Desiran angin membuai kencang rambut Sarah. Mini Cooper Syafiq terus membelah jalan raya yang semakin membahang dek terik mentari. Sunyi sepi sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Ayda yang duduk di sebelah Syafiq, turut membatukan dirinya. Cuma sesekali dia mengerling ke belakang sambil menjelingkan anak matanya ke arah Syafiq.
Aku bukan sengaja..beg duit tertinggal..kelam kabut sangat masa kat rumah tadi kot..sampaikan terlupa kat mana dah aku campak beg duit aku..
"Syafiq.." kena tegur jugak dia ni.. muka ketat semacam je..
"Emm.." hanya itu yang dibalas Syafiq sambil terus menumpukan perhatiannya pada jalan raya.
Alaa..kecoh betullah..pinjam 250 je kot tadi..pinjam..bukan ambil..bukan rompak..bukan klepet..nanti dekat rumah aku gantilah balik..
"Sampai dekat rumah nanti..Sarah ganti balik duit Syafiq ye.."
"Emm.."
Ehh mamat poyo ni..satu perenggan aku tanya, sepatah je kau jawab..kedekut taik hidung masin betul Syafiq ni.. kalau aku tau macam ni jadi tadi, memang aku takkan ikut cakap Ayda ni..ajak kau pergi beli barang..
"Bayar dengan interest..30%.."
Wah..dah macam along pulak..nak kena bayar dengan interest..30% pulak tu..bank pun paling tinggi aku rasa 13% je interest kalau buat loan..
"Banyak sangat kenapa..!! Kejam arr kau ni.."
"Sebab masa aku pun kena kira jugak temankan kau..lepas tu peluh aku tolak troli tadi pun kena kira..sekarang ni jadi driver kau bawak pergi balik ni, pun kena kira..semua tu masuk dalam interest la.."
Urrgghhhh..macam mana la aku boleh berjiran dengan kau yang kedekut dan berkira macam kau ni Syafiq..ikutkan hati memang aku cekik-cekik je kau dari belakang ni..eiii..kecik besar kecik besar je aku pandang kau ni..
"Fine..!! Aku bayar..!!" bentak Sarah sambil menghempaskan badannya ke kusyen kerusi kereta itu. Dilihatnya wajah Syafiq di cermin sisi kereta itu. Jelas terlihat wajahnya yang agak serius.
Sesekali aku tengok kau ni, hensem jugak Syafiq..kena pulak bila kau pakai rayban tu..hati yang tengah geram ni pun tiba-tiba boleh jadi cair..tapi sayang, muka hensem, tapi kerja pomen..kerja compang camping je baju..kalau kau tu model ke, pelakon ke, pilot ke, mesti aku dah ayat kau Syafiq..hehe..
Kereta kecil itu terus berhenti di hadapan rumah Sarah. Satu persatu barangan dikeluarkan dari keretanya. Namun wajah Syafiq tetap serius. Marah lagi ke..
"Terima kasih ye Syafiq.." ucap Ayda.
Aku nak bayar dekat kau nanti..barulah aku cakap terima kasih dekat kau Syafiq..kalau aku cakap sekarang pun, silap-silap kau jawab "emm" je nanti..
"Jangan lupa interest 30%..!" Ucap Syafiq bila dilihatnya Sarah menonong masuk ke halaman rumahnya tanpa menoleh ke belakang.
Sarah terhenti dek laungan Syafiq itu. Dia hanya menoleh ke belakang sambil mengetap bibirnya.
"Fine..!" jawab Sarah menghentakkan kaki ke lantai.
"Sarah..kita dah boleh masuk.." Ayda cuba menenangkan Sarah yang semakin geram dek perangai Syafiq. Namun, misi utamanya hari ini perlu diteruskan. Sambal sotong masak petai.
"Kau pergilah siapkan barang-barang Ayda..aku nak rehat kejap.." Sarah terbaring di sofa. Tangannya disilangkan ke dahi. Cuaca yang panas dan kerenah perangai Syafiq memeningkan kepalanya.
Ayda menyusun satu persatu barangan yang di dapur. Dia tersenyum bila melihat peti sejuk Sarah telah dipenuhi dengan bahan mentah untuk dimasak. Selepas ini, lebih mudah misinya. Dilihatnya di ruang tamu, Sarah masih terbaring. Mungkin terlelap kepenatan. Ayda menyeluk ke poket bajunya. Mengeluarkan beg duit milik Sarah. Diletaknya di atas meja kecil berhampiran dengan Sarah.
"Maafkan saya Sarah.." ucap Ayda perlahan. Memang dia yang mengambil beg duit Sarah semasa di pasaraya tadi. Namun dia bersebab melakukan itu semua.
Di kala Sarah melelapkan matanya, Ayda bertungkus lumus di dapur menyediakan bahan masakannya. Menumbuk bawang dan cili. Menyiang sotong yang masih segar di singki. Bila Sarah terjaga nanti, bolehlah diteruskannya dengan memasak. Tidaklah dia membuang masanya.
"Ayda..kau buat apa.." Sarah muncul di pintu dapur. Rambutnya yang berserabai diselaknya agar rapi semula.
"Saya sediakan barang masakan awak hari ini Sarah.."
Yelah..aku lupa pulak terminator ni nak ajar aku masak..penat punya pasal..terlelap pulak..
