Saturday, 3 January 2015

Bibik Aku.. Terminator [bab 3]


Apa jenis suamilah yang sanggup hantar terminator..predator.. resistor..kapasitor..atau ape saja "tor" yang mereka panggil..tujuannya semata-mata nak mengajar isteri memasak di masa lampau.. kalau macam ni suami aku, aku yakin sangat dia tak bertanggungjawab..!!

"Kalau aku tak pandai masak pun..hantarlah aku pergi tuisyen masak ke.. carikan bibik ke.. pqling susah pun order je makan dari luar.. delivery..kan senang.." Sarah merungut sahaja di meja makan sambil memerhatikan T900 leka mengemaskan peti sejuknya.

"Robot.. teruk sangat ke aku masak..?? memang aku tak puas hati.. penerangan T900 tak cukup konkrit lagi bagi aku.. takkan semata-mata dia dihantar untuk mengajar aku memasak..??

"Memang teruk..ataupun perkataan yang lebih teruk.. jahanam.." T900 melangkah ke arah Sarah yang duduk seorangan. Dia menarik sebuah kerusi dan duduk berhampiran dengan Sarah. Batang mop yang  sentiasa tersandar di kerusinya, segera dicapai Sarah. Itu sahaja senjatanya kalau-kalau T900 naik "sheikh"..       

"Jadi tujuan saya datang ke sini adalah untuk mengajar awak memasak Sarah.."

"Kejap..kejap.. setahu aku terminator badan sado-sado..muka ganas-ganas.. bawak pistol pergi sana sini.. tapi kau bawak kuali pulak..ape ke pelik..??" Sarah teringat watak terminator yang sering ditontonnya di panggung wayang. Semuanya ganas-ganas.

"Pada zaman hadapan.. robot seperti kami memang dijadikan untuk membantu manusia Sarah.. mengemas rumah.. memasak.. berkebun dan bermacam lagi.. bukan setakat dihantar untuk berperang.." jawab T900.

Kalau macam tu, baik tak payah hantar robot ni nak mengajar aku memasak.. kalau dah macam tu keadaan dekat masa depan.. bolehlah aku goyang kaki.. tak payah buat semua kerja rumah.. tak payah memasak.. tak payah kemas rumah.. memang sengal future husband aku tu..

"Kau kan bibik aku kat masa depan T900.. tak payahlah kau susah-susah nak ajar aku masak.. kau jelah masak dekat rumah aku.." dasar perempuan pemalas seperti Sarah. Ada sahaja alasan nak diberikan untuk dielak kerja-kerja yang tak disukainya.. terutamanya MEMASAK.

"Awak sanggup tengok suami awak madukan awak Sarah..??"

Ehh robot ni.. memanglah takde perempuan rela nak dimadukan.. itu aku tahulah.. tapi apa kene mengena pulak memasak dengan kena madu..??

"Kau jangan main-main robot.. ape pulak kena mengena antara memasak dengan kena madu..!!" Sarah bengang kerana T900 masih lagi berfikiran sempit seperti di zaman kolonial. Padahal zaman sekarang yang dihuninya sudah ramai wanita yang bekerjaya. Kadangkala tiada masa langsung untuk masuk ke dapur. Masing-masing sibuk mencari rezeki. Tiada pula yang dimadukan dek kerana tak pandai memasak.

"Pesan ibu.. untuk memikat hati suami.. pikatlah seleranya dahulu.." terang T900 bersungguh-sungguh.

"Pandai pulak kau bermadah kan robot.." perlahan diucapkan Sarah. Tersipu dia dek sindiran itu.

"Lagipun air tangan seorang isteri itu lebih sedap dari air tangan robot seperti saya.." sambung T900 lagi.

Sarah terus terdiam. Memang ada benarnya apa yang dikatakan T900 itu. Dia sendiri pernah banyak kali dipesan ibunya. Wanita sekuat mana pun dia, sepandai mana pun dia, setinggi mana pun jawatannya, tetap akan ke dapur. Lumrah seorang yang bergelar wanita. Lebih-lebih lagi seorang isteri.

"So..aku kena jugaklah belajar memasak dari kau ni robot..??"

"Ye Sarah..awak terpaksa.." T900 tersenyum sambil tangannya menghentak sedikit ke atas meja makan itu. Menegaskan kepada Sarah yang dia serius dalam pertuturannya.

Siap kau robot.. kau ingat senang-senang nak arahkan aku.. bukan senang kau nak buli aku kau tau.. ini Sarah Hj Mat Jusoh.. tak takut punya kalau setakat diugut robot sebegitu..

"Boleh atau tak..!" kali ini dihentaknya kuat sedikit meja itu. Melihatkan Sarah yang termenung sahaja. Mengelamun entah apa yang difikirkannya.

"Boleh..boleh.." tergagap Sarah menjawabnya bila T900 semakin serius. Risau kalau dia dibekukan lagi seperti tadi.

"Sebelum itu Sarah..jangan panggil saya robot.. saya ada nama.. dan nama saya T900.."

"Berbelitlah aku nak sebut nama kau tu..takde ke nama yang lagi senang sikit..??" nama tak vogue langsung.. memanglah aku tahu kau tu robot.. tapi letaklah nama yang sedap-sedap sikiy nak disebut.. Siti ke.. Peah ke.. Bedah ke.. ini tak.. T900.. what a shame..!

"Saya ada nama samaran saya sendiri Sarah.. saya telah memilihnya sebelum datang ke sini.." sambil T900 bergerak ke arah dapur.

"Apa nama tu..??" Sarah mengekori di belakangnya.

"Ayda.. Ayda Lekiu.." jawab T900 selamba.

"What..?? Itu bukan ke nama pelakon drama Rindu Awak 201%..??" berkerut dahi Sarah bila mendengar nama pelakon drama itu yang dijadikan nama samaran T900.

"Ye betul..saya menonton drama itu sewaktu dalam perjalan ke sini..dan saya teruja ingin berjumpa dengan Zul Aribidin a.k.a Zill Faizkhan a.k.a abang sado.." tersenyum T900 memandang ke arah Sarah.    

"Sebab itu saya memilih nama Ayda.." sambungnya lagi.

Kau ni lebih ni robot.. bila kau datang rumah aku nak ajar aku memasak, aku terima.. bila kau datang rumah aku nak ajar aku berkemas, aku terima..tapi bila kau datang nak fight aku nak rampas Zul Aribidin....

Tungg....!!

"Haa.. ini makan dia.. dont dare to touch my idol..!!" Terus diletaknya semula kuali selepas dihentaknya ke kepala T900. Berlekuk kuali yang digunanya itu.

T900 berpaling semula ke arah Sarah. Matanya merah menyala. Giginya diketap hingga menampakkan tegangan urat di lehernya.

"Baiklah..tak mengapa..mari kita mulakan dengan misi kita yang pertama.." T900 a.k.a Ayda menarik nafasnya dalam-dalam. Bersabar dengan perangai Sarah itu.

"Misi pertama..??" dijegilnya mata ke arah Ayda.

"Ye.. menu SAMBAL SOTONG MASAK

1 comment:

  1. Banyak typo dalam bab ni..
    Double check ya sebelum post bab.

    ReplyDelete