Sunday, 4 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 14]

Sarah memerhatikan jam di dinding. Hampir jam 1.00 tengahari. Sekejap lagi, mesti Cindy akan menerjah masuk ke biliknya. Mengajaknya untuk makan tengahari.

Baru sahaja dia hendak bangun dari kerusinya. Cindy telah muncul di muka pintunya.

"Jom makan..!" Cindy tersengih di pintu bilik Sarah.

"U kalau bab makan..memang laju kan moi..??" tergelak mereka berdua. Langkah diatur terus ke arah lif. Lengang sedikit bila masuknya waktu makan tengahari. Semua staff telah keluar menunaikan tanggungjawab pada perut masing-masing.

"Kita nak pergi makan dekat mana Sarah..??"

"Hari ni kita lunch jauh sikitlah..lagipun kereta i dah repair.."

"Bila masa u repair..?? Semalam i rasa kereta u tersadai lagi kan..??"

"Yup..jiran i yang tolong semalam..kalau harap i..memang tak siaplah kereta tu.." Sarah tergelak mengingatkan Syafiq yang menolongnya semalam. Walaupun kadang-kadang Syafiq lebih banyak menyakitkan hatinya. Namun kadangkala, ada juga sisi baik Syafiq yang mengusik hatinya.

Mereka berdua menuju ke sebuah restoran nasi arab yang terkemuka di sekitar Ampang. Bila tekak kadangkala meminta yang bukan-bukan, disinilah tempat Sarah dan Cindy singgahi.

Sedang leka mereka berdua menyuap dan berbual tak henti, mata Sarah terlihatkan seseorang yang amat dikenalinya. Perbualannya dengan Cindy terhenti seketika. Matanya hanya memberi fokus yang jitu pada dua insan yang memasuki restoran itu dan duduk tak jauh dari mereka.

"U pandang siapa Sarah..??" Cindy turut memanjangkan lehernya cuba memerhati.

"Tu..jiran i.." Sarah mencibir bibirnya ke arah Syafiq dan gadis tak dikenalinya. Cantik, seksi, bergaya. Mungkin anak orang kaya.

"Jiran yang tolong u tukar tayar kereta tu ke..??" tanya Cindy lagi mahukan lebih kepastian.

"Yup.." jawab Sarah ringkas.

"Hensemnya Sarah..!" tersenyum lebar Cindy.

Memanglah dia hensem..aku tak nafikan pun..tapi yang buat aku curiga ni..Syafiq ni siapa sebenarnya..?? Perempuan tu boleh tahan..takkan nak bercinta dengan pomen cap ayam tu..??

Jangan-jangan Syafiq ni buat kerja tak elok kot..!! Bukan main segak lagi dia..padahal selalunya selekeh je aku tengok..ini tak lain mesti kerja sambilan supply pelacur ke..jual dadah ke..itu yang boleh berkepit dengan perempuan cantik tu..

Uishh..tak sangka aku kau macam tu Syafiq..!!

"Sarah..yang u tak berkelip mata pandang lelaki tu kenapa..??" tegur Cindy bila dilihatnya Sarah langsung tak mengalihkan pandangannya dari Syafiq.

"Nothing..i cuma tak berkenan tengok perempuan tu.." Sarah cuba mengalihkan cerita Cindy yang lebih tertumpu pada Syafiq.

"Kenapa u tak berkenan dengan perempuan tu..??"

"Entah.." Sarah tak tahu apa yang perlu dijawabnya.

"Are u jealous Sarah..??"

Aku jelous..?? Amoi ni main petik je..buat ape pulak aku nak jelous.. Dia bukan sape-sape pun dalam hidup aku..cuma seorang jiran yang menyakitkan hati dan kadangkala banyak juga membantu aku dalam kesusahan..itu je..buat ape aku nak jelous..??

"Ke memang aku jelous..??" bisik Sarah sendirian. Keliru dengan perasaannya sendiri.

Aku ni dah kenapa..?? Dari tadi tak habis-habis pulak sakit hati terpandangkan si Syafiq tu dengan perempuan lain..padahal dia sikit pun tak perasankan aku tadi..aku pulak yang nak lebih-lebih..

Sarah hanya termenung sahaja. Timbunan kerja di atas mejanya tak dipedulikannya langsung. Fikirannya terbang melayang jauh entah kemana. Tetapi satu ketukan di pintu biliknya, memberhentikan lamunannya.