Apron yang tergantung dicapai Sarah dan disarungnya ke badan. Diperhatikan segala barangan telah tersedia di atas meja. Hanya tinggal untuk dicampak sahaja ke dalam kuali.
"Apa aku nak buat ni Ayda..??"
"Awak tolong saya kupas petai..buang kulitnya..buang kelopak putih petai itu sekali.."
"Ehh..selalu mak aku masak tak buang pun putih ni.." sambil Sarah mengangkat sebiji petai yang telah dikupasnya. Ditunjukkan ke arah Ayda.
"Kalau awak buang kelopak putih itu..rasa mentah petai akan berkurangan sedikit Sarah.."
Ohh..baru aku tau..patutlah selama ni aku makan rasa petai tu pekat betul masuk dekat tekak..
"Ok dah siap.." Sarah mengangkat mangkuk yang berisi ulasan petai ke singki. Dibasuhnya sedikit untuk memastikan kebersihannya.
Ayda telah memanaskan kuali yang berisi minyak. Dicapainya mangkuk yang berisi bawang besar dan bawang putih yang telah siap dikisar halus.
"Hari ini, saya tunjukkan kepada awak cara memasak..kalau awak tak faham..awak tanya.." ucap Ayda dan terus menumis kisaran bawang. Dimasukkannya sedikit belacan untuk menaikkan aroma masakannya. Juga sebagai penambah rasa.
"Awak perlu tumis sehingga bawang ini kekuningan Sarah..dan api, jangan terlalu besar..kalau tidak, hangus tumisan awak nanti.."
Perli aku ni..hangus hangus janganlah sebut..
"Bila awak dah lihat tumisan awak cukup masak..terus masukkan cili yang awak dah siap-siap kisar..atau awak nak yang lebih senang..gunakan sahaja cili kisar yang bokeh dibeli di pasaraya.."
"Berapa banyak nak masuk cili ni Ayda..??
"Ikut pada selera awak..kalau awak mahukan pedas..masuklah lebih sedikit.."
Aku tak suka pedas..berasap mulut aku nanti..silap hari bulan masuk hospital pulak..kena apendik..
"Teruskan menumis sehingga pecah minyak.." sambung Ayda sambil terus mengacau lembut tumisan di dalam kuali.
"Bila kita nak masukkan petai ni Ayda..??"
"Bila tumisan cili awak dah pecah minyak..awak boleh masukkan petai yang awak dah kupas tadi..jangan lupa masukkan sedikit garam dan gula..dan kalau awak nakkan sedikit rasa masam pada masakan, masukkan juga satu asam gelugor.."
Satu persatu dimasukkan Ayda. Cukup teliti dia dengan masakannya. Sarah memerhatikannya sahaja. "Rumitnya.." getus hati kecilnya.
"Garam ni kenapa kita tak masukkan satu sudu Ayda..??"
"Kalau awak bercita-cita hendakkan penyakit darah tinggi menjelang usia 30 tahun, awak masuklah satu sudu garam.." jawab Ayda selamba. Namun matanya masih leka memerhatikan kualinya.
Ohhh..patutlah aku tengok mak masak kalau letak garam main cubit-cubit je..hihi..power jugak mulut Ayda ni main perli-perli..aku hempuk pakai mop nanti kau tahulah nasib kau..
"Ok..lepas awak masukkan petai tadi..lebih kurang 5 ke 10 minit, awak dah boleh masukkan sotong yang sudah dihiris..masak lebih kurang 5 minit sahaja sotong itu Sarah.."
"Kenapa lima minit pulak..?? Selalu aku tengok mak masak sampaikan 15 minit sotong tu.."
"Bila terlalu lama dimasak..sotong awak akan jadi liat bila dimakan Sarah.."
Patutlah aku bila makan dekat kedai sotong ni liat-liat..aku ingatkan sotong dah expired..sotong tua ke..rupanya masak lama sangat buatkan dia jadi liat..liat macam selipar jepun..
"Ok..dah sia sambal sotong masak petai.." Ayda terus mematikan api dapurnya. Sarah terkebil-kebil di sebelahnya.
Cepatnya masak..takdelah susah sangat rupanya nak memasak ni..aku pun boleh buat..mulalah nak poyo ni..
"Nah..cuba rasa.." Ayda menghulurkan sesudu sotong yang baru dimasaknya pada Sarah.
"Uishh..sedapnya.." ternganga sedikit mulutnya menahan panas. Namun, rasanya memang perfect. Seperti chef terkemuka yang memasak.
"Alamak Ayda..aku lupa nak bayarkan duit Syafiq la..!!" baru aku teringat hutangku pada pomen poyo sebelah rumah ni. RM250 tambah dengan 30% interest. Hampeh betul..siap kena interest yang aku tak puas hati ni..
"Pergilah cepat..beg duit awak ada sebelah meja dekat sofa tu.." ujar Ayda.
Hahaha...bab ni..dh mcm dlm kelas masakan. Bagus En. Writer kita ni. Dh cam Dato Fadzly...hehehe.
ReplyDeleteAdik, sehingga bab ni, Kak Ita sentiasa jumpa typo dlm ejaan. Berhati2 ye dik. Jadilah penulis yang hebat. Kurangkan typo. Double check sebelum post.