Saturday, 3 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 10]

Perlahan-lahan tingkap kereta itu diturunkan Syafiq. Kereta lama, oleh itu tombol tingkapnya perlu diputarkan. Tiada power window seperti kereta-kereta moden zaman sekarang.

"Makcik..tumpang tanya..jalan nak pergi Taman Mawar ikut jalan mana..??"

Ciss..kau panggil aku makcik..

"Adik terus kat depan sana..lepas tu belok kiri..lebih kurang 5 kilometer adik nampak tangki kumbahan, lepas tu belok kiri lagi..terus je masuk dalam tangki kumbahan tu...haaa..situlah Taman Mawar.."

Aku yang kau nak main-mainkan..memang tak dapatlah..

"Dah la kau Sarah..jom aku tumpangkan kau balik.." pintu kereta dibuka oleh Syafiq dari dalam. Terus sahaja Sarah menaikinya tanpa berdolak dalih lagi. 

Hujan semakin lebat dalam perjalanan pulang mereka ke rumah. Dengan kenderaan yang berpusu-pusu semuanya ingin pulang ke rumah masing-masing, kesesakan lalu lintas memang tak dapat dielakkan lagi. Leka mereka berdua mengamati rintik hujan yang turun ke bumi. Tanpa sepatah kata.

"Kenapa dengan kereta kau Sarah..??"

Ingatkan dah bisu..dari tadi kau senyap je..

"Semalam tayar bocor..lupa nak hantar repair.."

"Apa yang kau ingat..??"

Asyik perli orang jelah kerja kau ni kan Syafiq..mana aku ni tak geram dengan kau..

"Diam kenapa..??" Syafiq terus bertubi-tubi menanyakan soalan pada Sarah. Suhu hawa dingin semakin direndahkannya lagi. Sedikit berkabus di dalam kereta itu sudahnya.

"Malas aku nak layan kau lah.." Sarah hanya membatukan dirinya. Tubuhnya menggigil menahan kesejukan. Dengan bajunya yang lembab, ditambah lagi dengan suhu aircond yang makin sejuk.

"Kau kenapa ni..??" Syafiq tergelak memerhatikan Sarah yang sekejap-sekejap terhenjut seperti terkena renjatan elektrik.

"Sejuklah.." jawab Sarah ringkas. Masih lagi berpeluk tubuh, cuba mengekalkan haba sebanyak mungkin di tubuhnya.

"Hacuummmm...!!"

Syafiq terus memberhentikan keretanya di sanding jalanraya. Lampu kecemasan ditekannya. Risau kalau-kalau ada kenderaan dari belakang yang tak menyedari akan keretanya yang berhenti di tepi itu.

Syafiq ni tenung-tenung aku macam nak makan ni kenapa pulak dah..seriau pulak aku ni..kau jangan macam-macam Syafiq..kau buat tak senonoh memang aku lututkan kau nanti..

"Sejuk ye.." soal Syafiq tersenyum.

Syafiq melurutkan jaket yang membaluti tubuhnya. Sambil matanya terus merenung Sarah yang masih kedinginan. Kelihatan riak kerisauan di air muka Sarah.

Engkau kalau sentuh aku..memang kau makan penumbuk sulung aku ni Syafiq..kalau kau berani kau peganglah aku..

Sarah tiba-tiba teringatkan sebuah artikel yang pernah dibacanya di dada akhbar sebelum ini. Gadis tak berdosa yang dirogol di dalam kenderaan akibat menumpang orang yang tak dikenali. Selepas kejadian, gadis itu dibunuh oleh perogolnya dan dicampakkan ke dalam sungai.

Sarah melihat sekeliling tempat duduknya. Kalau-kalau ada sesuatu yang boleh dijadikan senjata.

Hahhh..ada car perfume..!!

Sebotol car perfume yang terselit di antara celahan kerusi itu diperhatikan Sarah. Dia nekad, andai kata Syafiq melakukan perkara tak senonoh padanya, memang akan dicapainya botol itu untuk menghentak kepala Syafiq.

"Sini..." Syafiq merapati Sarah. Membuatkan Sarah tak mampu lagi berfikir lebih panjang.

"Heeyaaahhh....!!" terus dicapainya car perfume itu dan dihayunnya ke arah kepala Syafiq yang merapatinya.

Kungggg..!!

Berdengung bunyi botol itu bila hinggap di kepala Syafiq.

"Aduhh..kenapa kau pukul aku ni..!!" Syafiq mengusap kepalanya. Bukan main kuat lagi hentakan Sarah itu. Tepat mengenai dahinya.

