Dekat dua tahun dah aku berjiran dengan Syafiq ni..tapi aku tak pernah pulak tahu apa kerjanya..yang aku tau, keluar pagi pergi kerja, smart, balik kerja petang, dah macam kene mandi minyak hitam je..pakai baju overall penuh minyak hitam..jadi aku pun assume-lah yang dia ni kerja pomen..pomen yang cengeng..
Pintu rumah Syafiq diketuk perlahan Sarah. Hampir terlupa dia akan janjinya untuk membayar semula wang Syafiq yang digunanya tadi. Akibat terlelap dan memasak tadi, membuatkan dia sedikit leka.
"Syafiq oi..aku ni Sarah..nak bayar duit kau..!" pangil-panggil tak berjawab yang aku tension ni. Takkanlah keluar? Kereta ada lagi. Ini tak lain tak bukan tengah berdengkur la mamat ni. Lelaki pemalas memang macam tu perangainya. Makan tidur makan tidur.
Tiga kali diketuknya pintu rumah Syafiq namun tetap tak bersahut membuatkan Sarah naik bosan menunggu.
"Kejap..kejap..!" terdengar sayup-sayup suara Syafiq menyahut dari dalam rumah.
Nasib baik kau jawab..kalau tak memang aku nak balik dah ni..buang masa aku je tunggu kau lama-lama kat depan pintu ni..
"Hoi..!!" jerit Sarah bila pintu rumah itu dikuak perlahan oleh Syafiq.
"Hoi..!!" jeritan Syafiq membalas semula jeritan bila dilihatnya Sarah di muka pintu. Pintu rumah itu terus ditutup semula oleh Syafiq.
Aduhh..tak pasal-pasal aku buat dosa kering hari ni..yang engkau turun bukak pintu pakai tuala je kenapa..!!
"Aku nak bayar duit kau lah..!" Sarah masih berdiri di muka pintu. Mukanya merah menahan malu bila terlihat Syafiq hampir separuh bogel.
"Yang engkau tak datang bayar tadi kenapa..!" balas Syafiq dari dalam rumah.
"Tadi aku tidur..lepas tu aku masak..mana sempat.."
"Interest ada bawak sekali tak..?"
"Ada..!! Semua sekali RM325 ni aku kena bayar balik dekat kau.."
Sakit hati betul aku kenangkan interest tinggi macam ni..kalau setakat 10% aku bolehlah terima..ini sampai 30%..melampau..nak pergi naik haji naik jet ke apa..
"Aku bukan nak interest duit.."
Engkau ni nak main-mainkan aku ke..tadi beria sangat cakap nak suruh bayar dengan interest..ni bila aku nak bayar, kau cakap kau tak nak pulak..pecah pulak pintu rumah ni aku hempuk nanti..
"Habis kalau bukan duit..apa yang kau nak..??"
"Aku nak lauk yang kau masak tu..aku lapar..tak makan lagi.."
Ini sudah kira bagus..selamat duit aku 75 ringgit..kalau setakat lauk je nak buat interest, boleh sangat..
"Ok..tunggu kejap..aku pergi ambil.." Sarah berlalu kembali ke rumahnya.
Terukir senyuman di bibirnya.
Kepalanya masih teringatkan peristiwa Syafiq muncul di hadapannya hanya bertuala. Tersengih-sengih Sarah ketika memasukkan lauk dan nasi seperti yang dipinta Syafiq tadi.
"Boleh tahan jugak Syafiq tu..badan dia..aummm.." getus dalam hatinya.
Stop..!! Mana boleh dok pikir macam tu..dah la dosa..tertengok apa yang tak sepatutnya aku tengok..kena solat taubat ni nanti..
"Awak bungkus untuk siapa tu Sarah..??" Ayda muncul di depan pintu dapur.
"Syafiq..dia mintak interest lauk..bukannya duit.." jawab Sarah tersenyum. Tersenyum kerana duit nya selamat dari diperas tanpa kerelaan oleh Syafiq.
"Kau tolong hantarkan boleh Ayda..??"
"Saya rasa..lagi baik awak yang hantar sendiri Sarah.."
Aku bukan tak nak hantar..tapi aku takut kalau Syafiq tu nanti muncul lagi tak pakai baju..terbayang-bayang pulak aku siang malam nanti..uiii..selisih malaikat 44 aku nak terbayangkan dia..
