sebelah kiri sentiasa tersusun rapi. Kabinet rak buku di sebelah kanannya pula sentiasa tersusun dengan buku-buku dan majalah tentang hal ehwal perniagaan.
Berada di hadapannya, seorang jejaka tampan yang sedang leka membelek fail-fail di atas mejanya. Secawan kopi yang masih berasap, terletak teguh di sebelah kiri meja.
Bilik boss lah katakan..
"Sarah..have u check accordingly this report..??" satu fail diangkat dan ditunjukkan ke arah Sarah.
Pagi-pagi dah emo ni yang aku malas ni..
"Sudah..dua kali..i.."
"How come u boleh agreed dengan proposal from our engineer without referring this matter to our Strategic Management Manager dulu..??"
Hahh..tu dia..golongan boss ni kalau bercakap, memang jenis takde noktah..macam machine gun..belum aku habis cakap dia dah caras..lepas tu pung pang pung pang cakap tak berhenti..
"I dah refer dengan En. Raiqal..tapi dia.."
"No excuses Sarah..im not satisfied with this kind of rubbish.."
Punya penat aku tergolek terkangkang-kangkang nak siapkan report tu minggu lepas...kau boleh cakap tu sampah..!
"Tapi..."
"Again Sarah..i should remind u..every proposal must go directly to me, after it goes to Strategic Department first..should i remind u twice..??"
Aku dah hantar dekat Strategic Department sebelum aku hantar dekat kau lah..dah diorang agreed dengan proposal tu..aku humbanlah dekat kau pulak..salah aku jugak lagi ke..!
"Baik En. Ku.." Sarah hanya mengiakan sahaja apa yang diperkatakan oleh majikannya. Kalau lebih-lebih, naya pula nanti.
Sarah hanya tertunduk menahan marah. Tak mampu lagi mengatakan apa-apa setelah bertubi-tubi pagi itu dia dimarahi. Keluhan kecil terdengar dari meja di hadapannya. Perlahan boss yang digelar anak harimau di kalangan pekerja syarikat itu bangun dan melangkah ke belakang Sarah. Bahunya dipegang erat.
"Sayang.."
Heh..tau pulak kau takut bila aku merajuk..haaa..sekarang kau pujuk pulak aku nak tengok..bukan main sedap kau marah aku tadi ye..
"U marahkan i ke.." Ku terus memegang erat bahu Sarah.
Sarah hanya merontakan badannya minta dilepaskan. Hatinya masih lagi geram diperlakukan sebegitu pagi-pagi.
"U kalau nak marah-marah pun..janganlah pagi-pagi.."
"Sayang..this is work..janganlah take it personal.."
Ngek kau..personal tak personal..takkanlah tak boleh sikit pun nak belas kasihan..pagi-pagi at least start lah dengan sweet talk.. cakap aku ni cantik ke pagi ni..cakap rindukan aku ke pagi ni..ini tak..membebel pasal kerja..
"Maafkan i ye sayang.." Ku terus memujuk Sarah kekasih hatinya. Mungkin agak keterlaluan emosinya pagi itu. Hinggakan tak dapat dibezakan antara pekerja biasa dengan pekerja special-nya.
"Tak nak..!" haaa...kau hadaplah aku merajuk ni..silap-silap dua minggu aku tak bercakap ni..merajuk bukan main-main ni..
Ku Syafiq melepaskan pautannya di bahu Sarah. Seutas rantai dikalungnya ke leher Sarah. Membuatkan Sarah tersengih seorangan. Secara spontan, badannya berpusing menghadap ke arah Ku.
"U pergi mana dua hari..langsung tak dapat call.." rungut Sarah manja sambil tertunduk.
"I kena pergi Perth sayang..kan i dah bagitau.."
"Memanglah dah bagitau..tapi boleh je call kan kalau dekat sana..??"
Dagunya diangkat sedikit oleh Ku. Kali ini matanya diarahkan tepat memandang wajah kesayangannya itu. Helaian kumis halus menutupi bahagian dagu membuatkan Ku kelihatan agak tak terurus. Namun itu yang membuatkan dia kelihatan lebih segak dari yang biasa.
"Ok..i mintak maaf..salah i ok.." semerbak bau wangian Gucci Black seiring dengan percakapan Ku membuatkan reda sedikit angin kemarahan Sarah.
"Ku..!!" pintu bilik di buka luas. Tanpa ketukan, seorang wanita terus menyerbu masuk ke dalam bilik Ku Syafiq. Kelam kabut Sarah melepaskan tangan Ku yang sedang memegang erat tangannya.
"Mama..." terus Ku menjauhkan dirinya sedikit dari Sarah.
"Selamat pagi datuk.."
Aduhh..dah masuk pulak mak harimau ni..tak sempat aku nak feeling-feeling..potong betullah..
"Ni ada apa ni..?? What are u doing here Sarah..??"
"Ku minta dia hantarkan dokumen untuk Ku tadi mama.." sepantas kilat Ku cuba mengelakkan dari rahsianya dihidu oleh Datuk Mashitah. CEO di syarikat itu, merangkap ibunya.
"Leave us alone Sarah.." Ku mengarahkan Sarah meninggalkan ruang pejabat itu. Risau kalau-kalau lain pula yang terjadi kalau lebih lama Sarah di situ. Mata kecil Datuk Mashitah hanya mengekori Sarah sehingga dia hilang dari pandangannya.
"Its about our project dekat Terengganu Ku.." hanya itu yang dapat ditangkap cuping telinga Sarah sebelum melangkah lebih jauh dari bilik Ku.
Mak dengan anak sama je..dua-dua tak reti nak berhenti kerja..Sarah beredar ke biliknya. Rantai pemberian Ku masih lagi melekap di lehernya. Terukir senyuman manis di bibirnya. Buruntung kerana memiliki seorang kekasih yang amat baik hati dan romantik.
Ku Syafiq Ku Mokhtar, seorang bos merangkap kekasihnya. Memang agak sukar untuk dipercayainya sebelum ini, bahawa satu hari nanti, dia akan berpunyakan seorang kekasih yang berjawatan tinggi, ternama dan lebih penting mempunyai keperibadian yang tinggi. Kalau nak dibandingkan dengan dirinya. Bagai enggang dengan pipit. Jauh benar bezanya darjat antara dia dan Ku. Dia hanyalah gadis kampung yang membesar dalam kesederhanaan, manakala Ku, lahirnya sahaja sudah di atas longgokan wang.
Namun yang lebih merumitkan keadaan, penerimaan ibunya, Datuk Mashitah. Bolehkah dia menerima aku..??
Bungkusan mee goreng kiriman Ayda dibuka. Perlahan-lahan disuapnya ke mulut. Kepalanya masih lagi bercelaru memikirkan perihal Datuk Mashitah. Kalaulah diketahuinya hubungan antara dia dan Ku, bergegarlah satu bangunan pejabat ini.
Datuk Mashitah terlalu over protective terhadap anak bujangnya yang seorang itu. Dari segi cara dia mendidik dan membesarkan Ku, sudah terlihat bagaimana dicurahkan segalanya kasih sayang terhadap Ku. Hanya itulah anaknya seorang. Bakal pewaris kepada syarikat pembinaan terkemuka itu, Megah Tara Holding.
Aku pulak..kuli balaci je dekat sini..entah apa yang istimewa dekat aku ni pun, aku tak pasti..sampaikan Ku tergila-gilakan aku..
"Menung aje ke..??" Cindy memasuki semula bilik Sarah. Kali ini dibawanya bersama sebungkus makanan.
"Teman i breakfast Cindy.."
Kerusi ditarik oleh Cindy. Punggungnya dilabuhkan ke berhadapan dengan Sarah.
"U taknak temankan i makan tadi..so i pergi je tapau.."
"Oklah tu..boleh temankan i makan sekali.."
"Kenapa u Sarah..moody pulak..??"
"I pergi jumpa Ku tadi..tapi tiba-tiba Datuk boleh muncul pulak.."
"So kantoilah..??"
"Entahlah Cindy..i rasa tak kot..sempat lagi cover tadi.."
"Thank god..kalau tak, nahas u..siapa tak kenal Datuk Mashitah..not just a well establish business woman..but also a harimau betina.."
Kedua mereka tergelak bila memperkatakan tentang majikan mereka itu. Sedikit sebanyak meleraikan perasaan gundah yang bermain di fikiran Sarah.
"U apa mimpi bawak bekal ni Sarah.. i tak tahu pulak u pandai masak.."
Macam mana aku nak bagitau amoi ni..dia ni memang tau aku ni tak pandai masak..kalau aku cakap aku masak sendiri, sah sah la menipu..tapi kalau aku bagitau dia pasal Ayda..silap-silap dikatanya aku gila pulak nanti..
"I dah ada bibik sekarang Cindy.."
Satu persatu diterangkan Sarah pada Cindy tentang Ayda. Terminator yang dihantar oleh suaminya dari masa hadapan. Semata-mata untuk mengajarnya memasak. Terkebil-kebil Cindy mendengar cerita Sarah.
"Haaa..macam tu lah ceritanya Cindy.."
Cindy terdiam. Bungkusan plastik makanan yang telah dihabiskannya tadi dibungkus semula. Perlahan-lahan dia bangun dan berdiri di sebelah Sarah. Tangannya diletakkan pada dahi Sarah.
"Are u sure u ok Sarah..??"
Aku dah agak dah..amoi ni mesri taknak percaya punya..buang air liur je aku cerita..memang sah sah takde siapa yang akan percaya..
"Ok..apa-apa bagitau i ye..i balik table i dulu.." Cindy melangkah pergi meninggalkan Sarah. Dalam hatinya sedikit risau, kalau-kalau Sarah mengalami tekanan perasaan dek kerja yang menimbun. Kerana itulah dia mula merapu.
"Memang takde sapelah yang percaya cerita aku ni.."
Sarah kembali mengadap skrin komputernya.
"Buat kerja lagi baguslah.." rungutnya seorangan.
Pusing ke kiri salah. Pusing ke kanan salah. Ayda bercelaru. Entah apa lagi yang hendak diusiknya. Segala kerja rumah telah selesai dilakukannya. Mengemas sudah, memasak sudah, mencuci pun sudah.
Dilihatnya jam di dinding. Hampir jam 4 petang. Telefon dicapainya semula. Nombor Sarah didailnya semula.
"Hello Ayda..nak apa lagi ni.."
"Awak kat mana.."
"Aku dekat office lagilah..kenapa.."
"Belikan ikan bilis masa awak balik nanti.."
"Aku balik naik bas Ayda..macam mana nak singgah kedai..tunggu aku balik nantilah.."
"Tapi.."
"Dah..takde tapi-tapi lagi..aku banyak kerja ni.." talian terus dimatikan Sarah.
"Tapi tayar kereta awak bocor lagi Sarah.." ucap Ayda seorangan. Namun tak sempat hendak diucapkannya pada Sarah. Diperhatinya di luar rumah, awan mendung mula berarak menutupi ruang angkasa. Tanda hujan akan turun.
"Mesti Sarah kuyup nanti.."
"Sarah..bos nak jumpa.." Johari muncul lagi di muka pintu biliknya.
Engkau ni dah macam office boy pulak aku tengok Jo..macamlah office kita ni takde interkom kau nak bagitau aku..sanggup kau ke hulu ke hilir nak panggil orang jumpa bos..ke akal kau nak mengular sebenarnya..??
"Bos mana pulak kali ni..??"
"En. Raiqal.." jawab Jo sambil mengangkat-angkat keningnya.
Aduhhh...takkan nak tambah kerja aku lagi pulak..
Sarah memerhatikan jam tangannya. Detik waktu telah menghampiri masa untuk pulang.
Ke dia nak menggatal petang-petang ni..??
Playboy kerepot yang sering menggangu tugas harian pekerja-pekerja cantik di pejabat itu. Sebut sahaja Raiqal Ramzi, semua pekerja akan terbayangkan wajah Tiger Wood. Kulit kelam, agak sedikit kacak, namun kaki perempuan. Jangan dijumpanya pekerja wanita yang berdahi licin sedikit, mulalah dia dengan perangai gatalnya.
"Ye Encik Raiqal.." ucap Sarah bila dia memasuki bilik milik Raiqal.
"Awak ni Sarah..janganlah nak ber-encik dengan saya..panggillah abang Raiqal.." senyumnya sambil mempamerkan giginya yang kuning dek kuat merokok itu.
"Encik Raiqal..saya banyak kerja nak kena siapkan ni..kalau takde apa-apa yang penting, saya rasa lagi elok saya siapkan kerja saya.."
"Janganlah macam tu..hari ni jom saya belanja awak dinner..nak..??" Raiqal mula bingkas bangun dari tempat duduknya. Mengatur langkahnya ke arah Sarah.
"Lagipun..banyak sangat awak tolak pelawaan saya ni..tak kesiankan saya ke..??" kali ini Raiqal lebih berani. Digapainya tangan Sarah.
"Encik Raiqal..!!" Sarah merentap tangannya yang digenggam erat oleh Raiqal. Sengaja di jeritnya sedikit kuat. Biar tergamam orang tua tak sedar diri itu.
"Janganlah jerit..gurau sikit pun tak boleh.." Raiqal kembali mengambil tempatnya. Dikemaskan sedikit tali lehernya yang senget. Mukanya merah menahan malu selepas dijerkah oleh Sarah.
"Saya masih lagi ada rasa hormat pada Encik Raiqal..tapi jangan sampai saya hilang rasa hormat tu..kalau tak..."
"Kalau tak apa..??" tanya Raiqal sambil bersandar di kerusinya.
Kalau tak...kalau tak...ape nak jawab ni ye..takkan aku nak jawab aku report dekat DCEO..ehh..mana boleh..kantoilah nanti..
"Kalau tak saya cekik Encik Raiqal sampai terkeluar berak hijau..!!"
Terkemam-kemam Raiqal bila dimarahi sebegitu. Sekian lama cuba digodanya Sarah, namun masih tak mampu ditundukkannya lagi.
"Cekik takpe..jangan report bini aku sudahlah.." bisik Raiqal. Terbayangkan pula isterinya di rumah.
"Saya nak awak siapkan proposal ini..mengenai bidding tender untuk projek di Pulau Perhentian..kalau dah siap nanti..awak terus bagi pada DCEO untuk dia check.."
"Tapi Encik Raiqal..Ku cakap dengan saya, apa-apa paper work yang saya buat mesti melalui Encik Raiqal dulu..baru saya bagi pada dia.."
"Ku..??"
Aisehhh..mulut ni main lepas pulak bila bercakap..main sebut je nama orang tu..
"Sorry..Encik Ku.."
Fuhh..fuhh..janganlah kau syak bukan-bukan Raiqal..
"Takpe Sarah..nanti saya akan cakap dengan dia..lagipun saya takde dekat office sampai hari Khamis..so saya tak boleh check kalau awak dah siapkan nanti.."
Selamat...tak kantoi..
"Encik Raiqal pergi mana pulak..??"
"Kenapa..awak nak ikut saya ke..??"
Heii orang tua ni..pantang ada bola tanggung je..semua dilibasnya..
"Kalau takde apa-apa saya balik bilik saya dulu Encik Raiqal.."
Kalau dilayan, alamatnya makin parahlah nanti..tak sanggup aku nak jadi bini nombor dua ehh..
Hujan turun mencurah-curah di luar pejabat. Langsung tak dapat diperhatikannya keadaan di luar. Ribut.
"Macam mana pulak aku nak balik ni.." Sarah mula teringatkan yang dia tak punya kenderaan untuk pulang. Terbantut hasratnya untuk menaiki bas petang itu. Kalau digagahnya juga, nescaya basah kuyup bila sampai di bustand depan pejabatnya itu.
"Mintak tolong Ku lah.." tersengih Sarah sambil pantas menaip mesej ringkas pada Ku.
Lima minit dia menanti balasan dari Ku. Hujan masih lagi menghempas dengan sekuat hati ke dinding pejabatnya. Seram bila didengarinya kilat sabung menyabung di luar.
"Sorry sayang..i ada appoinment dengan Datuk Rahim..so maybe i tak boleh hantar u balik..u naik teksi ye..love u.."
Hmm..payah jugak kalau bercinta dengan orang kaya ni..sibuknya memanjang..
Cindy pulak dah balik..lagipun dia tumpang orang jugak nak ke pejabat..takkanlah aku nak tebal muka mintak tumpangkan sekali..
Hmm....nak tak nak..naik bas jelah..
Jarak antara pintu utama pejabatnya dengan hentian bas tak sampai 20 meter. Namun hujan yang masih turun membasahi bumi ini, mampu membasahkan seluruh tubuhnya. Hampir sepuluh minit dia menunggu. Bila hujan perlahan-lahan menunjukkan sedikit reda, terus Sarah melangkah laju ke arah hentian itu. Dengan kasut tumit tingginya, terkedek-kedek dia mengarah ke sana.
Tempias pulak..ingatkan dah sampai sini, selamatlah dari basah..
Menggigil Sarah berpeluk tubuh menahan kesejukan. Bajunya yang sedikit basah akibat diredahnya hujan tadi, tak mampu lagi untuk menyimpan sebarang haba. Semuanya telah terkondensasi di antara kemeja dan kot yang dipakainya.
Sebuah kereta berhenti di hadapannya. Kereta putih kecil kontot. Milik Syafiq..!
Double check anakanda...iskkkk.
ReplyDelete