"Kau nak rogol aku kan..!!" bentak Sarah bila dilihatnya Syafiq tertunduk menahan kesakitan. Padan muka kau..!

"Rogol apa pulak..aku nak sarungkan jaket ni dekat kau..aku tengok kau menggigil sejuk.." Syafiq hanya mampu mengangkat jaket yang berada di tangannya. Sarah salah sangka.

"Kau tipu..!!" jerit Sarah lagi enggan mempercayai kata-kata Syafiq.

"Aku nak tipu buat apa..kalau aku nak rogol kau..baik aku pecah masuk je rumah kau dari dulu.." jawab Syafiq kemudian terus ditatapinya Sarah yang masih ketakutan.

Iye tak iye jugak..kalau dia nak buat jahat dekat aku..dari dulu lagi dia dah boleh buat..alamak..dah terketuk kepala Syafiq ni..

"Sakit ke..??" dari marah, kini telah bertukar menjadi kasihan pula. Akibat tak berfikir panjang, inilah akibatnya. Asyik fikir yang negatif sahaja tentang Syafiq. Padahal dia berniat baik hendak menolong.

"Sedap siot.." jawab Syafiq semula lantas dihulurnya jaket pada Sarah. Tak jadi hendak disarungnya sendiri.

"Sorry Syafiq.." jaket disambut Sarah. Disarungnya sahaja memandangkan dia semakin tak dapat menahan kesejukan di kala hujan itu.

Itulah kau Sarah..lain yang kau pikir..lain yang jadi..tu entah ke benjol, entah ke berdarah kepala mamat tu..jangan pecah tengkorak kepalanya sudahlah..naya nak bayar bil hospital pulak nanti..

Kereta Syafiq perlahan-lahan menuju terus pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan, sepatah kata tak diucapkan mereka berdua. Yang seorang bengang akibat diketuk kepalanya, yang seorang lagi ketakutan akibat tersalah ketuk.

"Dah..turun.." ucap Syafiq setibanya mereka di rumah. Sarah segera membuka pintu kereta itu. Hujan yang telah reda, membolehkan dia keluar tanpa kebasahan lagi.

"Syafiq..terima kasih ye.." ucap Sarah sedikit tergagap.

"Emm.."

"Sorry jugak tau tadi..kepala tu.." sambung Sarah semula.

"Emm.."

Mulalah tu..bila marah..jawab pun nak tak nak..tapi Syafiq.. bila kau marah tu, nampak lagi comellah..nanti marah lagi selalu ye..

Sarah berlalu memasuki rumahnya. Ayda hanya tercegat di pintu memerhatikan adegan sinetron dua minit di pintu pagar itu.

Syafiq tu baik kan..??" Ayda memberi ruang pada Sarah di muka pintu. Agar mudah Sarah untuk memasuki ruang rumahnya.

"Baik..?? Kenapa pulak Ayda..??"

"Yelah..bila mintak tolong, dia mesti akan cuba tolong.."

Apa yang Ayda merepek ni..cakap main guna bahasa tersirat yang payah ni..cuba cakap pakai bahasa tersurat..kan senang..

"Aku tak paham Ayda.."

"Tadi saya mintak tolong Syafiq untuk ambil awak di pejabat.."

"What..!? Maknanya tadi tu bukan kebetulanlah dia lalu dekat depan pejabat aku..??"

"Bukan..saya yang suruh.."

Ayda..Ayda..memandai-mandai je kau ni..aku tak suruh pun kau mintak tolong dia..kalau aku tahu dia datang memang kau yang suruh, sumpah aku tak ketuk dia pakai car perfume tadi tu..

"Awak pergi naik mandi dulu..nanti saya siapkan makan malam awak.." ucap Ayda terus berlalu ke arah dapur.

Haishh..pening aku macam ni Ayda..ikut suka hati kau lah apa pun kau nak buat..jangan kau bekukan aku lagi macam hari tu, sudahlah..

Ku Syafiq termenung sendirian di luar rumah banglo milik keluarganya. Sesekali angin malam bertiup lembut ke arahnya. Nafasnya dihela panjang. Keluhannya di luar rumah itu, menarik perhatian ibunya.

"Ku..jauh termenung.."

"Ehh mama..takdelah..saje duduk dekat luar ni.."

"Boleh mama duduk sekali..??"

"Duduklah ma.."

Datuk Mashitah menarik kerusi yang merapati meja itu. Direnungnya wajah anak tunggalnya itu.