Pintu rumah Syafiq diketuk sekali lagi oleh Sarah. Terdengar Syafiq menyahut salamnya dari dalam.Berdebar dia menanti di muka pintu. Matanya ditutup rapat. Risau kalau-kalau kejadian tadi berulang semula.
Dari tadi aku bagi salam..takkan tak muncul-muncul lagi depan pintu ni..dekat nak seminit aku tunggu..
"Syafiq..cepatlah.."
"Aku ada je depan kau ni.." tergelak kecil Syafiq melihat Sarah hanya berdiri kaku di depan pintu rumahnya.
Dengan mata yang terpejam. Dapatlah sekejap Syafiq melihat wajah Sarah dengan lebih lama.
"Lain kali bagitau lah..suka susahkan oranglah kau ni..!!" bentak Sarah sambil menghulurkan mangkuk tingkat yang diisikan lauk dan nasi tadi. As per requested by Mr. Syafiq.
"Bukan nak susahkan..tapi cantik kau bila tutup mata tu lama-lama..suka aku tengok.."
Haa..kan dah kena batang hidung sendiri..elok-elok nak maki, sudahnya termalu sendiri bila makian dibalas pujian..itulah..suka sangat marah tak tentu pasal kau ni Sarah..
Mangkuk tingkat bertukar tangan. Sarah hanya terdiam menahan malu. Sekali lagi kemerahan pipinya menahan malu.
"Duit ada dalam tu jugak..ok..terima kasih tolong saya tadi.." Sarah berpusing dan berlalu pergi.
Eiiii..dia cakap aku cantik..!! Dia cakap aku cantik..!! Arghhh..huu..ok rilek..rilek..jangan menggelabah Sarah..itu permainan dia je tu..nak test kau..jangan termakan dengan kata-kata manis Syafiq tu..
Sempat lagi Sarah menjeling ke arah pintu rumah Syafiq sebelum memasuki rumahnya. Syafiq masih di situ sambil melemparkan senyuman manisnya. Kelam kabut Sarah memasuki ke rumah bila dia menyedari Syafiq memerhatikannya.
Dia mereng ke sengih macam tu..ke dah biul pasal asyik kena maki dengan aku selalu..ke..dia syok kat aku..??
"Sarah..jom makan.." Ayda mematikan lamunan Sarah. Serentak didengarinya perutnya telah mula berkeriuk. Minta diisi.
Ayda hanya menambah sedikit lauk untuk tengahari itu. Cukuplah untuk dijadikan santapan Sarah seorang pada hari itu. Bersungguh-sungguh Sarah menyuapkan nasi ke mulutnya. Lauk kegemarannya. Mana boleh dilepaskan begitu sahaja.
"So Ayda..lepas ni kau baliklah ye..??"
"Apa maksud Sarah dengan balik..??"
"Kau dah ajar aku memasak..maknanya lepas ni kau dah boleh baliklah kan..??"
Ayda hanya tersenyum. Sarah masih lagi mengunyah satu perlahan-lahan makanan di dalam mulutnya.
"Saya tak akan balik selagi awak tak pandai memasak Sarah.."
Tersembur makanan yang penuh di dalam mulut Sarah bila mendengar penjelasan Ayda. Dicapainya air, diteguknya untuk melicinkan perjalanan masuk makanan ke melalui tekaknya. Dahinya berkerut merenung Ayda.
"Kalau sampai ke tua aku tak pandai masak..??"
"Sampai ke tualah saya akan bersama awak Sarah.."
What..mana boleh..suka-suka kau je nak buat aku macam ni..aku ingatkan kau dengan aku sehari dua je..bolehlah aku tahan..tapi kalau sepanjang masa kau ada dengan aku ..susahlah hidup aku..mana ada duit aku nak bayar gaji kau..
"Tak boleh..aku takde duit nak bayar gaji kau.."
"Saya tak perlukan gaji Sarah..saya hanya diarahkan untuk bersama awak sehingga awak betul-betul telah pandai memasak.."
Sarah menelan air liurnya. Mengenangkan hari mendatang dia akan bertemankan terminator di dalam rumahnya sendiri. Lebig teruk jika dia dibekukan seperti sebelum ini. Nahas..
"Future husband aku yang suruh..??
"Ye Sarah..future husband awak merangkap tuan saya.." jawab Ayda.
Sarah dah perasan...
ReplyDeleteKedua2 dah terpaut...
makin sweet...hehe
ReplyDelete