"Masuk.." ucap Sarah sambil berpura-pura menyelak sebuah fail di atas mejanya.

"Hai Sarah.." riang suara yang menegurnya.

"Encik Raiqal..! Bila balik..??" Lain benar rasanya hari ini bila dilihatnya boss-nya itu kembali bertugas. Jarang dia riang melihat kelibat orang tua itu di pejabat, namun hari ini lain benar perasaannya.

"Wahh..suka betul awak saya dah balik..betul-betul awak rindukan saya ni kan..??"

Ehh tolonglah..takde sebab aku nak rindu dekat kau lah Raiqal..daripada ingatkan kau, baik aku ingatkan Ku..ada jugak faedahnya.

"Encik Raiqal..ini kerja menimbun ni..bukannya saya rindu.." Sarah menepuk-nepuk timbunan fail di atas mejanya.

"Anyway..best ke bercuti Encik Raiqal..??"

"Cuti apa..saya pergi site kita dekat Pulau Perhentian tu..site survey.." Raiqal duduk di hadapan Sarah. Tergaru-garu kepalanya melihat fail yang menimbun bak menara KLCC.

"Kiranya cuti jugaklah.."

"Kalau cuti lain Sarah..kalau bercuti saya bawak awak..bukannya si Johari botak tu.."

Tergelak besar Sarah bila didengarinya keluhan Raiqal.

Dasar playboy pencen!! Asal outstation nakkan ditemani staff perempuan sahaja..Sekali dihantar ke tapak projek bersama lelaki, inilah jadinya.. Meroyan bila pulang semula ke pejabat..Jangan Jo di apa-apakan oleh Encik Raiqal semasa berada di sana, sudahlah..

"Raiqal.." satu suara memanggilnya dari pintu bilik Sarah. Datuk Mashitah berdiri memandang Sarah dan Raiqal.

"Datuk.." kedua-duanya berdiri bila terlihatkan Datuk Mashitah. Terasa gerun bagaikan terlihatkan seekor harimau yang ingin menerkam mangsanya.

"Macam mana dengan projek dekat sana..??" tanya Datuk Mashitah.

"Everything ok Datuk..cuma minor problem sahaja on site..mostly disebabkan oleh cuaca sahaja Datuk.." jawab Raiqal yakin. Sarah hanya tercegat memerhatikan.

"Ok..brief saya tentang progress projek tu..dalam bilik Ku.." arah Datuk Mashitah pada Raiqal.

"And u Sarah..masuk sekali dalam brieffing tu.." Datuk Mashitah terus ke arah bilik Ku Syafiq. Sarah terpinga-pinga.

Kenapa pulak aku nak kena masuk ni..?? Ni yang aku tak berkenan ni..aku orang bawahan je kot..bukan boleh buat apa pun kalau duduk dalam tu..

"Macam mana ni Encik Raiqal..?? Datuk suruh masuk meeting tu pulak.." resah Sarah dibuatnya.

"Datuk berkenan dengan awak kot.."

Bergurau pulak kau dengan aku ye Raiqal..kalau dia berkenan nak jadikan aku menantu dia, adalah jugak faedahnya..kalau dia ajak aku masuk sekali pasal nak fire sumpah seranahnya pada aku bila marah, sumpah aku tak berani nak masuk..

"Dah..jom cepat.." Raiqal segera bergerak ke bilik Ku Syafiq sambil diekori Sarah.

Setibanya mereka ke dalam bilik itu, Datuk dan Ku Syafiq telah siap sedia menanti mereka berdua. Sarah mengambil tempat berhadapan dengan Ku. Tersenyum lebar Ku bila melihatnya masuk bersama Raiqal.

Tak payah nak senyum sangat Ku..aku berdebar ni..

Raiqal memulakan penerangannya mengenai status tapak projek yang baru dilawatinya. Tekun Datuk Mashitah mendengar butiran yang keluar dari mulut Raiqal itu.

"Sarah..saya nak awak pay attention on this issue..next BOD meeting, saya nak awak yang bentangkan pada semua BOD.." kata Datuk Mashitah.

Biar betik..!!

Sarah tercengang. Didengarinya sahaja perkataan BOD, telah mampu menggugurkan jantungnya. Bukan calang-calang manusia yang akan dijumpanya nanti. Semuanya pemilik saham syarikat Megah Tara Holding.

Silap langkah..mati beragan aku kena maki nanti..

"Kenapa kamu diam Sarah..?? Takut dengan cabaran ke..??"

"Takdelah Datuk..saya berani..saya boleh je kalau nak bentangkan pada BOD nanti.."

Kau ni Sarah mulut kadang-kadang tak reti nak servis filter-nya..main punggah je kau sebut perkataan boleh..kalau kau tolak apa salahnya..ini dah tambah masalah pada kau ni..

"Bagus Sarah ni mama..and she is also our talented staff.." puji Ku bila didengarinya arahan ibunya itu.

Datuk Mashitah hanya mengangguk. Tak berkata apa dengan pujian Ku pada Sarah itu.

Raiqal meneruskan sahaja pembentangannya. Fikiran Sarah sudah melayang jauh. Cuba mengingati wajah-wajah BOD di syarikatnya itu. Dalam pada itu, dia merasakan hujung jari kakinya dicuit oleh sesuatu.

Ku..janganlah main-main dengan aku..dah la aku tengah risau ni..

Sarah tersipu-sipu memandang ke arah Ku. Gurauan kaki Ku di kala mesyuarat itu, berjaya melarikan Sarah dari kerisauannya sementara. Ku pula, semakin galak dicuitnya hujung kaki Sarah dengan hujung kasut kulitnya.

"Ku..Sarah..is there any problem..??" tumpuan Datuk Mashitah terganggu dek gelagat antara Sarah dan Ku.

"Nothing ma..sorry.." Ku segera menenangkan ibunya. Sarah hanya terdiam ketakutan.

"Dari dulu mama perhatikam kamu berdua ni..is there anything between both of u..??" matanya memandang ke arah Ku.

"Are u two in love..??" sambungnya lagi.

Tu diaaa..aku tak sangka pulak dekat dalam mesyuarat ni aku ditanya sebegini..kes berat ni..naya nak menjawab ni..tapi kalau ikutkan hati dan perasaan aku yang terlalu sayangkan Ku ni, sanggup aku berterus terang kalau memerlukan..sorok pun tak guna dah..

"Mama..how come mama boleh cakap macam tu..??" Ku memusingkan kerusinya mengadap ke arah ibunya.

"This kind of girl Ku nak jatuh cinta..?? No way mama..she is away off from our standard ma.."

Ku..apa kau cakapkan ni..??

"Lagipun..perempuan macam dia tak sesuai untuk dijadikan menantu mama..kan..??"

Sampai hati kau Ku..

"Baguslah kalau Ku cakap macam tu..and u Sarah, jangan sesekali cuba nak menggoda majikan kamu..dah lama saya perhatikan perangai kamu ni.." Datuk Mashitah terhenti seketika.

"Ingat..awak tu dulu hanya gadis kampung yang datang ke bandar semata-mata untuk mencari rezeki..stick with your focus untuk bekerja..bukannya nak menggoda orang kaya.." sambung Datuk Mashitah lagi.

Cukup Datuk..saya memang ingat lagi tujuan asal saya..tak pernah saya lupa..tapi jangan disebabkan darjat kita tak setara, Datuk boleh sewenang-wenangnya menghina saya Datuk..

And Ku..siapa saya sebenarnya di hati awak sekarang ni..??

Sarah tak mampu berkata apa. Dia hanya tertunduk tak mampu berbuat apa. Insan yang diharapkan dapat membelanya ketika dia dalam kesusahan, nampaknya tak mampu berbuat apa. Hanya menambahkan minyak lagi ke arah api yang sedang membara.

Air mata tak dapat lagi disekang Sarah. Dibiarkan sahaja mengalir meluruti pipinya. Bilik itu sunyi seketika. Raiqal turut terkejut dengan apa yanh baru didengarinya.

Aku tak rasa aku diperlukan pun dalam bilik ni lagi...

"Saya keluar dulu Datuk.." Sarah memohon izin untuk keluar. Sempat dijelingnya ke arah Ku yang hanya tertunduk dan melarikan anak matanya dari pandangan Sarah.

Pengecut..!!

1 comment:

  1. Hipokritkan.. Lelaki mcm ni tk patut dijadikan suami. Nak cover jgn sampai menghina.

    ReplyDelete