"Ada masalah ke Ku..mama tengok Ku macam runsing je.."

"Im ok ma.."

"Mama tau..dari muka Ku saja mama dah tahu mesti anak mama ni ada masalah..about work..??"

Faham benar Datuk Mashitah akan anaknya itu. Walaupun bergelar anak kepada seorang usahawanita berjaya, mempunyai karier yang berjaya, kemewahan yang melimpah ruah, namun anaknya itu tetap tak dapat lari dari masalah yang membelenggu diri. Sejak dari kecil Ku dibesarkannya seorangan. Dari seorang budak hingusan hinggalah sekarang bergelar seorang pengarah urusan di Megah Tara Holding.

"Maybe i just miss papa.." jawab Ku perlahan.

Semenjak ketiadaan ayahnya yang meninggalkan mereka berdua 20 tahun dahulu, Ku hanya tinggal berdua bersama ibunya, Datuk Mashitah. Perit jerih, tangisannya saban hari hanya ibu sahaja yang melayan. Tiada belaian seorang ayah yang mengiringi kedewasaannya. Akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya, Ku Mokhtar Ku Dahari meninggal semasa kejadian. Semenjak itu, hanya dia dan ibunya sahaja terus menempuh hari yang mendatang.

"Its already 20 years Ku..janganlah peristiwa lama menggangu lagi hidup Ku.."

"Ku tahu mama..but there is something play in my mind.."

"Pasal apa Ku..??"

"Nothing ma..mungkin perasaan Ku saja kot.."

Ku terlalu berahsia. Andai ada masalah yang membelenggu dirinya, jarang dia berkongsi dengan ibunya itu. Dia lebih rela memendamnya atau cuba menyelesaikannya sendiri. Bagi dirinya, cukuplah sudah ibunya dibebani dengan segala masalah sebelum ini semasa membesarkannya. Terlalu banyak pahit maung yang telah ditempuh ibunya itu.

Mujur syarikat peninggalan arwah ayahnya boleh diusahakan oleh ibunya. Dari hanya sebuah syarikat pembinaan kecil-kecilan, hinggalah kini menjadi sebuah syarikat pembinaan terkemuka yang disegani di Malaysia. Sudah banyak projek pembangunan bertaraf mega  dilaksanakan syarikat itu. Semuanya hasil titik peluh ibunya.

"Kalau Ku rasa perlukan mama..u can share it with me Ku.." Datuk Mashitah membelai lembut rambut anaknya itu. Satu kucupan penuh kasih diberikan pada dahi anaknya itu.

"Ku tak perlukan apa-apa lagi mama..cukuplah sekadar Ku dapat tengok mama gembira sahaja sekarang.."

Datuk Mashitah hanya tersenyum. Dia terlalu beruntung. Berpunyakan seorang anak yang amat prihatin akan dirinya. Tak pernah sekalipun apa yang diarahkannya pada Ku selama ini, dibantahnya. Tak pernah sekali.

"Selagi Ku masih bernyawa..selagi itu Ku akan balas jasa-jasa mama sepanjang membesarkan Ku.."

Ku bangun dari tempat duduknya. Dipeluknya erat tubuh ibunya yang semakin hari semakin berusia itu. Cukuplah sekali dia pernah kehilangan ayahnya, tak sanggup lagi dia merasa kehilangan buat kali kedua.

Ketenangan malam itu diganggu dek deringan telefon bimbit Ku yang berada di atas meja. Datuk Mashitah mengerling ke arah telefon yang berjoget tak henti itu. Terpampang nama Datin Maimon di skrin telefon anaknya itu.

Ku melepaskan pelukannya. Dicapainya segera telefon yang sedang berdering itu.

"Siapa Datin Maimon Ku..??"
.
"Aaa..aaa..she is one of my client ma.." jawab Ku sedikit tergagap.

"Ohh..ok..dah malam-malam pulak telefon.." rungut Datuk Mashitah.

"Ku pick up call ni dulu ye ma.."

"Ok lah..mama pun nak masuk tidur dah ni..night Ku"

"Good night mama.."

Ku hanya memerhatikan ibunya melangkah masuk ke dalam rumah. Telefon yang masih berdering di tapak tangannya, dibiarkan sahaja sehinggalah bayangan ibunya menghilang di dalam rumah.

"Hello sayang.." segera Ku menjawab panggilan itu.

"Lambatnya jawab.." merungut Sarah yang berada di hujung talian.

1 comment: